CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 20-9-2010 01:39 PM | Show all posts
salam.
nak tanya member2 kat sini, yg berstatus standby dah terima ke jawapan untuk pergi haji tah ...
hijaupurnama Post at 20-9-2010 12:30


salam

my parents dah hantar rayuan awal tahun nie. dah dapat reply under senarai menunggu.
tapi belum dapat any latest reply dari luth lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 641# cinderella


    makcik saya sama2 berstatus standby ngan saya tapi dia dah dapat surat dukacita semalam, saya belum terima apa2 surat.
Td baca dalam blog Hj Mazlan (TH Wilayah Persekutuan), yang masih berstatus standby dan rayuan adalah tidak berjaya untuk menunaikan haji pada tahun ni. Alasan bilangan senarai menunggu terlalu ramai.
Klik Sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:38 PM | Show all posts
berdebar tunggu JPH....
lom terima lagi.....
weken ni kursus perdana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply 643# Mas916


seronoknya Mas...
bile dpt JPH, GPH dan beg, jiwa kita dah separuh kat sana...
Mas doakan saya utk diberi izinNya menjadi tetamuNya lagi..bole ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply 644# yusrin

Insya Allah.....

sebenarnya dh taw JPH....tp buat rayuan nk tukar last flight....tlg doakan ya..
Gelang dh dpt.....beg dh dpt.....
kecut pewot sebenarnya....

agak2 berapa lama ble tau...rayuan tukar date tu ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 05:25 PM | Show all posts
Reply 645# Mas916


Mas wat rayuan tu online ke or surat or call?
Saya harituh buat rayuan terus ke kaunter TH kt HQ dia, tk atas nun..
masatu baru lepas raya, raya ke 3 tak silap
so org tak ramaipun...
sy bagitau tarikh yg kitaorang nak terus dlm masa tak sampai seminggu
dpt surat JPH yg baru...tahunni tak tau la bole ke tak
saya berdoa agar urusan Mas semua sempurna & dikurnia Haji yg mabrur, Amiin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2010 06:02 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri dan mohon maaf zahir batin buat semua kawan2 forum....

Alhamdulillah, mimi dan mak dah serah passport ke TH, cuma buku kesihatan belum serah lagi, insyaallah 26 hb ni akan serahkan.. Insyaallah 24 dan 25hb ni akan attend kursus haji perdana peringkat negeri kelantan kat KB..Tarikh penerbangan belum tahu lagi..Agak2 bila ye dpt tahu tarikh penerbangan? Sbb mimi kena apply cuti khas mengerjakan haji..Company bagi cuti haji 40 hari, selebihnya kena apply annual leave..

Hati ni rasa mcm tak percaya dijemput utk mengerjakan haji tahun ni..terharu sangat2...Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan semua bakal2 jemaah haji..Aminn... Mohon doa dari semua disini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 06:07 PM | Show all posts
Salam tadi pi Tabung Haji Bangi..
KURSUS PERDANA                    25 & 26 SEPTEMBER 2010
PENERBANGAN PERTAMA         09 OKTOBER 2010
PENERBANGAN AKHIR              09 NOVEMBER 2010 (JANGKAAN)
WUKUF                                       16 NOVEMBER  2010
BALIK KT01                               22 NOVEMBER 2010 (JANGKAAN)
BALIK PENERBANGAN AKHIR  22 DISEMBER 2010 (JANGKAAN)
SERAHAN BARANGAN HAJI      02 & 03 OKTOBER 2010 (JANGKAAN)

aziefa Post at 6-9-2010 13:25


Kak Azie,

TQ for the info...
kursus perdana peringkat negeri kelantan 24 & 25hb Sept ni...subhanallah berdebar2 hati ni nak tahu date penerbangan..
Dan kalau tak silap mimi, jemaah dari pantai timur akan berlepas dari airport Kuala Terengganu terus ke Madinah/Jeddah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 06:09 PM | Show all posts
Mimi baru balik dr Mydin USJ, beli skit2 keperluan..dan mimi refer balik checklist yg mimi buat utk umrah dulu...tp tentu berbeza utk haji kan...kalau ada yg boleh membantu bagi checklist utk haji sangat2 dialu2kan...dan juga tips2 utk jemaah haji wanita ker...mohon share ye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:05 PM | Show all posts
Mimi baru balik dr Mydin USJ, beli skit2 keperluan..dan mimi refer balik checklist yg mimi buat utk  ...
mimi_19 Post at 20-9-2010 18:09


Salam Mimi

Seronoknya dengar Mimi dan Ibu Mimi dapat pergi sekali alhamdulillah.

Checklist tu sama je rasanya kalau nak tambah pun rasanya yang penting spray air sebab nanti masa puncak incase terjadi nya batal wuduk (terkentut ke) nak ambik wuduk payah sikit jadi elok di bawa je spray air senang nak berwuduk ditempat kita duduk. Seeloknya bawak towel kecil dan beg plastik buat alas. Pastikan jugak sejadah jangan lupa bawak sebab musim Haji kat Masjidil Haram tiada karpet.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:43 PM | Show all posts
Salam Mimi

Seronoknya dengar Mimi dan Ibu Mimi dapat pergi sekali alhamdulillah.

Checklist ...
aily Post at 20-9-2010 21:05


Wsalam Kak Aily,

Alhamdulillah..syukur pada kurniaanNya...semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya...

Td dah beli botol spray, insyaallah akan bawa...Terima kasih atas info pasal sejadah..Sangat teruja nak menyempurnakan ibadah haji dgn ibu tercinta, semoga kehadiran mimi disisinya dpt membantu apa yg termampu dan inilah hadiah buat ibu yg paling mimi impikan, berada disisi ibu ditempat yg sangat2 barokah..Insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 07:43 AM | Show all posts
bestnya mimi dapat pergi..
saya nih, macam tak de harapan je nak gi haji tahun ni.
Selamat beribadat, moga mendapat haji yang mabrur i'Allah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 08:13 AM | Show all posts
Reply 646# yusrin

surat rasmi JPH belum terima sebenarnya...cuma tahu dr mulut staff TH yg kenal.
buat rayuan melalui surat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:23 AM | Show all posts
bestnya mimi dapat pergi..
saya nih, macam tak de harapan je nak gi haji tahun ni.
Selamat beribad ...
hijaupurnama Post at 21-9-2010 07:43


Aminnn Ya Rabbal A'lamin...

Terima kasih atas doa hijaupurnama... Semoga semua kita disini senantiasa dlm kasih sayang & rahmat Allah SWT...
Td call TH pasal status standby kawan mak kat kg.. Dorg dah buat medical check up semua dah, tp tak dpt surat tawaran kursus haji perdana, so kawan mak minta mimi tolong call TH..tanya boleh tak dorg nak join jugak kursus perdana ni, tp TH pegawai TH daerah ckp, tiada peruntukan utk jemaah2 standby dan dorg dah hantar surat mengatakan jemaah2 rayuan & standby tidak berjaya tahun ini..masyaAllah..mimi sedih sgt, taktau nak susun ayat nak ckp macamana kat kawan mak...tp terpaksa jugak ckp, sayu hati dengar suara kawan mak dr corong telefon..apa2 pun, semua ni kuasa Allah, hanya Dia yg menentukan segalanya..teruskan berdoa, semoga Allah menjemput kawan mak & suami , dan juga kawan2 disini yg masih status rayuan & standby...Aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply  yusrin

surat rasmi JPH belum terima sebenarnya...cuma tahu dr mulut staff TH yg kenal.
  ...
Mas916 Post at 21-9-2010 08:13


Kak Mas dpt date bila?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:23 PM | Show all posts
Reply 649# mimi_19


    Salam Mimi
Alhamdulilah dapat pergi Haji tahun ni....Sebgi tambahan brg yg perlu bawalah panty liner lebih-lebih kerana kat sana kalau musim haji panty liner habis dan harga tersangatlah mahal berbanding di Msia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 03:13 PM | Show all posts
Reply  mimi_19


    Salam Mimi
Alhamdulilah dapat pergi Haji tahun ni....Sebgi tambahan brg y ...
tia1960 Post at 21-9-2010 12:23


Alhamdulillah syukur pd Allah SWT...

Noted. Terima kasih byk2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:59 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Alhamdullillah, saya  telah selamat kembali  ke tanah air pada Sabtu lepas setelah berada  43 hari di tanah suci Makkah sempena Ramadan yang baru berlalu.

Terima kasih kepada rakan-rakan semua yang telah turut mendoakan kami dan Alhamdullillah kami telah dapat melaksanakan ibadah berpuasa, melakukan umrah dan ziarah dengan  lancar.  Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua walau di manapun kita berada.

InsyaAllah, saya akan paparkan gambar-gambar untuk mengubat kerinduan rakan-rakan semua kepada tanah suci Makkah danh Madinah.

Kepada rakan-rakan yang akan menunaikan fardhu haji tahun ini, khususnya mimi dan mas,  tentunya  kini rasa dah tak sabar-sabar  nak menjejakkan kaki ke tanah suci dan diucapan Selamat Mengerjakan Rukun Islam Yang Kelima dan semoga memperolehi haji yang mabrur, InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 22-9-2010 00:43

Reply 514# aziefa


Assalamualikum azie,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memperkenankan hajat kita untuk bertemu di Makkatul Mukaramah.

Kakak baru teringat, sebenarnya  pertama kali kita berjumpa  ialah  di Dataran Kaabah selepas subuh.  Itulah antara  saat yang paling indah kerana dari jauh tanpa azie sedari, kakak dah nampak azie duduk  berhampiran rak Al Quran membaca Al Quran menunggu ketibaan kakak.  

Kemudian kita berjanji lagi untuk  berbuka puasa bersama.  Kita berbuka dengan minum air zam-zam, sebiji dua tamar, fresh milk dan buah pear, itu sudah mengenyangkan dan diikuti dengan solat maghrib.  Selepas solat azie balik ke hotel untuk makan malam bersama suami sementara akak berpindah ke dataran kaabah menunggu solat Isya' dan Tarawih.

Memandangkan kebanyakan masa kita berada di dalam masjid, suatu pagi kita bersms dan bertemu lagi selepas solat dhuha.  Sementara menunggu masuknya waktu zohor, kita bersama-sama memenuhi waktu itu dengan membaca Al Quran dan membaca doa-doa yang azie berikan kepada kakak.  
   
Itulah detik-detik indah antara dua sahabat, yang terjalin melalui thread umrah yangmana silaturahim itu  berpanjangan hingga ke Masjidil Haram.  Kita sendiri tidak mengetahui samada detik-detik seperti  itu akan berulang lagi.

Subhanallah,
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
KepadaMu jua kami bersujud dan berserah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:40 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Alhamdullillah, saya  telah selamat kembali  ke tanah air pada Sabtu lepas ...
Rosputih Post at 21-9-2010 23:59


Aminn Ya Rabbal A'laminn...Alhamdulillah...terima kasih atas doa ibu dan kawan2..

Tak terluah perasaan yg terbuku dlm hati ni, gembira, sebak, terharu, mcm tak percaya, sedih, dsbnya..Sgt2 terharu sebenarnya dgn kurniaan dr Allah SWt ni...

Setakat hari ni, masih ada urusan yg belum selesai, semoga Allah permudahkan segalanya..

Mohon ibu share kan tips, persiapan yg sepatutnya, dsbnya yer..bila dah makin dekat ni, rasa mcm tak menang tgn nak prepare..Esok mimi akan balik kelantan semula utk kursus haji perdana Jumaat & Sabtu ni..Ahad balik KL semula, kerja mcm biasa, then balik lg sekiranya perlu..Bila dah dpt date penerbangan, perlu apply cuti haji dgn HR..berdebar2 rasanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.140695 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list