Originally posted by jelebu at 21-3-2008 10:31 AM
ke perlis makan udang
udang dimakan masak kicap
masarju pun lama tak datang
hamba dia sini yg mengharap...
beli kuih karipap mini
beli juga kek yg berbelang
datang lagi ke teratak ini
tapi tn rumah pulak menghilang
Originally posted by alya-hafidz at 22-3-2008 10:30 AM
mandi laut pakai bikini
buat orang toleh dua kali
dah lamo den tinggalkan forum ini
rindu pulak kat korang semua sekali
cincin emas kena curi pencuri datang waktu pagi lama Alya menghilang diri ke mana anda pergi?
Originally posted by jelebu at 27-3-2008 01:39 PM
Anak udang anak buaya
Anak ikan di makan Jua
kepada masarju hamba bertanya
kenapa diri mu berbadan dua....
dengar lagu dari Ahmad Nawab
dengar bersama dgn Cik Ayang
soalan anda daku nak jawab
satu lagi tu ialah bayang-bayang
Originally posted by jelebu at 27-3-2008 01:33 PM
berkayuh ke hulu naik belun
belun di naik orang kaya...
datanglah Jusoren sila berpantun
soalan pertama sudah kah berpunya...
sudah letih hendak berjalan
ambil angin dgn EnNawab
JUs datang ke bod negeri 9
tapi perlukah soalan ini dijawab