|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SALAM MAAL HIJRAH
[Copy link]
|
|
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2. Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
3. Mengikut Sarjana Muslim, maksud kasih sayang adalah:
a. Sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada bencana.
4. Sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah mengislamkan beberapa orang pimpinan kaum Aus dan Khazraj dan mereka telah dipersaudarakan yang sebelum ini puluhan tahun sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain. Apabila berlaku peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan pula golongan Muhajirin dan Ansar.
5. Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang digeruni dan dihormati oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi.
6. Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah ini dengan menyemarakkan ikatan saling berkasih sayang. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.
JOM sempena Maal Hijrah 1446 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah. Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
11hb Julai 2024
05hb Muharram 1446H
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi semua..
rasa nak sambung tido kejap
semalam lepas berurut.. tak ada selera makan
penat sangat2 walau lepas kena urut..
dinner kat luar.. sampai rumah solat terus tido
 |
|
|
|
|
|
|
|
slow skit kan forum pagi ni.. lepas tekan post.. kena tunggu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kawan opis mesej..
kak ada meeting pagi ni
haha saya jawab good luck  |
|
|
|
|
|
|
|
akhir pulak meeting bulan ni..
semalam memang tak tidolah kawan aku sorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
lepas meeting mesti cari kawan teman dia makan
mesti makan yang sedap2 haha teringat pulak |
|
|
|
|
|
|
|
biasa lepas meeting memang tak nak makan nasi..
nak cari yang sedap2
kalau aku.. 1st dlm kepala ni sushi jerlah or spageti |
|
|
|
|
|
|
|
hubby aku pulak kalau penat seharian meeting
balik2 jer tido.. aku tak berani nak kaco |
|
|
|
|
|
|
|
bangun2 jer nanti mesti dia cakap jom2 kita pi makan |
|
|
|
|
|
|
|
eh semua orang sama ke mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau reply noti lagi kejung |
|
|
|
|
|
|
|
kalau reply noti lagi kejung |
|
|
|
|
|
|
|
ada soklan kuiz tak  |
|
|
|
|
|
|
|
porem slow kita cari jwpan soklan kuiz la |
|
|
|
|
|
|
|
Elak Jadi 'Mabuk' & Keracunan, Ini Perkara Yang Anda Tak Boleh Ambil Lepas Makan Durian Durian merupakan buah kegemaran ramai rakyat Malaysia, ada yang makan sampai tak ingat dunia kerana nikmatnya hanya penggemar tegar saja yang tahu
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa durian tidak boleh digabungkan dengan beberapa jenis makanan dan minuman kerana akan menyebabkan mabuk atau keracunan ringan.
Baru-baru ini, doktor pakar perubatan swasta, Dr Ahmad Samhan berkongsi di Threads mengenai beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian. Elak minum kopi lepas makan durian
Menurut laporan Kosmo!, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat, manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.
Menurut Dr Ahmad Samhan pula, selain kopi, elakkan juga mengambil minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein selepas anda 'pulun' makan durian. "Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi. "Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 10-7-2024 10:38 AM
selamat jalan uols.
Sudah slamat sampai.. alhamdulillah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|