CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2013 04:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-3-2013 03:55 PM
Heh mamat estet ni....

Yang si Jiha pun tampo dada je buat hapa....Tampo ajelah muka ter ...

tampo dada, beralaskan baju. Tampo pipi bersentuhan kulit, membangkitkan berahi!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 04:15 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 04:11 PM
tampo dada, beralaskan baju. Tampo pipi bersentuhan kulit, membangkitkan berahi!

Alang-alang dah kena tarik tangan, tampo ajelah. Takde maknanya nak bangkit berahi bagai. Lainlah si Rahul tu spesis
masochistic...








Owh Owh...Is he?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:18 PM | Show all posts
From wiki..

In psychiatry, the terms sadism and masochism describe a personality type characterized by the individual deriving pleasure and gratification from either inflicting or receiving physical pain and/or humiliation, respectively.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:21 PM | Show all posts
Sebelum kelaut...  utk bacaan hujung minggu...

BAB 34

Duhh... konar sana, konar sini, penyudahnya Rahul ditugaskan menghantar aku balik. Allah saja yang tahu perasaan aku saat ini. Aku terpaksa berlagak ceria depan Dona, makcik Anu dan pakcik Bala.

“Bye Jiha. Lain kali datang lagi.” Tutur makcik Anu dalam nada yang begitu ceria.

“Insya-Allah.” Balasku ringkas.

“Make sure you send her home, Rahul.” Pesan pakcik Bala kepada Rahul seolah-olah meragui kejujuran anaknya pula. Dona dan makcik Anu hanya tertawa. Aku tertunduk malu.

“I will.” Kemudian Rahul menoleh ke arah aku. Lekas-lekas aku mengalihkan pandangan. Aku buat-buat melambai kepada Dona dan kedua ibubapanya.

Memandangkan pintu kereta sudah pun dibuka Rahul untukku, aku terus memasuki perut kereta. Hmm... gaya memang persis lelaki budiman dan bertertib. Tapi bila mula bercakap, pasti nanti ada saja yang menyakitkan hati aku.

“Don't try to avoid me, Jiha. Semakin awak cuba menjauhi dari saya, semakin dekat saya akan menghampiri awak.” Tutur Rahul ketika kami sudah pun meninggalkan perkarangan rumahnya.

Tiga kali kelopak mataku berkejip. Aku dah kata... kalau dia mula berbicara, tak senang duduk aku dibuatnya.

“Awak ni betul betul menggunakan keluarga awak, terutamanya Dona. Sebenarnya awak nak apa dari saya?”

“Awak ni terlalu berprasangka dengan saya, kan?” Soalan aku dijawabnya dengan soalan pula.

“Saya cuma berhati-hati.” Balas aku. Jawapan aku disambut dengan tawa kecil.

“Saya nampak jahat di mata awak?” Soalnya lagi. Aku mengetap bibir. Soalannya tidak kujawab.


ps: sure bengang teamEddie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:23 PM | Show all posts
“I just want to be your friend. Kawan Dona, tak boleh jadi kawan abangnya?”

Aku menelan liur. Aku sebenarnya masih ragu-ragu dengan keihklasan Rahul. Caranya itu yang tak meyakinkan aku. Caranya lebih kepada nak menggoda aku. Pandangannya... sentiasa mendebarkan jantung aku. Aku takut sebenarnya. Takut jatuh cinta terhadapnya. Fuhh! Aku melepaskan keluhan dalam hatiku.

Bunyi deringan telefon bimbit menyelamatkan aku dari terus menjawab soalan Rahul. Alamak! Aku mengetap bibir sebaik sahaja nama Lili terpapar pada skrin telefon. Mesti Lili marah sebab aku tak balik lagi. Tentu dia sudah menunggu aku dari tadi. Macam mana ni? Kalau diikutkan aku tak mahu balik. Tapi kalau Rahul menghantar aku balik? Aduhhhh... Aku kian resah. Peluh-peluh kecil mula merenik di dahi.

“Kenapa tak jawab call tu?”

“Hah?” Aku terkejut apabila Rahul menegurku. Mataku terarah semula kepada telefon bimbitku. Serba-salah sungguh aku dibuatnya. Perlahan-lahan aku tekan juga butang panggilan.

“Assalamualaikum Lili.” Lemah suara aku menyapa.

“Jiha! Kau kat mana? Aku tunggu kau dekat sejam tau! Kenapa tak balik lagi? Kan kita ada date dengan Cicak Kobeng dan Mujahid?” Bertalu-talu Lili menyoal aku. Ditambah dengan nyaring suaranya, benar-benar membuat telinga aku bingit. Berkerut dahiku dibuatnya. Bibirku pula kuketap kejap.

“Aku... aku rasa tak dapat pergilah Lili. Aku ada hal ni.” Terpaksa bohong sunat lagi... Kemudian aku tadahkan saja telinga mendengar leteran dari Lili. Puas berleter dan memarahi aku, Lili mematikan talian. Aku melepaskan hembusan perlahan dari celahan kedua bibirku.

“Instead of sending you home, what if we go somewhere else?” Rahul memberi cadangan. Dia seperti dapat menangkap apa yang terjadi. Aku hanya mengangguk perlahan. Ketika ini aku benar-benar memerlukan dia.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 04:25 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 04:18 PM
From wiki..

In psychiatry, the terms sadism and masochism describe a personality type characteriz ...

Yes Lady..you are right.

Question is...Is he? or is he not?

Jangan hang tepek scene BDSM pulok ye.....



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2013 04:27 PM | Show all posts
Udara segar waktu petang di Taman Tasik Perdana memang menyamankan. Aku sendiri tak tahu ke mana arah tujuan, jadi aku akur saja ke mana Rahul membawa aku pergi. Janji aku tak perlu balik ke rumah dan bertemu dengan Lili.

“Sejak bila Dona mula berminat dengan Islam?” Rahul menyoal aku ketika kami melabuhkan duduk di atas pangkin kayu.

“Baru-baru ni saja.” Aku menjawab ringkas.

“Dona ikhlas mahu memeluk Islam atau sebab Dona sukakan Fahmi?”

Aku terdiam sejenak. “Dona memang sukakan Fahmi tapi Dona juga ikhlas untuk memeluk Islam.”

“But you knew our parents will not approve it.”

Aku hanya mengangguk.

“Kenapa awak nak galakkan Dona sedangkan awak tahu perkara ni tak mungkin akan berlaku.”

“Sebab saya sayangkan Dona.” Rahul tiba-tiba tertawa mendengar alasan aku.

“Macam tu awak kata sayang? Awak tak rasa awak hanya menyusahkan hidup Dona?”

“Saya tahu... Hidup Dona akan susah jika dia memilih Islam. Tapi kalau Dona ikhlas, Allah akan bantu dia. Apalah sangat kesusahan di dunia berbanding kesusahan yang bakal ditempuhinya di akhirat?”

Rahul tertawa mendengar kata-kata aku. “Semua orang menganggap agama dialah yang terbaik.” Sinis kata-katanya.

“Islam memang yang terbaik.” Kataku tegas. Pandangan Rahul jatuh ke wajahku. Aku pantas mengalihkan bebola mataku ke tasik.

“Apa yang membuatkan Islam lebih baik dari Hindu atau Buddha?” Semakin galak dia bertanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:30 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-3-2013 04:25 PM
Yes Lady..you are right.

Question is...Is he? or is he not?

soalan itu akan terjawab melalui perjalanan cerita hingga ke penghujungnya...

--

“Sekurang-kurangnya dalam Islam, tak perlu dibakar apabila mati.” Entah kenapa ayat itu pula yang terluncur dari bibirku. Apabila aku tersedar, aku menggigit bibir. Harap dia tak berkecil hati.

“Are you making fun of other people's belief?” Rahul menyoal lagi. Kali ini nada suaranya agak meninggi. Mungkin dia marah dengan kata-kata aku tadi.

“Nope! I was telling you the truth. Memang dalam agama Hindu, mayat akan dibakar, kan? Kecualilah kalau Dona menganut agama Buddha. Saya sayangkan Dona. Saya tak mahu dia dibakar atas dunia, kemudian dibakar lagi di akhirat selama-lamanya.” Aku mempertahankan hujah aku tadi. Aku memberanikan diri memandang ke wajahnya. Aku lihat dia mengetap bibir.

“Islam bukan sahaja lebih baik dari Hindu atau Buddha malah Islam adalah satu-satunya agama yang diredai Allah.”

“Ok.. tell me then what makes Islam the best among all.”

Fuhh! Berat juga aku hendak menjawab soalan dari Rahul. Kalaulah aku ini berkelulusan dari bidang agama, haruslah aku boleh mejawabnya tanpa teragak-agak. Lama mindaku berfikir.

“Well...” Rahul mendesak. Rupanya dia masih menunggukan jawapan dari aku. Aku menelan liru yang tersekat di kerongkong.

“Dalam dunia ini cuma ada tiga sahaja agama yang diiktiraf Allah. Agama-agama ini dipanggil agama samawi, iaitu agama yang diturun dari langit... oleh Allah sendiri.” Aku reling wajahnya sekilas. Tampak riak wajahnya memberi sepenuh penumpuan terhadap apa yang aku sampaikan.

“Agama yang diiktiraf adalah Yahudi, Kristian dan Islam.” Aku menyambung kata.

“Maksud awak agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan sebagainya itu tak diiktiraf?”

“Ye... selain yang tiga tadi bukan agama. Itu hanyalah rekaan manusia.” Tanpa menghiraukan perasaannya aku terus menyatakan apa yang hak. Dah dia nak tahu sangat kan? Harap dapat menahan telinga dan hati, ya?


edited: sorry silap tepek daa.. Last edited by ladyFinger12 on 29-3-2013 04:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 04:32 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 04:30 PM
soalan itu akan terjawab melalui perjalanan cerita hingga ke penghujungnya...

--
soalan itu akan terjawab melalui perjalanan cerita hingga ke penghujungnya..

Psstttt...baru dapat penambahan idea ke hapa?

Gurau naaa....

Cheq nak balik....

Salam and Happy weekends you ollsss.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:37 PM | Show all posts
“Ok... katakan saya mahu menjadi seorang Kristian, adakah ini bermakna saya akan selamat di akhirat?”

“Untuk selamat di akhirat, hanya Islam satu-satunya jalan yang ada...”

“Tadi awak juga yang kata Allah iktiraf tiga agama. Jadi apa salahnya saya memilih agama Kristian?” Rahul memintas bicara aku.

“Betul... tapi agama Yahudi dan Kristian sudah tidak valid lagi untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kalau awak dilahirkan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, insya-Allah pegangan awak diterima Allah. Sebab semasa itu, agama yang diterima adalah apa yang diajarkan oleh Nabi Isa AS.”

“Awak bercakap macam ustazah.”

Aku reling ke wajahnya. Aku tak pasti itu satu sindirian atau pujian. Tak kisahlah apa pun pandangan dia terhadap aku. Aku lebih mengutamakan pandangan Allah.

“Rahul, awak tak mahu melihat Dona gembira di saat-saat akhir kehidupannya?” Giliran aku pula menyoalnya.

“Tentu saya nak tengok Dona gembira. Tapi kalau Dona ambil keputusan nak memeluk Islam, saya tak rasa Dona akan mampu bergembira.”

“Itu kepercayaan Dona. Dia nekad untuk memeluk Islam. Saya pun tak pernah paksa. Malah Islam bukan agama paksaan.”

“Kalau begitu kenapa awak bersungguh-sungguh mahukan Dona menjadi Islam sedangkan itu hanya membebankan Dona?”

“Saya dah beritahu awak tadi... apalah sangat kesusahan dunia sedangkan akhirat sana, kebahgiaan menantinya. Dan ini kebahagiaan abadi. Selama-lamanya. Persahabatan saya dengan Dona juga akan terus kekal hingga ke sana. Insya-Allah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:38 PM | Show all posts
“Sampai bila awak dan Dona mahu berahsia?”

Aku mengetap bibir. Soalannya tak mampu aku jawab.

“Awak akan bocorkan rahsia ini kepada amma dan appa awak?” Aku menyoalnya kembali.

“Should I, or should I not?” Sekali lagi soalan dikembalikan. Aku menelan liur.

“Terpulanglah kepada awak, Rahul. Apa pun yang berlaku, Dona tetap sahabat saya.”

“Kalau Dona tak jadi memeluk Islam?”

“Dia akan menjadi sahabat saya di dunia sampai bila-bila tapi di akhirat kelak, kami akan terpisah.”

Rahul tidak lagi menyoal aku. Kami hanya duduk sambil menikmati udara segar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

**********

Masjid Negara.

Usai menunaikan solat maghrib aku cepat cepat keluar untuk mendapatkan Rahul. Kasihan pula aku membuatkannya menunggu.

“Sorry sebab saya awak menunggu.” Tuturku kepada Rahul yang begitu khusyuk merenung air di kolam.

“It's ok... Saya rasa tenang di sini.” Beritahu Rahul. Kupandang wajahnya tanpa kedip.

“Saya pernah datang ke sini dulu.” Ceritanya tanpa dipinta.

“Banyak kali saya datang ke sini.” Kali ini aku tatap wajahnya dalam samar cahaya lampu neon.

“Awak buat apa?” Soal aku.

“Jom, apa kata kita pergi makan? Lepas makan saya hantar awak balik.”

Perbualan kami terhenti. Aku mengekori Rahul apabila lelaki itu mula melangkah menuju ke keretanya.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 04:42 PM | Show all posts
Aku dapat merasakan yang aku mula dapat menerima kehadiran lelaki ini. Mana taknya bermacam-macam cara aku mengelak tetapi selalunya berkesudahan dengan aku berdampingan di sisinya. Makan malam kami lebih santai kali ini. Dia tidak lagi menyakitkan hati aku seperti selalu. Malah sedikitpun dia tak tanya kenapa aku tak mahu balik ke rumah petang tadi. Hmm... Mungkin dia ikhlas mahu berkawan dengan aku. Aku cuba berbaik sangka.

“Thanks and sorry sebab ambil masa awak.” Aku mengucapkan terima kasih kepada Rahul sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah sewa.

“You are welcome. Saya seronok meluangkan masa dengan awak. Terima kasih sebab sudi menemani saya.” Sepatutnya aku yang berterima kasih kepadanya. Kata-katanya semakin menark perhatian aku. Nampak lebih berhemah.

Aku hadiahkan lelaki itu dengan sebuah senyuman. Kali ini aku ikhlas sebab dia telah membantu menyelamatkan hari aku. Kelmarin dia menyelamatkan aku dari Eddie. Hari ini sekali lagi lelaki yang cuba aku hindari itu menyelamatkan aku. Kali ini dari Mujahid pula.

**********

done. Hepi reading
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 05:26 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 03:38 PM
Aku langsung tak ceria sepanjang perjalanan balik ke rumah Dona. Dona pula begitu rancak bercerita d ...
Ah! Kenapa jantung aku berdegup? Semakin aku cuba menjauhi lelaki ini, semakin rapat pula kami. Semakin aku cuba membenci, semakin tak keruan perasaan di hati... Anehnya perasaan yang menerjah ini.
jiha sudah kuch kuch hota hai dgn rahul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 05:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 04:30 PM
soalan itu akan terjawab melalui perjalanan cerita hingga ke penghujungnya...

--
“Agama yang diiktiraf adalah Yahudi, Kristian dan Islam.” Aku menyambung kata.

tapikan lady, saya pernah baca yahudi dan kristian adalah terpesong dari ajaran nabi ishak as, yaakub as dan isa as..jd statement jiha tu mcm tak betul....semua para nabi membawa ajaran tauhid, dan dipesong oleh para rahib dan paderi maka terciptalah agama yahudi dan kristian....kristian sendiri asalnya dari pagan agama yg menyembah dewa dewi, utk kata agama yahudi dan kristian diiktiraf mungkin kurang tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin pening ler..eddie cicak kobeng..msti dpt kat lily akhirnya..speku sejemput dr kakzue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 11:27 AM | Show all posts
lowgil posted on 29-3-2013 05:35 PM
tapikan lady, saya pernah baca yahudi dan kristian adalah terpesong dari ajaran nabi ishak as, y ...

Salam low,
jazakillah atas pandangan.

Benar hanya Islam yg diiktiraf Allah masa kini. Walau pun agama Yahudi dan Nasara (kristian) sudah terpesong tp
kedua2nya adalah agama tauhid yg diturunkan Allah. Jadi kedua2nya adalah agama samawi selain dr Islam.

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad, mereka yg beriman dan beramal saleh berdasarkan agama samawi waktu itu diterima/iktiraf oleh Allah swt.


ps: kebetulan Mujahid ada mengulas tentang hal ini...



http://mforum1.cari.com.my/forum ... tra=page%3D1&page=1


cuba low baca apa yg lady tulis ni..

Ok... katakan saya mahu menjadi seorang Kristian, adakah ini bermakna saya akan selamat di akhirat?”

Untuk selamat di akhirat, hanya Islam satu-satunya jalan yang ada...

“Tadi awak juga yang kata Allah iktiraf tiga agama. Jadi apa salahnya saya memilih agama Kristian?” Rahul memintas bicara aku.

Betul... tapi agama Yahudi dan Kristian sudah tidak valid lagi untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kalau awak dilahirkan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, insya-Allah pegangan awak diterima Allah. Sebab semasa itu, agama yang diterima adalah apa yang diajarkan oleh Nabi Isa AS.”


Kalau low/forumer lain rasa masih ada kekeliruan, lady akan ubah susunan ayat. Lady bimbang juga andai pembaca tersalah tafsir.

Pandangan anda amat dialu2kan.




Last edited by ladyFinger12 on 31-3-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 03:04 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 31-3-2013 11:27 AM
Salam low,
jazakillah atas pandangan.

Lady...ai dah pi belek benang yang lady kasi tu...dok tercari2 nick mujahid...tak jumpa pun hikhikhik

p/s sorry lady...buat lawak bodo plak kan....peaceeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 11:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 31-3-2013 11:27 AM
Salam low,
jazakillah atas pandangan.

Salam,

Saya setuju ngan statment lady, betul apa yg lady kata...saya pernah baca berkaitan 3 agama yg diiktiraf Allah ini. Apa pun ia tetap asalnya menyembah yg satu iaitu Allah S.W.T.

Sekian.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 09:38 AM | Show all posts
Salam. Lady sambung awal hari ni, sat gi ada urusan..

BAB 35

Sudah dua hari Lili tak mahu menegur aku. Sepatah aku bertanya, sepatah sahaja yang dijawabnya. Masa Lili lebih banyak dihabiskan di dalam biliknya. Aku kesal dengan apa yang telah aku lakukan tapi aku tak mampu bersemuka dengan Mujahid.

Maafkan aku Lili... Lama aku merenung pintu bilik Lili.

"Macam mana dengan kesihatan Dona?" Suara Kak Syirah memeranjatkan aku. Kak Syirah yang baru sahaja keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.

"So far, so good. Alhamdulillah." Aku kemudiannya menuruti Kak Syirah ke ruang tamu.

"Jiha...walau pun akak simpati dengan Dona, tapi akak tetap tak setuju Jiha menemani Dona di rumahnya." Kak Syirah melabuh duduk ke atas sofa.

"Kak.... Dona sebenarnya bukan saja sakit, tapi Dona mahu mendalami Islam. Sebab itu Jiha selalu bermalam di rumahnya. Dona mahu Jiha ajarkan dia tentang Islam. Salah ke kak?" Aku menyoal. Ingin sekali aku mengetahui pandangan Kak Syirah dalam soal keislaman Dona. Mungkin selama ini dia terlalu skeptik sebab dia tak tahu akan niat Dona.

"Oh, Dona nak masuk Islam? Tapi ikhlas ke?"

"Insya-Allah, Dona ikhlas kak. Cuma buat masa ni dia tangguhkan dulu hasrat dia sebab masalah kesihatan. Lagi pun keluarga dia tentu tak setuju." Aku duduk pula di atas sofa yang bertentangan dengan Kak Syirah.

"Hmmm... Akak dah agak. Mesti ditentang oleh keluarga dia. Hindu Jiha... Dah terlalu banyak syaitan berhala dalam hati."

"Akak... tak baik akak cakap macam tu. Manalah tahu suatu hari nanti terbuka pintu hati keluarga Dona untuk menerima Islam?" Pandangan Kak Syirah aku bantah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 09:48 AM | Show all posts
"Tak ada maknanya. Kalau dah penganut Hindu tegar... Jiha tak percaya cakap akak, Jiha tengoklah nanti. Si Dona tu... entah entah sebab nak kahwin dengan lelaki Melayu saja tu. Kalau tak, jangan harap dia nak masuk Islam."

"Akak, hidayah itu memang hak mutlak Allah. Tapi kita sebagai manusia, bukankah kita patut menjalinkan ukhwah sesama kita? Salahkah kalau kita mendoakan orang kafir supaya menerima hidayah dari-Nya?"

"Jadi Jiha nak jaga hablumminannas lah ni? Perhubungan sesama manusia, begitu?" Kak Syirah menempelak pandangan aku.

"Ukhwah tu ukhwah juga... Tapi lebih elok kalau Jiha jalinkan ukhwah sesama Islam. Dan hubungan dengan Allah... kenalah pastikan kuat. Kalau tak, macam mana Allah nak terima doa kita?" Aku tahu Kak Syirah menyindir aku.

"Akak nampak hari tu ada orang lelaki hantar Jiha balik. Akak tak setuju Jiha ke hulu ke hilir dengan lelaki yang bukan mahram. Ini pun salah satu sebab Allah tak terima doa kita. Sebagai orang Islam, akak bertanggungjawab menegur salah laku Jiha. Harap-harap kat akhirat esok akak tak dikatakan bersubahat dengan kemaksiatan yang akak nampak depan mata."

Aku terkedu seketika. Kak Syirah nampak? “Kami tak buat apa-apa kak. Dia cuma hantar Jiha balik.” Aku benar-benar terasa dengan perkataan kemaksiatan yang dituturkan oleh Kak Syirah. Terasa begitu berdosanya diri aku.

“Berduaan bersama lelaki bukan mahram nak panggil apa? Ibadat?” Berdesing telinga aku mendengar sindiran dari Kak Syirah.

"Jiha... hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia kita memang kena jaga. Tapi jangan sampai melebihkan hubungan dengan manusia sehingga mengabaikan hubungan dengan Allah. Bahkan jika hubungan dengan manusia itu bertentangan dengan syarak, maka wajib dihentikan.”

Dan aku terus tak bersuara lagi...

**********
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.098971 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list