|
[Jenayah]
SR, Wall Street Journal berterusan memfitnah Najib- PANAS! bukti dah keluar
[Copy link]
|
|
Anak nogori dan dzeck perlu cari kje baru da |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah kan. mcm mana la rakyat tak rasa skeptikal dgn ketelusan siasatan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
raya ni najib ada buat open house dop? |
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 replied at 7-7-2015 09:55 PM
Kaki gout ka? Buruk nya |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan la kak. Gambar ni dah lama kan. Amik dari fb. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng jeng jeng wak yidin dah ngadap agong.... |
|
|
|
|
|
|
|
abangbeca replied at 7-7-2015 10:59 PM
Jeng jeng jeng wak yidin dah ngadap agong....
Sumber sis ... |
|
|
|
|
|
|
|
Betoi ka .semoga allah permudahkan.aminn |
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin digesa jumpa Agong pohon lucut jawatan Najib Published: 6 July 2015 8:24 PM
Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa timbalan perdana menteri agar bertemu Yang Di Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya buat sementara waktu dan seterusnya memangku jawatan perdana menteri.
Husam menggesa agar Muhyiddin bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memohon mengadap ke bawah duli bagi membuat permohonan itu demi "membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil" terhadap dakwaan aliran wang lebih RM2.3 bilion ke dalam akaun Najib.
"Ketika peguam negara membuat kenyataan melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya diambil alih seorang PM yang baharu atau paling kurang pemangku PM.
"Sesuatu mesti dilakukan semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggungjawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu. Husam turut menggesa ahli-ahli Parlimen sedia ada tanpa mengira fahaman politik memberikan sokongan mereka kepada Muhyiddin bagi mengambil alih jawatan itu daripada Najib.
Pada masa sama katanya, Muhyiddin perlu menjamin satu tindakan undang-undang akan dilaksanakan tanpa pilih kasih, apabila memangku jawatan itu.
"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara daripada Najib sekalipun mereka adalah daripada parti-parti di luar kerajaan.
"Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sebab Najib tidak membuat sebarang laporan polis bagi membersihkan namanya ekoran dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa beliau menerima wang itu di dalam akaun peribadinya di AmBank.
"Najib hanya menyatakan peguam-peguamnya akan memberikan nasihat kepadanya tentang tindakan yang sepatutnya diambil beliau.
"Kenapa begitu lambat peguam-peguamnya memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan beliau.
"Najib perlu melakukan pembelaan dirinya dari pada semua tuduhan tuduhan yang dilakukan The Wall Street Journal dan Sarawak Report.
"Langkah yang pertama yang sepatutnya dilakukan Najib ialah membuat laporan polis ke atas WSJ dan SR," katanya dalam kenyataan hari ini. – 6 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.ZUkFtqWM.dpuf
          
Agong tidak boleh pecat Perdana Menteri
Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Agus Yusof.Katanya, Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan tetapi tidak mempunyai kuasa memecat.
Beliau berkata, Perdana Menteri hanya boleh terlucut dari jawatannya apabila mendapat undi tidak percaya di Dewan atau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan atau Perdana Menteri sendiri meletak jawatan.
Katanya, Perdana Menteri juga akan hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, gila atau muflis.
Mohd Agus juga berkata, Perdana Menteri juga hilang kelayakan sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan.

“Jadi ahli politik yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong bertindak memecat Perdana Menteri, saya nasihatkan teliti dahulu prosedur pemecatan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan supaya kenyataan itu tidak berbentuk sensasi,” tulisnya di Facebook.
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ahli politik perlu bertindak cepat tentang isu 1MDB kerana memberi kesan kepada rakyat dan negara – ekonomi merosot, subsidi rakyat dikurangkan, kos hidup meningkat, nilai ringgit jatuh.
“Tetapi cara bertindak itu hendaklah dengan langkah bijak supaya ada integritinya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 7-7-2015 11:12 PM
digesa husam jek
cuba baca balik statement dr agus 
mase pak lah dulu
dia sendirik umum letak jwtn
jd caranya
adalah ngan bt undi tak percaya
memandangkan pm najib degil lagi
tp faham2 jelar, kuasa jatuh kt tangan pandikar plak utk lulus usul
|
|
|
|
|
|
|
|
Adaaa ape lak takde..open house kat jel sg buloh
|
|
|
|
|
|
|
|
astro awani
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Astro Awani | Kemas kini: Julai 07, 2015
Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat laporan WSJ itu.
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.
"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.
Dalam pada itu, Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh bagi menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Dan adalah bagus sekiranya RCI tersebut dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan Najib dalam skandal 1MDB ini dan membuktikan beliau tidak bersalah," katanya.
Menurut Lim, RCI tersebut perlu diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan laporan dan dalam tempoh tersebut Najib perlu mengambil cuti.
Jumaat lalu, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya.
Dalam laporan itu, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.
Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.
Kedua-dua WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan terbaru, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan dana disalurkan ke akaun Najib memaklumkan bahawa enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.
Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.
Selain itu, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
muhyiddin maybe leh wat sidang parlimen tergempar
paksa pandikar luluskan usul undi tak percaya
pastu tgk brp banyak yg sokong najib..
kes undi tak percaya kt pm ni (impeachment) belum pernah terjadi kt Malaysia kerana sblm ni samaada pm sendiri letak jwtn atau meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
muhyidin pon ala lemau je... harap dia bertelur la sikit tak mcm najib
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 7-7-2015 11:20 PM
of coz pembangkang (PR) akn support muhiyiddin knowing wkt krisis mcm ni...a win win situation
kecuali set2 lobai PAS skrg ni , tp brp rmi wakil depa dlm parlimen? tak mungkin diorg leh paksa khalid, hafipah, hatta, mariah and the gang utk sokong mereka kekalkan najib..
|
|
|
|
|
|
|
|
Panglima bugis dah ngaku dgn mt memang betul akaun dia n memang betul duit masuk tapi bukan penyonglapan peribadi... semua utk umngok...utk pru13... utk negara tercinta katanya.....keadaan skrg dia mintak nyawa la....
Mungkin tu sbb wak yidin ngadap agong.... tun m pun katanya ada ngadap agong sbelum tu.... pakjibby secara tak rasmi dah direhatkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
MP BN sabah sarawak konfom sapot najib bersama PAS...sayang tul dorang dgn najib sbb byk bg duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati akak sekarang dah berbolak balik rasa.cam.berdosa sangat2 skarang ni rasa bersalah sangat for choice umno last time... im sorry...
Kali ni bukan sebab cina , anwar, pembangkang or whatever, kali ni negara dah tahap jahanam dah disebabkan pemimpin ayasan makan berjemaah cukup2 sampai negara sengsara...im sorry malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|