CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 24-2-2014 10:04 AM | Show all posts
“Rindu? Mungkin…” Lama berpandangan, Zareen mula bersuara, turut sama mengikut rentak permainan.

Terdiam beberapa saat.

“So now, shall we get back to main discussion?” Tutur Zareen. Karektor seorang pengurus kembali semula.

Zack senyum lagi. Zareen pandai main layang-layang. Tali ditarik bila terlalu jauh dan dilepas bila terlalu dekat.

“Next food promotion, Chef…”

“Awak nampak cantik hari ni…”

Zareen mengangkat muka. Bibirnya bergerak sedikit, seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi akhirnya, tiada satu apa pun yang keluar. Zack pandang Zareen, tak berkata apa-apa. Rasa segan dibuang jauh-jauh. Nak cari jodoh katanya. Tak boleh nak malu-malu sangat…

“Thanks. Sekarang, boleh fokus pada kerja?”

“Yes…madam…”

Zack sembunyi senyum.

**
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2014 01:18 PM | Show all posts
Hampir ke pukul enam petang.

Kate berdiri di sebelah kedai bunga, menunggu Zack yang sudah berjanji untuk berjumpa selepas tamat kerja. Hhhmmm…macam orang bercinta pula.

Kate membelek sebentar kad perkahwinan milik Audrey ditangan. Kad ini untuk Zack. Matanya mengarah ke lif tatkala pintu terbuka. Dari situ, Kate nampak Zack melangkah keluar. Disebelahnya ada Zareen. Kedua-duanya saling berbalas senyum antara satu sama lain walaupun tak berbual apa-apa.

Your face, bright and shine. It’s good that you’re finally fall in love again, Zack. I’m so happy for you…

Dan Kate melepas keluhan perlahan-lahan.

Mata Zack mengarah kepadanya lalu berkata sesuatu kepada Zareen. Mereka kemudiannya berjalan ke arah Kate. Kate pamer senyum apabila Zack dan Zareen semakin menghampiri.

“Hi Kate.” Zareen menyapa ramah. Kate membalas dengan mengangguk. Menjeling seketika kepada Zack sebelum kembali senyum kepada Zareen.

“You all nak keluar berdua kan? I’ll make a move first….”

“Why don’t you join us, Reen? We just want to have dinner…” Kate ikhlas mengajak.

“Oh, tak apalah. Maybe next time…” Zareen pantas mengelak. Untuk keluar malam, sudah pasti tidak. Dia ada sebab tersendiri untuk tidak turut serta.

“Enjoy your dinner, Kate.” Tutur Zareen. Kate senyum.

“Zack…”

“Cik Reen.”

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

Mata bertembung seketika sebelum bibir mengukir senyum. Kate yang memerhati, mengangkat kening. Sepertinya, sesuatu telah berlaku antara keduanya. Apa ya? Mungkin sebentar nanti, dia boleh mengorek rahsia dari Zack. Lagipun, Zack banyak berhutang cerita. Kes Farizah tempoh hari juga masih belum diceritakan sepenuhnya.

Zareen berpaling untuk menuju ke ruang parkir kereta di bahagian basement. Lif berlainan diperlukan untuk menuju ke bawah.

“Hey Zack…” Kate yang hanya renek paras bahu Zack, menarik lengan Zack ke bawah. Memaksa Zack berdiri sama tinggi dengannya. Nak tak nak, Zack terpaksa tunduk dan tadah telinga.

“I think, you should accompany her to the car park.” Kate berkata perlahan.

“Eh, why? I thought, we are going out…”

“Yes we are. But you should show her more attention. Go…” Badan Zack ditolak.

“But you…”

“It’s okay. I’ll wait here…”

“Are you sure?”

“Yes I am. Go now. Lift is about to open.” Kate menyuruh dan badan Zack ditolak lagi. Zack menurut juga. Langkah diatur ke arah Zareen yang sedang berdiri dihadapan pintu lif.

Sekali lagi, Kate memerhati. Zack berdiri di sebelah Zareen. Zareen kelihatan terkejut. Zack berkata sesuatu dan Zareen tersenyum. Apabila pintu lif terbuka, mereka melangkah masuk. Kate sempat berbalas pandang dengan Zack sebelum lif tertutup lima saat kemudiannya.

Kate menarik nafas lagi. Sepatutnya, dia gembira untuk Zack, bukan?

Bunyi telefon dalam tas tangan, menggamit perhatian. Segera tas tangan diseluk. Telefon bimbit ditelek. Satu nombor tak dikenali terpapar di skrin. Kate tidak menjawab. Sudah menjadi tabiatnya, tidak akan menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali selepas waktu pejabat. Deringan kemudiannya mati.

Namun, ianya tak berhenti di situ. Telefon berbunyi lagi. Satu mesej pesanan ringkas masuk. Pantas Kate memeriksa.

Rose, it’s me. I’m back in town. I want to see you. It’s been a long time and I miss you so much.

Kate ternganga, hampir tak percaya. Hanya seorang saja dalam dunia ini yang memanggilnya dengan nama Rose…   

Finally, you are back…

***
Last edited by Nicki_Meow on 24-2-2014 01:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:38 PM | Show all posts


kevin balik msia?



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:51 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-2-2014 08:30 AM
Salam...

Thanks for reading. Kaka otai sini ek? terbaca kat benang kaka bunick...

x la otai mana pun... cuma dh lama x berkunjung ke wr ni... smpai xblh masuk la.. hihihi...
dh byk bakat2 baru ni..
sebulan dua hari tu silent reader je... xblh tahan nk komen... tu yang stat baru tu...
teruskan usaha u ni ye...
no worries... i follow....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 02:15 PM | Show all posts
UsuFie posted on 24-2-2014 01:38 PM
kevin balik msia?

Haah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 02:16 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 24-2-2014 01:51 PM
x la otai mana pun... cuma dh lama x berkunjung ke wr ni... smpai xblh masuk la.. hihihi...
dh by ...

Thanks Kaka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2014 02:18 PM | Show all posts
Kereta Honda City milik Zareen sudah hilang dari pandangan. Zack kembali melangkah menuju ke arah lif. Rasa bersalah pula kerana membiarkan Kate menunggu hampir dua puluh minit di atas.

Tapi, tak apalah. Kate yang suruh dia teman Zareen. Mesti Kate faham.

Gegaran di poket sebelah kanan berserta bunyi deringan menandakan ada mesej yang masuk. Zack pantas mengeluarkan telefon bimbit. Berkerut kening Zack tatkala membaca mesej yang baru diterima.

Zack merengsa. Entah kenapa, hatinya merasa tak senang. Nombor telefon Kate didail berkali-kali namun Kate tidak menjawab.

Angkatlah phone. Si Kate ni pun…

Setelah beberapa kali mencuba, panggilan masih tidak berangkat. Zack melepaskan nafas kasar. Mesej dari Kate dibaca sekali lagi.

Change plan. I need to go. Kevin’s back.

Dan secara tiba-tiba, Zack terasa bengang dengan lelaki yang bernama Kevin. Last edited by Nicki_Meow on 30-3-2014 12:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:33 AM | Show all posts
Nicki~kalau citer ni yg tercalon, siang2x i dah vote sebab follow dari awal....hat lain2 tu...berpino mata nak marathon....huk huk huk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2014 10:34 AM | Show all posts
Episode 33

Mungkin, perkara ini berlaku kerana Tuhan masih sayangkan dia. Mungkin juga, Tuhan mahu menutup aibnya. Mungkin, sebagai peringatan untuknya agar segera bertaubat.

Entah mana satu, Farizah tak tahu. Saat ini, otaknya terlalu sesak untuk mencerna setiap perkara yang berlaku.

Rasa nyeri yang menyucuk-nyucuk bawah perut semakin memuncak. Seperti senggugut cuma yang ini, peratusan sakitnya lebih lagi. Dia berpeluh seorang diri walaupun ketika ini, penyaman udara dalam biliknya terpasang.

Buntu, tak tahu apa yang perlu di buat.

Amy…

Betapa Farizah berharap Amy belum lagi keluar meninggalkan rumah untuk pergi kerja. Hendak menjerit memanggil nama Amy, Farizah sudah tak mampu. Sakit yang ditahan sejak malam tadi, rupanya memberi petanda. Petanda bahawa bayi yang dia kandung ini takkan dapat menghirup udara bumi.

Sedih? Dia tak tahu. Perlukah bersedih sedangkan dia bukan benar-benar mahukan bayi ini?

Keliru? Pun ada. Sedih dan lega dalam waktu yang sama. Kejamkah dia?

Perkara itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting sekarang, apa yang dia perlu buat?

“Amy…” Suara yang keluar dari kerongkong terlalu perlahan. Lalu, telefon bimbit dibawah bantal dicapai.

Pukul lapan suku pagi.

Nombor telefon milik Amy dicari pantas. Butang ditekan saat nama Amy muncul di skrin. Menunggu seketika dengan harapan, Amy masih berada dalam kawasan sekitar.

“Amy…” Talian bersambung setelah tiga deringan.

“Izah…ada apa?” Suara Amy kedengaran biasa saja.

“Amy…tolong aku.”

“Izah, kenapa ni?” Suara tenang Amy mula berubah.

“Amy...aku sakit. Tolong aku.”

“Izah…Izah!”

Farizah tak mampu menahan tangis lalu terus teresak-esak.

“Izah…kau okay tak? Aku patah balik sekarang.” Suara Amy semakin bimbang.

“Okay…”

Talian terus mati. Farizah baring mengerekot. Tangan pegang perut. Terasa cadar tilamnya mula basah.

Maafkan aku… Ya Allah. Aku minta ampun. Maafkan ibu, nak. Maafkan aku…

Matanya terpejam. Air mata terus mengalir.

Entah seminit, entah 15 minit, setengah jam, sejam…Farizah tak tahu. Terdengar ketukan bertalu-talu dipintu bilik sambil suara Amy menjerit kuat memanggil namanya.

“Izah!”

“Amy…” Suaranya antara keluar dengan tidak.

Tiga saat kemudian, pintu biliknya terbuka. Amy muncul dimuka pintu dengan wajah penuh tanda tanya.

“Izah…kau kenapa ni?” Amy menerpa.

“Amy, tolong aku. Aku tak tahu nak buat apa...”

“Kenapa? Kau sakit apa?” Wajah pucat Farizah dipandang lama. Bimbang dan simpati teradun jadi satu.

Farizah tetap teresak, tak mampu menjawab.

“Jom, aku bawak kau pergi klinik.” Amy menyelak selimut Farizah dan terus tergamam. Cadar basah. Bertompok merah. Amy tahu, ini bukan darah haid yang biasa.

“Izah…” Gamamnya cuba dikawal. Panik yang melanda diusir dengan tarikan nafas panjang. Kesal bertamu. Amarah? Boleh ditolak tepi dahulu. Nanti-nanti boleh marah. Lagipun, tak guna nak berkata apa-apa ketika ini, apatah lagi bersoal-jawab.

“Kita pergi hospital.” Amy pantas membantu Farizah untuk bangkit.

Nampaknya, demi sahabat, terpaksa dia mengambil cuti kecemasan hari ini.

***
Last edited by Nicki_Meow on 26-2-2014 04:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 10:40 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 26-2-2014 10:33 AM
Nicki~kalau citer ni yg tercalon, siang2x i dah vote sebab follow dari awal....hat lain2 tu...berpin ...



Ala Lynn... Takyah follow dari awal pun takpe... vote aje terus....  (Kempen ni...kempen....)
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:54 AM | Show all posts


abg harun mana ni...

takan kak amy tak call dia kasi tau psl izah..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 11:27 AM | Show all posts
Zack resah. Dari tadi melihat jam, mengira detik mencongak waktu. Fokusnya pada kerja sudah hilang. Panggilan telefon yang diterima tengahari tadi membuatkan dia tak keruan.

Skrin dihadapannya direnung walaupun fikirannya tidak di situ.

Dia mahu segera keluar dari sini. Dia mahu segera ke hospital.

“Zack. Job request untuk function minggu depan, aku dah print.” Suara Joe Zulkifli mematikan lamunan. Zack berpaling tetapi tidak berkata apa-apa kepada Joe Zulkifli. Kertas di tangan Joe Zulkifli diambil dan diletakkan atas meja.

“Kau dah kenapa?” Soal Joe Zulkifli.

“Cik Reen ada dalam office?” Zack menjawab soalan Joe Zulkifli dengan soalan juga.

“Ada.”

“Aku nak pergi jumpa dia.” Zack terus bangun. Joe Zulkifli tidak diendahkan.

Zack mengetuk pintu bilik yang terbuka. Zareen yang sedang focus menaip sesuatu terus menoleh.

“Yes…Zack?” Seperti biasa, senyum manis terukir dibibir Zareen. Namun saat ini, biarlah senyum manis macam madu sekalipun, Zack tak peduli. Jam di tangan direling seketika.

Hampir ke pukul empat petang.

“Cik Reen, saya nak mintak izin balik awal hari ini.” Zack pantas menyatakan niat.

“Kenapa?”

“Ada hal sikit.”

“That is not a strong excuse, Zack. You should know that…”

Alah! Tak payahlah kau nak main soal jawab time ni…

“Saya ada hal Cik Reen. Personal problem. Cik Reen boleh potong cuti saya hari ni…or whatever. Saya kena…”

“Saya tak kata awak tak boleh pergi.” Zareen memotong pantas dengan kening terangkat. “I just need to know your valid reason. Kalau HR tanya ke, GM tanya ke, saya nak jawab apa?”

Zack tarik nafas. Tujuannya meminta kebenaran untuk meninggalkan pejabat lebih awal diterangkan secara ringkas.

Zareen diam. Muka Zack dipandang seketika. Menimbang-tara untuk membuat keputusan.

“Okay. Go ahead. You have my permission. Harap-harap, keadaan dia taklah teruk sangat…” Zareen bersuara, beberapa saat kemudian.

“Thanks Cik Reen.” Zack menarik nafas lega. Berpaling dan terus melangkah pergi.

***
Last edited by Nicki_Meow on 26-2-2014 04:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 11:39 AM | Show all posts
UsuFie posted on 26-2-2014 10:54 AM
abg harun mana ni...

takan kak amy tak call dia kasi tau psl izah..

"Saya tengah panik ni kak. Mat harun ke, harun salim bachik ke... tak terfikir dah ni...." Jawab Amy.



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 12:00 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-2-2014 10:54 AM
abg harun mana ni...

takan kak amy tak call dia kasi tau psl izah..

kereta abg haron sedang membelok masuk ke simpang rumah izzy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 12:17 PM | Show all posts
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Motorsikalnya segera diletakkan di kawasan parkir. Fullface helmet ditanggalkan dari kepala. Zack menyeluk poket sebelah kanan lalu mengeluarkan telefon bimbit.

Mesej whatssap diteliti. Mencari bilik dan nombor wad. Setelah itu, Zack berjalan pantas. Dalam masa yang sama, nombor telefon didail.

“Hello...”

Kali kedua mencuba, barulah talian bersambung.

“Audrey…”

“Hey…Zack.”

Suara Audrey kedengaran biasa-biasa saja. Tiada panik mahupun bimbang.

“I’m here, in the hospital. How’s Kate? Boleh ke nak pergi tengok dia sekarang?”

“She’s fine. Pergilah. I’ll finished my duty around seven. Join you later.”

“Okay…”

Talian dimatikan. Sambil berjalan, fikiran Zack melayang.

Tengahari tadi, Audrey memberitahu yang Kate telah dimasukkan ke hospital. Puncanya adalah disebabkan oleh asthma. Bila masa Kate ada Asthma, Zack pun tak tahu. Kata Audrey, ada sesuatu yang telah menyebabkan Kate diserang asthma secara mengejut.

Macam-macam hal.

Lif dinaiki hingga ke Tingkat Tujuh, dibahagian Private Wing. Sekali lagi, mesej yang diterima dari Audrey diteliti.

Room 12A, Seventh Floor, Private Wing.

Mata Zack melilau mencari nombor bilik sambil mendail pula nombor telefon Kate. Zack mengeluh apabila 'gadis' voicemail yang tolong jawab.

Setelah terjumpa bilik yang dicari, pintu diketuk. Kenalah ketuk dulu kan? Bukannya dia tahu, Kate sedang buat apa dalam tu. Dibuatnya sedang menyalin baju ke, apa ke, tak ke naya. Dia juga yang untung.

Chaaaiitttt!

Tiada sahutan walaupun pintu di ketuk berkali-kali.

Masuk ajelah…kot.

Zack tolak pintu bilik secara perlahan, kekal di muka pintu. Kedengaran bunyi suara dari televisyen yang terpasang.

"Kate...."
Last edited by Nicki_Meow on 26-2-2014 04:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 12:47 PM | Show all posts
Kate menoleh lantas tersenyum memandang Zack yang tercegat di muka pintu. Jarinya pantas menggapai alat kawalan jauh televisyen dan memperlahankan volume.

“Hey…Zack.”

Zack senyum dengan kening terangkat.

“Come in.”

Zack melangkah perlahan. Memandang lama ke wajah Kate. Seperti biasa saja, tak ada rupa orang sakit walaupun pucat. Lagipun, Kate memang senantiasa pucat kalau tidak bersolek jadi ketika ini, sukar Zack meneka berapa serius keadaan Kate.

Minah ni sakit betul ke, sakit main-main?

“I guess, it must be Audrey who told you about me…”

“Who else?” Zack menjwab sambil senyum apabila Kate dihampiri.

"How are you feeling?" Zack bertanya khabar.

"I'm good....Zack. Doing...good..." Kate menghela nafas panjang. Wajahnya bertukar riak sedikit namun segera dikaburi dengan senyuman.

“You sorang aje ke?” Zack menyoal.

“Yup.”

Zack berkerut kening. Hati diterjah rasa berang. Mana lelaki yang bernama Kevin itu? Bukankah dia dah kembali? Kate sedang sakit dan sepatutnya, Kevin berada di sini menemani Kate, bukan?

ZacK menghembus nafas kasar. Tak perlu rasanya bersangka buruk. Mungkin Kevin telah datang awal-awal tadi. Mungkin Kevin pulang sebentar ke rumah dan akan kembali semula nanti.

Walau dicuba, Zack tak tahu kenapa dia masih belum dapat membuang rasa bengang pada Kevin. Sepatutnya, lelaki itu kekal menghilangkan diri saja. Buat apa kembali? Tak perlu rasanya hati kate disakiti lagi. Kate layak mendapat orang yang lebih baik dari Kevin.

Ah…kenapa dia pula yang perlu sibuk-sibuk? Kalau Kate boleh terima, siapa dia hendak menafikan?

“Hey...kenapa diam saja?” Kate menyoal.

“Tak ada apa-apalah.” Zack berdalih.

“Your tak ada apa-apa, means ada apa-apa. Come on, tell me…what is it?”

“A day before, you told me that Kevin’s back. Where is he? Takkan dia tak datang tengok you?” Soal Zack. Nada suara kurang senang tak mampu disembunyikan walau di cuba.

“Oh…Kevin.” Kate diam sebentar.

“Kevin… he is…” Kate menarik nafas.

“Dead.”

Mata Zack membulat. Last edited by Nicki_Meow on 26-2-2014 04:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 01:02 PM | Show all posts

amboi nicki..pandai twisties ...

ingat zack pegi spital psl izah.....

rupanya kate...




Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 01:04 PM | Show all posts
awanjingga posted on 26-2-2014 12:00 PM
kereta abg haron sedang membelok masuk ke simpang rumah izzy....



hi uolss...



mat haron ni mmg tau...nak kena ni..









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 01:14 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-2-2014 01:02 PM
amboi nicki..pandai twisties ...

ingat zack pegi spital psl izah.....



Nah twisties musti mauk...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 01:16 PM | Show all posts
“Dead?”

“Dead. Gone with the wind. Mati. Whatever. I don’t know…” Suara Kate agak meninggi.

Ceh! Ingatkan dah betul-betul mati kena bunuh....

Zack menarik nafas. Helmet dan beg diletakkan di tepi meja kecil sebelah katil. Perlahan-lahan, kerusi di tarik dan Zack duduk.

“Wanna talk about it?” Zack bertanya.

Kate terdiam sebentar dan mengangkat muka memandang Zack. Tersenyum kelat.

“You know how I always wish him to come back?”

“Yup.”

“Well, my wish finally came true. He's back in town, for good. I thought I’ll be happy to see him again but God…. I am so wrong.”

Zack angkat kening.

“The minute I saw him, you know what I did?”

“What?”

“I slapped his face.”

“Serious?”

Kate angguk. Tergelak sedikit. “You should see his face at that time…so funny...”

Zack tersenyum sedikit.

“I told him to just leave. Don’t come back anymore. I don’t need a jerk like him in my life.”

“Good for you.” Zack membalas lalu menepuk tangan beberapa kali. Kate tergelak lagi.

“I never know I got that guts by the way….” Kate senyum.

Mereka terdiam beberapa ketika.

“Kate…” Zack memecah sunyi.

“Yes…”

“Are you okay?”

“I am.”

“Sure? Betul-betul punya okay?”

Kate terdiam lagi. Mata Zack dipandang lama.

“I did it Zack. I dumped him. Kevin…is out of my life, forever. No more Kevin. I'm finally….move on.” Kate menjawab.

“I don’t why it takes my so long to realised it. I don’t know why I keep holding on. I should have done this long time ago. Bodoh kan I ni?” Kate senyum tetapi air matanya turun perlahan-lahan.

Zack diam. Membiarkan saja Kate melayan perasaan seketika. Last edited by Nicki_Meow on 26-2-2014 01:19 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.997533 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list