CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 1-4-2013 10:00 AM | Show all posts
huk ! aduhai kak syirah ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2013 10:48 AM | Show all posts
Sib baik aku bukan jiha kalau tak...siapla ko shira
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakzue ade kawan cm syirah nie..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:52 AM | Show all posts
Allah je yg tahu ikhlas ke tidak hati seseorg...

kk syirah patut sokong ..buruk sangka pun bukan sikap yg baik juga...iya x kk syirah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 12:51 PM | Show all posts
kak syirah..tak syg mulut...
walopun apa kak syirah ckp tu betul tp agak2la...

nasib jiha sabar..errr..sabar ke..



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 01:33 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 31-3-2013 11:27 AM
Salam low,
jazakillah atas pandangan.

sudah baca thread tersebut, tq my lady

cuma saya masih rasa agak tidak tepat jika nak dikatakan yahudi dan kristian agama samawi..di thread lg satu pun telah dibuktikan dgn ayat al-quran bahawa nabi ibrahim dan musa as beragama Islam bukan yahudi...sebab yahudi dan kristian adalah agama rekaan yg telah dipesongkan oleh rahib dan paderi...

ini yg saya faham > agama samawi itu adalah agama yg diturunkan oleh Allah kpd nabi2 dan rasul2 (ie nabi musa as dan isa as) menyembah tuhan yg Esa (Allah swt) yg berbeza cuma syariatnya saja mengikut kesesuaian pd zaman tsbt. kemudian dipesongkan maka terlahirlah agama yahudi dan kristian.

tapi mungkin dari segi istilah sahaja dan utk memudahkan org awam faham... kristian, yahudi dan Islam adalah agama samawi < ini juga apa yg dipelajari dan diajari dalam subjek pendidikan Islam di sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2013 01:41 PM | Show all posts
awanjingga posted on 1-4-2013 11:52 AM
Allah je yg tahu ikhlas ke tidak hati seseorg...

kk syirah patut sokong ..buruk sangka pun bukan  ...

saya cukup meluat dgn org yg selalu berperasangka buruk spt kak syirah ni ..kalau ada org yg nak masuk Islam boleh lg tanya ikhlas ke? nak kahwin dgn org melayu ke? saya rasa benda ni dalam masyarakat melayu sahaja, perlu diubah mentaliti pemikiran spt kak syirah ni

Ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam dalam malam yg gelap
Last edited by lowgil on 1-4-2013 02:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 02:20 PM | Show all posts
lowgil posted on 1-4-2013 01:41 PM
saya cukup meluat dgn org yg selalu berperasangka buruk spt kak syirah ni ..kalau ada org yg nak m ...

betul tu.. tu mentaliti melayu bukannye mentaliti org islam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2013 03:30 PM | Show all posts
lowgil posted on 1-4-2013 01:33 PM
sudah baca thread tersebut, tq my lady

cuma saya masih rasa agak tidak tepat jika n ...

Secara peribadi, pd lady semua agama yg diturunkan oleh nabi2 adalah agama Islam...
Namun utk mudah difahami, terutamanya kpd non muslim, kita gunakan istilah berdasarkan kpd nabi2 tersebut diturunkan...

Org Yahudi tentu saja tak boleh menerima jika kita kata Nabi Yaakob membawa agama Islam. Dan org2 kritian juga tentu x boleh terima jika kita kata Nabi Isa membawa ajaran Islam. Jadi senang cerita kita guna istilah agama Yahudi, agama kristian walaupun pada hakikatnya Nabi2 mereka menyebarkan agama Islam tp dgn syariat yg berbeza2. Boleh diterima tak alasan ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:32 PM | Show all posts
lowgil posted on 1-4-2013 01:41 PM
saya cukup meluat dgn org yg selalu berperasangka buruk spt kak syirah ni ..kalau ada org yg nak m ...

Ya betul! Tak pe... nanti Jiha jadi PLK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:34 PM | Show all posts
Di atas sejadah, aku menangis semahuku. Sedih aku mengingatkan kembali kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Kak Syirah kepadaku. Aku faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Kak Syirah, namun kata-katanya begitu mengguris rasa.

Namun apabila aku mula berfikir secara rasional, aku akui ada benarnya kata Kak Syirah. Dalam menjaga hubungan dengan manusia tak sepatutnya aku mencacatkan hubunganku dengan Allah. Berduaan dengan lelaki ajnabi mengundang kemurkaan Allah. Bila Allah murka bagaimana doaku mahu diperkenankan-Nya? Doa aku yang paling besar dan utama pada saat ini adalah hidayah buat Dona, diikuti dengan kesihatannya dan kepanjangan usianya. Untuk itu, aku wajib menjaga hubunganku dengan Allah.

“Ya Allah, aku hamba-Mu yang berdosa.”

Aku mula mengenang kembali apa yang telah berlaku di antara aku dan Rahul sejak aku mengenali lelaki itu. Satu persatu ia bagaikan terpapar di ruang mata. Pertemuan yang bermula dengan peristiwa yang amat memalukan...

Ah! Lelaki itu telah tidur di sebelah aku. Lelaki itu juga telah berkali-kali menyentuh tanganku dan lelaki itu jugalah yang cuba menyentuh pipiku. Lama aku merenung tapak tanganku yang telah tercemar.

“Ya Allah! Kenapa kau temukan aku dengan lelaki itu?” Air mataku mengalir laju. Aku rasa benar-benar sebak apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah terkumpul.

“Ya Allah... Andai dia berniat jahat terhadap aku. Kau hindarilah dia dari aku.”

Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong... Kata-kata Ustaz Azhar Idrus begitu tersemat di jiwa aku. Untuk itu, aku akan berusaha untuk memperbaiki hubungan aku dengan Allah. Bila hubungan aku dengan Allah baik, pasti doaku diterima. Aku menanamkan azam di dalam hati.

“Mulai esok, aku akan menjadi Najiha Abdul Samad yang lebih taat kepada Allah.”


**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:39 PM | Show all posts
"Jiha, sampai hati kau tolak lamaran aku."

"Aku minta maaf Fahmi. Aku tak boleh terima kau."

"Hanya sebab Dona?"

"Fahmi... tak boleh kah kau terima Dona?" Soalan aku tak berjawab. Hanya bunyi keluhannya yang ke dengaran di hujun talian.

"Dona ikhlas mahu memeluk Islam. Kau tak sudi bantu dia?" Aku menyoal lagi apabila Fahmi masih berdiam.

"Cinta tak boleh dipaksa, Jiha." Akhirnya Fahmi bersuara juga.

"Tapi cinta boleh dibaja. Demi meraih cinta Allah... apalah sangat perasaan cinta sesama manusia, kan? Aku yakin, jika kita ikhlas melakukan sesuatu itu kerana Allah, nescaya Allah akan bantu kita. Allah akan memberikan rasa cinta itu kemudian hari Fahmi. Cinta yang halal, tak kanlah Allah tak reda?"

"Apa maksud kau, Jiha?"

"Kau kahwin dengan Dona." Pinta aku.

"Jiha!!!" Aku tahu Fahmi terkejut dengan saranan aku.

"Aku tak nak paksa kau tapi boleh tak kau cuba ambil masa dan fikirkan kenapa kau kena kahwin dengan Dona."

"Macam ni... Kau tahukan Dona ditentang oleh keluarganya untuk memeluk Islam? Jadi, kalau kau sudi berkahwin dengan Dona, selesai masalah."

"Kau sendiri tahu jangka hayat Dona tak lama."

"Aku tahu... Jadi tak sudikah kau menggembirakan hati Dona walau pun untuk seketika?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:41 PM | Show all posts
"Macamlah keluarganya dengan mudah nak terima aku." Fahmi meningkah.

"Aku akan cuba pujuk dia orang. Makcik Anu pun dah kenal kau. Aku juga akan cuba mempengaruhi Rahul. Aku yakin dia berfikiran terbuka dalam soal ini."

"Maksud kau, abang Dona?"

"Yup! Apa kata aku kenalkan kau dengan Rahul?"

"Jiha.. aku rasa ini kerja gila." Fahmi masih membantah.

"Gila untuk meraih reda Allah tak apa, kan?" Aku terus memujuk.

"Senangnya kau bercakap."

"Senang sebab kau lelaki. Kaulah amir, kaulah penyelamat wanita, Fahmi."

Aku tahu permintaan aku keterlaluan, tapi aku terlalu menyayangi Dona. Aku akan korbankan kebahgiaan aku demi Dona. Dalam kotak pemikiran aku, keadaan kesihatan Dona sebenarnya memberi peluang yang cerah untuk Dona memenuhi impiannya. Tak kanlah pakcik Bala masih mahu berkeras di saat-saat akhir hayat anaknya itu.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 03:45 PM | Show all posts
"Andai dia berniat jahat terhadap aku. Kau hindarilah dia dari aku.”

andai baik???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:46 PM | Show all posts
Gombak.

Korang... Aku sedar sekarang, aku tak boleh mementingkan diri. Aku rela menarik diri demi Dee. Sekarang ni aku nak tanya, patutkah Emm berkahwin dengan Dee?

Keluarga Dee macam mana? Bolehkah dia orang terima keputusan Dee?

Aku akan cuba pengaruhi keluarga Dee. Lagi pun Dee sakit, tak kanlah dia orang tak mahu melihat kebahagiaan Dee?

Jap... kau kata Dee boleh hidup dua bulan saja lagi. Tak kesian ke pada Emm? Tak pasal-pasal jadi balu dalam usia muda.

Aku dah cadangkan kepada Emm, tapi dia masih belum memberikan jawapan. Kau orang rasa betul ke apa yang aku buat ni?

Kalau kau nak Dee masuk Islam tu, aku sokong tapi tak kanlah sampai Emm kena kahwin dengan Dee?

Sebab Emm kekuatan Dee. Dee nak masuk Islam sebab Emm. Maksud aku... Dee ikhlas nak masuk Islam tapi dia perlukan Emm sebagai sokongan.

Hmm... rumit juga masalah kau ni...

Sebab itulah aku buka tred. Kau orang tolonglah aku.


Fred Kougar... Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja. Bagai ada sesuatu yang menarik pemerhatiannya setiap kali membaca pos forumer itu. Penulisan Fred Kougar di Bicara Muslim sedikit sebanyak membuka mindanya terhadap Islam.

Dee... as for Dona? Lama mindanya berfikir. But who is Emm?

Kemudian teringat pula dia akan sajak yang ditulis oleh Dona dalam buku catatannya. Dalam sajaknya jelas menunjukkan lelaki yang dicintai oleh Dona adalah Fahmi, iaitu lelaki yang dilihatnya bersama Jiha di perkarangan hospital tempoh hari.

Hampir tiap-tiap hari dia akan masuk ke bilik Dona selepas adiknya itu ke sekolah. Melalui buku catatan Dona itu dia mengetahui segala rahsia yang dipendam oleh adiknya selama ini.

Or... could it be just my imagination?

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:47 PM | Show all posts
syanamir posted on 1-4-2013 03:45 PM
"Andai dia berniat jahat terhadap aku. Kau hindarilah dia dari aku.”

andai baik???

kau jodohkan kami...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2013 03:51 PM | Show all posts
Macam mana jiha cuba pujuk fahmi terima dona utk bimbing dona...
harap jiha pun sama terima eddie utk bimbing eddie ke jalanNYA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:54 PM | Show all posts
Pejabat Kaunseling.










Betul tu Epysha. Aku mengiakan kata-kata forumer yang marahkan Mind Teaser bagi pihak aku dalam hati..

"Apalah kau ni bro... kurang ajar tau!"

"Orang kalau dah biasa hidup cara songsang, tak hairanlah pemikirannya pun songsang."

"Kau personal attact aku tu... Kita fokus pada masalah Kougar, ok."

"Kau PA dia boleh pulak?"

"Bila masa aku PA dia? Aku tulis dari sudut pandangan aku. Kougar langsung tak memikirkan perasaan Dee mahu pun Emm. Dia lakukan untuk diri dia. Bila Dee masuk Islam, dia menang. Besar ganjaran pahala dia dapat, tak gitu Encik Kougar?"

Astahgfirullahala'zim! berisytighfar aku membaca pos-pos dari Mind Teaser. Dua hari aku tak menjengah forum, sudah banyak respon yang aku terima. Patutlah tred aku tiba-tiba hangat, ada provokasi dari Mind Teaser rupanya.

Lama juga aku termenung memikirkan tulisan si sengal itu. Hati aku bagaikan disiat-siat oleh lelaki itu. Kemudian aku skrol lagi skrin ke bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 03:54 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-4-2013 03:30 PM
Secara peribadi, pd lady semua agama yg diturunkan oleh nabi2 adalah agama Islam...
Namun utk mud ...

ok, boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 03:55 PM | Show all posts
cm_asamkumbang posted on 1-4-2013 03:51 PM
Macam mana jiha cuba pujuk fahmi terima dona utk bimbing dona...
harap jiha pun sama terima eddie u ...

Ni kalau eddie nak counter back kat Jiha, harus surrender Jiha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.132134 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list