|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
hotmum posted on 28-8-2012 11:38 AM
ajak la i tgk skali ... dah lama laki ai tak ajak tgk wayang .... ..
buat wayang adalah ... ...
Iols pun dah lama tak tengok wayang yuuuuu......
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 11:42 AM
Iols pun dah lama tak tengok wayang yuuuuu......
itu antara projek memikat suami tuh ... ajak tgk wayang sama2 .. hehehehe ..
dah jumpa buku PMS tuh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulut Fifi muncung. Rajuknya datang lagi. Manakala Fandi hanya membuat muka tak bersalah. Dah cerita yang di tayangkan di pawagam membosankan, memanglah dia tertidur. Lagipun, dia kurang gemar dengan filem bergenre komedi romantik. Kurang masuk di kepala. Apatah lagi dengan suasana gelap, memang mengantuklah jawabnya
“Baik tak payah tengok kalau macam tu” Fifi merungut.
“Sorrylah awak. Bukan saya sengaja. Tertidur, nak buat macam mana. Lagipun, boringlah cerita tu”
“Kalau boring, kenapa awak setuju nak tengok?”
“Sebab awak nak tengok” Fifi terdiam seketika.
“Lain kali, kalau awak tak minat, cakaplah. Tak payahlah sampai awak tidur dalam panggung” Fifi menyambung kata.
“Manalah saya tahu. Awak yang beriya nak tengok cerita tu, saya ikutlah”
“Saya bukan diktatorlah awak. Kalau tak suka cakaplah. Bukannya tak boleh bawa berbincang” Fifi berkata lagi.
“Okaylah..okaylah. Next time, kalau nak tengok wayang, kita bincang dulu nak tengok cerita apa. Jadi, saya tak tidur dalam panggung dan awak pun tak muncung macam tikus mondok” Fandi membalas. Fifi memusingkan biji matanya.
“Saya sebenarnya tak kisah pun nak tengok cerita apa. Saya cuma nak awak happy. Dua tiga hari ni, saya tengok muka awak monyok, nak senyum pun susah. Sebab itu saya ajak awak keluar. Mana tau, hilang stress awak tu” Fifi terdiam lagi. Dia akui itu. Memang emosinya jadi tak menentu sejak menerima panggilan dari Shah. Dia kembali suka menyendiri di dalam bilik dan termenung. Kata-kata Shah sering terngiang-ngiang di telinga.
“Sofea” Fifi mengangkat muka.
“Apa yang awak fikir?” Fifi menggelengkan kepala.
“Senyumlah sikit” Fifi senyum.
“Macam tu senyum? Kambing pun boleh senyum lagi cute dari awak”
“Jahat!” Lengan Fandi di cubit sekuat hati.
“Aduh…sakitlah. Macam ketam!” Fandi merungut sambil mengosok-gosok lengannya.
“Padan muka!” Fifi membalas, tetapi tidak lama kemudian dia tersenyum dan ketawa melihat Fandi.
“I love your smile, sweetheart. Kalau boleh, saya nak awak selalu senyum untuk saya” Kata-kata Fandi membuatkan Fifi tergamam dan termalu sendiri. Dia memalingkan muka ke arah lain apabila Fandi mula merenungnya.
“Awak”
“Ya”
“Betul awak nak tengok saya senyum?”
“Betul”
“Kalau macam tu, jom ikut saya”
“Pergi mana?”
“Ikut aje”
“Tapi janji..”
“Janji apa pulak?”
“Awak kena buat apa yang saya suruh…” Kening Fandi berkerut. Apa budak ni nak buat suruh aku buat?
“Janji?”
"Awak nak suruh saya buat apa?"
"Janji dulu!"
"Please..."
“Yelah..yelah..janji” Dalam tanda tanya, Fandi memberikan persetujuan. Fifi tersenyum lagi, kali ini lebih lebar.
********************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 28-8-2012 11:55 AM
Hahahaha.... ini mcm nak bikin panas ati si Nicki jer.... Cian dia, buku PMS takder kat B ...
..
alahaaiii ... mum dah khatam 3 kali dah buku tuh ...
nickiiii ... cepat2 .. ke MPH takm pun fofularr .. sure ada .. hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 28-8-2012 11:51 AM
itu antara projek memikat suami tuh ... ajak tgk wayang sama2 .. hehehehe ..
dah jumpa buku PMS ...
Takdelah mum...sedeyyyyy
Nak tanya kat mamat staff tu, maluuuu....Kah Kah Kah
Nanti lah, wiken nak gi servei kat MPH / popular....gigih yuuuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 28-8-2012 11:55 AM
Hahahaha.... ini mcm nak bikin panas ati si Nicki jer.... Cian dia, buku PMS takder kat B ...
Kan? saja je hot mum ni... Huhuhuhu
Bak mai le pinjam dulu....
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 28-8-2012 11:59 AM
Amboii hotmumm 3 kalii dah
Hang jangan terkejut kalau tahun depan Mum menimang cahaya mata lagi. Hasil pembacaan katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 28-8-2012 11:58 AM
Takdelah mum...sedeyyyyy
Nak tanya kat mamat staff tu, maluuuu....Kah Kah Kah
carik jgn tak carikkk ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, antara An dgn Shark, siapa lagi hunk? Ceewahhh.... getiksnya auntie senja.... Ya Ampun..... Kalau ikut taste cheq, errr Shark kot... hahahahhaa
Frankly... sampai sekarang cheq tak jumpa calon-calon Fandi dengan Shark - cuma mampu bayangkan watak dalam fikiran je. Even Fifi pun. Tak tau sapa yang sesuwai.
Shark of courselah with bad boy image. Fandi jenis cool gitu....
Auntie minat bad boy ke, ataupun yang cool?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudah sepuluh minit mereka berdiri di depan sebuah salun rambut. Fandi bermati-matian tidak mahu menurut kata-kata Fifi. Kalaulah dia tahu, Fifi mahu dia memotong rambut, sudah pasti dia tidak akan bersetuju.
“Tapi awak dah janji tadi”
“Sebab awak tak cakap pasal potong rambut”
“Ala, potonglah. Saya rimaslah tengok rambut awak panjang macam tu”
“Rimas apanya? Rambut saya, kepala saya. Tak ada kena mengena dengan awak pun”
"Awak dah janji..." Fandi buat tak reti.
“Potonglah rambut”
“Tak nak”
“Tak nak?”
“Tak nak”
“Tak nak, sudahlah. Jom kita balik” Fifi berkata, mukanya kembali monyok. Dia sudah berpaling hendak bergerak tetapi Fandi pantas menarik tangannya.
“Okay..okay. Saya potong” Fandi berkata, nadanya kurang ikhlas. Fifi tersenyum.
“Eee budak ni! Aku cekik baru tahu” Fandi berpura-pura hendak mencekiknya menyebabkan Fifi terjerit kecil. Ada beberapa orang melihat aksi mereka yang mengada-ngada itu tetapi tidak di pedulikan.
“Jom masuk” Tangan Fandi di tarik masuk ke dalam salun. Dalam diam, Fandi mengeluh kepasrahan sambil menggosok rambutnya.
************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|