CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-3-2009 08:15 AM | Show all posts

Balas #699 looo\ catat

dah tue nak ikut UMNO gak???

baek masuk UMNO...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 08:19 AM | Show all posts
Haji Hadi Pun Kata Celaka



Ketika berucap pada 24 Februari 2009, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. (baca sini). Kenyataan "celaka" yang dikeluarkan Hadi adalah sama dengan hari kenyataan "celaka" yang dikeluarkan oleh Karpal Singh di Parlimen. Haji Hadi sudah terpengaruh dengan Karpal? Apakah ini secara kebetulan?




"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya. Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," kata Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 25 Februari 2009 di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan pada 5 April 2008, Utusan Malaysia, Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah menyatakan "PAS jangan memasang angan-angan tinggi untuk menungjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian pembentukan sebuah negara Islam". Apakah PAS masih lagi tidak faham bahasa warning Karpal ini? Lihat sahaja pada motto PAS sekarang, bukankah ianya sudah bertukar menjadi "PAS FOR ALL" bukan lagi "Membangun Bersama Islam". Apakah ianya ditukar semata-mata untuk memenuhi permintaan Karpal dan DAP yang tidak mahu pada negara Islam? Atau PAS sudah terikut dengan rentak DAP. Hinggakan Hadi Hadi pun bila bercakap dalam Dewan Perhimpunan Cina sudah cakap "celaka" sama seperti apa yang diucapkan oleh Karpal Singh pada siang harinya di Parlimen. Bolehkah seorang yang bertaraf Tuan Guru ini berkata "celaka" dan dikatakan pula sebagai seorang pejuang bahasa Melayu?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:08 AM | Show all posts

"Hanya menggertak anak-anak dan keluarga saya. Tindakan itu melampau, sudah melebih, berlaku tekanan kepada isteri dan anak saya. Mereka takut dan trauma. Macam kita ni penjenayah. Saya bukan pembunuh."

Begitulah luahan penulis blog, Pahang Daily Online, Mohd Shukri Mohd Ramli, kepada Malaysiakini akibat perbuatan fitnahnya terhadap Mohd Saiful. Anda boleh baca laporan penuhnya di S.I.N.I.

揟ahukah kamu apa itu menfitnah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:10 AM | Show all posts
Nik Ajis oooo.... nik ajis




Masa mula-mula si kaki jubur, anwar ibrahim berdondang sayang dengan lagu kronisma dan nepotisma di zaman reformasi kononnya, si nik aziz ni pun mulalah mengeluarkan fatwanya, dengan megatakan sesiapa yang mengamalkan dasar kroni hukumnya haram. Tetapi sesungguhnya Allah itu maha adil, awal tahun lepas, terbarai sudah cerita si pak lebai tu pun mengamalkan kronisma dengan melantik anak menantu lelakinya sebagai pengurusi salah satu anak syarikat kerajaan negeri kelantan.

Apa bila cerita perlantikan tu terbarai, maka bekas si ustaz kemas ni (nik aziz) cubalah pula untuk menghalalkan perbuatannya itu dengan mengheret Rasullulah S.A.W sekali, dengan mengatakan yang 揜asullulah pun mengamalkan kronisma juga, Rasullulah melantik Sayidina Abu Bakar dan Syaidina Ali sebagai Khalifah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:20 AM | Show all posts
Mohd Sabu







[size=180%]Mesranya Mohd Sabu dgn Teresa Kok...makan pa tu...makan pa tu...lazat nampak... lebai pun tanggal serban bila jumpa Teresa Kok..Mohd Sabu oh Mohd Sabu..lepas Normah..ko nak kat Teresa pulak ke???
[size=180%]
[size=180%]
[size=180%]pilihanrayakini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:49 AM | Show all posts
Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali


[size=180%]
[size=180%]Ahmad Lutfi Othman
[size=85%]
Nota: Rencana ini dipetik daripada buku yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Tajuk asal rencana itu adalah "Ibrahim Ali : Nak Upah Orang Bukan Perkara Mudah". Ahmad Lutfi sekarang ini Ketua Pengarang Harakah.


Macam-macam pandangan yang dikemukakan terhadap isu pemecatan Anwar. Tidak ramai percaya ia hanya disebabkan masalah moral. Orang lebih suka melihatnya sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi, termasuk Mahathir, untuk menyingkirkan Anwar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali tentunya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. Rosmida Abdul Rahman sempat menemubual beliau dipejabatnya, di Bangunan UOA Centre Kuala Lumpur, pada 29 September 1998.

Rosmida : Umumnya tanggapan masyarakat bukan mempertikaikan hak Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau hak ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memecat keahlian UMNO Anwar. Mereka sama sekali tidak boleh menerima, kalaupun mungkin disyakki Anwar melakukan salah laku seks yang melampau itu, mengapa ia dihebohkan begitu sekali, khususnya melalui afidavit berkaitan Nallakarupan.

Ibrahim : Masalah yang berkaitan isu Anwar Ibrahim boleh dilihat dari dua sudut. Satu, sudut politik dan lagi satu perundangan. Dalam UMNO, ada kaedah dan peraturan disiplin tersendiri. Maka mana-mana ahli pun tertakluk kepada disiplin ini. Begitu juga dengan parti-parti lain. Parti berhak mengambil disiplin ke atas mana-mana ahli yang difikirkan perlu diambil tindakan. Lebih-lebih lagi yang boleh menjejaskan atau merosakkan nama baik parti.

Begitu juga kita sebagai warganegara, rakyat atau masyarakat, yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang. Dalam hal ini, rakyat juga tidak terkecuali dalam undang-undang, hatta raja pun....tiada siapa yang kebal dengan undang-undang. Begitulah dalam kes Anwar ini. Dari aspek politik, UMNO tidak mengira kedudukan ahli-ahlinya untuk diambil tindakan. Di dalam perlembagaan UMNO pula, jika selepas parti membuat sesuatu keputusan, ia tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Sebabnya, sesiapa yang merujuk kepada mahkamah automatik akan terlucut keahliannya. Mengapa kita buat begitu?

Ini adalah kaedah parti.samalah seperti PAS dan DAP, masing-masing ada disiplin tersendiri. Dalam sesetengah kes, ahli-ahlinya juga dipecat tanpa perlu merujuk terlebih dahulu ke mahkamah. Ini bermakna dalam konteks parti masing-masing ada pertimbangan dan perkiraan sendiri.

Sebab itu ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, beliau sendiri banyak mengendalikan kes memecat atau menggantung ahli-ahli tanpa merujuk kepada mahkamah. Tiada perbicaraan di mahkamah pun. Samalah prinsip ini yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi terhadap Anwar Ibrahim sekarang.

Begitu juga dari segi perundangan, proses keadilan telah dipatuhi untuk mendakwa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ia berdasarkan laporan lapis dan apabila disiasat terdapat prima facie. Namun kes ini agak lewat ke mahkamah kerana banyak gangguan. Ini kerana ada pihak tertentu cuba hendak menganggu perjalanan proses keadilan di mahkamah.

Contohnya, pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh ditakrifkan seolah-olah hendak menganggu proses mahkamah. Bagaimanapun Anwar Ibrahim sudah didakwa oleh mahkamah pada pagi ini dengan 10 tuduhan. Cuma tinggal lagi, isu yang sering dipersoalkan, mengapa Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO? Ramai yang mempertikaikan tentang saksi. Sebab itu dalam soal ini pelbagai pertanyaan dan persoalan timbul. Walaupun kita mempunyai undang-undang dan peraturan, tetapi kebijaksanaan juga penting dalam menangani setiap isu.

Bukankan kes Anwar Ibrahim ini rumit dan pertuduhan terhadapnya amat sukar untuk diterima terhadapnya amat sukar untuk diterima oleh masyarakat, bahawa orang seperti Anwar boleh melakukannya.

Ya. Memanglah Anwar Ibrahim seorang Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri dan menggunakan label Islam sudah begitu lama. Dia sering bercakap soal moral dan akhlak, malah mempunyai pengaruh dan kedudukan. Sudah tentulah perkara ini sesuatu yang rumit. Hendak menjalankan proses undang-undang pun rumit. Malah untuk meyakinkan orang, lagilah rumit.

Namun kita melihat Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan tentunya mempunyai maklumat dan bukti. Begitu juga kalau perkara yang sama dihadapi Presiden PAS. Dia tahu ahlinya buat salah. Dan sebagai Presiden, dia berhak mengambil tindakan menyelamatkan partinya, tanpa perlu merujuk ke mahkamah. Begitu juga dengan Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa untuk memecat atau melantik mana-mana menteri kabinetnya. Hatta Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

Pemecatan dan perlantikan kabinet ini bukan perkara baru. Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau memecat Aziz Ishak, seorang tokoh popular ketika itu. Tun Hussien Onn pula memecat dan mendakwa Dato
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2009 09:49 AM | Show all posts
Apakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mudah sekali memecat timbalannya?

Dalam kes Anwar Ibrahim ini, bukannya Perdana Menteri sengaja suka-suka hendak memecatnya. Dr. Mahathir tahu Anwar Ibrahim ada kes. Ia hasil siasatan polis dari buku 50 Dalil, misalnya kes meliwat.

Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah menasihatkan Anwar supaya meletakkan jawatan. Jika Anwar letak jawatan tidak timbul soal beliau dipecat. Mengapa Perdana Menteri menyuruh Anwar letak jawatan? Ini kerana Anwar sudah ada kes di tangan polis dan jabatan peguam negara. Apabila dihadapkan ke mahkamah, dan Anwar tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela, imej kerajaan dan UMNO tercemar. Sebab yang dibicarakan ketika itu ialah seorang TPM merangkap Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

Cuba kita lihat kes Muhammad Taib. Beliau memberi kerjasama. Apabila Perdana Menteri meminta letak jawatan beliau akur. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik, dia tetap akur. Tetapi Anwar enggan bekerjasama. Bagi membolehkan beliau membersihkan dirinya di mahkamah tanpa membabitkan nama baik kerajaan dan UMNO, maka Perdana Menteri wajar memecatnya. Apabila pemecatan dibuat, Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan.

Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan. Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir lakukan ini adalah betul.

Bagi mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan ada sentimen politik yang tinggi maka dikeluarkan pelbagai pandangan dan tafsiran. Justeru, dipersoalkan proses keadilan, kebebasan mahkamah dan kehadiran saksi. Cuba kaji dengan teliti sejauhmana proses perundangan dijalankan.

Bagi saya, sepatutnya Anwar yang digelar pemimpin Islam berwibawa sepatutnya sepatutnya menunjukkan teladan ketika menghadapi musibah. Jika yakin dirinya bersih, Anwar tidak perlu gelabah. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana. Jika seseorang itu tidak bersalah dan memiliki iman yang kuat, dia akan tetap mendapat perlindungan dari Allah. Suatu hari, kebenaran pasti akan berpihak kepadanya.

Itulah janji Allah. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita yakin dengannya, apatah lagi orang seperti Anwar. Jika iman kita kukuh dan kita di pihak yang benar, datanglah apa sahaja fitnah yang melanda, ia dapat dirongkai dengan baik. Tapi Anwar nampaknya bertindak sesuka hati sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Dan Anwar menuduh kerajaan ini zalim, sedangkan sistem itulah yang beliau pertahankan selama 16 tahun ini. Begitu juga sistem mahkamah kita, pelbagai perkara dibangkitkan. Memang diakui ada kelemahannya, misalnya kes membabitkan Lim Guan Eng.

Jika betullah tuduhan UMNO melindungi pemimpin-pemimpinnya dan undang-undang hanya untuk orang tertentu, tetapi kini jelas pemimpin tertinggi UMNO juga dihadapkan ke mahkamah. Buktinya, antara lain, kes Sahar Arpan dan Waad Mansur. Mereka adalah anggota Exco kerajaan negeri. Dulu orang kata ikan bilis saja yang kena, ikan jerung terlepas. Anwar sendiri pernah cakap perkara ini. Sekarang apabila jerung sudah kena, mereka kata kita tak adil pula. Kemudian dituduh macam-macam. Saya beritahu secara ikhlas, sebagai seorang kawan yang kenal Anwar begitu lama, saya rasa hilang hormat langsung terhadapnya. Bukan masalah betul atau tidak dari segi tuduhan.

Tetapi hilang hormat saya kerana cara dan tindakan Anwar. Beliau banyak melakukan perkara yang betul-betul bertentangan. Saya boleh tunjukkan pelbagai bukti, misalnya soal menegakkan keadilan dalam parti. Bukankah Anwar bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO?

Beliau yang mengendalikan kes wang akaun wanita UMNO yang dikatakan hilang sehingga Anwar mengambil keputusan memecat Zainab Abu Bakar sebagai timbalan menteri dan ahli UMNO begitu sahaja. Tanpa ada sebarang pembelaan. Anwar tidak merujuk ke mahkamah walhal ia melibatkan kes duit. Begitu juga amalan politik dalam UMNO, penyokong kuatnya, walaupun dan terdapat tuduhan mereka, namun Anwar membiarkannya. Jelas, beliau benar-benar hipokrit. Saya kenal beliau sudah 30 tahun.

Kemudian soal nepotisme, saya boleh senaraikan adik-beradik Anwar, siapa Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Rosli Ibrahim, Marzuki Ibrahim, malah bapanya Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:50 AM | Show all posts
[size=180%]Sekarang masyarakat menpersoalkan rekod lama Mahathir mengenai sikapnya terhadap salah laku seks di kalangan pemimpin UMNO selama ini. Bukankah Dr. Mahathir boleh bertolak ansur dalam hal ini? Tiba-tiba saja kelihatan imej Dr. Mahathir berpegang teguh soal akhlak dan moral. Masyarakat jadi keliru.

Keliru macam mana? Dalam kes Rahim Tamby Chik, beliau telah dihukum dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Adakah selama ini Rahim dibawa balik sebagai Ketua Menteri Melaka?

Bagi saya, isu Anwar senang sahaja, tak perlulah cerita kes liwat dan pertuduhan yang lain. Apabila Anwar berkawan dengan Nalla, seorang taukeh judi, ia sudah cukup menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.

Masyarakat pula begitu mudah menerima ia sebagai konspirasi politik. Bagi Anwar, apabila kesan terbongkar tentulah beliau akan mempertahankan dirinya dengan apa juga kaedah dan pendekatan. Takkan Anwar nak mengaku beliau berbuat jahat. Selama ini bergegar membaca khutbah, bercakap Islam, menyentuh soal moral.

Di Kelantan pun ada orang-orang yang mengaji agama mempergunakan anak murid untuk tujuan tersebut. Kalau nak sentuh bab liwat, ia bukan cerita baru. Tambah-tambah orang yang bercakap Islam tetapi mempunyai moral yang rendah. Selama ini masyarakat menganggap Anwar bersih dan tiada cacat celanya.

Bukankah kita diperingatkan Allah, bahawa tabiat manusia ini, mula-mula kelihatan baik tetapi apabila diberi kuasa pangkat, harta dan darjat sudah mula jadi gila. Mungkin Kementerian Kewangan itu berpuaka! Di situlah tempat menguruskan segala kewangan negara.

Berdasarkan pengalaman Dato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 09:50 AM | Show all posts
Sebenarnya, apakah peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pada 3 September 1998. Bagaimana reaksi awal Anwar? Adakah pemecatan Anwar berdasarkan keputusan Dr. Mahathir semata-mata tanpa sanggahan dari anggota mesyuarat, khususnya penyokong Anwar?

Sebenarnya pemecatan tersebut berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi. Begini....mesyuarat Majlis Tertinggi dipanggil selepas sehari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila mesyuarat, sudah tentu pengerusi mesyuarat adalah Presiden parti.

Ia dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi, cuma dua orang sahaja tidak hadir iaitu Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:50 AM | Show all posts
Maknanya, Anwar diberi peluang membela diri secukupnya?

Ya. Anwar diberi peluang membela diri. Apa yang beliau hendak bising-bising selama ini? Saya tak tahulah nak cakap. Barulah saya tahu yang Anwar ini batu, bukannya permata. Namun yang mengecewakan hujahnya tiada berkaitan lansung dengan tuduhan.

Bagaimana reaksi Anwar apabila Dr. Mahathir membentangkan pertuduhannya?
[size=180%]
Terlalu jelas....Memang nampak kebimbingan, panik dan keresahannya ketara. Saya sendiri melihat dari body language, Anwar memang dalam keadaan betul-betul gelisah. Sepatutnya Anwar tidak boleh menyalahkan dirinya sendiri. Anwar mengatakan, melalui kenyataannya, bahawa semua saksi dibayar. Anwar boleh kata apa sahajalah. Takkanlah orang buat salah hendak mengaku salah.

Reaksi Mahathir?

Kecewa dan sedih. Harapannya hancur. Beliau yang mendidik sepanjang pembabitan Anwar di dalam UMNO selama 16 tahun. Lagipun Mahathir sendiri sudah berumur 73 tahun, hanya menunggu masa untuk berhenti sahaja. Tiba-tiba Anwar buat hal sedemikian rupa. Sudah tentu Mahathir teramat sedih.

Bagaimana penerimaan dari ahli Majlis Tertinggi pula, adakah pada peringkat awalnya menemui kesukaran untuk menerima hal ini?

Masalahnya begini, sebelum ini tidak pernah lagi kita mendengar kes liwat. Kalau kes skandal perempuan tu biasalah. Lagipun skandal begini bukan perkara baru. Berlainan dalam kes ini, perkara meliwat belum berlaku di kalangan pemimpin. Kedua pula, tuduhan tersebut berlaku ke atas Anwar Ibrahim.

Saya amat faham, bagaimana sukarnya untuk masyarakat menerima perkara ini. Oleh yang demikian, berdasarkan bukti dan penerangan yang telah dilakukan dan respons Anwar yang mengecewakan, maka mereka buatlah penilaian sendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:51 AM | Show all posts
Sejauhmana ketepatan maklumat yang diperolehi oleh Dr. Mahathir sehingga beliau betul-betul yakin terhadap salah laku Anwar Ibrahim?

Ya. Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau memperolehi maklumat kepada Majlis Tertinggi. Sememangnya beliau sendiri ragu dengan siasatan memaksa beliau memanggil pihak-pihak yang terlibat pula dapat menjawab dengan baik dan betul. Antara saksi-saksi itu ialah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar Ibrahim, pemandu Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:51 AM | Show all posts
Khabarnya Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 10:40 AM | Show all posts
Berikut sebahagian daripada senarai pegawai-pegawai tinggi Amerika keturunan Yahudi (zionis) dalam pentadbiran Bush...dan gerombolan zionis inilah sebahagian daripada pemangkin dan penyokong agenda Anwar di Malaysia.


Richard Perle


Seorang daripada penasihat dasar luar Bush. Perle juga pengerusi Lembaga Dasar Pertahanan Pentagon. Disyaki seorang agen rejim Israel, dia dipecat daripada jawatan di bawah Senator Henry Jackson pada tahun 70an setelah Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) berjaya menangkapnya ketika menyampaikan dokumen-dokumen sulit (Keselamatan Negara) kepada Kedutaan Israel. Dia kemudian bekerja dengan firma pengeluar senjata Israel, Soltam. Perle sebelum itu pernah menganggotai sebuah pertubuhan penyelidikan (think tank) zionist, AEI (American Enterprise Institute). Perle antara penyokong pro-Israel fanatik yang paling terkemuka dalam usaha menghasut supaya Iraq diserang dan terus dijajah Amerika (Zionis). Dia kini memboloskan diri ke dalam media Amerika.


Paul Wolfowitz

Timbalan Setiausaha Pertahanan dan ahli Lembaga Dasar Pertahanan yang dipimpin Perle. Wolfowitz rapat dengan Perle dan juga mempunyai hubungan erat dengan tentera rejim Israel. Kakaknya tinggal di Israel. Wolfowitz pernah menganggotai The Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA) yang juga sebuah badan penyelidik zionisme. Wolfowitz orang kedua terpenting dalam pentadbiran Bush dalam usaha meneruskan pencerobohan Amerika di Iraq. Wolfowitz berkawan baik dengan Anwar Ibrahim hingga sekarang.


Douglas Feith


Timbalan Setiausaha Pertahanan dan Penasihat Dasar di Pentagon. Dia berkawan rapat dengan Perle dan pernah bertugas sebagai Kaunselor Khas. Seperti Perle dan lain-lain, Feith juga seorang ekstremis pro-Israel yang turut menganjur dasar-dasar anti-Arab pada masa-masa lalu.Dia dikait rapat dengan kumpulan ekstremis, the Zionist Organisation of Amerika (ZOA), yang juga menyerang Yahudi yang tidak menyetujui dengan pandangan serta perjuangan mereka. Feith sering diundang berucap di persidangan anjuran ZOA.

Dia rakan kongsi dalam firma undang-undang Feith & Zell, yang mempunyai hanya sebuah pejabat antarabangsa, iaitu di Israel. Sebahagian besar akaun tugasan syarikat tersebut hanya mempertahankan kepentingan Israel. Menurut catatan dalam laman web syarikat firma itu, sebelum dilantik sebagai rakan niaga, Feith "mewakili sebuah syarikat pengeluar senjata Israel." Dengan ini bermakna Fieth secara langsung mewakili agenda perang zionisme. Feith juga ahli badan penyelidik zionis, JINSA yang diketahui umum sebagai proksi Israel dalam pecerobohan dan penjajahan Amerika di Iraq.


Edward Luttwak


Seorang ahli Kumpulan Pengkaji Keselamatan Kebangsaan Amerika di Jabatan Pertahanan Pentagon. Luttwak dikatakan seorang warganegara Israel yang pernah mengajar di negara rejim zionis itu. Dia sering menulis untuk akhbar dan majalah pro-Israel. Luttwak seorang pelampau Israel. Tema utama dalam penulisannya hanya tertumpu pada "kewajipan" Amerika berperang dengan Iraq.


Henry Kissinger


Seorang daripada Pensihat Pentagon, Kissinger juga seorang daripada anggota Lembaga Dasar Pertahanan Pentagon di bawah Perle. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tindakan-tindakan jahat Kissinger, sila baca buku ('Price of Power: Kissinger in the Nixon White House). Kissinger berkemungkinan ada kaitan dengan jenayah-jenayah Watergate, pembunuhan beramai-ramai di Asia Tenggara (Vietnam, Kemboja, Laos), membantu meletakkan diktator Pinochet,(yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan beramai-ramai Operasi Condor di Amerika Selatan, dan agak terbaru, sebagai penasihat bekas diktator Serbia, Slobodan Milosevic.

Kissinger sentiasa menganjurkan kesinambungan peperangan di Iraq. Kissinger seperti Ariel Sharon di Amerika Syarikat. Bush melantik Kisssinger sebagai pengerusi suruhanjaya penyiasatan serangan September 11...tindakan tersebut seperti melantik seorang perompak bank untuk menyiasat skandal penipuan.


Dov Zakheim

Timbalan Setiausaha Pertahanan, Pengawal, dan Ketua Eksekutif Kewangan (CFO) di Jabatan Pertahanan. Dia seorang ulama Yahudi bertauliah dan dikatakan memegang kerakyatan Israel. Zakheim pernah menuntut di Jew's College di London dan ditauliahkan sebagai rabai (ulama) Yahudi Ortodoks pada 1973. Di seorang Profesor di Universiti Yeshiva, sebuah universiti yahudi di New York. Zakheim mempunyai kaitan rapat dengan pihak pelobi Israel.


Kenneth Adelman


Seorang daripada penasihat Pentagon, Adelman juga menganggotai Lembaga Dasar Pertahanan Pentagon di bawah Perle. Dia juga seorang penasihat ekstremis pro-Israel yang menyokong Amerika berperang di Iraq. Adelman seringkali menjadi tetamu undangan di stesen TV Fox News. Segala pandangannya begitu melampau dan sentiasa anti-Arab dan anti-Islam.


Lewis Libby

Ketua Turus (Chief of Staff) Naib Presiden Dick Cheney. Sebagai ketua penasihat yahudi pro-Israel kepada Cheney, maka tidak hairanlah mengapa Cheney begitu ghairah mahukan Amerika menceroboh di Iraq. Libby kawan lama Wolfowitz. Sebagai peguam, Libby pernah mewakili perisik Israel Marc Rich yang diampunkan oleh Presiden Clinton sebelum meletakkan jawatan sebagai Presiden Amerika.


Robert Satloff


Sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Satloff juga pengarah eksekutif sebuah badan pelobi Israel, Washington Institute for Near East Policy. Kebanyakan "pakar" pelobi Israel di Amerika didatangkan dari kumpulan barisan hadapan ini, termasuk Martin Indyk yang pernah menjadi Duta Amerika ke Israel.


Elliott Abrams


Penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika. Pernah bertugas dengan Ethics & Public Policy Center
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 10:40 AM | Show all posts
Ari Fleischer


Jurucakap rasmi White House semasa pentadbiran George H.W.Bush. Terkenal di kalangan masyarakat Yahudi dan juga memegang kerakyatan Israel. Mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan pelampau Yahudi Chabad Lubavitch Hasidic yang menganut fahaman Kabala yang mempunyai pandangan buruk dan ekstremis terhadap semua orang bukan Yahudi. Fleischer Presiden bersekutu Capitol Jewish Forum. Dia diberi anugerah kepimpinan muda daripada American Friends of Lubavitch pada Oktober 2001.


James Schlesinger


Seorang daripada para penasihat Pentagon, Schlesinger juga menganggotai Lembaga Dasar Pertahanan Pentagon di bawah Perle. Dia seorang penasihat ekstremis pro-Israel yang menyokong tindakan Amerika berperang dengan Iraq, Schlesinger juga pesuruhjaya Kumpulan Pengkaji Keselamatan Kebangsaan Jabatan Pertahanan Amerika di Pentagon.


David Frum


Penulis ucapan White House yang merumuskan label "Axis of Evil" (Paksi Kejahatan). Dia mengumpul segala penipuan dan maklumat palsu terhadap Iraq untuk memberi kesahihan untuk arahan pencerobohan Bush di Iraq.


Joshua Bolten


Timbalan Ketua Turus White House yang dulunya terlibat dalam perbankan, bekas pembantu perundangan dan tokoh terkemuka dalam masyarakat Yahudi.


John Bolton


Timbalan Setiausaha Negara Pengawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa. Bolton juga Penasihat Kanan kepada Presiden Bush. Sebelum itu, Bolton seorang Naib Presiden Kanan badan pengkaji pro-Israel, AEI. Pada Oktober 2002 dia menuduh Syria memiliki program nuklear sebagai alasan untuk menyerang Syria selepas Iraq. Dia mungkin lupa rejim Israel mempunyai 400 alat nuklear yang antaranya (menurut satu laporan Tentera Udara Amerika) berupa jenis senjata thermo nuklear.


David Wurmser


Pembantu Khas kepada John Bolton. Wurmser juga bertugas dengan AEI bersama Perle dan Bolton. Isterinya, Meyrav Wurmser, bersama Kolonel Yigal Carmon, bekas pegawai perisik tentera Israel yang merupakan antara pengasas Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI), sebuah badan berpusat di Washington yang menyebar dan menterjemahkan rencana dan bahan berita dari bahasa Arab yang memburukkan orang Arab.


Eliot Cohen


Ahli Lembaga Dasar Pertahanan Pentagon di bawah Perle dan juga seorang penasihat pro-Israel yang ekstremis. Seperti Adelman, dia sering melahirkan pandangan ekstremis yang memburukkan dunia Arab dan Islam. Dia pernah menulis satu rencana yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal di mana dia mengaku amat membenci Islam dan mengsyorkan supaya Islam dijadikan musuh Amerika, bukan pengganasan.


Mel Sembler


Presiden Export-Import Bank Amerika Syarikat. Dia seorang tokoh Republikan Yahudi terkenal dan bekas Pengerusi Kewangan Kebangsaan Jawatankuasa Kebangsaan Republikan. Bank tersebut membantu membiayai perhubungan di antara perniagaan Amerika dengan negara-negara lain, terutama negara yang mengalami masalah kewangan.


Michael Chertoff


Timbalan Peguam Negara Bahagian Jenayah Jabatan Kehakiman Amerika.


Steve Goldsmith


Penasihat Kanan kepada Presiden dan penasihat Yahudi domestik dalam pentadbiran Bush. Dia juga bertugas sebagai pegawai perhubungan White House Office of Faith-Based and Community Initiatives (White House OFBCI). Dia bekas Datuk Bandar Indianapolis. Juga berkawan dengan Ehud Olmert.


Adam Goldman


Pegawai Perhubungan Khas White House untuk hal ehwal masyarakat Yahudi.


Joseph Gildenhorn


Pegawai Perhubungan Khas masyarakat Yahudi untuk kempen pilihan raya Presiden Bush. Dia bekas pengerusi kewangan kempen Bush di Washington DC selain menjadi pengarah kordinasi kempen dan bekas duta ke Switzerland.


Christopher Gersten


Timbalan Penolong Setiausaha Utama Pentadbiran Keluarga dan kanak-Kanak di HHS (Jabatan Manusia dan Kesihatan Amerika). Dia bekas pengarah Eksekutif Gabungan Yahudi Republikan, suami kepada Setiausaha Buruh Linda Chavez dan berpendirian tersangat pro-Israel. Anak-anak mereka semuanya dibesarkan sebagai orang Yahudi.


Samuel Bodman

Timbalan Setiausaha Perdagangan. Dia pengerusi dan CEO Cabot Corporation di Boston Massacusetss.


Ruth Davis


Pengarah Institut Pentadbiran Luar yang diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Pengurusan. Pejabat tersebut bertanggung- jawab ke atas latihan kesmua staf Jabatan Negara Amerika (termasuk duta-duta).


Mark Weinberger - Penolong Setiausaha Hal Ehwal Pembangunan Bandar dan Perumahan.

Bonnie Cohen - Timbalan Setiausaha Negara untuk Pengurusan.


Daniel Kurtzer
- Duta ke Israel

Cliff Sobel - Duta ke Belanda.

Stuart Bernstein - Duta ke Denmark.

Nancy Brinker - Duta ke Hungary.

Frank Lavin - Duta ke Singapura.


Ron Weiser - Duta ke Slovakia.


Mel Sembler - Duta ke Itali.


Martin Silverstein - Duta ake Uruguay.


Lincoln Bloomfield - Penolong Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Militeri/Politik.


Jay Lefkowitz - Timbalan Penolong kepada Presiden dan Pengarah Majlis Dasar Domestik.


Ken Melman - Pengarah Politik White House.


Brad Blakeman - Pengarah White House untuk Penjadualan


sumber - Lenggong Valey
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 03:50 PM | Show all posts
UP SIKIT.................


mana budak2 yg tuduh takder bukti tu!!!!!

tak masuk2 pon........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 09:14 AM | Show all posts
Anwar Lebih GANAS dari Mahathir - Mat Sabu




ANWAR LEBIH GANAS DARIPADA MAHATHIR-MOHAMAD SABU

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.




Ramai orang masih bercakap tentang bahang reformasi di Indonesia. Bagaimana tanggapan awal saudara terhadap apa yang berlaku di Indonesia?

Sebenarnya rakyat Indonesia sedang mencari identiti. Kita yakin reformasi yang berlaku di Indonesia ini akan mengangkat Islam ke tempatnya. Bukanlah ia sampai ke tahap menegakkan negara Islam di Indonesia tetapi mereka yang bercakap tentang Islam mula mendapat tempat di hati rakyat. Komunisme memang telah ditolak, nasionalisme Jawa mula terhakis. Saya yakin reformasi ini memberi peranan yang utama terhadap gerakan Islam.

Nampaknya istilah reformasi ini dianggap 攌eramat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 09:15 AM | Show all posts
Bagaimana dengan Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO?

Zahid juga tidak layak kerana perbelanjaan wang semasa berkempen untuk menang menjadi Ketua Pemuda begitu dahsyat. Kritikannya baru-baru ini memang ditujukan kepada PM tetapi tidak disebut nama PM. Seolah-olah katanya: 擬engapa beri pada orang-orang tertentu sahaja? Kalau beri kepada kami pun kami boleh bayar cukai dan mungkin bayar zakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 09:15 AM | Show all posts
Ertinya saudara tidak meletakkan apa-apa harapan kepada Anwar?

Saya tidak meletakkannya.

Mungkin kerana saudara daripada parti pembangkang dan Anwar adalah seteru politik terbesar PAS?

Oh, tidak! Saya tidak nampak begitu. Kita boleh lihat daripada rekod. Sejak dia menjadi Menteri Kewangan, bagaimana peruntukan saham diagihkan, bagaimana projek yang di bawah kawalannya diberikan, tidak nampak ia berlainan dengan orang nombor satu.

Mungkin realiti untuk merebut tampuk kepimpinan dalam UMNO memaksa Anwar berbuat demikian.

Serupalah. Sekarang 攖erpaksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 09:16 AM | Show all posts
Mungkin di zaman Anwar masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu akan berubah?

Saya tidak nampak ia boleh berubah. Contoh paling nyata ialah tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia.

Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.

Jadi saya tidak nampak ada lebih kebebasan di situ. Anwar lebih pandai dari sudut menguasai budaya Melayu, manakala Mahathir kurang pandai dalam soal itu.

Saudara tentu lebih mengenali Anwar semenjak sebelum menyertai UMNO? Agaknya apa keistimewaan Anwar..

Ya, pada diri Anwar ada satu perkara yang tidak berubah iaitu perhubungan awamnya, PR, cukup baik. Walaupun berdepan dengan lawan atau kawan, PR-nya cukup bagus. Dia pandai membina pengikut-pengikut yang setia kepadanya dan kepada musuhnya, dia boleh bersikap negotiate.

Semasa dia di dalam ABIM dahulu dia adalah hard working man tidak kira pagi atau malam. Balik ceramah pukul dua atau tiga malam, esoknya pukul tujuh pagi sudah berada di pejabat. Anwar cukup disiplin.

Khabarnya Anwar sentiasa menjalin hubungan secara peribadi dengan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Ya. PR-nya sangat bagus.


Dari segi lain ada pihak melihat kerjasama PAS-UMNO akan berlaku apabila Anwar jadi PM.

Cakap-cakap sekarang memang begitu terutama sekali hubungan peribadi Anwar dengan pemimpin PAS termasuk pimpinan PAS sekarang amat erat. Hampir semua pimpinan PAS mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan Anwar tetapi kita tidak tahu sejauh mana soal penegasan dasarnya.

Kita nampak...kalau dengan Semangat 46, yang berlainan dasar pun boleh ada gabungan yang ini juga membimbangkan kita.



Kata orang, berbanding Mahathir Anwar dilihat jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Islam?

Anwar memang lebih bijak berbanding Mahathir. Mahathir tidak reti menerangkan Islam tetapi Anwar lebih pandai. Misalnya, apabila menerangkan hukum Hudud, Mahathir akan menolaknya secara total tetapi Anwar akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini, soal awlawiyyat atau prioriti. Jadi penolakan Anwar lebih lunak! Memang kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 09:16 AM | Show all posts
Katanya imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?

Masih hebat! Sehingga apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka yang saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun..

pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut.

Katanya: 擶e have a different view!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070372 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list