Seorang perempuan boleh meminang lelaki seperti yang dilakukan oleh Ummul Mukminin Khadijah r.a. Diharuskan juga wali bagi wanita itu meminang lelaki yang soleh sebagai pasangan kepada anak perempuan mereka. Bahkan tiada aibnya berbuat demikian.
Ibn Hisyam r.a dalam menceritakan teladan Khadijah r.a ketika beliau menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau mewakilkan orang tengah bagi menyampaikan hajatnya kepada baginda.
Pesanan khadijah r.a itu berbunyi dengan maksudnya: wahai anak saudara pakcikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dengan kekeluargaan, sikap amanah, kebaikan akhlak dan benarnya kata-katamu...?(Lihat: Sirah Nabawiyah, Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, jil. 1, ms: 122).
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib atau memalukan. Sebaliknya, ia adalah sunnah.
Hal ini berdasarkan hadis Anas r.a. Beliau berkata bahawa seorang wanita datang menemui Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata dengan maksudnya: "Wahai Rasulullah adakah engkau berhajat kepadaku? Lalu ketika menceritakan hadis ini, anak perempuan Anas r.a mencelah dengan berkata: Sungguh perempuan itu kurang malu dan buruk akhlaknya.
Lalu Anas r.a membalas: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai Nabi s.a.w dan menawar dirinya demi kebaikan.?- Lihat hadis sahih dalam riwayat al-Bukhari, no 5120, Nasaie dan Ibn Majah. Hadis di atas tidak hanya dikhususkan kepada baginda Rasulullah s.a.w sahaja. Bahkan patut menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah. Mereka dibenarkan menawarkan diri kepada semua lelaki soleh. Ini kerana, apa sahaja yang terjadi kepada rasul termasuk sunnah selagi ia tidak dikhususkan.
Hendaklah bersegera kepada kebaikan, iaitu dengan menyegerakan pernikahan dalam usia muda remaja dan membantu pihak yang berhajat untuk berkahwin.
Firman ALLAH S.W.T: Maksudnya: Bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam melakukan kebaikan.??Surah al-Maidah: 48. Pemikiran bahawa pernikahan mestilah dilakukan selepas menamatkan pengajian terlebih dahulu atau sebagainya hingga menyebabkan lambatnya nikah berasal daripada pemikiran sekuler yang derhaka dan dicela oleh Islam.
Ia merupakan pemikiran kuffar dan orang yang berfikiran sebegitu perlu dicela dan dihukum oleh pemerintah Islam jika wujud sebuah Negara Islam.
Pemikiran sebegini samalah seperti menahan fitrah dalam perkara lain seperti menyekat seseorang daripada makan dan minum. Jika hal itu membawa kepada kematian, maka perlakunya boleh dikenakan hukuman qisas. Demikianlah bagi mereka yang menyekat fitrah seksual dari disalurkan dengan cara yang halal (nikah). Pelakunya boleh dijatuhkan hukuman ta'zir oleh pemerintah Islam yang adil.
Firman ALLAH S.W.T : Maksudnya: Jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH.Surah Al-An'aam: 116.
[ Last edited by shamsadis at 23-1-2009 10:40 AM ] |