CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: NEW YEAR'S RESOLUTIONS

 Close [Copy link]
Post time 3-1-2025 12:01 AM | Show all posts
dekat yt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 12:01 AM | Show all posts
kerana cintamu saerah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:01 AM | Show all posts
betul tak tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:04 AM | Show all posts
Stesen Rapid Rail KLCC ditutup sementara waktu


Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan Stesen KLCC ditutup buat sementara waktu hari ini.
Rapid Rail dalam kenyataan berkata, ketika ini penumpang hanya dibenarkan untuk keluar daripada stesen berkenaan ekoran laporan awal terdapat kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak di dalam stesen.


-ADVERTISEMENT-












“Penumpang disarankan untuk ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.
“Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen
KLCC dan Stesen Dang Wangi,” katanya.
Katanya, pihak bomba sedang berada di lokasi kejadian.
“Pengguna disarankan untuk bertenang dan patuhi segala arahan petugas operasi stesen.
“Sila rujuk pada media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE untuk maklumat terkini,” katanya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2025/01/02/stesen-rapid-rail-klcc-ditutup-sementara-waktu/






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:05 AM | Show all posts
4 kakitangan Puspakom sah dipanggil beri keterangan kepada JPJ

Mahmood ketika sidang akhbar di Puspakom Shah Alam, hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!


SHAH ALAM – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengesahkan empat kakitangannya tampil memberi keterangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi siasatan penemuan sebuah kenderaan dalam keadaan tidak selamat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, kesemua individu dari cawangan Wangsa Maju itu telah dipanggil memberi keterangan di JPJ Putrajaya.
Katanya, dua daripada mereka bertindak meluluskan pemeriksaan kenderaan itu manakala dua lagi yang mengagalkannya.


“Setakat ini, dua individu telah memberi keterangan kepada JPJ pada 30 Disember lalu manakala dua lagi dipanggil pada hari ini.
“Sehingga kini, Puspakom juga belum menerima sebarang tindakan saman daripada JPJ sepanjang operasi mengejut yang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Puspakom Shah Alam di sini, petang ini.
Menurut Mahmood, pihaknya setakat ini berpuas hati dengan keterangan dua kakitangan yang terlibat dalam dakwaan itu dan tiada sebarang rekod buruk integriti sebelum ini.
“Namun, kita tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan yang didapati terlibat dalam apa jua kesalahan termasuk unsur rasuah.
” Jika tiada kesalahan sebelum ini, kita akan memberi amaran lisan dan bertulis. Namun, kalau ia keterlaluan, kita akan membuang pihak terlibat,” ujarnya.
Tambah beliau, Puspakom sedia bekerjasama sepenuhnya dengan JPJ bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara.

“Puspakom menyambut baik kerjasama JPJ dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memeriksa dan memantau bengkel berdaftar atau bengkel tidak berlesen yang disyaki terlibat dalam isu sewa komponen kenderaan perdagangan.
“Kita akan akur kepada semua arahan baharu selaras usaha membanteras pemilik kenderaan perdagangan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, Mahmood menafikan dakwaan tujuh kenderaan disita JPJ dalam kawasan Puspakom namun ia hanya melibatkan sebuah kenderaan disita di Puspakom Wangsa Maju.
“Sebanyak 104 kenderaan yang disita di Perak sebenarnya berada di luar kawasan Puspakom dan ia masih belum lagi diperiksa.
“Setakat ini, lebih 40 cawangan telah diserbu termasuk yang diperiksa melibatkan cawangan Glenmarie, Shah Alam dan Seremban, Negeri Sembilan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/01/02/4-kakitangan-puspakom-sah-dipanggil-beri-keterangan-kepada-kpj/






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 12:05 AM | Show all posts
lepas kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:05 AM | Show all posts
dekat x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 12:06 AM | Show all posts
terus buat pc
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:06 AM | Show all posts
Salam...

Sesiapa lahir bulan Januari, silalah tuntut kredit di sini...

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:06 AM | Show all posts
dah berapa hari
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:07 AM | Show all posts
Dipenjara sebab dadah, Tony Eusoff imbau salah sendiri


TONY EUSOFF berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana artis yang terjebak kes dadah.


BUKIT JALIL – Meledak isu selebriti tanah air terjebak dadah, pelakon Tony Eusoff turut berkongsi pengalamannya dipenjara selama lapan bulan atas kes sama pada 2016.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, menyifatkan tempoh tersebut sebagai titik terendah dalam hidup, yang turut mengecewakan hati ibu tercinta.
“Saya rasa sangat bersalah terhadap ibu saya. Masa ibu hantar saya ke lapangan terbang dan peluk buat kali terakhir sebelum dipenjara, air mata saya menitis.
“Sebagai anak, tiada apa lebih menyedihkan selain melihat ibu menangis kerana perbuatan kita sendiri.
“Itu yang buat saya sedar dan berazam menjadi lebih matang,” katanya kepada Kosmo! Online.
Selepas dibebaskan, pelakon filem Baik Punya Cilok itu mengakui dilanda keresahan apabila ingin berdepan dengan masyarakat.
“Ada yang cakap saya dianiaya, tapi hakikatnya itu kesalahan sendiri. Tiada siapa boleh dipersalahkan. Saya hanya teruskan hidup dan hadapi segalanya.
“Ketika nak keluar, saya rasa risau dengan penerimaan orang. Tetapi, ada individu tidak dikenali datang memberi semangat.
“Bagi saya, orang Malaysia mudah menyayangi dan memaafkan, asalkan kita berusaha memperbaiki diri,” jelasnya ketika ditemui selepas pelancaran Siri Original Unifi TV, Din Tiger, di sini, hari ini.
Sedar perbuatan tersebut menyalahi undang-undang, Tony bagaimanapun menyeru masyarakat agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman terhadap individu yang tersilap langkah tanpa memahami latar belakang mereka.
“Jangan cepat menilai. Tunggu sehingga kes selesai, mungkin ada sebab mereka buat begitu. Kadang-kadang tekanan hidup mendorong seseorang ke jalan salah.
“Kita bukan Tuhan, selagi kita tak baik mana, jangan hakimi orang lain. Biarkan undang-undang menentukan,” tegasnya.
Pada April 2016, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada Tony selepas didapati memiliki dadah terkawal kelas A bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Ketika ini, kecoh apabila seorang lagi pelawak popular ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di Jeddah kerana atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.
Terdahulu, pelawak Along Cham pula mengakui tidak bersalah atas kesalahan memiliki ganja dan kes sedang dibicarakan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE.





https://www.kosmo.com.my/2025/01/02/dipenjara-sebab-dadah-tony-eusoff-imbau-salah-sendiri/






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:16 AM | Show all posts
Kekal dalam GV11, Arrora Salwa nafi guna ‘Mak Esah’


ARRORA nafi guna sihir dalam GV11.


PETALING JAYA – Didakwa menggunakan sihir, penyanyi Arrora Salwa menyangkal tuduhan berbuat demikian sepanjang bertarung dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Malah, Arrora atau nama lengkapnya Salwa Md. Razak, 39, turut berkongsi amalan membaca ayat suci al-Quran bagi menghindari diri daripada terkena ilmu hitam.
“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘Mak Esah’. Tak perlu pakai, ayat al-Quran lebih senang.
“Saya nak beritahu, amalkan surah al-Baqarah ayat satu sehingga lima dan ayat Kursi.
Tiga surah al-Baqarah yang terakhir pun hafal, insya-Allah orang nak buat apa-apa dekat kita, benda tak baik akan berbalik kepada dia,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Pelantun lagu popular Ahmad itu turut berjalan melepasi ampaian baju untuk menunjukkan bukti dia tidak mengamalkan perubatan terkutuk tersebut.
Lagi satu orang kata, kalau pakai ‘Mak Esah’ tak boleh lalu bawah ampaian.
“Ini sahaja ampaian yang saya ada jadi saya nak langkah.
“Tak ada pun Mak Esah, elok lagi. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Arrora sempat berseloroh agar jangan menjaja nama Mak Esah yang semakin kerap digunakan pada masa kini.
“Kasihan ‘Mak Esah’, nama dia dipergunakan netizen, tak baik tau. Tukarlah Mak Salwa pula,” selorohnya.
Difahamkan, ada pihak yang cuba memfitnah Arrora menggunakan ilmu hitam semasa dalam GV11 sebagai strategi memenangi program realitI tersebut. -KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/01/02/kekal-dalam-gv11-arrora-salwa-nafi-guna-mak-esah/






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:17 AM | Show all posts
Rambut merah, berantai, niat Fattah nak jadi ‘better muslim’ ditempelak



PETALING JAYA – Menangkap perhatian dengan imej ranggi berambut merah menyala siap berantai leher, penampilan duda sensasi, Fattah Amin dalam penggambaran bersama sebuah majalah fesyen  mengundang pelbagai reaksi netizen.
Tambah memanaskan situasi, kapsyen murni pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 35, itu yang mahu menjadi  bapa dan muslim lebih baik disifatkan tidak seiring penampilan.
“Kalau nak jadi muslim yang lebih baik, cabut rantai tu Fattah. Perempuan sahaja boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu tapi mungkin tak perasan. Semoga 2025 menjadi tahun terbaik untuk Fattah dan tidak hanyut dan alpa dalam kemahsyuran,” komen netizen.
“Mahu jadi muslim lebih baik tetapi kenapa memulakan azam tak selari dengan penampilan diri. Dengan rambut merah dan duduk terkangkang,” komen seorang lagi netizen yang tidak suka dengan penampilannya.
Selain dikecam kerana imej ranggi persis ‘bad boy’, netizen juga kesal kerana Fattah menggayakan pakaian daripada jenama yang menyokong Israel.
Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga netizen yang memuji ketampanan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu.
Kata mereka penampilan Fattah saling tidak tumpah seperti penyanyi dan pelakon T.O.P dari kumpulan Big Bang yang drama lakonannya Squid Game 2 sedang hangat ditayangkan dalam Netflix.
Kredit Foto : Majalah Glam Lelaki
“Ingatkan Thanos (watak Top) dalam cerita Squid Game 2. Rupa-rupanya Fattah Amin,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2025/01/02/rambut-merah-berantai-niat-fattah-nak-jadi-better-muslim-ditempelak/



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:03 AM | Show all posts
ada berita kucing
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:03 AM | Show all posts
tapi tak tergamak nak post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 01:03 AM | Show all posts
gambar gory
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:04 AM | Show all posts
wpun dah blurred
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:05 AM | Show all posts
esok pagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:05 AM | Show all posts
balik kepada makanan ruji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.154026 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list