CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: matabelalang

PROTON EXORA OPTIMUS PRIME

[Copy link]
Post time 18-2-2010 02:55 PM | Show all posts
58# matabelalang

sebab warna2 lain takde pada Wish,Stream dan Grandis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2010 08:46 AM | Show all posts
bila aku tengok exora warna putih nampak mantop juga ...
mungkin warnanya kontra dng assesori warna hitan, silver, gold, etc ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 03:00 PM | Show all posts
kalau dah masuk turbo mesti kena tukar gasket dan piston  ye tak?
penyo Post at 17-2-2010 15:29
banyak bro kene tukar....aku tukar enjin kete aku dari campro biase to Campro Turbo...banyak gler kene tukar and MODAL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 09:32 AM | Show all posts
Proton akan ubah assesori dan buat touch up skit dng model exora agar lebih sportif dan mantop ... tak yah gi kedai assesori lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 10:17 AM | Show all posts
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan.  Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini.  “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian.  Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya.  Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora.  Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.  Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit.
Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya.  Beliau berkata, Proton juga sedang mengkaji untuk memindahkan keseluruhan operasi pengeluaran kenderaannya di Shah Alam ke Tanjong Malim dan keputusan mengenainya dijangka diketahui pada awal 2011.
“Difahamkan mereka akan membuat keputusan sama ada menjual atau menyewa kilang pengeluaran di Shah Alam, sebaik saja penilaian untuk memindahkan aktiviti di sana ke Tanjong Malim.  “Beberapa pihak menyatakan minat untuk menyewa dan membeli kilang milik Proton di Shah Alam. Ia tentunya akan bergantung kepada harga yang ditawarkan kepada Proton,” katanya.  Pemindahan keseluruhan operasi pengeluaran ke Shah Alam membolehkan Proton menjimatkan kos, justeru dapat dialirkan kepada aktiviti pembangunan produknya.
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20100221225946/Article/index_html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 11:57 AM | Show all posts
booking exora hold dulu ... tunggu model exora turbo plak ...
mesti lebih sportif ... may be body like exore prime ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070816 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list