CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Tetiba stesen minyak kehabisan stok minyak RON97

[Copy link]
Post time 1-12-2014 06:29 PM | Show all posts
ntah hape2 la kerajaan ni suka suki naik harga...xleh ke ltk kan tarikh untuk naik harga ke dalam tiap2 tahun ni...ni main suka suki je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 06:54 PM | Show all posts
Bukan soroklah...stesen minyak kan ada kouta, bila dah ramai guna ron97, kouta biasa x cukup.
Diesel kan biasa mcm ni..hujung minggu minyak selalu abis, kena tunggu supply ari Isnin.

Perbezaan antara harga RON95 dan RON97 yang semakin menyusut telah menyebabkan permintaan terhadap minyak RO97 meningkat seterusnya mengakibatkan stok berkurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:08 PM | Show all posts
Changa posted on 1-12-2014 05:44 PM
ron95 ke 97 komisen stesen minyak sama jah kot sis? so?? apa basis nya speku pprt itu??

xtau
sebab depan mata
bila nak isi kata xde

lepas tu bila pegawai kpdn dtg...ada plak


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jofizo posted on 1-12-2014 06:08 PM
kurang bekalan apa nyer, mmg dah lama xde.... stesen minyak xmo amik ron97.... stesen lauar bandar l ...

Knp tanak amik???...
Profit margin kecik ke???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:32 PM | Show all posts
patut la aku nak pi bubuh minyak VPower tadi habih.... adoiihh... sold out la pulak... penangan turun 9 sen...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:33 PM | Show all posts
zach2008 posted on 1-12-2014 02:34 PM
Petronas pun.. nasib baik kat shell ada lagi.
Sejak tak banyak beza antara Ron 95 dan Ron 97 aku pu ...

betul...tak banyak beza liter antara 95 dan 97... better bubuh 97 jek... performance ada holiowww mehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 10:39 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 1-12-2014 05:51 PM
Preve pakai ron 95 je. Xpayah nak berlagak pakai ron97:lol

but ron97 was better... no matter what.. kalau letak kat preve pasti manthorpsss baq ang....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:44 PM | Show all posts
crossfire posted on 1-12-2014 03:00 PM
SHELL ALAM DAMAI, SHELL BUKIT CHERAS, SHELL CONNAUGHT, SHELL PERMAISURI, SHELL HIGHWAY, CONNAUGHT... ...

pilihan MUTAKHIR jika emergency.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2014 11:30 PM | Show all posts
Kekurangan RON 97 di stesen Shell kerana permintaan tinggi

01/12/2014 9:10pm

KUALA LUMPUR - Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. mengesahkan beberapa stesen minyaknya di Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan V-Power 97 berikutan permintaan tinggi.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan bekalan di kawasan yang terjejas dan komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. - Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:37 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 1-12-2014 01:35 PM
Tak ada masalah. Kereta lagi bertambah power. Lagipun ia boleh membersihkan sistem kereta anda.
...

haha.. lu dah kenapa spider angau gile kat botakchinpeng.. cinta terhalang ke x berbalas ni??lol
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza xbyk tu yg org isi ron97
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 11:49 PM | Show all posts
Ada cukai petrol senyap-senyap?

ULASAN Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh BN dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang.

Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan BN adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong.

Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent jatuh antara 27 hingga 35 peratus, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman BN menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7 peratus, RON97 hanya turun 3.5 peratus malah diesel pula naik 1 peratus.

Pemantau PKR

Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan BN di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Bagi setiap liter RON95 contohnya, BN menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, PKR mendesak supaya kerajaan persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel.

Hanya dengan ketelusan sebegini BN boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, PKR juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.

PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh kerajaan persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Sebelum demo 31 Dis

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2 peratus di Malaysia berbanding kejatuhan 28 hingga 35 peratus) juga menimbulkan tanda tanya sama ada BN akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan Bernama secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter.

Menurut beliau, pada ketika itu kerajaan persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong.

Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong.

Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak.

Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, PKR akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan BN mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sejak sebulan lalu.

RAFIZI RAMLI naib presiden, setiausaha agung PKR dan anggota Parlimen Pandan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:50 PM | Show all posts
laaaaaaaa...patut la masa saya nak isi minyak ron97 kat petron bbb tadi semua pump pet97 berkunci ... cehhh .... baru nak test power  ron 97 ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:52 PM | Show all posts
betui ka sorok stok? lahanat tull
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 12:57 AM | Show all posts
tomatome posted on 1-12-2014 11:37 PM
haha.. lu dah kenapa spider angau gile kat botakchinpeng.. cinta terhalang ke x berbalas ni??lol

Saya saja bermanja-manja dengan isteri kesayangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 01:12 AM | Show all posts
takde maknanya simpan tunggu rega naik balik

abis jahanam enjin keta org..sial btol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 05:58 AM | Show all posts
dauswq posted on 1-12-2014 03:41 PM
la kerajaan masih kawal lg ker? igt dh buang terus subsidi

yup begitulah yg berlaku di US  ...

yup kaka..
kerajaan masih kawal lagi..
kerajaan tetapkan harga setiap bulan...


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa posted on 1-12-2014 02:07 PM
selama ini mana ada minyak RON95 pun sis? dahulu ada RON92 dan RON97 jah.
so??
dah berapa banyak ...


Kereta rosak sebab isi ron95 kenapa kak changa?..boleh detailkan x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 1-12-2014 10:33 PM
betul...tak banyak beza liter antara 95 dan 97... better bubuh 97 jek... performance ada holioww ...

Ron97 memang bagus untuk kereta ya?...boleh detailkan x?...mcm changa kata guna ron 95 banyak kereta rosak .kenapa ya?..

Tp ron97 kereta murah dan kecik memang x sesuaikan?...apakah penggunaan ron95 terhadap kereta murah dan kecik juga akan memyebabkan rosaknya kereta2 ni?.kenapa?...
Boleh terangkan kat persoalan2 i x?...tq
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 08:26 AM | Show all posts
fredbok87 posted on 1-12-2014 10:33 PM
betul...tak banyak beza liter antara 95 dan 97... better bubuh 97 jek... performance ada holioww ...

Aku tak le mengira sangat pasal power. Tp enjin lbh senyap, tak kasar. Atau perasaan aku sahaja.
Aku bajet RM20 sehari utk satu kereta. Termasuk keta wife aku, kira RM40.00 la. Nasib baik sorang je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071274 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list