CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: surideena

Nak galakkan anak bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah

[Copy link]
Post time 10-3-2017 11:16 AM | Show all posts
Baca story books is much better than watching movies.
Anak kawan aku pak dia mat saleh mak melayu.. kat rumah speaking berabuk.. masuk darjah satu menulis hancus.. cakap mmg bergegar.. sama la kat universiti aku ni.. ramai je students yg berborak dalam English ala2 students high school musicals tapi bila part jawab soalan dalam English.. grammar ke mana spelling ke mana..  
Tapi kalau anak2 yang rajin baca buku or anything English, kadang2 cakap mmg tak berapa sebab mungkin dia malu takut salah pronunciation, tapi bila menulis ayat2  memang cantik tersusun.. senang nak faham sbb dah biasa dengan structure ayat.
Tapi tu lah.. sekarang ni nak interview pun dalam English.. nak tak nak kau kena buat one English day per week kat rumah.. hari tu semua org kena cakap English.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 03:27 PM | Show all posts
cuba ajar anak bercakap or expose anak bertutur english dari rumah..boleh jgk ajar ank tgok cartoon2 in english..budak2 lg cepat belajar apa yg diajar..nnt dah besar bru nk ajar mmg ssah dah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 05:22 PM | Show all posts
For my opinion, I suggest you to  let your child listen to English songs, watch English drama or series because people these days are more likely to entertainment.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
katak hijau replied at 20-2-2017 12:15 AM
Satu tips...kalau nak speaking biar la dlm full sentence.. "why didnt u tell the truth?" "Did u watc ...


Yes, setuju. Jangan campur aduk bi bm dlm satu ayat. Guna 1 bahasa saja untuk satu ayat penuh. Nanti anak x dpt tangkap n bina struktur ayat dengan betul.





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 09:41 AM | Show all posts
Ok apa yang tt tu nak usahakan. Meols sokong sangat.Bagus la ada perasaan nak suruh anak pandai dalam bahasa inggeris. Bahasa melayu tu memang sah2 la kita dok pulun hari2. Memang penting pun bahasa INggeris sebagai bahasa kedua. KIpidap..#sayasokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 08:31 AM | Show all posts
ronapink replied at 3-2-2017 08:17 PM
betul tu..

tapi orang2 yg berpendapat berspeaking london tu urban,

saya rasa awak dah salah anggap ni. Kita digalakkan belajar apa jua selagi tidak bertentangan dengan agama. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan bahasa inggeris adalah keperluan buat masa sekarang. Urban itu mungkin atas pandangan anda sahaja tapi bagi orang yang berfikiran matang belajar bahasa lain selain melayu adalah satu keperluan. Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia...jika kita dedahkan anak2 sedari kecil mungkin mereka akan lebih fasih dengan cepat. Memang kita boleh hantar mereka bila belajar bila dah besar tapi itu akan memakan masa dan belanja. Guna cara yang simple..ajar yang asas sahaj dirumah Insya Allah mereka akan cepat mahir. Ini susah kalau orang melayu fikir cakap bahasa inggeris Urban ni...kat tempat aku belambak aje pakcik2 pencen, budak2 muda yang lepas habis belajar..jadi nelayan separuh masa. Hidup cara kampung gak tapi bila tiba untuk berbahasa inggeris mereka akan guna. Takkan lah ko gi pasar nak beli ikan nak cakap inggeris Dik..itu baru URBAn tapi Urban berlagak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2017 08:44 AM | Show all posts
espri6006 replied at 22-3-2017 08:31 AM
saya rasa awak dah salah anggap ni. Kita digalakkan belajar apa jua selagi tidak bertentangan deng ...

wei zaman bila punya post ni..

masing2 pandangan..

tiap sesuatu ada pro n cons..ada baik ada buruk..

ada orang cakap...bukan saya cakap,urban tu..

nak pandai ke tak pandai, atas usaha memasing juga..

anak doc, anak tak bijak jg, anak nelayan anak penoreh ada yg fly ke obc..

sbb tu saya kata memasing pandangan..

apa2 je la pendapat, saya pun xde anak xde rumahtangga lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:41 AM | Show all posts
Edited by chikumanis at 5-4-2017 10:43 AM

bercakap dalam english ketika dirumah? ni dari pengalaman sy...

anak 1st memang tak reti nak cakap dalam english. setakat yes no, bye, hello, good morning n night, afternoon tu dia kompius sikit pukul berapa start dan end...lepas tu dia masuk darjah 1 pun dia keras tak nak belajar english. adik dia plak, masuk kemas masa 4tahun, naik 5tahun masuk tadika private yang mana cikgu dia memang praktikkan english dan cina (kata cikgu subjek wajib). baru bulan 2 dekat tadika, adik dia dah mula cakap english dengan sy, abg n nenek dia. surprisingly, adik dia berani hentam kromo je english dia. it just a simple word macam, ibu, may i wash my hand, please? ibu, can i go to toilet? ibu, i want to eat rice. kita faham maksud ayat dia kan sbb tu ayat yang senang nak paham. lepas tu yang baru abg dia nampak berani sikit nak speaking in english.

so, kalau nak praktikkan bercakap english (bukan sebab urban), kena ada sorang yang mulakan. kalau boleh, jangan dibetulkan ayat anak2 tu di depan orang ramai, nanti jadi mcm komen2 dlm ni lah...nak jadi urban la, nak show off la, nak itu lah...nak ini lah...kalau kena dengan atok diorang plak, susah2 aku ajar jawa sudah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 10:02 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 3-2-2017 07:03 AM
Kannn.....

Pd aku lah kan pink...tak perlu lah nk berspeaking london sgt kat rumah...bila sampa ...

bak kata doctor my baby,
dari babylah patut ajar banyak bahasa sebab baby bukan
cam kita yang dewasa ni, baby memang ada keupayaan serap
banyak ilmu dari lahir...

so far 12 months, my baby tak da masalah nak
faham simple ayat dalam 3 bahasa berlainan..
sebab dari lahir kami dah latih.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 11:56 AM | Show all posts
pengalaman mzz sendiri masa kecik2 dulu..dibesarkan dengan buku, lagu and drama ummah kokesen
because my parents sangat tak suka local entertainment..
then masuk tadika Catholic..mzz sorang ja malay
then sekolah methodist...kawan2 majoriti Chinese

alhamdulillah my English kira ok lah juga..

anak mzz sekarang suka sangat tengok chu chu tv..mzz download banyak2 bagi dia tengok
so far simple terms macam eat, sleep, come to ibu, don't, no, yes tu dia faham lah
kalau nak introduce dia tu animals ke apa mzz akan cakap cat, bird, dog etc

pernah terbaca somewhere untuk baby better guna 1 word instead of full sentence
untuk train dia familiar dengan bahasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:13 PM | Show all posts
ajar benda2 basic n simple...lama2 akan jadi sebati
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 01:17 AM | Show all posts
Luangkan masa baca buku BI dgn anak, sebelum tidur adalah waktu terbaik. Kalau anak masih kecil 1-3 tahun, guna buku dgn gambar berwarna warni, yang ada pop up, jadi anak tu lama sikit attention span dia.... dan kita kena bacakan buku tu sambil perkenalkan perkataan baru.

Dah besar sikit boleh guna yg ada tulisan e.g. Peter & Jane. Tapi kalau boleh cari buku  yg diminati anak e.g. princess, transformer, hello kitty. Create story sama2 sambil tambahkan vocab dia.

Proses ni mmg lama dan kena sabar, kena luang masa...guna perkataan yang diperkenalkan masa membaca tu dlm aktiviti seharian, masa bermain, masa melukis, etc..... budak2 kecik ni bila banyak repetition, dia senang jer ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 06:16 PM | Show all posts
iols masa anak sulung mmg speaking dgn dia..bg dia tgk video2 english bg dia familiar..kelemahan dia, dia jadi lambat nk bercakap..sbb kt taska cakap bahasa melayu..so bila dia nk berkomunikasi dgn budak lain, byk argumen tentang nama benda..3 tahun pun masih x jelas dia cakap apa..tp umur 4 tahun bila hantar dia sekolah, baru mula petah bercakap..n bercakap dual languange..n skrg dia 6 tahun..walaupun dah fully cakap bm kt rumah, dia masih boleh speaking sikit2 bila perlu..utk anak no 2, iols dah mcm malas nk speaking..so anak no 2 cepat sikit bercakap (fully bm) walaupun x lancar lagi..iols target dia dah besar sikit baru nk terapkan english..mcm kakak dia iols mmg dah suruh baca peter n jane..n she copes well..

mmg papehal parents kena rajin..kalau x rajin mcm iols ni, nasibla..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 02:46 PM | Show all posts
cartoon, games, buku tu semua bagi bahasa inggeris saja.. macam tu mesti ok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 08:39 AM | Show all posts
ronapink replied at 22-3-2017 08:44 AM
wei zaman bila punya post ni..

masing2 pandangan..

bertutur dalam BI tak semesti jadi bijak. Cerdik atau kurang pandai itu lain konteks. Belajar, belajar dan terus belajar. Sebab saya baca dari ulasana awak yang  mengatakan bahawa tak yah urban2 sangat. tu yang saya pelik...apakah nak belajar atau nak ajat anak BI kena jadi Urban?. Bukankah BI itu sekarang satu keperluan?..skrg nak kerja mana2 pun walau kilang kicap sekali pun kena faham BI, semua mesin, report dan manual kebanyakkan dalam BI apa lagi jika ingin menceburi bidang korporat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 03:59 PM | Show all posts
kena bagi pendedahan dari kecil lagi.  i ada 2 orang anak.  kedua2 anak dulu suka nonton sesame street.  dan i memang consistent belikan buku2 cerita bahasa inggeris setiap bulan.  Masa umur 3 tahun tu i kena bacakan buku cerita tu.. membaca tu siap dengan gaya2 sekali supaya mereka rasa interesting.  Bila mereka dah mengenali alphabet, saya belikan buku cerita yang tulisan besar2 tu... lama kelamaan dengan sendirinya pengetahuan vocab mereka meningkat.  Grammar mereka bertambah bagus apabila masuk darjah 1.  skrg ni anak sulung ambil tesl di uitm shah alam dan yang bongsu melanjutkan pelajaran di University of Los Angeles, California (UCLA)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mosti at 10-7-2017 05:19 AM

Saya support tuan rumah. Orang melayu kita suka kutuk orang cakap bhs inggeris.

Saya ni english so-so je..Cara saya ajar anak cakap...saya belasah je cakap masa dia baby. Memula tu mmgla kekok, nak cakap dengan anak depan husband pun malu. Selalu macam "uu..aaa..uuuu..aaa..ummi...aaaa...eat.." hari-hari saya cuba cakap ayat penuh. Tengok citer english saya hafal and repeat. Then, cakap dengan anak balik. Surprisingly, bila anak dah besar...dia bole cakap balik. Saya jarang bagi tengok tv ka video ka..sbb tak elokkan untuk anak 3 thn ke bawah. Saya sendiri yang practice dan hafal bagai. Then, ajar anak.

Pernah saya pergi kursus readeasy...fasilitator tu cakap.. kalau nak sangat anak cakap orang putih...tampal ayat kat dinding. Cakap hari-hari sampai kita lancar. Nanti anak yang dengar pun cakap lancar lar.
Tips di sini: jangan dengar apa Org kata. Teruskan niat. Niat kita hanya Allah je boleh judge. Lantak lah apa orang nak kata. Orang kutuk.. dapat pahala. Silap hari bulan orang yang mengutuk tu boleh jatuh fitnah. Lepas tu, ibubapa kena jadi cikgu kat rumah. Dan yang paling penting, apa apa u buat mesti ada repetition dan rajin lah berdoa pada Allah tentang niat dalam hati kita ,apa yang kita nak untuk anak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mosti at 10-7-2017 05:31 AM

Skrang ni...memang saya cakap full english dgn anak.. saya banyakkan bahan bacaan english.. saya tengok dictionary untuk cari perkataan yang sesuai. Rajin bacakan buku. Lama lama mak pandai ..anak laaalaaagi pandai.

Since bapa dia suka cakap melayu...setiap kali anak sy 2 ++ tahun ckp melayu, sama ada saya buat xtau atau buat muka x faham...terus dia cakap english in full sentence dengan saya. Saya buat macam ni sebab ambil pengalaman dengan kawan kawan cina.. saya pernah tanya...macam mana chinese boleh fluence 3 bahasa. Kawan chinese saya cakap..dengan bapak dia cakap orang puteh, dengan mak cakap cina dan kat sekolah cakap bahasa melayu...ko rasa??

Setelah hampir 2 tahun sy praktikkan strategi ni...it really works for my daughter. Dia dah boleh converse in English.  Memang kena banyak sabar ajar anak dan diri kita pun kena rajin cari ilmu. Cari ilmu dengan tanyakan kawan kawan macam mana ajar anak. Cari kursus parenting.

Saya doakan tt berjaya dalam usaha tt mendidik anak. Selain tu rajinkan baca quran dan ayat2 lazim..bg terang hati.ayat al quran paling utama dalam hidup. Ltak al quran no.1.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.061465 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list