|
Hannah minta maaf kepada rakyat Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (empat kiri) bersama jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (tiga kiri), Muhammad Shah Firdaus Sahrom (tujuh kiri) dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (dua kiri) bergambar sekembalinya dari Sukan Olimpik 2024 Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas kontinjen negara sekali lagi gagal membawa pulang pingat emas sulung negara di Sukan Olimpik di Paris 2024.
Hannah yang ditemui media sejurus tiba dari Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, bagaimanapun kontinjen negara mampu menunjukkan peningkatan prestasi di kota Paris.
"Saya, bagi pihak kontinjen negara, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami belum dapat membawa pulang pingat emas Olimpik untuk Malaysia.
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, RTG adalah untuk dua kitaran Olimpik yang merangkumi Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Apa yang kami lihat, terdapat peningkatan prestasi daripada atlet RTG.
"Di Paris, kita dapat melihat tiga rekod kebangsaan dipecahkan oleh Azizulhasni, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, dan Aniq Kasdan (angkat berat), sementara Shah Firdaus Sahrom dalam berbasikal dan Syaqiera (Mashayikh) dalam memanah memecahkan rekod peribadi mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ada-rakyat-malaysia
|
|