|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #44
[Copy link]
|
|
Ayam Buttermilk Simple

Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
susu cair
bawang putih, hiris halus (xguna bawang besar)
Butter
daun kari
cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
Masukkan telur dan garam ke dlm mgkuk pastu masukkan ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau xmau pedas jgn boh cili)
Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Boh garam secukupnya. Siap !
|
|
|
|
|
|
|
|
Air Tembikai Lemon Laici

Bahan-bahan:
* 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
* 1 tin laici
* 1 botol air lemon houseboom
Cara-cara:
1. Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
2. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buttermilk Chicken
Bahan-bahan (ayam):
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- isi ayam potong kecik2
Bahan-bahan (sos):
- 3 sudu besar mentega
- Daun kari
- 1 sudu besar cili besar ????️& hijau
- 1/2 sudu besar bawang putih
- 1 sudu besar bawang holland
- 100ml susu cair
- 1 sudu kecil garam/gula/perasa
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada sulah.
2. Goreng hingga keemasan.
3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih.
4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam, gula,perasa dan lada hitam.
5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng.
6. Gaul hingga rata.
7. Siap untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK PANDAN CHEESE LELEH KUKUS

(kalau tak nak pandan bole ganti dgn vanilla atau perasa lain)
1. Telur - 4 biji (*)
2. Gula - 1/2 cawan (*)
3. Ovallete - 1 sudu besar (*)
4. Pewarna - beberapa titik
5. Perisa - 1 penutup botol
6. Tepung gandum - 1 setengah cawan
7. Baking powder - 1 sudu teh
8. Minyak masak @ minyak jagung - 1/4 cawan
- Pukul bahan2 yg bertanda (*) hingga kembang dan ringan
- Kemudian masukkan pewarna, perisa, tepung gandum, baking powder dan minyak masak @ minyak jagung.... kacau sehingga rata.
- Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan kek tersebut.
- Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil utk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.
- Pastikan air kukusan dimasak terlebih dahulu. Kukus kek selama 40 minit.
- Selepas kek dimasak, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.
- Belah bahagian tengah kek dgn menggunakan benang.
Topping
1. Cream cheese - 250 gram
2. Susu pekat - 1/2 cawan
3. Susu cair - 1/2 cawan
4. Cheddar cheese blok
- Pukul bahan2 di atas sehingga sebati dan tidak berketul.
- Sapukan di bahagian tengah dan di atas kek
- Parutkan Chedder cheese blok di atas topping tadi... kalau dapat parut yg halus tu, lg cantik....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kari Ikan

Bahan-bahan:
5 ekor ikan
santan
3 ulas bawang putih (dikisar kasar)
1 biji bawang besar (dikisar kasar)
Halia sebesar ibu jari (dikisar kasar)
10 biji cili hijau kecil (dikisar kasar)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
Daun kari
7 biji cili merah dan hijau kecil (diketuk)
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar cili kisar
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (dibelah)
Bendi
Perasa (gula + garam + ajinamoto)
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris dan biji sawi hingga kekuningan.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari ikan, rempah kari daging/ayam, serbuk kunyit, daun kari dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul-betul pecah minyak.
Masukkan santan dan perasakan dengan bahan peras, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan (sekiranya tak mahu tambah santan, cuma tambahkan air sahaja dan jangan terlalu banyak air untuk elak kuah cair).
Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi.
Setelah ikan mula masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah
kalau ada rezeki sha ke bangkok tu ada lah
kalau tak ada, tak apa lah kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
tahu la
tapi kalau prtit sgt pn susah jugak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
lama punya keyboard ank dh amik
dia pakai tuk pc kat atas aritu
malas la nk tukar2
|
|
|
|
|
|
|
|
mama buat scramble egg tadi campo cheese
kenyang jugak,kalau lapa mama cari makan lain lak
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg kat umah abah
kakak ipar mama tolong snapkan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siapa la bole ckp dgn dia agaknya ya
mama mmg x leh la nk ckp sendiri kan
|
|
|
|
|
|
|
|
yeap, jauh jugak bangkok tu...naik train pun boley dr narathiwat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal
tapi dh terlambat la kan
mama pn dh x de masa tu kot
|
|
|
|
|
|
|
|
normal size la, petite sgt tu namanya kerempeng
|
|
|
|
|
|
|
|
mama beli lappy la utk kegunaan sdri, mama kan kaye
|
|
|
|
|
|
|
|
mc D prosperity syg suka x
fav mama dgn uncle tu
pasal dia dtg hanya sethn sebulan x silap mama
utk chinesse new year punya menu
|
|
|
|
|
|
|
|
nak mkn masa bila tu
ni dh mkn lom???
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu sha pun dh kenyang mkn simple mcm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya 
tak sangke mama hebat jugak ye.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|