ALBUMNYA Dengan Secara Kebetulan mula mendapat tempat di hati peminat hiburan tanah air apabila lagunya Seribu Tahun kian diminati. Memang bertuah anak muda kelahiran Hougang, Singapura, Imran Ajmain ini.
Sebelum itu, selama tujuh tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian, Imran lebih selesa dengan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pertuturannya dengan keluarga. Dilahirkan dengan campuran darah Melayu Singapura di sebelah bapa dan Belanda di sebelah ibunya menyebabkan ciri-ciri kemelayuan amat kurang.
Dia tidak dilahirkan daripada sebarang program realiti. Karier nyanyiannya bermula dengan menyanyi di kelab dan majlis tertutup tetapi ketika itu dia memilih lagu-lagu Inggeris. Bagaimanapun, kerjaya nyanyian ketika itu hanya dilakukan secara sambilan.
Macam-macam kerja dilakukan untuk menampung kehidupan, pernah bekerja menjual insuran, kerani malahan dia juga pernah bekerja di restoran bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Jika ada undangan menyanyi, dia akan memenuhi pula permintaan itu.
Setelah menonton filem Puteri Gunung Ledang perasaan untuk mendalami bahasa Melayu bergejolak di dalam diri anak bongsu daripada dua beradik itu. Sejak itu, Imran giat menjalankan kajian mengenai bahasa Melayu menerusi pantun, sajak dan peribahasa.
Katanya, bahasa Inggeris tidak cukup puitis. Berbeza sekali dengan Melayu, walaupun perkataannya tidak banyak tetapi susunan yang betul boleh membuatkan ayat yang mudah menjadi puitis.
揝aya berasa semakin selesa sejak beralih kepada bahasa Melayu. Saya merasakan diri saya seperti pejuang bahasa di Singapura. Maklumlah di Singapura, orang Melayunya kurang Melayu. Saya tidak kekok menyanyikan lagu Melayu ataupun menciptanya, meskipun sudah terbiasa menyanyikan lagu Inggeris,
sedap kan Hairi nyanyi lagu ni? suara dia boleh sampai note tinggi. Liza pon suara sedap jgak,,tapi sayang, voters la penyebab kenapa real talents tak menang..they are more crazy towards looks, looks and just LOOKS..
haha. dia punya suke la nak buat album ke..nak buat kuih ke..afterall tu duit dia, usaha dia bersusah payah for all these 7 years of making himself visible in the music industry..
Saya pernah terbaca, Imran ni dulu sama2 masuk Singapore Idol bersama Taufik Batisah. But manage masuk top 45 or something like that saja. Bagusnya, dia tak putus asa, dia teruskan usaha dan hasilnya terciptalah album SECARA KEBETULAN.
Jadi pada kacamata saya, dia baik dijadikan contoh kerana tidak putus asa dalam mengejar impiannya dalam aliran muzik. Dan yang paling saya bangga, walaupun dia kacukan Melayu/Beland/Indo, menguasaan bahasa Melayu nya sangat baik berbanding dengan ramai anak-anak muda Melayu tulen.
Tak dapat dinafikan, memang persembahan live nya tidak consistent tapi yang nyata semakin baik dengan banyaknya show2 di Singapura dan Malaysia. Saya menonton persembahannya secara live bulan lalu, dan sangat2 terkesima dengan vokalnya yang sangat matang dan penghayatan yang mendalam. Dia ramah turun kebawah pentas mengambil gambar bersama2 peminat selepas persembahannya. Tak lokek dengan senyuman!
Semoga Imran berjaya terus dalam bidang nyanyian, penulisan dan melestarikan bahasa melayu yang indah lagi santun!
[quote]Originally posted by Urban_Iz at 2-12-2007 02:29 PM
korang ni TONE-DEAF ke??? tapi aku respect la kalau korang admire dia pasal dia pandai compose lagu sedap
walopun dia tak menang SI tapi skrg nie dia dah berdiri sama tinggi dah ngan Taufik tu kan..
sebenonye kalo kat mesia nie dia lagi berjaya dari taufik agaknye coz lagu taufik tak femes lagi kat sini...
yeah betol. semangat juang imran mmg patot dicontohi. bukan senang artis MELAYU spore nak cari makan kat negeri sendiri..kene ade part-time job baru boleh survive..& bukan senang utk artis2 spore dikenali oleh rakyat malaysia......
just for info, Taufik, Hady & Imran, diorang tiga ni kawan baik. Hady & Imran dulu sama sekolah menengah..
wei...
jangan laa sekat beri laa peluang kat artis singapore dah laa kat sane susah nak dapat show..
kalo indon tu bio laa coz negara meka beso..
Zon Abie: Artis Singa mula banjiri
-abie abdullah-
Rap
KEBANJIRAN artis Indonesia baik dari bidang muzik mahupun filem dan drama ke Malaysia masih terus diperkatakan. Pernah hangat apabila beberapa warga seni kita menyuarakan pandangan mereka terhadap fenomena berkenaan hingga dirancang untuk dibawa ke peringkat menteri.
Bagaimanapun ia seakan reda walaupun lagu karya mereka masih menjadi pilihan penyampai radio tempatan. Tepuk dada tanya selera! Kecoh bukanlah kerana kemasukan mereka tetapi lebih kepada sikap sesetengah orang radio kita yang melebih-lebihkan siaran lagu luar.
Tetapi dalam kemeriahan isu kemasukan lagu dan artis negara seberang itu, Malaysia tidak kurang juga menjadi medan pertaruhan artis Singapura yang kini semakin menyerlah dengan bakat masing-masing. Sebenarnya ia bukan fenomena baru kerana sejak dulu lagi, Tambak Johor tidak pernah memisahkan hubungan dua negara ini.
Cuma hal ini tidak sekecoh yang kita dengar terhadap Indonesia, mungkin kerana Singapura pernah berada di bawah satu pemerintahan dulu.
Setahun dua ini industri hiburan terutama muzik 憁embuka pintu gerbang
Versi Imran tetap best... Yg korang tgk dia nyanyi hancur tu time APM2007, time tu dia sakit, so faham2 je lah kalau suara dia tak sesedap versi studio. Lagipun si Imran ni mcm Siti, suka improvise dalam tiap2 persembahan dia. Kalau penyanyi tu asyik nak sama dgn versi studio, lagi baik pendgr beli album dgr aje, tak yah tgk penyanyi tu nyanyi live... Korang ni komen ikut emosi, tak ikut akal...
kurang tepat tu. taufik banyak cipta lagu sendiri. sumbangan imran lebih pada lirik lagu tu pong bersama taufik mcm lagu usah lepaskan - lagu ciptaan taufik...lirik..taufik n imran.....lagu sombong pong begitu tp sumbangan imran dlm lagu ni cuma alihkan dlm bahasa melayu dari asal lirik omputih yg di tulis sendiri olih taufik
for info, lirik lagu seribu tahun di tulis olih taufik. kesemuanya ada empat lagu/lirik ciptaan taufik dlm album imran. lagu n lirik sudah tu sudah adalah ciptaan bersama taufik,imran n alif sleeq
imran's better than alif anugerah. sore dia lunak n mendayu walaupon sengau sikit tp ok per masih sedap di dengar. dulu zainal abidin pong sengau juga tp sekarang kan ikon
[ Last edited by ezy2blow at 17-12-2007 10:42 PM ]
ko nie peminat taufik erk..
baru tengok dia tadi dalam rancangan makan2 kat Asian Food Channel
taufik suke makan currypuff n nasi ayam..
aku cakap imran nie creative dalam sudut improvisasi teknik nyanyian dia..
part cipta lagu tu pon aku generalize je coz aku tak taw secara detail..
thanks coz terangkan ye..
[ Last edited by miss_qistina at 17-12-2007 11:21 PM ]