CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 25-2-2015 10:48 AM | Show all posts
“Kalian mahu apa ke mari?” Ratu Sellie menyoal. Tiada adab yang ditunjukkan pada tetamunya. Dia sudah hilang segala pertimbangan.

“Kami mendengar khabar berita yang mengatakan bahawa kau kurang sihat, wahai Ratu Sellie.” Tetamu yang lelaki menjawab.

“Hidup aku, atau mati aku, sudah tidak ada kena-mengena dengan kalian!”

“Sellie, jangan begitu. Walau apapun, kita masih bersaudara.” Tetamu yang perempuan cuba memujuk.

“Bersaudara?” Ratu Sellie tertawa sinis. “Persaudaraan kita sudah putus sebaik saja Zulkhan mati!”

“Sellie...” Kata-kata tetamu lelaki itu terhenti seketika. Riak sayu dan bersalah tergambar diwajahnya. “Itu sudah ditakdirkan...”

“Takdir? Zulkhan telah dibunuh. Zulkhan diambil dari aku. Zulkhan...” Ratu Sellie teresak-esak. “Hidup aku tiada makna setelah Zulkhan mati. Dan kau yang merampasnya dari aku!” Suara Ratu Sellie menjadi lebih tinggi. “Kenapa kau tidak bunuh saja aku sekarang ini? Biarkan aku menemui Zulkhan di alam sana.” Ratapnya.

“Sellie..tiada sesiapa yang mahukan peristiwa ini terjadi. Tiada sesiapa yang mahukan perang ini berlaku. Aku juga tidak mengingini kematian Zulkhan tapi aku terpaksa. Zulkhan sudah berada diluar kawalan. Dia bukan lagi Raja Zulkhan yang dulu. Jika Zulkhan tidak dihalang, sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.”

Kebenaran adakalanya pahit untuk ditelan. Atas sebab itu, Ratu Sellie langsung tidak membalas kata-kata tetamunya kerana kata-kata mereka benar belaka. Raja Zulkhan telah berubah laku menjadi pembengis. Raja Zulkhan bagai dikawal oleh sesuatu sehingga sikapnya itu sukar untuk dihadap. Tiada sesiapa yang tahu mengapa. Sayu dan pilu kembali menyapa diri lalu Ratu Sellie menangis lagi.

“Untuk apa kalian ke mari?” Buat kali kedua, Ratu Sellie bertanya soalan yang sama. Suaranya lebih rendah kali ini.

“Aku ingin memohon kemaafan atas segala yang berlaku.” Balas si tetamu lelaki. Rasa sesalan kedengaran memberati suaranya. “Dan aku ingin membawa kau dan puterimu itu tinggal bersama kami.”

“Untuk apa?”

“Kerana persaudaraan. Darah yang mengalir itu berada dalam tubuh aku, dalam tubuh puterimu. Walau apapun yang telah berlaku, ianya akan tetap kekal begitu.”  

“Adakah kau melakukannya kerana keihklasan? Atau kerana rasa bersalahmu kepada Zulkhan?” Nada suara Ratu Sellie kedengaran menyindir. Tetamunya diam membisu.

“Atau kau sebenarnya punya rencana lain? Kau takut sumpahan Zulkhan akan menjadi nyata? Kau takut waris Zulkhan akan bangkit untuk menuntut haknya?” Ratu Sellie berkata, lebih sinis kali ini. Mata tetamu lelaki menyorot tajam namun Ratu Sellie tidak gentar. Renungan itu dibalas dengan berani.

Buat seketika, bicara mereka mati.

“Aku tidak mampu menghalang kau dari berfikir sebegitu. Iya benar katamu. Sehingga kini, aku masih rasa bersalah pada Zulkhan. Bukan niat aku tetapi aku terpaksa melakukannya. Kesejahteraan Amariya jauh lebih penting, malah lebih utama dari diriku ini.”

“Tapi, keluarga juga penting buat aku. Aku mohon, sebelum kau membuat pelbagai andaian, izinkan aku membuktikan keihklasan aku. Marilah tinggal bersama kami dan kau nilaikan sendiri keihklasan kami.”

Ratu Sellie kekal mendiamkan diri. Wajah kedua tetamunya, yang lelaki dan yang perempuan dipandang bergilir-gilir. Lama dia berjeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 11:14 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 10:48 AM
“Kalian mahu apa ke mari?” Ratu Sellie menyoal. Tiada adab yang ditunjukkan pada tetamunya. Dia su ...

err..jeda tu apa ya? sori aku kurang vocab melayu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 11:49 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 11:14 AM
err..jeda tu apa ya? sori aku kurang vocab melayu ni

Jeda = berdiam / berhenti

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 01:31 PM | Show all posts
agak complicated sedikit kisah ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 02:21 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 25-2-2015 01:31 PM
agak complicated sedikit kisah ini...

Lama tak nampak Zam kat benang ni. Tapi, iyalah kan, benangnya pun hapdet sebulan sekalik

Mana lagi complicated? Cerita I ke, cerita @Ipo?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 02:43 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 02:21 PM
Lama tak nampak Zam kat benang ni. Tapi, iyalah kan, benangnya pun hapdet sebulan sekalik  

...

tengah bayangkan watak2 dalam citer ipo berbahasa amariya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2015 02:48 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 02:43 PM
tengah bayangkan watak2 dalam citer ipo berbahasa amariya

Iya. Mari bayangkan Conan dan Nicki bertutur gaya Amariya. Tak lupa Ipo, Ayla, Nayla, Arisha dan semuanyalah. berbelit tak lidah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 02:52 PM | Show all posts
“Inang.” Laungan Ratu Sellie bergema. Mak Inang yang sedari tadi memencilkan diri di satu sudut menghadirkan diri bersama-sama Sang Puteri yang baru pandai bertatih.

“Ratu Sellie...” Mak Inang membuat tunduk hormat. Sesekali, dia menjeling pada dua tetamu itu. Hatinya terasa berdebar. Bukan dia tidak mendengar perbualan diantara para tetamu itu dengan Ratu Sellie. Apakah Ratu Sellie akan menurut permintaan mereka lalu meninggalkan Keramat Maiya?

Jangan. Mak Inang menghela nafas. Seluruh kasihnya telah tertumpah pada Puteri itu, apatah lagi, dia sendiri tidak punyai anak walaupun sudah sekian lama berkahwin. Wajah Puteri itu ditatap sayu. Jari sang puteri digenggam erat. Jangan rampas dia dariku.

“Aku tak akan meninggalkan singgahsana ini. Hidupku disini. Cintaku mekar disini. Jadi, mati ku nanti, biarlah jua disini.” Ratu Sellie berkata tanpa memandang sesiapa, hatta puteri kecilnya itu. Mak Inang lega.

“Tapi...” Ratu Sellie menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.

“Bawalah pulang puteriku itu. Buktikan keihkhlasanmu dengan menjaga dia sebaik mungkin. Aku...” Air mata mengalir turun ke pipinya. “Aku sudah tak berdaya lagi.”

“Tidak!” Mak Inang terjerit kecil. Semakin erat genggamannya pada jari puteri kecil.

“Aku yakin, tempatnya lebih baik di sana nanti. Di sini, tempat ini, sudah tiada apa-apa lagi.” Esakan Ratu Sellie semakin ketara.

“Jagalah dia sebaik mungkin. Seperti yang kau pernah ucapkan tadi. Dalam diri puteriku, mengalir darahmu. Kasihi dia selayaknya, sayangi dia semampumu. Pelihara dia sepertimana kau pelihara anakmu sendiri.”

“Sellie...” Tetamunya itu kehilangan kata-kata seketika. “Bukan itu maksudku. Aku tak mahu memisahkan kau dengan anakmu.”

“Itu keputusanku.” Tegas Ratu Sellie. “Sekarang, ambillah dia. Bawa dia pergi. Dan rahsiakanlah perkara ini. Aku tidak mahu dia dicerca dan dikeji, hanya kerana dia berketurunan anak Raja Zulkhan. “

“Ratu Sellie...patik...mohon. Jangan...tolonglah...” Mak Inang sudah tak mampu menahan air mata dari gugur.

“Mak Inang. Serahkan puteriku pada mereka.” Ratu Sellie memberi perintah. Dengan berat hati, Mak Inang menurut. Berkali-kali pipi puteri kecil itu dikucup. Tangisan yang kedengaran dari puteri itu mula kedengaran seolah-olah tahu, yang dia akan meninggalkan tempat itu. Sayu. Mak Inang memeluk puteri itu buat kali terakhir sebelum akhirnya, diserahkan pada tetamu.

“Sekarang, pergilah dari sini. Aku tidak mampu melihat wajah kalian berdua lebih lama. Ianya hanya menambah duka. ” Arah Ratu Sellie.

“Sellie...”

“Pergi!”

Kedua tetamu itu tidak berkata apa-apa lagi. Buat kali terakhir, mereka melakukan tunduk hormat kepada balu Raja Zulkhan itu.

“Puteri...” Mak Inang meratap sayu.

“Kami berjanji, jika ada kesempatan, kami akan bawa puteri ini kembali ke Keramat Maiya.” Tetamu yang perempuan memujuk Mak Inang. Air matanya sendiri turut mengalir.

“Berjanjilah.” Mohon Mak Inang. Tetamu yang perempuan itu mengangguk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 02:55 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 02:48 PM
Iya. Mari bayangkan Conan dan Nicki bertutur gaya Amariya. Tak lupa Ipo, Ayla, Nayla, Arisha dan s ...

conan: Kanda!
ayla: Dinda!
conan: Kanda!
ayla: Dinda!
conan: Kandaaaa!
nicki: Dindaaaaa!
arisha: Kandaaaaa!
nicki: Dindaaaaa!
arisha: Kandaaaaa!
ipo: ........




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 03:12 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 02:55 PM
conan: Kanda!
ayla: Dinda!
conan: Kanda!

Masuk si pretty, terus dia nyanyi - Dindaaaa....Kandaaaaa....burung pun turut menyanyiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 03:16 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 25-2-2015 03:19 PM

“Dan itu adalah kali terakhir, Mak Inang dan juga, kami semua melihat sang puteri.” Sambil menghembus asap dari celahan bibir, Kai berkata, mengakhiri cerita. Matanya memandang seketika pada Zamzam dan Zuhril yang tekun mendengar, sebelum memandang semula ke depan.

“Semua kisah ini, Mak Inang sendiri yang ceritakan padaku. Ketika itu, dia masih lagi waras. Tidaklah tua nyanyuk seperti sekarang.” Sambung Kai.

“Ratu Sellie mahukan kisah ini dirahsiakan. Untuk apa? Aku tak tahu. Mungkin Ratu Sellie merasakan, masa depan puterinya akan lebih baik. Mungkin Ratu Sellie tidak mahu puterinya diancam atau dicerca seandainya orang ramai tahu, puterinya itu berketurunan Raja Zulkhan. Atau mungkin, Ratu Sellie dapat merasakan, masanya sudah tiba.”

“Maksud Panglima?” Zuhril mencelah.

“Ratu Sellie...” Kai menghembus nafas kasar. “Ratu Sellie...telah meninggal. Tujuh hari selepas itu...dalam tidur.”

“Oh...” Zuhril turut menghela nafasnya.

“Kami di sini tidak pernah lagi bercakap tentang perkara itu. Malah, nasib puteri itu pun, aku tidak tahu.” Tutur Kai lagi. Zamzam dan Zuhril saling berpandangan.

“Kalaulah aku punya kudrat waktu itu, sudah pasti aku akan menghalang tindakan Ratu Sellie. Tapi...aku tak mampu. Aku terlalu lemah untuk bangkit...”

“Apa yang terjadi pada Panglima?” Zamzam bertanya.

Kai menghembuskan asap tembakau lagi. Serta-merta, peristiwa yang berlaku terbayang jelas, satu demi satu. Perlahan-lahan, matanya terpejam. Nafarel...si pengkhianat itu. Jika tidak kerana Nafarel, sudah pasti Zulkhan masih hidup. Sanggup kau, Nafarel? Sangkaku, kau berada di pihak Zulkhan. Satu keluhan keluar dari mulutnya. Amarah, bercampur sesal. Kita sepatutnya berjuang bersama. Kau, aku, Judasi. Kenapa... Nafarel? Kenapa???!

“Panglima.” Kali ini, Zuhril yang bersuara. Perlahan-lahan, mata Kai terbuka. Kenangan lalu terbang berserakan.

“Aku tidak mahu bercerita tentang itu.” Balas Kai. Zuhril angguk perlahan.

Suasana menjadi hening. Kai berterusan menikmati gulungan tembakaunya manakala Zamzam mencari ruang untuk merehatkan diri dengan bersandar di dinding. Hanya Zuhril yang masih lagi terfikir-fikir.

“Panglima.” Zuhril memecah sunyi. Kai menoleh sebelum kembali memandang ke depan.

“Tetamu yang datang itu...” Zuhril bersuara lagi. “Siapa mereka sebenarnya?” Kening Kai berkerut seketika.

“Mereka...adalah...” Kai melepaskan asap tembakau ke udara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 03:12 PM
Masuk si pretty, terus dia nyanyi - Dindaaaa....Kandaaaaa....burung pun turut menyanyiiiiiiii..... ...

aku baru perasan.. dah kenapa conan panggil ayla kanda..
ayla panggil conan dinda??

aku yg berbelit dulu gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 05:50 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 02:43 PM
tengah bayangkan watak2 dalam citer ipo berbahasa amariya

ko jangan..karang keluar bahasa siam ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 05:51 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 02:55 PM
conan: Kanda!
ayla: Dinda!
conan: Kanda!

adeh..aku nak gelak ..

nak muntah pun ada..geli mendengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 06:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 05:51 PM
adeh..aku nak gelak ..

nak muntah pun ada..geli mendengarnya

sebab tu la ipo '...' je
berbulu dgr dorang kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 07:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 02:21 PM
Lama tak nampak Zam kat benang ni. Tapi, iyalah kan, benangnya pun hapdet sebulan sekalik  

...

lately busy sikit... smpt jadi SR je... masih mengikuti @Nicki_Meow punya cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2015 11:32 AM | Show all posts
BAB 32

Cahaya kemerah-merahan mula kelihatan di langit. Fajar telah mula menampakkan diri. Rumput masih basah dengan embun. Waktu sudah melepasi dinihari. Selalunya, pada waktu-waktu begini dia sudah mula menapak ke kebun belakang rumah. Mengabdi diri pada tanah demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Ada ketikanya dia akan masuk jauh ke dalam hutan dengan ditemani Gora, memburu haiwan-haiwan kecil untuk dijadikan santapan. Begitulah jadual hidupnya semenjak kembali ke ke Desa Maiya ini. Tapi, hari ini berbeza. Semuanya kerana tetamu-tetamu muda yang menumpang teduh semalaman di rumahnya.

Gulungan tembakau disedut dalam-dalam. Kai terus merenung jauh ke depan namun ingatannya pula kembali ke belakang, kepada waktu 20 tahun yang lampau. Yang sebenarnya, dia cuba untuk membuang ingatan itu jauh-jauh tapi, mana mungkin? Selagi dia hidup dan waras, selagi itu ianya akan kekal terpahat, tak mungkin akan hilang.

“Apa yang terjadi pada Panglima?” Soalan dari pemuda bernama Zamzam itu menerjah minda.

Iya, apa telah terjadi, Nafarel? Kai menghembus asap tembakau dari celahan bibir. Nafarel...

Kesal bertamu. Amarah meruap walaupun telah 20 tahun peristiwa itu berlalu. Kai meraba wajahnya seketika. Parut panjang yang merintangi wajahnya itu turut meninggalkan kesan parut dalam hati. Parut yang diakibatkan oleh sahabatnya sendiri, Nafarel. Mereka sepatutnya berjuang bersama-sama tetapi, tidak disangka yang Nafarel itu sebenarnya berpihak pada Raja Amsyar.

Kai memejamkan mata. Peristiwa 20 tahun dulu berputar dalam fikiran...

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:37 AM | Show all posts
banyaknye flashback....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 11:53 AM | Show all posts

Errrr....eerrrrr....

Kena ada. Sebab:

1) Sebagai klu jawapan kepada persoalan-persoalan berikutnya.

2) Kalau takde 'penerangan awal', akan jadi tak logik kenapa 'peristiwa' tersebut jadi begitu dan begini. Walaupun cerita ni tak berapa logik, aku sedang cuba mewujudkan logika disebalik imaginasi. Gituh.

3) Aku dah takde ideaaaaaaaaaaaaa   



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:59 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-2-2015 11:53 AM
Errrr....eerrrrr....

Kena ada. Sebab:

cer baca citer ni.. cara die buat flashback tanpa nampak sgt flashback nye tu..
imaginasi fantasi

http://www.penulisan2u.my/2015/02/cerpen-a-thousand-years/

imaginasi die mmg out of this world laa..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.483976 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list