CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 24-12-2010 10:48 AM | Show all posts
betoi ka karina dah mati...
jahat tahap gaban si rusdi ni
iwimz Post at 24-12-2010 09:47



    yup...mati.. esok mjlis kebumian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 11:31 AM | Show all posts
wah..jahat gila rusdi ni..adui..tq fazs ade entry..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:32 AM | Show all posts
karina dah meninggal jadi kurang satu pengacau dalam rumah tangga lisa...
tinggal si rusdi meroyan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:12 PM | Show all posts
bila si rusdi nak insaf ye...
cepat nya dimatikan karina ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 02:55 PM | Show all posts
untuk yang masih menanti..sikit aje buat minum petang....{:1_144:}

************************************************************************
Majlis pengebumian di hadiri oleh kaum kerabat dan sahabat terdekat sahaja. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bukit Ubi atas permintaan keluarga. Shah tidak mengizinkan aku menghampiri jenazah langsung, bahaya katanya. Pantang larang orang mengandung gamak nya.

Lewat petang baru jenazah selamat disemadikan selepas beberapa perkara yang menghalang. Dalam ramai2 muncul ‘dia’. Benci nya.

“u datang jugak?” dia menegur sambil lalu. Lisa bersandar di kereta sambil melihat Shah yang bergerak bersama yang lain ke kereta masing2.

“kenapa u nak sibuk?” Lisa memandang Rusdi sekilas. Tiada senyuman langsung buatnya.

“sebab I suka u..” Lisa mencebek. Mungkin melihat kedatangan Shah dari jauh, Rusdi terus berlalu ke keretanya.

“apa dia nak..?” Shah bertanya, agak tegang melihat Rusdi menghampiri Lisa.

“macam biasa, menyakitkan hati orang” selamba Lisa menjawab.

“dear..malam ni kita pergi majlis tahlil arwah tak?” Shah memandu tenang menghala ke rumah mereka tersenyum.

“tidak sayang, diaorang upah orang masjid”

“mana u tahu?”

“I tanya lah tadi her mother” Lisa mengangguk faham.

Subuh hening Lisa terjaga dari lena. Tidak pernah dia merasa sesakit ini. dia sendiri tidak pasti apa, Cuma sakit itu datang sekejap2.

“kenapa sayang..?” Shah menghampiri Lisa. Dahi Lisa berpeluh2.

“kenapa ni? Dah sakit ke?” Lisa hanya mengangguk, lengan Shah tak sengaja dicengkam kuat.

Shah bangun menyandang beg yang telah lama Lisa sediakan untuk kelengkapannya bersalin. Lisa mengerang kuat membuat Shah semakin kalut bergerak. Tubuh Lisa terkocoh2 diangkat masuk ke kereta. Mujur telefon tangan dan wallet sempat dicapai, terus dia berkejar ke hospital.

Tepat pukul 7.05 pagi, Lisa selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.14kg. Shah sempat sujud syukur segalanya selamat. Lisa yang masih lesu di cium, hebat seorang isteri bukan semua lelaki dapat menghayatinya.

“thanks sayang..” Lisa hanya senyum membalas. Walau lemah, ia tetap manis buat Shah.

“kesian u” kata Shah lagi. Sungguh sayu melihat Lisa lemah begitu. Anak mereka sedang dibersihkan, sementara menanti untuk di azankan Shah meneman lisa.

“so ini yang last ke?” dalam lemah masih ada hati ingin diusik hati En Hubby. Shah tertawa kecil. Ubun2 Lisa diurut2.

“mana boleh, I cuma bagi u rest aje nanti ok..” mata mereka saling merenung dalam dan terpasak jauh.

“encik, dah boleh azan” baby di hulurkan. Shah pergi ke ruang yang disediakan.

“comel yer…” Kira orang paling sibuk sebaik baby di bawa pulang.

“mama..bila nak bangun adik ni, tidor aje” rungut nya. lisa senyum nipis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 24-12-2010 15:01

“kira, pergi mandi sekarang”

“kejap yer papa..Kira nak tengok adik”

“no, sekarang..dah nak malam ni” tegas Shah.

“ok..” Kira beralah bergerak ke biliknya.

“dear..Lisa nak mandi kejap” shah mengangguk. Lisa di papah ke bilik. Ikutkan hati dia ingin sangat mandikan Lisa, sebab khuatir Lisa tidak boleh berdiri lama atau apa jadi kat dalam bilik. Namun Lisa menegah, cuma syarat pintu tidak akan di kunci. Shah mengeluh sama ada dia yang terlampau atau Lisa yang suka mengambil mudah.

“kan ok je..lebih lah u dear..” Lisa menyindir.

“ye la..” shah merajuk, senyap menghadap baby yang masih lena.

“dear..i need your help”

“dear…” shah masih membantu, merajuk.

“ermmm..”

“tolong Lisa please…” Lisa sengaja membuat helah untuk memujuk.

Shah menghampiri Lisa yang masih berkemban tuala di almari baju. Berdiri menghadap Lisa. Lisa menarik pipinya mendekatkan di bibirnya. Kedua2 pipi dijamah.

“I know I kena puasa, jangan nak menggoda..” Lisa tergelak kecil.

“nak ambik apa..?” shah merenung Lisa.

“baju T-shirt yang bawah tu and kain batik.” Shah menarik yang Lisa maksudkan,dan di hulurkan pada Lisa. Shah tergelak melihat lisa terkial2 menarik tuala.

“bab tarik bagi kat I”  mereka tertawa. Indah perasaan itu hanya mereka yang rasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2010 02:56 PM | Show all posts
bila si rusdi nak insaf ye...
cepat nya dimatikan karina ...
cerry_ice Post at 24-12-2010 13:12



    rusdi..tak insaf kot... ingat target nak habis kan sebelum new year..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 02:57 PM | Show all posts
karina dah meninggal jadi kurang satu pengacau dalam rumah tangga lisa...
tinggal si rusdi meroyan  ...
mijot Post at 24-12-2010 11:32



    apa kata pengacau baru di timbul kan?? hehehe{:1_115:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2010 02:57 PM | Show all posts
wah..jahat gila rusdi ni..adui..tq fazs ade entry..hehe
naza81 Post at 24-12-2010 11:31



    sama2.. terima kasih sudi singgah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:04 PM | Show all posts
bahagianya diorg ada BB baru...sapa nama BB tue erkkk...
bilalah si RUSDI nie nak dpt pembalasan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:30 PM | Show all posts
Dah lama xpegang baby
seronoknya bila dpt baby baru............
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:16 PM | Show all posts
tahniah shah dan lisa...
dah dapat baby
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 05:16 AM | Show all posts
hapuskan saja si rusdi ni..hidup menyusahkan org je...:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 02:03 PM | Show all posts
Bila la RUSDI ni nak mati he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 02:17 PM | Show all posts
salam semua..maaf lewat buka rumah hari ini... buzy skit tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 02:19 PM | Show all posts
Rusdi hanya baring mendengar detik jam bergerak. Nafasnya kasar. Sesekali tangannya cuba mendail nombor Lisa tapi tidak pernah bersambung. Rasa hendak saja dia pergi ke sana. Bagaimana keadaan Lisa, sudah lama dia tidak melihat. Sejak kematian Karina,
Rusdi melarikan diri. Hubungan nya dengan Mastura juga ibarat telur dihujung tanduk.

Jarum jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Terlalu awal untuk dia keluar, janji temunya pukul 1. Tempat itu pun 20 minit sahaja dari rumah. Dia mengeluh bosan.
Tiba telefon berbunyi. Tiada nama pemanggil.

“hello bos”

“em!” kuncu2 nya rupanya.

“ada kerja baru ke?”

“not now” talian terus di matikan.

Lisa bermain pipi si kecil, Adam bin Mohd Shahnizam. Semakin hari pokok yang disemai semakin berbuah lebat. Lisa teringat semasa mereka memilih nama orang baru. Sementara menunggu Shah bersiap untuk ke pejabat dia menyusukan Adam dibirai katil.

“kenapa Adam? Ada pakwe nama Adam yer?” usik Shah.

“bijak2..” Lisa gelak mendengar. Hidungnya di cubit oleh jari kasar Shah.

“sakit la dear..” Lisa menepis tangan En Hubby.

“geram..kenapa Adam?”

“Adam kan manusia pertama kejadian Allah, jadi simbolik untuk anak lelaki pertama kita” Shah mengangguk.

Shah yang sedang bersiap ke pajabat melihat nya dengan senyum senang. Tiada yang lebih berharga dari ini, ujar hatinya.

“dear..dah siap?”

“dah..” Shah menghampiri Lisa, tangan nya merangkul bahu Lisa.

“jom turun breakfast” Lisa membetulkan bajunya. Rutin barunya bermula. Tanpa Shah, Lisa tidak dibenarkan turun naik tangga. Bagi mengelak kebosanan nanti, Shah sudah menyimpan beberapa barang Lisa dan Adam ke bilik tetamu. Jika Shah tidak ada Lisa tidak perlu susah2 naik semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2010 02:20 PM | Show all posts
Adam turun bersama Mak Som, Shah mendukung Lisa sehingga ke ruang makan. Menurut orang2 tua, Lisa masih perlu berpantang, jadi dia hanya peneman Shah. Makanan mereka pun lain, jadi tidak ada lagi adengan suap menyuap sepinggan.

“rasa malas la…” Shah mengomel perlahan, Lisa tersenyum.

“dear..dah 2 minggu lebih u tak jenggah pejabat dear..” Lisa memujuk.

“I be fine..don’t worry.” Lisa berkata perlahan. Lambaian kasih mengiringi perjalanan Shah.
Sejak hari pertama pulang ke rumah silih berganti rumahnya di kunjungi sahabat2, pekerja dan kaum keluarga. Ada2 sahaja yang dibawa dari kelengkapan baby hingga la kelengkapan si ibu.

Tengahari itu Lisa dikejutkan dengan jambangan bunga yang agak besar. Bunga ros putih di ikat kemas dikelilingi ros merah. Cantik. Tapi tiada kad pengirim.

“mama..bunga sapa ni?”

“cantik kan?” sampuk Mak Som. Mak Yah datang mendekati melihat bunga yang Lisa maksudkan.

“sapa punya?” Mak Yah pula bertanya pada Lisa. Lisa mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

“Lisa la..” selamba Mak Som bersuara. perasaan bercampur baur, suka ada tapi cuak yang paling banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 02:21 PM | Show all posts
“tak ada kad. Bukan la..pandai aje Mak Som.”

“ye la..Mak Som yang sambut tadi, ada budak anta”

“ dia tak bagi kad?” Lisa pelik.

“tak ada pula, kenapa?”

“tak tahu pengirim.” Lisa berkata mula ragu.

“Shah kot”

“bukan rasa yer” ujar Lisa.

“buang aje la..” Lisa ragu, takut jadi bahan gaduh pula nanti.

“tak baik..simpan aje, nanti mama cakap la kalau ada apa2” kata Mak Yah kemudian nya. sikit sebanyak Lisa terima juga kata2 Mak Yah.

Kedatangan Reza dan isteri lewat petang itu memang sesuatu yang tidak di jangkakan. Sepatutnya, mereka pergi bercuti lagi. Lisa dan keluarga dengan senang hati menerima tetamu ini.

Banyak yang mereka bualkan, namun sisipan sejarah tidak pernah terungkap. Bagi mereka itulah sejarah yang ada nilai nya yang tersendiri.

Perbualan mereka yang agak rancak terkejut dengan suara Shah.

“apa khabar?” Reza dan Shah saling bersalam dan bertanya khabar.

“sayang..cantik bunga”

“you send?” kata Lisa. Matanya nyata berharap pengirim itu Shah. Shah kaget, namun pantas mengangguk bila ada mata yang memandang mereka.

“kan mama dah cakap” ujar Mak yah datang membawa si hero kecil yang sudah pun bangun.

“mas nak pegang boleh?”

“boleh” Lisa senyum.

“mana tahu dapat berkat nanti” seloroh Mak Yah. Semua yang ada tawa senang.

Selepas makan malam, Reza mohon diri. Lisa mandi sementara Shah menjaga Adam. Kira yang baru pulang mengaji, bersedia di bilik nya dengan kerja2 sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 02:23 PM | Show all posts
“sayang, u nak apa2 tak for supper?”

“boleh ke?” ujar Lisa, berpantang lama membuat dia nak merasa macam2 makanan.

“entah la..” Shah pun tak pasti.

“dah tu, tanya orang.” Lisa mencebik.

Tidak lama menghilang, Shah kembali dengan bekas air panas. Senyum nipis melihat Adam lena di katilnya sebelah katil mereka.

“dear..”

“yup…” Shah merenung wajah Lisa. Lisa baring menghadap ke arahnya.

“kenapa sayang.. tadi elok aje ni buat muka”

“talk to me..” pipi Lisa di elus.

“bunga tu bukan u yang beli kan?”

“mana u tahu?” Tanya Shah, sekadar bertanya.

“tak ada kad.. itu bukan u..”

“itu aje?? May be terjatuh kot..” Shah sengaja menguji Lisa.

“tak mungkin. U tipu…” Shah tawa kecil melihat Lisa sudah mula merajuk.

“sayang..”

“yes or no?”

“yes or no??” ulang Shah saje buat tak faham.

“malas cakap” Lisa terus pejamkan mata nya.

“sayang..”

“sayang..” panggilan kedua, Lisa masih membatu.

“tak baik abaikan suami, dosa tau..” Shah sengaja mengusik. Serta merta mata Lisa terbuka.

“oooo…isteri asyik dosa2 je yer..suami tu tak dosa plak.. dera isteri” laju aje mulut mengomel, dalam lembut dia protes.

“bila I dera u sayang…?” lembut Shah bertanya, pelik juga. Nyamuk pun minta ampun untuk hinggap ini kan pula dia sendiri.

“tadi” selamba Lisa memanah mata Shah.

“mana ada..” tubuh Lisa di usap lembut. Senyum. Tak penat kah En Hubby tersenyum.

“ada..”

“show me..where it’s?” ujar Shah.

“sini?” Lisa meletakkan tapak tangannya didada, mata mereka masih bertaut. Gelak kecil menghiasi kamar mereka. Berair mata Shah tergelak, Lisa..Lisa…

“kes apa ni?”

“bunga..” selamba Lisa menjawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 02:24 PM | Show all posts
“yes..not from me. Lisa dapat tadi macam mana”

“yang terima tadi Mak Som, dia tak ingat syarikat yang hantar tu. Lisa pun tak tahu, I’ve know idea. But I know it not from u” panjang lebar Lisa bercerita.. Shah yang tadi duduk di birai katil berbaring di sebelah mendengar cerita nya.

“panjang yer…” usik Shah.

“kisah betul la.. u ni kan dear..” Lisa protes.

“tak lah, boleh buat DVD”

“melampau la..VCD dah la..” mereka tertawa bersama.

“sayang..anyone yang call u sejak akhir2 ni?” Lisa menggeleng.

“it’s ok, nanti I try find out. Untuk masa sekarang, u jaga diri baik2, jaga anak2 kita, tolong tengok sekali mama..ada apa2 bagi tahu I cepat2 ok. Tak kisah di mana I, buzy atau tak, just bagitahu aje”

“kenapa cakap macam tu?”

“actually, ada orang kacau my tender. Tapi I tak sure it’s related or not, just for safety k please becareful. Boleh?” Lisa mengangguk. Pucat dah mukanya mendengar. Ada pula masalah yang tiba.. semoga Allah permudahkan semuanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.089869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list