aku dah tgk...
tak banyak skrip... so tak disyorkan utk tayangan malam2.. takot ngantuk...
tapi wall e best..... ramai je budak2 ari tu dalam panggung....
di Hollywood, Dreamworks dan Pixar merupakan dua "titan" besar dalam industri cereka animasi dan terdapat jurang perbezaan yang besar dari segi kualiti penghasilan cereka animasi antara kedua2 produksi...
tahun ini boleh dikatakan kedua2 produksi menampilkan cereka animasi yang terbaik..Dreamworks menghasilkan Kung-fu Panda...sebuah animasi ceria, fun to watch dan mengutamakan trademark utama mereka iaitu menggunakan pelakon2 Hollywood terkenal untuk meminjamkan suara2 bagi karekter2 dalam Kung-fu Panda dan juga heavy reference kepada pop culture...bagi aku Kung-fu Panda menghiburkan...ada gelak ketawa, suka, kagum dan sebagainya..tapi "excitement" tu habis apabila filem berakhir dan aku keluar dari panggung...
tapi WALL.E...WOW...begitu hebat penangan cereka animasi dari Pixar nih...sangat sangat berkualiti..walaupun target audience nya budak2 tapi cara penyampaian yang sangat deep membuatkan seperti menonton filem dramatik epik plak...
aku tak nak review pasal storyline WALL.E kerana tak mau spoil citer neh...the storyline is the one that make WALL.E superbly great!...sangat tak disangka..kadang2 aku terfikir yang WALL.E adalah "terlalu bagus" untuk budak2...
bagi aku Andrew Stanton merupakan Hayao Miyazaki versi Hollywood dan Pixar adalah jawapan kepada Ghibli Studio di Jepun. WALL.E tak memerlukan voice-actors yang terkenal..tambahan lagi..dialog2 dalam WALL.E sangat minimal...tapi itu tak menghalang WALL.E dari invoke emotion audience dengan begitu berkesan sekali...semasa dalam wayang aku boleh dengar suara teresak-esak penonton diselang-seli dengan gelak ketawa..korang boleh kata yang aku perlu tonton lebih banyak animasi, tapi sebelum ni bagi aku hanya animasi2 dari Ghibli Studio saja dapat touch audience dengan begitu hebat (i.e. Graveyard of Fireflies)..kini cereka animasi hasilan Pixar Studio is a must watch in my list.
WALL.E;
dengan hebatnya..setaraf dengan The Dark Knight sebagai antara filem terhebat pernah dihasilkan...
5 out of 5
p/s: pastikan anda mempunyai ruang untuk menanam pokok di rumah sekembalinya selepas menonton WALL.E...trust me, you will feel like planting a tree after watching it
Originally posted by sherrina at 17-8-2008 02:31 AM
Review saya mengenai filem ini:
Petang semalam Sherrina berpeluang menonton filem animasi Wall-E terbitan Pixar dan Disney. As usual, hasil ciptaan Pixar tidak menghampakan. Sherrina tonton di M ...
mase wall e kat tempat buang dlm space ship... mase eve buang plant yg wall e save tuu mase nak save wall e... sanggup wall e dgn keadaan nak mati dgn circuit rosakye.. dgn wheel die dah hampir hancur tuu sanggup gi amik plant yg eve buang tu...semata mata nak suruh antar gak plant tu utk dp balik ke bumi..
intersting part at the beginning scene..pasal ahli sihir n arnabnye..mmg klakar la.cian arnab 2 da la lapo bergoyang2 perutny tp akhirnye dpt gak makan lobak n ahli sihir 2 dpt tepukan yg gemuruh walaupun persembahan die sgt menyakitkan...
Sedih gak ending cite ni. ingatkan wall-e dah dah tak bernyawa terus. sib baik hidup lagi. kalo mati terus memang meraung gak sapa yang tgk. :cry:
Walaupun cite ni tak byk dialog, cuma bahasa robotik je. tapi memang byk mesej yang nak disampaikan.
Paling tak tahan bila semua manusia obes belaka sbb bergantung kepada robotik dan duduk je sepanjang masa. sampai nak jalan pun dah tak terdaya lagi dah. mendalam tul maksud dia.
Apapun wall-e memang comel. aku ingatkan dia jenis robot yang kasar2. rupanya tak.. cute gak bila dia panggil EvAAaaaA. tapi tah napa aku rasa bunyik dia cam suara mr. bean jee.
i must say, Wall E adalah character paling menarik pernah pixar hasilkan..emosi dia sangat power walaupun jarang sekali keluar dialog..
dan aku setujulah part dia kena pasang balik tu, memory dia hilang (aku assume circuit board dia dah fry so bila eva masukkan board baru hilang sekali walle ) aku ingat ending cerita akan berakhir macam tu nasiblah tidak
six: seblum movie ni start..ada short cg movie tentang Presto dan rabbit..lawak giler short movie ni