CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 12-7-2011 12:33 PM | Show all posts
Reply 779# evilcooler
kena bayaran tak.....berapa, kalau tak kesah, pm la saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 04:03 PM | Show all posts
saya rasa Tok Belagak ni kalau dia laser orang boleh tahan jugak. saya tak pernah jumpa Tok Belagak ni secara berdepan. dulu (2-3 tahun lepas) ... saya pernah minta tolong dia. saya tak ingat macam mana sy jumpa blog dia dan email dia.

ALHAMDULILLAH .. dia ada tolong buangkan saka ... tapi dia tak cerita lebih-lebih. dia cuma kata , saya dah tolong buangkan ... kemudian dia suruh saya amalkan ayat seribu dinar. waktu tersebut saya still study ... dan saya siap cakap awal-awal... saya tak ada duit nak bayar. waktu tersebut caj rawatan sekitar RM 130.  saya cakap dengan Tok Belagak, kalau memang saya sakit ... saya nak berubat dan bayar secara ansuran sebab saya belum kerja.

waktu dibuang saka tersebut, tubuh saya rasa ringan dan saya tak mengantuk atau mudah tertidur. saya minta no. account sebab nak bayar ansuran... tapi sehingga ke hari ni Tok Belagak tak bagi no. account dia pada saya. dan... kalau saya bersedekah... saya niatkan untuk bayar hutang tersebut dan hadiahkan pada dia.

secara peribadi ... saya rasa Tok Belagak tidak bawa ilmu salah. cuma apabila bercakap tentang ruh dan sesuatu mencarik adat... orang awam (macam saya ni) tak faham. mungkin sebab itu lah dia dituduh sesat. dugaan lah tu. semoga Tok Belagak tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 06:50 PM | Show all posts
secara peribadi ... saya rasa Tok Belagak tidak bawa ilmu salah. cuma apabila bercakap tentang ruh dan sesuatu mencarik adat... orang awam (macam saya ni) tak faham. mungkin sebab itu lah dia dituduh sesat. dugaan lah tu. semoga Tok Belagak tabah.
warisputerijawa Post at 13-7-2011 16:03


sy rasa dia sorg je berani bukak ilmu ttg tu secara open....kat blog, kat umum. sedangkn klau nak blajar bab ni sebenar nye kena umur 30 ke atas baru sesuai...dan byk nye ade kat org2 tua kat pedalamn je sembang....

pape pon, klau berada kat pihak benar, p mana2 pon xgentar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 10:43 PM | Show all posts
cerita yang bertentangan dari individu-individu yang tidak dikenali dan tidak diketahui...

cerita dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai sarip dol
http://www.sepohonjadi.com/v1/2010/07/01/fitnah/

seorang yang seorang individu mengaku sahabat dan seperguruan:
http://www.sabritpm.blogspot.com/

cerita dari seorang yang bernama umar yang selalu mengacau dan mempermain-mainkan:
http://www.darulsakit.blogspot.com/

yang ni satu lagi tak tau siapa:
http://www.adikbelagak.blogspot.com/

betul atau tidak wallahu'lam bissawab....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:19 AM | Show all posts
tok berlagak ni aku sepak jee dia ni, berlagak bukan main tp nak join bersih pun takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:26 AM | Show all posts
cerita yang bertentangan dari individu-individu yang tidak dikenali dan tidak diketahui...

cerita ...
kupia Post at 13-7-2011 22:43


time kasih.
pada sape yg fhm jalan hakikat dan makrifat kn diri pada Allah...akn fhm jln tok belagak..tu je...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2011 09:03 PM | Show all posts

tolong sebarkan benda ini and 'like' it
100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation
...
aniq_torres Post at 14-7-2011 03:01


ni pehal ada sampah sarap kat cni ni..nk politik sila gi bod yg sepatutnye!bangang btol!

info menarik from bebenang ini,peacenowar
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 11:12 AM | Show all posts
...ni saya nak tanyer cikit....muskil la pulak...
jiran saya nie owang hindu...cakap hindu nie paham2laa kan...kling kling kling..depa bunyikan loceng masa sembah berhala tu...
waa nak tanyer...yg depa sembah tu apa?..
pernah beberapa kali depa buat upacara kat umah mereka tu..sampai turun...ader laa bunyi sergah menyergah...
waa tak amik tahu tapi..nak tahu jugak....
apa yg turun tuu?
perna waa tanyer kt memer hindu waa...masa taiposam tu...knp lak...masa depa bawak kabadi ke apa nama tu...berarak kat jalan raya....biasa yg nun kat depan tu..musti ader sorang laki yg dituruni..dan memegang parang dan bersongkok sambil hembus2 lak asap rokok...sape die tu...
kata member waa..tu salah sokrang tuhan depa.....tuhan pengawal..katanyer..
betulker..ader cenggitu?...sape yg turun tu?..
ader sesiapa  info ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 12:28 PM | Show all posts
  1. sape yg turun tu?..
Copy the Code
dewa aka jin kelas bawahan...ea ker?he3

aku nk copy paste crita org nih,harap xdak lagik crita kt cni,klu da ada sorrymory la yer

Kisah benar ini berlaku pada hari Ahad, 10 ogos 2008

Masih belum muncul. Asar telah pun masuk walaupun ikut perjanjian pertemuan yang diatur sepatutnya selepas zohor. Pun begitu kami tetap menunggu dikantin sekolah itu. Selepas menunaikan solat asar disurau yang betul-betul bersebelahan dengan kantin sekolah, kami bertiga terus mengatur langkah menuju semula ke kantin sekolah. Kelihatan dua tiga orang telah duduk-duduk dikerusi kantin. Kami segera bersalam-salaman dan bertegur-sapa dengan mereka. Salah seorang dari mereka datang dari Seremban. Dalam hati menduga mungkin mereka ini murid-murid beliau. Tidak lama kemudian muncul lagi dua orang pemuda dari Pantai Dalam yang datang dengan tujuan untuk menuntut ilmu dari orang yang dikatakan sebagai pakar scan yang masih belum muncul sedari tadi.

Sambil menunggu kemunculan beliau, kami berborak sambil makan-makan seplastik rambutan yang dibawa salah seorang dari mereka yang bersikap penuh ramah mesra. Saya pula asyik berbual dengan dua orang pemuda dari Pantai Dalam. Hisyamudin dan Mahathir mulai kelihatan gelisah, almaklum kami telah sampai dikantin sekolah sejak sebelum zohor lagi tapi hingga sekarang orang yang ditunggu masih belum nampak walau kelibatnya pun. Tiada apa-apa yang dapat kami lakukan selain menunggu dan memenuhi masa yang terluang sia-sia itu dengan berbual kosong.

Tidak lama kemudian, meluru seseorang dari arah belakang dengan memakai t-shirt dan kain sarung terus duduk dihadapan saya. Saya cam sangat orang yang duduk dihadapan saya walaupun hanya pernah sekali sahaja melihat beliau dimajlis gathering yang dianjurkan pertama kali oleh forumers harmonisers.net di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Beliaulah yang kami tunggu-tunggu sedari tadi dan akhirnya muncul juga walaupun beliau muncul tidak menepati masa yang telah dipersetujui. Beliau adalah Belagak (nama samaran yang dipakai dalam forum). Setelah bersalam-salaman, terus saya membuka diskusi.

“Baiklah.. saya ini adalah Sarip Dol (nama samaran yang dipakai dalam forum), seperti yang dijanjikan maka saya telah datang ke tempat saudara. Tujuan saya tiada lain selain mahu membuktikan tuduhan yang saudara lemparkan kepada saya melalui forum harmoni-my.org adalah fitnah semata-mata dan akan saya buktikan scan saudara adalah tidak benar sama sekali.”

Ketika ini semua yang ada dikantin mengunci mulut masing-masing dan mendengar dengar teliti perbualan kami. Sengaja saya membawa dua orang sahabat saya yakni Hisyamudin dan Mahathir sebagai saksi bagi pihak saya dan murid-murid Belagak sebagai saksi bagi pihaknya.

“Jadi adakah saudara sudah bersedia?” Ujar saya.

“Ha’ah.” Balas Belagak ringkas.

“Ok, saya minta kita lakukannya disurau dan saya minta saudara bawa murid saudara yang juga boleh scan bersama saudara.. yang lain saya minta tunggu disini.”

“Takpe.. semua boleh masuk sekali dalam surau.. den tak kesah.” Ujar belagak dengan muka selambanya.

Maka kami semua bersila dalam surau. Dihadapan saya bersila Belagak dan seorang muridnya yang boleh scan sementara yang lain-lain duduk berlonggok tidak jauh dari kami sambil memerhati dan memasang telinga. Saya keluarkan dua helai kertas A4 berwarna kuning lantas menghulurkan kepada mereka berdua.

“Baiklah, sekarang saya nak uji kemampuan scan saudara berdua dan keputusannya nanti kita akan tahu sejauh mana kaedah scan cara ilmu anda boleh dijadikan fakta dalam menilai sesuatu.”

Kemudian saya terus menyambung..

“Baiklah, saya akan menyoal saudara berdua dengan beberapa soalan dan jawabannya sila tulis pada kertas A4 yang saya beri tadi dan tidak boleh berbincang. Jawablah mengikut scan masing-masing. Sudah sedia?”

Kelihatan murid Belagak mengangguk saja sementara Belagak macam biasa berwajah selamba atau mungkin lebih tepat berwajah selenga.

“Soalan pertama, ada berapa jin pada saya?. Soalan kedua, apa jenisnya?. Soalan ketiga, apa jantinanya?. Soalan keempat, apa namanya.?

Beberapa ketika kemudian saya pungut kembali kertas A4 yang telah terisi dengan jawapan dari mereka berdua. Maka saya segera membacanya untuk membandingkan kedua-dua jawapan. Terus saya tersenyum kerana jawapan mereka bercanggah antara satu dengan yang lain.

“Nampaknya keputusan scan cara ilmu saudara berdua ini bersalah-salahan antara satu dengan yang lain. Soalan pertama saya, Belagak jawab ada seekor sedang anak murid saudara jawab ada dua.. so mana satu yang betul ni.?”

Belagak terus menjawab.. “Betullah dua-dua tu.. den scan ada satu yang dia ni scan ada dua.”

“Jadi jin yang ada pada saya ni satu ke atau dua ekor? Silalah putuskan..”

Belagak senyap seketika mungkin beliau sedang memikirkan sesuatu.

“Jawapannya dua ekor sebab mula-mula den scan den nampak satu mungkin yang dia ni scan nampak dua sebab jin yang kedua tu baru sampai.”

Kalau ikutkan hati mahu saja saya terguling-guling gelak didalam surau itu apabila mendengar jawapan kebudak-budakkan yang diberikan oleh Belagak namun saya senyum sahaja.

“Soalan kedua saya, Belagak dan muridnya masing-masing jawab jenisnya adalah dampingan. Soalan ketiga saya, Belagak jawab jantan sementara muridnya jawab sepasang jantan dan betina manakala soalan keempat saya, murid Belagak jawab ‘tak dapat scan’ sementara Belagak pula jawab, ‘jin tak mau bagitau namanya’.”

Kemudian saya terus ajukan pertanyaan kepada Belagak..

“Kenapa pula jin tu tak mahu beritahu namanya?”

“La.. dah dia tak mahu bagitau.. manalah den tahu kenapa!”

“Bukankah saudara mengaku yang saudara ni hebat dan mampu mengalahkan jin dengan mudah sebagaimana yang saudara cerita dalam forum.. nah! paksalah dia bercakap dengan kehebatan ilmu saudara.”

“Alaah, dia kan dampingan ko takkan ko tak tahu nama dia?”

“Soalnya sekarang saya nak tahu kemampuan scan saudara. Soal saya tahu atau tidak itu cerita lain. Belagak terdiam, entah apa yang difikirkannya. Tiba-tiba beliau membuka gengaman tangan kirinya dan kelihatan suatu benda berwarna putih dalam genggamannya. Pelan-pelan beliau mencabut benda itu dari sarungnya. Saya perhatikan tindak-tanduk Belagak dengan penuh curiga. Dengan pergerakkan yang agak ‘slow’, lantas beliau menyorongkan benda putih itu masuk ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan meninggalkan benda itu tersangkut di hidungnya. Agak lama juga benda itu dibiarkannya tersangkut disitu. Perut terasa bagaikan mahu pecah akibat geli hati melihat wajah Belagak yang sudahlah selenga ditambah pula dihidungnya tersangkut minyak angin batang. Rupa-rupanya hidung beliau tersumbat kerana selesema.

“OK, untuk memudahkan saudara, saya sebagai tuan kepada jin yang saudara dakwa sebagai dampingan saya menyeru agar jin itu memberitahu namanya kepada saudara sekarang.. nah, apa dia beritahu namanya.?”

Ketika ini kelihatan Belagak menundukkan kepalanya dan seketika kemudian dia mengangkat kembali kepalanya sambil mengeluarkan minyak angin batang yang terlekat dilubang hidung kanannya.

“Jin tu tak mau bagitau.” Mudah saja jawapan Belagak.

“Kenapa dia tidak mahu beritahu sedangkan saya sudah izinkan?”

Kali ini Belagak terdiam mungkin sedang mencari alasan untuk mempertahankan dirinya. Agak lama juga beliau membisu. Kemudian beliau mula bersuara..

“Den cakap jin tu mendampingi ko saja bukannya ko ni tuan dia, tu pasallah dia tak ikut cakap ko. Den tau, ko ni memang orang Tasawuf yang berilmu tinggi sampai tahap Muntahi dan jin-jin peringkat tinggi pun sukalah berdampingan dengan orang alim yang macam ko. Tujuan jin-jin tu berdamping dengan ko sebab mereka ada agenda nak gelincirkan aqidah ko. Aku dan forumer CVT scan benda nilah. Ko memanglah tak menuntut ilmu berdamping dengan jin tapi jin tu je yang berdamping dengan ko. Kalau ko menuntut ilmu dampingan maka jin tu baru akan ikut perintah ko.”

“Jadi saya didampingi jin peringkat tinggi kerana ketinggian ilmu Tasawuf saya.. begitu?”

“Ye.. begitulah.”
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 12:28 PM | Show all posts
Kelihatan murid-murid Belagak mengangguk-anggukkan kepala masing-masing tanda faham dan Belagak pula saya lihat mulai tersenyum dengan wajah ‘confident’nya sambil memasukkan semula minyak angin batang ke dalam lubang hidung kanannya. Mungkin hujah Belagak itu masuk akal bagi murid-murid beliau tapi tidak bagi saya.

“Oh ya, selain jin dampingan tu.. ada jin lain tak yang berdamping dengan saya?”

“Takde.. yang ada jin dampingan tu sajalah.”

“Baiklah Belagak, saudara dengar baik-baik. Dalam forum harmoni-my.org, saudara dakwa jin yang berdamping dengan saya adalah jin dari amalan ilmu Gerak yang saudara dakwa saya memilikinya tetapi baru sebentar tadi saudara dengan ‘confident’nya beritahu bahawa jin yang mendampingi saya itu mendampingi saya kerana ketinggian ilmu Tasawuf yang saya miliki. Jadi, mana satu yang betul ni? Dan ini bukti tulisan saudara yang saya ambil dari forum tersebut.”

[Apa yg mereka saksikan ialah JIN dari amalan Ilmu Gerak Saudara yg mana saudara mengaku Guru kepada Rosemerah dalam ilmu Gerak... ] http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,2992.555.html

Belagak terdiam dan raut wajahnya tidak seceria tadi. Murid-murid beliau serentak memandang ke arah Belagak seolah-olah menanti jawapan keramat yang bakal keluar dari mulut Belagak. Namun penantian mereka tidak berbaloi kerana Belagak tetap membatukan dirinya dengan menundukkan wajahnya. Minyak angin batang masih dibiarkan tergantung dilubang hidung kanannya namun kali ini beliau memusing-musingkannya beberapa kali. Jelas kelihatan kulit hidungnya berombak-ombak.

Terbukti tuduhan Belagak pada saya di forum harmoni-my.org adalah fitnah semata-mata. Merujuk kepada keputusan scan beliau yang terdahulu yang dibawanya ke dalam forum, dikatakan bahawa jin yang beliau lihat mendampingi saya adalah dari amalan ilmu Gerak yang saya miliki tetapi jawapan Belagak bercanggah pula ketika saya berdepan dengan beliau sekarang ini. Keraguan saya selama hari ini terhadap kemampuan scan beliau ternyata benar. Pada saya Belagak bukan ahli scan dan hasil scannya hanya prasangkanya sahaja.

Memandangkan kedudukkan Belagak yang sudah mulai goyang, saya mula mengubah topik untuk meneruskan agenda yang seterusnya yakni agenda untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat salah hasil ‘scanning’ Belagak. Bagi saya, jawapan yang saya cari telah diperolehi namun memperbanyakkan bukti adalah lebih bagus supaya hujah saya dikemudian hari akan lebih konkrit untuk mendedahkan penipuan Belagak.

“Kalau betullah memang ada jin yang mendampingi saya, saya minta saudara buangkan, boleh?”

Belagak setuju lalu terus saja melakukan proses pembuangan dengan cara yang amat pantas lebih kurang hanya 1 saat sahaja masa yang diambilnya. Beliau saya lihat menggerakkan jari telunjuknya seolah-olah menulis huruf Lam Jalalah diatas karpet surau lalu menggerakkan sekali lagi jari telunjuknya membentuk huruf Alif ditengah-tengah huruf Lam Jalalah tadi. Kemudian kelihatan seolah-olah beliau menggenggam semua huruf-huruf itu lantas membuangkannya ke samping.

“Ok, sudah dibuangkan.” Ucap beliau dengan nada selamba.

“Ada apa-apa jin lagi tak pada saya?”

“Dah takde dah.”

Terfikir saya seketika. Kalau sebentar tadi telah terbukti scan Belagak yang dahulu bercanggah dengan scan Belagak yang sekarang maka bolehlah dipastikan tiada jin yang berdamping dengan saya. Lantas, jin pendamping yang mana pula yang dibuang oleh Belagak sebentar tadi? Sebenarnya telah ramai orang bijak pandai yang ‘expert’ tentang alam ghaib telah mengesahkan bahawa saya tidak didampingi mana-mana jin termasuklah sekian ramai guru-guru saya tapi scan Belagak sungguh bercanggah. Terlintas lagi difikiran, adakah benar Belagak mempunyai kebolehan membuang jin sepantas 1 saat seperti yang didakwanya sedangkan beliau baru sahaja membuang jin dampingan saya yang pada hakikatnya tidak wujud?

Kemudian, saya kumpulkan semua kertas A4 yang berada ditangan ke dalam fail yang saya bawa dan berkelakuan seolah-olah mahu beredar dari situ.

“Oh ya, ada satu lagi permintaan saya, harap saudara sudi bantu saya.”

“Boleh.”

“Saya ada kawan, namanya Sharizal Samdin yang sedang terlantar sakit akibat gangguan makhluk halus. Boleh saudara tolong scan makhluk apa yang sedang mengganggu dia.?”

Belagak kelihatan sedang merenung jauh dan kemudian beliau memandang saya dan memberi jawapannya dengan penuh ‘confident’.

“Itu jin saka!”

“Boleh minta saudara tolong buangkan?”

Tanpa memberikan jawapan terus sahaja beliau membuang jin saka itu dengan kaedah buangan 1 saat seperti tadi.

“Dah buang dah.” Ringkas sahaja jawapannya.

“Erm.. ada sorang lagi. Namanya seakan sama dengan yang tadi, pun ada masalah juga. Namanya Sharizal Samsudin. Boleh tolong scan?”

Seperti tadi juga, beliau mulai kelihatan seperti merenung jauh.

“Sebelum ni dia ada saka tapi sekarang tinggal bekas saja.”

Wah! Saya semakin takjub dengan sikap Belagak yang melangsungkan scannya dengan selamba tanpa berfikir panjang. Sebenarnya Sharizal Samdin dan Sharizal Samsudin itu adalah orang yang sama. Nama atas kad pengenalan ialah Sharizal b. Samdin @ Samsudin. Pelik. Mula-mula Belagak kata Sharizal Samdin ada jin saka dan terus dibuangnya kemudian Sharizal Samsudin pula pernah ada saka tapi sudah tinggal bekas sedangkan Sharizal b. Samdin @ Samsudin itu sebenarnya adalah saya sendiri. Bagaimana pula saya boleh ada saka sedangkan beliau kata Sarip Dol (nama samaran saya didalam forum) hanya ada jin jenis dampingan saja? Pelik bukan?? Nampaknya perangkap saya sudah mengena. Scan Belagak sungguh bercelaru dan haru-biru.

“Baiklah, ini permintaan ‘last’ dari saya. Ditempat saya ada seorang lelaki namanya Umar Ansari seorang bomoh. Saya nak tahu dia ada pakai jin tak.?”

Sekali lagi beliau merenung jauh. Mungkin beginilah cara scan beliau.

“Hebat bomoh ni.. dia ada membela 5 ekor jin.”

Mendengar sahaja jawapan Belagak, serentak saya dan Hisyamudin tersenyum. Saya dan dua orang sahabat saya terus berdiri, mereka juga turut berdiri. Setelah bersalam-salaman kami mengundur diri untuk pulang. Belagak terus menuju rumahnya dengan wajah selenganya, lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Katanya ada pesakit yang sedang menunggu rawatannya.

Didalam kereta semasa dalam perjalanan balik, Hisyamudin dan Mahathir kelihatan banyak ketawa ketika menyorot kembali bicara saya dengan Belagak. Pada mereka amat jelas scan Belagak langsung tidak tepat dan tersasar jauh dari kebenaran. Lebih-lebih lagi hasil scan Belagak tentang Umar Ansari. Sebenarnya umur Umar Ansari baru 1 minggu dari tarikh beliau dilahirkan jadi Umar Ansari adalah seorang bayi iaitu anak kepada Hisyamudin sahabat saya. Bagaimana pula beliau boleh menjadi bomoh yang membela 5 ekor jin??

Nampaknya rancangan kami berhasil. Rancangan untuk membuktikan bahawa saya difitnah dan scan Belagak adalah sangka-sangkanya sahaja dan bukannya kasyaf ternyata benar. Seorang lagi manusia yang tertipu dengan ilmunya telah dapat kami kenalpasti.

di ciplak dari,kredit to: http://www.sepohonjadi.com/v1/2010/07/01/fitnah/

pss:btol ke tak ke,lu pikir la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:54 PM | Show all posts
dulu princess pernah tinggal satu taman dgn ramai org hindu nie..
yg pasti setiap kali waktu maghrib mesti depa bunyikan loceng..dgn bakar setanggi..
bab bau setanggi nie yg paling tak suka...melekat kat baju pulak tu...
kekadang bila bau loceng tu dah boleh agak..maghrib dah nak masuk waktulah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 02:38 PM | Show all posts
Reply 792# cmf_princess06

Dulu memula ingatkan ada org jual aiskrim...rupanya jiran tgh memuja...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 04:20 PM | Show all posts
jiran aku nampak mcm memuja gak
ada masanya dia akan masak rendang daging
kalau tak silap tu salah satu jamuan utk roh kuda kepang
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 12:26 AM | Show all posts
Reply 791# cmf_princess06


    ader apa apa gangguan tak dari pihak sana??..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:59 AM | Show all posts
Reply  cmf_princess06


    ader apa apa gangguan tak dari pihak sana??..
nokia169 Post at 16-7-2011 00:26


alhamdulillah tak ada gangguan pun...
princess x lama duduk kawasan tu..dalam dua tahun aje..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Belagak dah bantu ramai org yg terkena sihir dan gangguan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 11:56 AM | Show all posts
salam.....ada update tak ...sesapa yang pernah berubat ke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 01:43 PM | Show all posts
Ni kes lama, selepas Darul Saka kene ban di Jais, dia buka Darul Emas Perak Bhd - jual beli emas tapi kene ban dgn Bank Negara. (sila rujuk akhbar untuk kisah panjang)

Skrg sunyi sepi, mungkin geng rapat dia tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 03:30 PM | Show all posts
laaaa ingatkan Tok Berlagak yang jual jonkong emas tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
te_peng replied at 23-10-2018 01:43 PM
Ni kes lama, selepas Darul Saka kene ban di Jais, dia buka Darul Emas Perak Bhd - jual beli emas tap ...

Oh yang jual emas tu same tok belagak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071562 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list