|
isk iskk.. ngaper jiha nga fahmi tak dedua buat istikharah?
fahmi.. fahmi.. kalo dah jdoh tak ke mana kan?
lari smp ujung donia, duduk katadasar laut paling dalam sekalipun, kalo dah jodoh.. takkan ke mana..
ikan di laut, asam di darat.. jumpa kat mana>?? dlm periuk
tapi kalo tadak jodoh.. korang berkepit 24 jam pon tak ke mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tertawa aku membaca pos dari Conan. Conan selalu membuat aku riang setipa kali membaca pos darinya.
"Bro... syurga tu tak huru-hara kalau Dee tak masuk Islam tapi aku tak sanggup melihat Dee huru-hara di neraka." Aku kemudiannya membalas sindiran Mind Teaser.
"Jiha! Call for you." Kak Ruby melaung.
Aku menekan butang nombor tiga. "Nurjiha Bt Abdul Samad bercakap. Boleh saya bantu?"
"Ya, Abdul Hadi Bin Halim memang mengharapkan bantuan dari Cik Najiha Abdul Samad."
"Eddie!" Aku tertawa sebaik sahaja mendengar suara Eddie. Eddie juga tertawa.
"Sedap nama awak. So, Eddie nama glamourlah ya?" Aku mengusik Eddie.
"Lebih kurang..."
"Well, ada apa-apa yang awak nak kongsikan dengan saya Hadi?" Sengaja aku memanggil namanya yang sebenar. Aku sengaja mahu beramah-mesra dengan Eddie bagi menghilangkan rasa sakit hatiku terhadap Mind Teaser.
"Siapa hero Hindustan tempoh hari. Boy friend awak?"
"Tak lah... Kawan." |
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 1-4-2013 04:02 PM
sedapnya nama Abdul Hadi awat la jadi songsang
Nama kekampungan sikit, maklumlah asal kampung. Duduk bandar berubah 360 darjah.
|
|
|
|
|
|
|
|
---edited---- Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 11:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 1-4-2013 04:00 PM
pjg umur conan! Hang ni kat dua2 forum aktif naa?
hampeh
|
|
|
|
|
|
|
|
"Jiha... awak sibuk sekarang ni?"
"Sibuklah juga. Saya sedang cuba membantu klien yang saya rasa sangat memerlukan pertolongan."
Eddie tertawa kemudiannya apabila dia mula menangkap siapa klien yang aku maksudkan. "Awak memang pandai bergurau. Tak sia-sia saya memilih awak menjadi kaunselor. Sekurang-kurangnya terhibur juga hati saya ni."
"Really? Saya pun bosan juga malam malam macam ni. Dapat berbual-bual dengan awak, terisi juga masa saya."
"Kalau macam tu, apa kata kalau kita pergi minum? Hari tu tak jadi."
"Awak ada kat bawah lah ni?" Tiba-tiba berdebar pula rasa hati aku.
"Yup! Awak tak boleh mengelak lagi kali ini." Fuhh... Aku terperangkap.
"Atas alasan apa? Kalau sebagai klien, awak mesti beritahu butir-butir peribadi awak. Untuk itu, sila naik ke pejabat saya." Aku nyatakan dalam nada bergurau.
"Kalau sebagai kawan?" Soalnya. Masih cuba memerangkap aku.
"Hmm... boleh. Tapi saya bawa Kak Ruby. Sebagai kawan juga.... Awak sudi kan berkenalan dengan Kak Ruby?" Aku teringat kata-kata Kak Syirah. Sudah tentu aku tak akan keluar berduaan dengan lelaki bukan mahram aku lagi.
Apa guna menjaga hubungan dengan manusia jika hubungan dengan Allah aku abaikan? Dalam usaha aku mendekatkan hamba-Nya kepada-Nya, aku tak boleh melanggar hukum syarak. Doaku pasti tak diterima.
Eddie tertawa. "Ok.. Dengan syarat Kak Ruby tak perlu tahu siapa saya." Eddie bersetuju akhirnya. Sekarang, giliran aku memujuk Kak Ruby.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
"Tentu seronok jadi kaunselor."
"Seronok memanglah seronok. Bertambah seronok apabila pesakit kita tu dapat kembali pulih dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi ada kalanya kaunselor pun stress juga bila terlalu banyak memikirkan masalah orang."
"Kalau kaunselor sendiri mengalami stress atau depression, apa kaunselor buat?"
"Bagus soalan itu. Kalaulah semua klien bertanya tentang soalan ini pada diri mereka, tentu mereka faham betapa mencabarnya menjadi seorang kaunselor. Bayangkan bukan semua pesakit menerima pandangan kita. Ada juga yang telefon marah-marah tau!"
"Oh, really?"
"Berbalik kepada soalan Eddie tadi... kalau kaunselor stress... Kaunselor juga manusia, jadi kaunselor juga memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati atau meminta pandangan dalam menangani masalah peribadi mereka. Maknanya... kaunselor jadi pesakitlah pulak."
Tertawa Eddie mendengar kata-kata Kak Ruby. Aku hanya tersenyum mendengar perbualan di antara mereka berdua.
"So, kalau awak stress, apa yang awak akan lakukan Jiha?" Eddie bertanyakan aku pula.
"Saya? Mungkin saya akan lakukan seperti apa yang Kak Ruby katakan dan selain dari itu, yang paling penting... saya akan mengadu kepada Allah SWT. Hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu dan tempat meminta pertolongan."
"Betul tu Jiha. Segala masalah akan selesai jika kita merujuk kepada-Nya. Kalau masih tak settle masalah yang kita hadapi, anggap saja ia sebagai satu ujian. Mungkin Allah menyimpan derita yang kita tanggung itu untuk digantikan dengan kebahagiaan di akhirat nanti."
"Semua orang akan diuji. Allah akan melihat siapa yang sabar dan tabah dalam menempuhi ujiannya. Betul tak, Kak Ruby?" Aku sebenarnya menujukan soalan itu kepada Eddie. Dan aku lihat Eddie menunduk.
**********
Done!
|
|
|
|
|
|
|
|
"Wah! Terkesima saya. Cantik dan lembut susunan kata-kata awak secantik dan selembut penuturnya. Patutlah dia jatuh cinta."
"Apa dia Eddie?" Aku kurang jelas dengan suaranya yang kedengaran sangat perlahan.
Huhu...adakah rahul yg dimaksudkn eddie itew....?????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Macho aja nama abdul hadi...hadi cepat la mengayat si jiha tu..
nyah kan rahul ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 1-4-2013 04:11 PM
Huhu...adakah rahul yg dimaksudkn eddie itew....??????????????
kita akan tahu juga nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 1-4-2013 04:18 PM
kita akan tahu juga nanti...
Berdebor lak nak tau...kisah disebalik rahul VS eddie....
|
|
|
|
|
|
|
|
cm_asamkumbang posted on 1-4-2013 04:12 PM
Macho aja nama abdul hadi...hadi cepat la mengayat si jiha tu..
nyah kan rahul ....
Wahhhh.... teamEddie mula mengganas!
TeamFahmi? Reda dan pasrah sahajakah?
TeamRahul.... bekerja dlm diam kan? kan? haha... lady bias sgt!
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 1-4-2013 04:11 PM
Huhu...adakah rahul yg dimaksudkn eddie itew....??????????????
sesuatu kan???...
so eddie minta bantuan jiha ada muslihat rupanya....
tapi tak mungkin rahul kot, sebab rahul tak cinta dgn jiha lagi kan???.... or dah cinta??
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurm.....kalau had I v/s fahmi....tak mustahil pun....SBB fahmi pun bukan lelaki gred A SANGAT....ce teliti karaktor fahmi yg dah di buat oleh TT...fahmi tidak mcm maulana pun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|