|
Mohon pencerahan (aku takdan beklog lagi)
Nenek tau ke itu Arisha? Bukan Nayla? So Nayla dgn Arisha tu kenbor ke? Mana Nay le pi?
Actually, Nicki pun tarak hal kalau Conan tak tunai janji. Dah ke London kannsss? Mana tau, jumpa gadis pengganti ala Emma Watson. <<<< Tetibaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit buah pinggang. Towards the end, dialisis pun tak jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceh. Sanggup tido balkoni konon??? Phhhuuuik! Ko belum tgk lagi Arisha pakai gaun tido seksi kaler merah.
Btw, Conan. Balkoni tu......ada banyak lipas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow replied at 24-2-2015 01:20 AM
Ceh. Sanggup tido balkoni konon??? Phhhuuuik! Ko belum tgk lagi Arisha pakai gaun tido seksi kaler ...
Laaagiiiikk baikkk.. bangun2 esok terus demam tak leh bangun..terus tido sepital..kensel hanimun kat paris.. bior nenek je hanimun ngan bapak conan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam takziah Nicki... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya..nenek dia dah tahu..itu Arisha bukan Nayla..tapi nak gak Arisha dan Conan tu nikah..tambah lagi dah kena tangkap basah
Nayla menyewa di apartment..
|
|
|
|
|
|
|
|
IPO ketawa terbahak-bahak mendengar cerita dari Conan. Sungguh! Rasanya Conannlah pengantin baru yang paling malang sekali! Ditekan-tekan perutnya lagi cuba menahan dari terus ketawa. Nayla yang berada di sebelah Ipo turut ketawa mengekek.
"Weh! Kelakar sangat ke??" Conan tepuk kuat bahu Ipo.
"Tak ada la..aku saja nak ketawa, tak boleh??" Ipo masih ketawa. Memang dia rasa cukup lucu mendengar kisah Conan tadi.
"Maaflah..aku yang buat kau jadi macam ni. Malam tadi, sepatutnya aku pun kena hadir makan malam tu tapi aku malaslah. Kau tahulah nenek tu, asyik cerita hal keturunan saja! Rimas aku tahu tak." Nayla mula bersuara bila terasa ketawanya mula reda.
"Tu la kau! Pandai create masalah, tak reti nak settlekan! Aku dan Arisha yang jadi kelam kabut sekarang ni." Conan mengetap bibir.
Memang patut pun mereka berdua tu ketawakannya. Sebelum subuh lagi, dia sudah bangun dan tidak tahu nak buat apa bila tersedar yang Arisha masih atas katil dalam keadaan yang membuat naluri lelakinya jadi tak keruan. Nak tak nak, dia terpaksa turun melalui palang balkoni dan terjun sampai terseliuh buku lali. Dia segera pecut ke rumahnya di Damansara dan macam Charlie Chaplin, bergegas mandi dan bersiap sebelum kembali ke rumah nenek semula, juga dari arah balkoni. Nasiblah ada tangga yang diambil dari pokok rambutan, yang tersandar kat batang pokok itu. Lega, bila melihat Arisha baru sahaja selesai solat subuh. Jadi nenek tak syak apa-apa pada mereka bila mereka turun bersarapan bersama dan selepas itu dia menghantar Arisha ke rumah anak yatim untuk mengajar tuisyen dan dia terus saja ke makmal bertemu dengan Ipo dan Nayla yang sudah mula bekerja satu makmal bersama Hanna.
|
|
|
|
|
|
|
|
HANNA yang masih sibuk meneliti bakteria melalui mikroskop itu hanya menggeleng sambil tersenyum mendengar perbualan mereka bertiga. Dia tidak tahu hendak mencelah di mana kerana dia tidak biasa dengan adat orang Melayu mengenai perkahwinan. Baginya, pelik bila pernikahan diatur sebegitu rupa oleh orang tua.
"Maaf..macam mana kau boleh kahwin dengan gadis yang kau tak suka?" Hanna mula berminat. Dari tadi dia ingin mencelah tetapi tidak tahu hendak mula dari mana.
"Kena tangkap basah.." Ipo tolong jawabkan.
"Tangkap basah? Apa tu? What do you mean by that?" Berkedut seribu dahi Hanna mendengar kata-kata Ipo. Pertama kali dia mendengar perkataan itu.
"Ah! Sudahlah! Aku dah selamat nikah dah pun. Ni, korang dari tadi duk rajin sangat kerja ni, tak lapar ke? Jom! Aku belanja!" Conan pelawa rakan-rakannya.
"Aku kalau bab makan free ni, aku on je!" Ipo mula buka baju kot putih makmal dan disangkut di atas penyangkut di tepi dinding bilik mikrobiologi itu.
Nayla dan Hanna turut sama berbuat demikian dan mereka berempat melangkah keluar dari makmal. Conan memandu ke sebuah restoran nasi ulam yang terkenal sekitar situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat balkoni tu..kan ada sliding dan langsir..
ko nak suruh conan tidur dekat ngan Arisha ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan citer melayu selalu sorang tido katil..
sorang lagi tak atas sofa.. atas lantai je ke..
ni kira versi urban la tido kat balkoni?
nasib baik tak tido kat atas pokok
|
|
|
|
|
|
|
|
TIBA di restoran, sudah ramai pelanggan yang menjamu selera di situ. Mereka mula mencari tempat duduk. Kebetulan ada satu tempat duduk di kaki lima berdekatan dengan kipas besar. Minuman dipesan dan seorang demi seorang mula mengambil makanan kegemaran masing-masing di atas meja panjang yang menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk dan yang paling penting, beraneka ulam ada di situ bersama pencicah, sambal belacan, budu, cencaluk, tempoyak dan juga sambal mangga.
Ipo dan Conan mula duduk di meja. Nayla dan Hanna masih memilih lauk pauk di situ. Dengan keadaan angin sejuk dari kipas besar itu, tidaklah terasa sangat bahang tengahari. Tambah lagi bila waktu puncak macam ini. Tidak lama kemudian, Nayla dan Hanna kembali ke meja dan bersama menikmati makanan di situ. Ikan bakar dan ulaman diambil secara hidang. Berpeluh Ipo merasa sambal belacan dan budu yang diperah asam limau dan cili padi. Pedas sampai merah muka!
"Ni..pasal kes Ryan tu, jadi betullah Ryan yang jadi dalang semua ni kan?" Conan mulakan perbualan.
"Ya..dia yang jadi dalang sebenarnya. Prof. Johari sudah tahu formula yang sudah diubahsuai oleh Ryan. Dari formula tu, dia buat kajian semula dan cuba pulihkan Kurt tapi sayang..Kurt..dia.." Kata-kata Hanna terhenti. Dia juga turut berhenti mengunyah.
Nayla yang perasan riak Hanna, mula menggenggam erat tangan Hanna yang sudah sugul.
"Maaf Hanna..aku tak bermaksud nak buat kau sedih macam ni.." Baru Conan perasan, pertanyaannya tadi sudah melukakan hati Hanna yang sudah kehilangan Kurt buat selamanya.
"It's ok..I'm good." Hanna melakar senyum semula. Baginya dia redha dengan pemergian Kurt. Jika Kurt masih hidup pun, hidup Kurt tidak seperti orang lain. Kurt hidup dengan dunianya sendiri. Dia pandang ke arah Ipo. Lelaki itulah yang banyak membantunya melalui saat getir pahit hidup selama ini.
"Thanks Ipo..you're really my true friend. And you Nay, thanks. Conan..aku tak ambil hati pun dengan soalan kau tadi.." Hanna cuba mengukir senyum lagi.
Mereka berempat menyambung menjamu selera lagi. Conan senyum melihat Hanna yang tidak kekok merasa sambal belacan dan budu bersama ulaman. Malah Hanna dilihat seperti biasa dengan makanan itu semua.
"Ipo..tu!" Nayla cuit lengan Ipo dan menuding ke satu arah.
Ipo mendongak dan menoleh. Hani dan Malik sedang menjamu selera di situ. Setahunya Malik adalah tunang Aylanins. Pantas pula dia menoleh ke arah Conan yang sudah ternganga dan tidak berkelip memandang pasangan tadi. Entah apa yang Conan fikir sekarang ini. Matanya kembali menala ke arah Hani dan Malik. Dia tidak mahu membuat andaian kerana bimbang jatuh fitnah nanti.
"Siapa?" Hanna pula mencelah.
Masing-masing diam. Nayla dengan telahannya. Conan yang masih tergamam, tidak lekang dari melihat pasangan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe..conan ambil langkah berjaga2 kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
*************
NICKI melangut merenung bintang di langit. Malam yang penuh cahaya bintang itu direnung lama. Kerlipan bintang begitu indah sekali namun hatinya tidak seindah bintang berkerlip itu. Rasanya sudah tiga bulan lebih Conan bernikah dengan Arisha. Selama itulah juga dia merasa yang Conan dan Arisha tentu bahagia hidup bersama walaupun dia tahu Conan hanya mencintai Aylanins. Aylanins pula sudah bertunang dengan Malik. Itu yang Aylanins beritahunya dulu sewaktu dia ingin meninggalkan Malaysia. Panggilan dari gadis itu cukup membuat hatinya sebak. Luahan hati gadis itu padanya cukup hiba dan sayu. Tetapi yalah..takdir menentukan segalanya. Pasrah sajalah.
"Nicki!"
Nicki berpaling seraya memusingkan badannya. Ibu sudah tersenyum di belakang. "Ada apa omma?"
"Fikir apa sampai termenung panjang?" Puan Soraya mendekati anak bujang bongsunya. Baru sekarang anak bujangnya yang seorang ini nampak muka.
"Tak ada apa omma.." Nicki mencium tangan ibunya yang sudah mula duduk di kerusi di balkoni biliknya.
"Ni..tentu ada masalah ni. Kalau tak ada apa-apa, payah nak tengok muka kamu kat sini. Cakap dengan omma..apa dia?" Pujuk Puan Soraya sambil memegang lembut jemari Nicki yang juga sudah melabuhkan punggung sebelahnya.
Nicki tatap wajah ibunya yang ada darah keturunan Korea. Ibu yang berasal dari Pulau Jeju dengan nama Korea, Park Syeong Jun, mempunyai seraut wajah bujur sireh yang cantik walau sudah dimamah usia. Wajah itu ditatap lama. Tidak hairanlah dia juga mempunyai seraut wajah persis orang Korea. Kesal kerana usia perkahwinan ibu dengan ayah tidak lama. Ayah yang berasal dari Terengganu bertemu jodoh dengan ibu masa program pertukaran pelajar. Mereka berkahwin dan memperolehi tiga anak yang kesemuanya lelaki dan dia adalah anak bongsu. Namun jodoh mereka tidak lama, ayah meninggal akibat sakit buah pinggang dan ibu pula pulang ke tempat asal di Pulau Jeju. Abang sulung meninggal dunia dan kini ibu tinggal bersama abang kedua yang sudah bernikah dengan gadis Korea juga.
"Betul omma..tak ada apa.." Nicki masih tidak mahu membebankan ibunya.
"Habis tu..kamu pergi ke London sampai seminggu tu kenapa?" Tanya Puan Soraya lagi. Dia faham sangat dengan perangai anak bujangnya yang seorang ini. Suka menghabiskan masa di London jika ada masalah, lepas itu ke Pulau Jeju bertemu dengannya, konon nak lepaskan rindu pada keluarga.
Nicki tunduk. "Oh ya..mana abang ?' Dia alih topik. Abang kedua pemilik nama penuh Nik Saifuddin.
"Dia ada di rumah mertuanya la. Kamu ni..bila nak nikah?"
Nicki senyap. "Omma..saya akan nikah juga satu hari nanti. Nanti, omma datang la Malaysia. Nenek kat Terengganu asyik tanya omma je.." Nicki teringat neneknya di Kuala Berang asyik bertanyakan ibunya yang seperti sudah lupa pada Malaysia.
Puan Soraya diam. Bukan dia tidak mahu pulang ke Malaysia tapi dia seperti tidak percaya kata-kata ibu kepada arwah suaminya itu. Dulu, nenek itulah yang paling lantang menentang pernikahannya dulu atas sebab dia bukan orang Malaysia dan bukan orang Melayu. "Nantilah omma fikir.."
Nicki mencium tangan ibunya sekali lagi selepas ibunya sudah menapak keluar dari biliknya. Minggu lepas, dia terima panggilan dari Arisha, yang masih setia menunggunya. Untuk apa dia menunggu gadis itu yang sudah sah menjadi isteri orang. Hanya doa saja yang mampu dia panjatkan untuk Arisha. Dia percaya lambat laun, Arisha dan Conan akan terima juga pernikahan itu dengan redha dan hidup bahagia.
Esok, dia akan kembali ke Malaysia dan dia akan bekerja di sebuah syarikat baru jauh dari bandar Kuala Lumpur. Untuk dia tinggal di Pulau Jeju itu, tidak mungkin rasanya. Abang kerja di Soeul dan dia pula tidak betah hidup di Korea dan tidak biasa dengan makanan di sana. Lebih baik dia tinggal di bumi Malaysia saja. Kalau bosan, boleh balik ke rumah nenek di Kuala Berang. Teringat kata-kata Aylanins sebelum dia berangkat ke London. Gadis itu juga walaupun kecewa tetapi dapat terima ketentuan Allah. Mungkin dia akan jumpa Aylanins dulu dan berkenalan dengan tunang gadis itu sebelum dia bertolak ke Kuantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..citer aku ni dah huru hara betul..
aku skip banyak plotnya..nak cari ending..tak jumpa2..
nak stop dulu la..
sila ke rumah lain...untuk sengkang mata
|
|
|
|
|
|
|
|
err..sorry nicki..aku terbalas komen ko dengan post baru..
otak aku dah huru hara kekdahnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
citer ni satu spesis ngan arissa daniel
|
|
|
|
|
|
|
|
kann si nicki tu muka kpop...
aku reply komen je la sementara ni..dan komen di benang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... perjalanannya dipermudahkan Allah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo ni.akak ni bersungguh nk tulis cter ni? asik skip2 jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Choppp..x sabar nk tahu ending citer nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|