|
jadi JAC kena la ambik semua satu pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
kalo jac nynyi lagu cta n 1 lagu rancak, mst bleh mng... |
|
|
|
|
|
|
|
biadap tol fans2 dr filipina kt youtube..
panas je baca komen2 kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
x ada la hebat sgt jac ni, so dah tau kan? |
|
|
|
|
|
|
higher_energy This user has been deleted
|
no wonder jac kalah....
mmg tak best pon die nyanyi...langsung takde feel... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by higher_energy at 14-8-2007 08:33 PM
no wonder jac kalah....
mmg tak best pon die nyanyi...langsung takde feel...
mcm nynayi main2. ntah apa2. sore byk sengau n kepit.
masa kat MI dan shanghai tu menang pun sbb peserta yg msuk x best2. |
|
|
|
|
|
|
|
papon..jac dah do her best kan..so xpela ..belajar dari kesilapan! |
|
|
|
|
|
|
higher_energy This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan saya - Jaclyn Victor
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
"Maafkan ku.. Jangan salahkanku.. Kasihi aku.. Mana satu.. Ku jadi keliru..."
Mungkin itulah lagu yang sesuai buat diri Jac buat masa ini.. Jac KELIRU kerana ada juri mempertikaikan tindakannya mempertaruhkan lagu MEDLEY Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk pertandingan IKON ASEAN yang berlangsung baru-baru ini.
“MAAFKAN saya jika ada yang kecewa. Saya telah mengecewakan harapan orang Malaysia. Saya telah cuba buat yang terbaik,” kata Jaclyn Victor dengan rendah diri.
Ternyata kata-kata Jaclyn Victor atau Jac, 29, itu lahir daripada hatinya yang tulus. Sebagai penyanyi yang mewakili negara tentulah Jac berasa kecewa apabila tewas kepada Vina Morales, 32, daripada Filipina bagi merebut gelaran Ikon Asean pertama.
Pertandingan itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Jac yang mendendangkan lagu medley Kau Laksana Bulan, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa serta Gemilang itu dilihat mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara bagi merebut wang tunai berjumlah RM86,925 (AS$25,000) beserta trofi.
Namun siapa sangka, pilihan lagu medley dendangan Tan Sri P.Ramlee itu membawa padah pada Jac.
Bukan itu sahaja, cara Jac memegang mikrofon ketika menyanyi sedikit sebanyak turut memberi impak pada penilaian juri.
Antara juri yang menilai penyanyi-penyanyi daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia itu ialah komposer tempatan, Mac Chew, Hetty Koes Endang (Indonesia), Eugene Villaluz (Filipina) dan Iskandar Mirza Ismail (Singapura).
Menurut Hetty Koes Endang, lagu-lagu medley tidak begitu sesuai untuk dipertandingkan kerana pelbagai rentak yang dipersembahkan akan menganggu tumpuan juri.
“Saya suka dengan suara artis Malaysia cuma dia salah pilih lagu medley kerana pada pandangan saya medley tidak begitu sesuai untuk festival (pertandingan).
“Satu lagi kesilapan Jaclyn yang saya lihat adalah cara dia memegang mikrofon. Selalunya orang meletakkan mikrofon di depan mulut, tapi dia gemar menjarakkan mikrofon dan itu menyebabkan lontaran vokal tenggelam timbul,” ulas Hetty yang sering diundang menjadi juri untuk festival lagu bertaraf antarabangsa.
Hetty turut mengulas pemilihan lagu yang didendangkan oleh Judika daripada Indonesia yang menyanyikan lagu Malaikat dan Bukan Rayuan Gombal.
Ujarnya, biarpun suara Judika bagus namun lagu-lagu pilihan penyanyi itu tidak sesuai untuk dinyanyikan pada peringkat pertandingan.
“Untuk menyertai pertandingan, lagu-lagu yang didendang mesti sesuai dengan karakter dan jangan sesekali silap pilih lagu dan buat silap.
“ada pertandingan, juri yang akan menilai dan bukan orang luar. Juri hanya akan menilai dari segi suara dan persembahan. Apa pun pada mereka yang sudah sampai ke peringkat ini adalah yang terbaik,” katanya.
Sementara Jac yang mengenakan baju rekaan Tom Abang Saufi dan Car ven Ong itu sedikit pun tidak berkecil hati dengan teguran Hetty.
Persembahan mantap Jaclyn tidak mampu menarik perhatian juri.
Kata Jac, dia akan ingat nasihat Hetty dan di masa akan datang cuba elak daripada menyanyi lagu medley.
“Saya pilih medley kerana nak buat penghargaan untuk Tan Sri P. Ramlee tapi juri kata tidak sesuai pula. Tak apa saya akan ingat teguran itu. Walaupun Hetty tegur cara saya pegang mikrofon, tidak mungkin saya ubah cara itu. Saya jarakkan mikrofon kerana kalau dekat, suara saya terlalu kuat pula,” ulas Jac.
Kjwan juara kumpulan Ikon Asean bagi kategori berkumpulan pula dimenangi oleh Kjwan. Kumpulan dari Filipina itu berjaya menewaskan kumpulan tempatan, OAG dan Tahta dari Indonesia. Kjwan turut menerima jumlah wang kemenangan yang sama seperti Vina.
Kumpulan Kjwan dipilih sebagai juara kerana corak persembahan mereka yang begitu bertenaga.
Jelas Hetty, biarpun penyanyi utama Kjwan ada membuat sedikit kesilapan namun ia tidak memberi kesan pada persembahan mereka kerana ‘kecacatan’ itu dilindungi oleh permainan mantap anggota muzik lain.
“Sebagai juri, kami tidak menilai artis itu popular atau tidak. Kami hanya menggunakan deria pendengaran untuk menilai. Kjwan dipilih kerana corak permainan mereka sampai kepada kami. Bagi artis berkumpulan lain mereka perlu ingat ini adalah pertandingan dan bukan konsert,” katanya tanpa berselindung.
Ikon Asean yang diadakan bagi memberi ruang pada artis dari rantau ini melebarkan bakat ke negara jiran itu akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Menurut Pengarah Eksekutif, Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah: “Kami melihat program ini berjaya dan menganggap ia sebagai satu pelaburan kerana ia melibatkan banyak pihak.”
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_02.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by higher_energy at 14-8-2007 10:51 PM
meletup?? ha ah mmg meletup telinga aku dengar jac nyanyi...seriously....die dah macam menjerit je (walaupun tiada definasi menjerit dalam nyanyian) feel lagi la takde langsung...lagu p.ramle ...
aku setuju. dia mmg menjerit. x ada jiwa n soul bila nyanyi lagu balada. patutla kalah. |
|
|
|
|
|
|
higher_energy This user has been deleted
|
tu la masalahnya...org kita ni kalau dgr artis nyanyi lagu2 tinggi je mula la puja....yg nyanyi best ada soul tak pulak dipandang... |
|
|
|
|
|
|
higher_energy This user has been deleted
|
Originally posted by freekey at 14-8-2007 10:56 PM
Jac berjaya menaikkan semula lagu TUNGGU SEKEJAP masa bertanding Malaysian Idol dulu.. That's fact!
http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://planet.time.net.my/CentralM ...
we are talking about IKON not MI !! |
|
|
|
|
|
|
higher_energy This user has been deleted
|
Originally posted by freekey at 14-8-2007 10:57 PM
Terpulanglah pada selera masing2..
Anyway, siapa yang nyanyi best & ada soul tu??
http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://planet.time.net.my/CentralMarket/Crazy ...
ramai je sebenarnya...tapi kalau nak ikut selera dan citarasa ko sudah tentu artis yang nyanyi high pitch je bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 14-8-2007 10:56 PM
Jac berjaya menaikkan semula lagu TUNGGU SEKEJAP masa bertanding Malaysian Idol dulu.. That's fact!
http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://planet.time.net.my/CentralM ...
x ada effect pun. aku tetap suka p.ramlee punya.heheheheh ... |
|
|
|
|
|
|
|
ewww, vina nye suara x lepas laaa monotone sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|