CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hajimex

[BEST] Kompilasi Kisah Angker Hajimex (baru!)

[Copy link]
Post time 13-9-2012 09:40 AM | Show all posts
oh.. kiranya rumah hajimex ni dibina di atas tapak "rumah beliau" lah ye..
kalau dah begitu mesti banyak lagi cerita2 kat area rumah hajimex tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 01:59 PM | Show all posts
hajimex posted on 12-9-2012 04:24 PM
Beliau -Ultimate-
Kali ini aku akan sambung kisah 'beliau'. Ini adalah kisah yang ultimate bagi aku ...

bagaimanakah 'beliau' tahu bahawa 'beliau' adalah 'beliau' yang dimaksudkan oleh 'beliau'?

berpa banyak beliau daaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 05:18 PM | Show all posts
adeh...tegang muka asyik gelak je baca cerita2 dlm ni..
Rasa angker sikit tapi sebab ada unsur2 lawak maka rasa angker tu nyah begitu saja..
Next story peliss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:31 AM | Show all posts
yenil95 posted on 13-9-2012 09:07 AM
macam mana boleh tau bau kemenyan tu adalah 'beliau'.?...adakah 'beliau telah mendedahkan fakta it ...

beliau telah didedahkan oleh bijak pandai!
ah!
marilah menulis gaya hajimex!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:33 AM | Show all posts
punkerzoe posted on 13-9-2012 09:40 AM
oh.. kiranya rumah hajimex ni dibina di atas tapak "rumah beliau" lah ye..
kalau dah begitu mesti  ...

yup!
tp tu je...
pasal kat rumah skang selalu ada majlis ilmu dan yang sewaktu dgnnye...
so...
agaknya beliau pun dah blah kot...
wallahualam...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:34 AM | Show all posts
KyraKnightley posted on 14-9-2012 05:18 PM
adeh...tegang muka asyik gelak je baca cerita2 dlm ni..
Rasa angker sikit tapi sebab ada unsur2 law ...

pergh!
x angker langsung?
isk...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2012 10:50 AM | Show all posts
okey...
ni citer fresh...
baru dtg dari laut...
aku akan ceritakan dgn pantas...

Rezeki Magrib


Magrib. 6 kaki aras laut. Pelantar minyak. Persisiran pantai Terengganu.

Mamat [bukan nama sebenar] asyik mengail. Sudah lebih 10 ekor hasil tangkapannya. Letak sahaja umpan, terus mengena.

Ini rejeki! Bak kata pepatah Jawa.

Sedang asyik mengail, Mamat teringat pesan seniornya.

"Kalau senang sangat dapat ikan tu, kalau dah dapat dalam 10 ekor, berhenti dan balik."
[baca dalam keadaan bergema dan bayangan senior di sudut kanan atas anda]

Mamat tidak menghiraukan pesanan seniornya. Ego dan mahu berlagak dengan hasil tangkapannya nanti. Sedang asyik mengelamun mengingatkan esok akan balik ke daratan berjumpa isteri, tiba-tiba kailnya ditarik kuat.

"Ikan besar ni."

Mamat menggunakan teknik-teknik mengail yang diketahuinya. Setelah beberapa ketika berhempas pulas. Mamat berjaya menarik.

"Allah!"

Masa begini barulah ingat Tuhan. Mamat melompat dan terus berlari kencang. Kenapa Mamat lari?

*
*
*
*
*


Pernah menonton cerita Resident Evil atau mana-mana cerita zombie? Bayangkan babak di mana zombie tiba-tiba muncul keluar dan menerkam mangsa. Begitulah yang terjadi pada Mamat. Ia muncul keluar dari air. Cuma, ia seperti zombie tapi bukan zombie.

Ia makhluk Tuhan. Tapi bukan makhluk Tuhan paling seksi ya!

Makhluk Tuhan paling angker!


Last edited by hajimex on 18-9-2012 11:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:32 AM | Show all posts
hajimex posted on 18-9-2012 10:50 AM
okey...
ni citer fresh...
baru dtg dari laut...

pemende yg naik tu??? potongg tul la

tapi apa apa pun... citer nko mmg bestttt..... cuma nageen tu cam errrrrrrr..... sket je.. ahaksss

Last edited by adnil on 18-9-2012 11:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 11:45 AM | Show all posts
fuh... angker gile citer dalam ni......... takuttt tolonggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 10:20 AM | Show all posts
adnil posted on 18-9-2012 11:32 AM
pemende yg naik tu??? potongg tul la

tapi apa apa pun... citer nko mmg bestttt..... cuma nageen ...

yg naik tu die terketar2 sampai tak keluar nak citer camane...
ngan hodohnye...
macam zombie gak la kot...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 10:20 AM | Show all posts
ihtisyam posted on 18-9-2012 11:45 AM
fuh... angker gile citer dalam ni......... takuttt tolonggggg

dem...
takut x ikhlas!
haha!


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 12:48 PM | Show all posts
hajimex posted on 18-9-2012 10:50 AM
okey...
ni citer fresh...
baru dtg dari laut...

tak dpt nak bayangkn.. ade gambaran tak?? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 12:46 PM | Show all posts
otai_g posted on 22-8-2012 05:33 PM
pernah lalu kelly castle mlm2. tp mmg x de niat nak berhenti singgah... mmg cari penyakit ler singga ...

jangan kata memalam, sensiang pon ader la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2012 09:33 AM | Show all posts
4 Perhentian... Banglo... (Ep. 1)

1995. Ketika aku dan keluarga Pak Cikku hendak pulang ke Kelantan.

Kejadian pertama:

Ketika kami sampai di Bahau, Negeri Sembilan, Pak Cikku baru perasan yang dia telah tersalah masuk jalan yang sepatutnya. Lepas dia terasa betul-betul sesat, barulah dia patah balik untuk bertanyakan jalan.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Orang-orang kampung biasanya tidur awal. Maka agak lama jugalah mencari orang untuk bertanyakan jalan. Setelah beberapa minit mencari, dia ternampak sebuah balai polis ala-ala pondok.

Pak Cikku memberhentikan kereta, keluar dan berjalan menuju ke balai polis tersebut. Kami semua menunggu di dalam kereta.

"Assalamualaikum!"

Pak Cikku memberi salam setelah dia cuba hendak masuk tetapi pintu pagar berkunci. Tapi tiada siapa yang menyahut. Sepatutnya ada orang kerana pintu terbuka dan kipas dipasang laju.

Agak lama dia menunggu. Masih seperti tiada sesiapa di situ. Pak Cikku kembali ke kereta dengan sedikit marah.

"Kita try cari tempat lain la."

Kami akur.Setelah melilau di kawasan itu. Mak Cikku ternampak sebuah banglo ala-ala British. Banglo tersebut diterangi dengan lampu-lampu. Kami berhenti sekali lagi di situ. Pak Cikku keluar kereta dan kami hanya menunggu di dalam kereta seperti tadi.


Gambar sekadar hiasan.


"Assalamualaikum!"

Tiada jawapan juga. Pak Cikku terasa seperti ada yang tidak kena kerana banglo tersebut dipenuhi dengan sawang. Maka Pak Cikku pun ingin berpatah balik ke kereta. Tiba-tiba, ada seorang perempuan muncul di pintu.

"Assalamualaikum!"

Perempuan itu tidak menjawab.

"Er, saya nak tanya something ni. Kami sesat."

Lantas perempuan tersebut menunjukkan jalan kepada Pak Cikku. Sedang perempuan tersebut bercakap dengan Pak Cikku, muncul 2 lagi perempuan di belakangnya. Mata kedua-dua perempuan yang baru muncul itu, merah seperti orang yang sedang sakit mata. Tetapi tidak bengkak.

Ketika itu juga kedengaran salakan anjing. Kedua-dua perempuan tersebut hanya tersengih sahaja kepada Pak Cikku. Setelah selesai penerangan perempuan pertama tadi, Pak Cikku pulang ke kereta kerana terasa ada sesuatu yag tidak kena.

Ketika tangan Pak Cikku membuka pintu kereta, tiba-tiba muncul dua ekor anjing menyalak seperti hendak menggigit Pak Cikku. Perempuan-perempuan tersebut menepuk-nepuk dinding seperti memberi signal kepada anjing-anjing tersebut supaya bertenang.


Gambar sekadar hiasan.


"Marilah tidur di sini. Lewat dah ni."

"Ya, marilah."

Perempuan-perempuan tersebut mengajak kami tidur di situ. Mak Cikku menggelengkan kepala tanda tidak mahu dankami terus pergi daripada situ.

Setelah beberapa minit perjalanan. Pak Cikku memecah kesunyian.

"Pelikkan? Muka melayu, tapi bela anjing."

Kami semua diam sahaja. Tidak mahu bersuara.

Perjalanan teruskan tanpa mengetahui ada lagi kejadian angker yang akan berlaku kepada kami.Bersambung...

*cerita ini adalah kisah benar dan berlaku kepada akusudahketagihtoys daripada www.sembangtoys.com! aku cuma menambah perisa sahaja... nantikan sambungan kisah ini!


Last edited by hajimex on 9-11-2012 09:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:23 PM | Show all posts
hajimex posted on 9-11-2012 09:33 AM
4 Perhentian... Banglo... (Ep. 1)

1995. Ketika aku dan keluarga Pak Cikku hendak pulang ke Kelant ...

TT thanks sebab jujur.. suka macam ni... kalau betul kata betul.. kalau reka kata reka.. kalau cilok kata cilok.. tabik kat lu TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 08:15 AM | Show all posts
4 Perhentian... Babi Hutan... (Ep. 2)

Kejadian kedua:

Kami sampai ke satu kawasan kebun getah. Berdekatan dengan kawasan banglo yang kami berhenti tadi.

"Allah!"

Pak Cikku menekan brek kereta.

"Kenapa ni?"

Mak Cikku bersuara.

"Tu. Tengok depan tu."

Kami secara serentak melihat apa yang ada di hadapan. Rupa-rupanya ada seekor babi hutan duduk di tengah jalan. Matanya merah menyala. Bengis dan mendengus-dengus. Cuak juga kami dibuatnya.

Babi hutan tersebut seperti hendak menyerang kereta kami tetapi seperti tidak boleh mendekati kereta kami. Kalau dilihat muka babi tersebut, seperti sedang berdendam kerana tidak dapat menyerang kami.

Beberapa minit kemudian babi hutan tersebut menghilangkan diri ke dalam semak yang berdekatan. Itupun setelah Mak Cikku selesai membaca ayat Kursi.

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan.

"Alhamdulillah."

"Nape bang?"

"Dengan kuasa Allah, babi hutan tu tak dapat datang kat kereta kita. Abang baca ayat 'Ma In Dakum' tadi."

Aku hanya mendiamkan diri di belakang. Masih lagi berasa seram sejuk. Tapi perjalanan perlu diteruskan dan masih ada lagi kejadian aneh yang akan berlaku pada kami lagi nanti. Bersambung...

*jangan ditanya ayat ma in dakum tu ape... aku pun kureng pasti!








Last edited by hajimex on 25-9-2014 03:17 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2014 02:35 PM | Show all posts
saje bagi up balik... kenangan time byk gile masa untuk menulis... skang tidak lagi... isk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hajimex posted on 27-10-2013 08:15 AM
4 Perhentian... Babi Hutan... (Ep. 2)

Kejadian kedua:

ma in dakum
menjadi lemah ... tidak berdaya ...
lebihkurang camtu lah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2014 04:56 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 15-9-2014 03:25 PM
ma in dakum
menjadi lemah ... tidak berdaya ...
lebihkurang camtu lah ...

oo... tq2... akhirnye aku tau juge maksudnye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 05:17 PM | Show all posts
hajimex posted on 15-9-2014 04:56 PM
oo... tq2... akhirnye aku tau juge maksudnye...

sila sambong... cite tergantung ni.. nak merusuh la gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070794 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list