CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: winamp05

ISLAM HADHARI

[Copy link]
 Author| Post time 11-10-2006 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 11-10-2006 02:11 AM
Islam Hadhari tu buleh pecah kpd dua perkataan, HAD HARI..maknanye siang pose mlm pulak gi karaoke..ahaksss..




                              
                                                                           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 09:04 AM | Show all posts
Islam Hadhari tu buleh pecah kpd dua perkataan, HAD HARI..maknanye siang pose mlm pulak gi karaoke..ahaksss.. - by beachboy

Inilah contoh komen yg membina! Tahniah... beach boy :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 06:24 AM | Show all posts

Islam Hadhari & Konsert

[table=98%][tr][td]KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI

Oleh:
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya fikir masyarakat muslim di Malaysia tidak pernah menghadapi cabaran yang menggugat agama mereka seperti era sekarang. Cabaran-cabaran itu bukan menggugat tubuh badan mereka, sebaliknya menggugat keimanan dan akidah mereka. Dalam era 憄rojek Islam Hadhari
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 06:25 AM | Show all posts
sambung....

Mengenai pemerintah Allah menyebut dalam Surah al-Hajj ayat 41 (maksudnya): "mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Islam bukan memusuhi hiburan. Tetapi dengan batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan apa-apa melainkan membanyakkan unsur negatif. Apakah Islam Hadhari akan jadi seperti Tsunami??!! Atas Tsunami segala kekarutan dapat dibawa ke negara ini. Kononnya untuk mangsa Tsunami. Akhirnya yang mangsa Tsunami dapat ialah 慳ir mineral water
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 07:39 PM | Show all posts
Harap-harap Abang Mufti kita ni benar-benar jujur membenteras konsert dan bukannya atas sebab dah kena kritik barulah nak jadi jagoan.
Hehehe...semasa minggu sunnah yang dianjurkannya kurang pula mendapat sambutan berbeza dengan konsert Raja lawak yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Eloklah dakwah itu bermula dari dalam dulu sebelum ke luar pula. MB Perlis yang alim dan bijaksana yang telah melantik Abang Mufti tu tentu akan dengar cakap dan fatwa2 dari orang yang dilantiknya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 08:56 PM | Show all posts
Marilah merujuk kepada kitab al-Quran.....

Bukannya kitab Hadhari.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2007 10:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah,  jadi sekarang nampak Dr MAZA bukan mufti UMNO seperti yang dikatakan oleh anti MAZA (termasuk yang dalam PAS).

Mungkin pilihanraya dah dekat agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 10:36 PM | Show all posts
Kat mesia ni orang isle mcm dah kena curse kalau tak pilih jadi pengikut mana2 parti. seolah2 islam tu ada 2 parti, PAS atau UMNO. kalau tegur Umno secara lantang dikatakan PAS, kalau tak tegur langsung dikatakan balaci Umno, kalau tegur sikit2 dikatakan penakut, kalau tegur lebih2 dikatakan anasif subversif, kena caj simpan rocket launcher. dlm PAS pulak disebut ada kaum tua ada kaum muda. Hadi Awang pulak mengumpamakan golongan muda spt buih pepsi, taknak terima teguran. Biar ada tegur menegur, tapi biar berlandaskan prinsip bukan kerana menjadi pengikut peribadi mana2 pemimpin.

Iklim politik di Malaysia ni byk berlandaskan peribadi (cuba memaksumkan peribadi utk politik), bukan menegakkan perinsip yg sebelum ini diwar-warkan. Semuanya bermatlamatkan utk mengejar undi ketika pilihanraya, tak mahu mengaku silap krn takut undi lari ke kem lain. Gembira jika musuh politik membuat kesalahan, supaya menjadi modal pilihanraya. Jika tidak memilih mana2 parti politik menjadi satu sumpahan kpd umat islam di malaysia. Manakala bila memilih kem politik A makanya akan mendapat habuan cerca maki oleh kem politik B. Begitu juga sebaliknya. Bila memilih utk tidak memilih kem, akan dilabelkan pulang sbg lalang. Serba tak kena umat Islam sekarang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 31-3-2007 10:36 PM
Kat mesia ni orang isle mcm dah kena curse kalau tak pilih jadi pengikut mana2 parti. seolah2 islam tu ada 2 parti, PAS atau UMNO. kalau tegur Umno secara lantang dikatakan PAS, kalau tak tegur l ...


So..bagaimana penyelesaiannya? Mungkin cakap Abang mufti tu saja yang benar kot? Politik tu pun satu bidaah yang dikatakan sebagai puak-puak HizbutTahrir yang disesatkan oleh wahabi. Mungkin tak perlu ada politik agaknya sebagaimana yang Pak Indon pernah sarankan dan ikut seperti di Arab Saudi saja.
Kalau camtu PAS kenalah berhenti berpolitik di Perlis dan ikut sajalah apa yang Abang Mufti cakapkan itu...heheh!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 31-3-2007 10:44 PM


So..bagaimana penyelesaiannya? Mungkin cakap Abang mufti tu saja yang benar kot? Politik tu pun satu bidaah yang dikatakan sebagai puak-puak HizbutTahrir yang disesatkan oleh wahabi. Mungkin ...


Penyelesainya ialah berjuang kerana prinsip agama itu sendiri, bukan kerana parti dan bukan kerana mencari undi.

aku pun tak setuju dgn pendekatan mufti Perlis yg brutal terhadap golongan tua. respek mahu ada, tutur kata kena lembut bila menegur yg lebih lama, lebih tua. Namun hujah2 beliau yg berlandaskan Al-Quran & Hadith sahih terpaksa aku terima. aku tak melihat peribadi beliau kerana aku melihat apa ilmu yg disampaikannya. kalau melihat peribadi, aku lebih mengkagumi DSAI yg tahan lasak walau ditekan oleh penguasa yg zalim ketika itu, petah pula bercakap & berpidato soal agama & politik....sayangnya bila DSAI kantoi dgn video clip dia berjoget sakan dgn pompuan bukan muhrimnya terus aku tak respek. he...he...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 31-3-2007 10:58 PM


Penyelesainya ialah berjuang kerana prinsip agama itu sendiri, bukan kerana parti dan bukan kerana mencari undi.

aku pun tak setuju dgn pendekatan mufti Perlis yg brutal terhadap golonga ...


Heheh..nampaknya kalau camtu kenalah tubuh satu lagi parti politik yang berlandaskan agama tapi tidak perlu pada pengundi. Mungkin boleh berlaku mukjizat dan Allah menangkan parti tersebut untuk memerintah dan melaksanakan undang-undang Islam keseluruhannya. Parti tersebut mungkin boleh dicadangkan dipimpin oleh Abang Mufti yang petah bercakap tu serta tidak PAS dan juga UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 31-3-2007 11:16 PM


Heheh..nampaknya kalau camtu kenalah tubuh satu lagi parti politik yang berlandaskan agama tapi tidak perlu pada pengundi. Mungkin boleh berlaku mukjizat dan Allah menangkan parti tersebut u ...


sebab tu aku kata muslim yg tak berparti mcm kena sumpahan kat mesia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 09:53 PM | Show all posts
Berikut adalah kandungan keputusan Majlis Fiqh Sedunia / Antarabangsa :-

Keputusan nombor 163 ( 18/1)

Berkenaan perkara

PETUNJUK  BAGI  JALAN  KEMBALI  KEPADA  AL-MANHAJ Al-HADARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM

Sesungguhnya Majlis Kesatuan Fiqh Islam Antarabangsa yang bersidang dalam persidangannya yang ke-18 di Putrajaya, Malaysia dari 24-29 Jumada Al-Akhirat 1428 H bersamaan 9-14 Julai 2007 m.

Selepas meneliti semua kertas-kertas kajian yang dibentangkan bagi topic  PETUNJUK  BAGI  JALAN  KEMBALI  KEPADA  AL-MANHAJ AL-HADARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM

Selepas mendengar kepada perbincangan yang dibuat berkenaannya, dan selepas mengingatkan berkenaan peranan awal Islam menubuhkan sebuah Negara yang adil, dan setelah Rasulullah SAW meletakkan piagam Madinah Al-Munawaarh yang merangkumi panduan perhubungan dalam masyarakat Islam yang awal dan penghebahan kepada masyarakat antarabangsa berkenaan hak-hak kemanusiaan semasa khutbah terakhir.

Bernaung di bawah dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah yang merupakan perlembagaan Islam, dari Firman Allah SWT : Ertinya : "  Sesungguhnya Allah menyuruh agar kamu bersikap adil dan ihsan serta memberikan bantuan kepada kerabat dan melarang dari melakukan perkara keji dan mungkar dan kederhakaan" ( An-Nahl : 90) dan juga Firman Allah : " Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan pemimpin kamu" ( An-Nisa : 59 )  

Dengan ini menetapkan seperti berikut :-

Pertama:  Sesungguhnya menuruti "Manhaj Hadari Islami" (Manhaj Kemajuan Islam): Memberikan peluang kepada orang Islam mengembalikan peranan mereka dan mengenengahkan risalah kemanusian bagi turut serta membantu mengeluarkan alam dari kegelapan material yang melampaui batas.

Kedua: Sesungguhnya jalan bagi memulihkan kemunduran yang dideritai umat kini adalah dengan kembali kepada nilai-nilai agama dengan tulus dan benar, kerana seluruh keadaan yang mendukacitakan yang menyelubungi umat Islam ketika ini adalah akibat terpisahnya dari pengajaran panduan Islam serta mengikuti system ciptaan manusia.

Ketiga: Sesungguhnya "Al-Manhaj Al-Hadari Al-Islami" yang dibina atas panduan yang tepat mampu membebaskan masyarakat dan Negara-negara umat Islam dari keangkuhan, menjadi pengikut dan kemunduran.

Keempat: Sesungguhnya memahami Islam dengan baik, serta kesungguhan berpegang kepada hukum-hukam Islam dan mengamalkannya secara lengkap dan berimbang adalah merupakan kewajiban asas bagi mencapai kejayaan agenda kebangkitan Islam.

Kelima: Keperluan mengasah prinsip Syura secara teori dan praktikal bagi mengikut firman Allah : "ertinya " dan mesyuaratlah dalam urusanmu" ( Al-Imran : 159), yang mana Syura adalah asas yang kukuh bagi pembentukan sebuah Negara Islam.

Keenam: Keperluan memisahkan antara tiga kuasa : eksekutif, legislatif dan kehakiman, sebagaimana sistem yang telah terasas selepas zaman pensyariatan hukum, dan ia sebagai lanjutan dari praktis yang dilaksanakan oleh para sahabat Nabi , iaiatu memisahkan di antara risalah, kepimpinan dan kehakiman.

Ketujuh: Mengiktiraf hak kewarganegaraan yang meliputi bukan Islam, bertepatan dengan garis panduan Shariah yang memberikan pembalasan hak-hak dengan kewajiban.

Kelapan: Penyertaan wanita dalam aktiviti umum yang tidak bercanggah dengan hukum Shariah yang khas baginya. Firman Allah : ertinya : Lelaki Islam dan wanita Islam sesame mereka bantu membantu dalam menyeru kebaikan dan mencegah dari kemungkaran" ( At-Taubat : 71)

Kesembilan: Kewajiban untuk bersegera menghapuskan unsur-unsur negative yang melanda oleh orang Islam kini bagi membolehkan mendepani cabaran-cabaran yang dihadapinya , seperti :

a- Fahaman taksub mazhab yang menjadi batu penghalang terhadap teori pembaharuan yang tepat.

b- Pelampau dalam pemikiran dan tingkah laku yang menyebabkan pelbagai masalah dalam masyarakat, yang mana ia digerakkan oleh gerakan pelampau.

c- Fahaman komunis dan tiada agama (freethinker dan athies) yang dibina di atas asas penolakan ikatan agama dari kehidupan.

d- Kejahilan berkenaan cabang-cabang ilmu menyebabkan terhalangnya mereka dari hakikat sebenarnya sesuatu isu (berkaitan Islam)

e- Tidak menghargai nilai waktu dan kesannya yang menyebabkan kegagalan umat Islam dan kemunduran mereka.


Majlis juga dengan ini mewasiatkan perkara berikut :-

1) Mengukuhkan keimanan dan amal soleh kerana ia adalah langkah pertama bagi mengembleng usaha tarbiyah bagi melahirkan peribadi Islam yang mampu mengembalikan peranan kemajuan Islam disamping berperanana untuk menyumbang kepada kemjauan manusiawi.

2) Memastikan manhaj "Al-Hadari Al-Islami" didirikan atas asas pembenihan dan penerapan nilai-nilai akhlak Islam dalam masyarakat.

3) Menyokong pendekatan Malaysia - untuk membina manhaj kemajuan Islam - dan menganjurkan agar diadakan satu persidangan antarabangsa khas bagi menerangkan hakikat ketamadunan dan kemajuan Islam serta kandungan risalah Islam yang kekal, supaya ia menjadi keputusan persidangan dunia di bawah pemerhatian pemikir, pemimpin di seluruh Negara-negara umat Islam.

- Tamat terjemahan -

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 09:55 PM | Show all posts
Nampaknya pilihanraya memang confirm dah dekat.

Kita tunggu lepas ni apa isu kempen mengenai Islam Hadhari.

1.  Adakah UMNO akan usung keputusan di atas sebagai sebahagian kempen.

atau

2.  Melaksanakan apa yang diwasiatkan oleh Majlis Feqh Sedunia seperti yang saya boldkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 03:30 PM | Show all posts
thanks kengkawan..
info banyk gak saya dapat...
saya pun konfius apa sebenarnaya Islam Hadhari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 08:18 AM | Show all posts

What is Islam Hadhari?

Aku salu pi CI...
klu pasal gambling ...Paklah Raba2...or Pelacuran...
Mesti org salu kaitkan ngan Islam Hadhari...

What is Islam Hadhari?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 08:30 AM | Show all posts
Islam Hadhari...perkataan hadhari adalah merupakan kata terbitan daripada perkataan hadiri .......yang bermaksud pengamal hadhari mestilah menghadiri-konsert-konsert, raba-raba, program-program hiburan, maksiat dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #2 tarabas1976's post

HEHEHEH..MAKAN DLAM TUH
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #1 demonagirl6's post

English...


KONSEP
ISLAM HADHARI



Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.

Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.


Prinsip Islam Hadhari

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rakyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi
X. Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 26-5-2008 08:47 AM
English...

KONSEP
ISLAM HADHARI

Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan  ...


Thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.101159 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list