|
*************
MAJLIS nikah Conan dan Arisha berjalan dengan lancar. Suasana cukup meriah. Puan Sharifah Qasidah dan Tengku Saif lah yang paling sibuk melayan tetamu yang datang. Majlis pernikahan bak dalam taman itu diadakan penuh meriah di halaman rumah Puan Sharifah Qasidah. Sejam yang lalu, Conan dan Arisha sudah sah bergelar suami isteri. Gelaran yang dirasakan terpaksa oleh keduanya. Terpaksa juga berlakon depan tetamu yang datang.
Conan sedar, dari dua hari lepas lagi, Nicki menghilangkan diri. Dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan. Keputusan muktamad kedua orang tua dari kedua belah pihak telah me'maku' otak dan mindanya untuk berfikir jalan keluar. Dia pandang sekitar majlis. Nayla, Amir dan kenalan lain turut hadir sama memeriahkan majlis. Hanya satu wajah saja yang tidak muncul, Aylanins. Ya, gadis itu kini seperti orang asing baginya. Aylanins sendiri yang ingin menjauhkan diri.
Arisha hanya melihat kesugulan wajah Conan saat lafaz ijabkabul dilafazkan sejam yang lalu. Dia pasrah dengan perjanjian Conan sehari sebelum mereka diijabkabul dan dia sendiri setuju dengan perjanjian itu. Apa yang penting perjanjian itu hanya diketahui Conan, Nayla dan dirinya saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
AYLANINS menekup muka di kepala lutut. Matanya dipejam rapat. Hari ini, hari yang akan diingatinya sampai bila-bila. Pen merah yang tergenggam di tangannya dilayarkan pada kalendar dan tarikh keramat itu ditanda tebal dan diconteng. Bila puas menconteng, pen dilempar dan kalendar dicampak kuat. Terpelanting jatuh ke atas pasir dari balkoni chalet yang dihuninya.
" Apa main lempar ni? Tak ada tempat nak lempar ke??"
Aylanins tidak hiraukan teriakan entah siapa yang melaung kuat kepadanya tadi. Dia terus saja hempaskan tubuh ke atas katil. Kali ini air mata ditumpahkan sepuasnya! Biar keluar segala sesak di dada, kecewa di jiwa. Dari semalam dia sudah keluar dari bandar KL membawa hati yang kecewa. Di pantai itu, dia membalut luka sendiri. Entah kenapa sebelum ini dia boleh menghadapi semua itu tapi bila semakin hampir Conan dan Arisha dinikahkan, hatinya mula memberontak. Panggilan dari Malik langsung tidak diendahkan. Dia tahu lelaki itu hanya ingin bertanya khabar dan risaukannya. Ibu yang selalu maklumkan pada Malik segala tentang dirinya
|
|
|
|
|
|
|
|
TIGA BULAN berlalu. Aylanins selamat bertunang dengan Malik. Selama tiga bulan itu, Aylanins langsung tidak hiraukan sms dan panggilan dari Conan yang ternyata masih tidak berputus asa memujuknya untuk kembali kepadanya. Baginya bukan dirinya untuk merosakkan rumahtangga orang lain. Selama tiga bulan itulah juga dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang anak, seorang pegawai polis dan kini sebagai seorang tunang. Hati Malik perlu dijaga dan tiga bulan dari tarikh pertunangan, mereka akan disatukan.
Foto Malik yang pertama kali dilihat dulu, masih kemas disimpan dalam album. Malik seorang yang baik sama seperti Conan, yang berbeza, hatinya masih pada Conan dan hati itu perlu dibuka kuncinya oleh Malik. Kini , sudah separuh pintu hatinya sudah terbuka untuk Malik. Tidak sepatutnya dia mengingati lelaki lain sedangkan kini dia sudah bergelar tunangan orang. Tambah lagi lelaki yang diberi hatinya dulu sudahpun bergelar suami kepada Arisha. Sebak setiap kali terserempak dengan kedua insan itu yang kelihatan mesra bersama. Ya..sudah jelas yang Conan bahagia dengan Arisha.
Hidup perlu diteruskan. Aylanins belek album pertunangannya dengan Malik. Jelas terpancar di wajah lelaki itu satu wajah yang ceria dan bahagia. Setiap minggu Malik mengirim bunga mawar kepadanya dan setiap minggu juga Malik akan ke KL semata-mata untuk bertemu muka. Dia yang berada jauh di Terengganu, sanggup datang dan bermalam di hotel seminggu lamanya dan selama seminggu itulah Malik akan cuba mengambil hati dan mereka keluar bersama ibu sebagai peneman. Tidak sopan rasanya dia selalu keluar berdua dengan Malik sedangkan status mereka hanyalah sekadar tunang. Tiada ikatan yang sah yang menghalalkan hubungan itu.
Cuma satu yang dia bimbang, Malik sentiasa diugut dan nota kaki sudah sepuluh keping diterima Malik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la modal.. asal patah hati je bawak diri obersi..
awat mawar itam rajin benor kasi nota je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya la..ko dah ambik buah hati dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 23-2-2015 10:25 PM
ya la..ko dah ambik buah hati dia..
Balik2 gi obersi.. gi la bertapa kat gunung ledang ke.. gunung kinabalu ke.. untung2 jumpa puteri bunian.. |
|
|
|
|
|
|
|
CONAN termenung sugul di meja makan. Jus lemon madu yang diteguk bagai sudah terasa pahit. Tiada sedikitpun rasa manis di tekaknya. Sudah tiga bulan dia bergelar suami dan menjalani hidup berumahtangga tetapi sekadar atas kertas. Itu perjanjiannya yang dipersetujui bersama dengan Arisha dulu. Di depan orang tua, mereka berlakon mesra, kenyataannya di luar atau hilang dari pandangan mata orang tua mereka, dia dan Arisha membawa haluan masing-masing. Sudah tentu mereka tidak pernah tidur sebilik, rasanya hanya sekali saja mereka terpaksa tinggal sebilik, pada malam pernikahan. Selepas itu, dia sengaja pindah dari situ dan tinggal di rumah yang dihadiahkan oleh ayah di Damansara. Sekali sekala mereka singgah di rumah nenek atau ayah, mereka akan senang hati berlakon namun sampai bila dia harus berlakon begitu. Sekarang ini pun dia terpaksa bekerja di syarikat ayah. Bermakna juga dia tidak boleh kantoi dengan lakonannya dan Arisha. Nicki pula langsung tidak dengar khabar berita. Kecewa sungguh nampaknya teman baiknya itu. Tiada siapa yang boleh melawan takdir dan sudah takdirnya bertemu jodoh dengan Arisha dengan cara begitu.
Conan intai jarum jam di dinding. Sudah dua jam Arisha keluar. Katanya hendak ke rumah anak yatim Limpahan Kasih. Biarlah dia hendak ke mana sekalipun asalkan pandai jaga diri. Telefon bimbitnya berdering kuat. Dia senyum hambar, panggilan dari ayah dijawab malas. Sepuluh minit berbual, talian putus. Dia kembali meneguk jus lemon madu.
"Haih..."Conan pandang sekitar ruang tamu rumah banglo dua tingkat hadiah dari ayah. Sunyi dan sepi. Kalaulah di sisinya kini adalah Aylanins..
Dia jenguk ke halaman rumah. Bunyi enjin kereta menderum masuk ke laman rumah. Arisha sudah pulang. Dia habiskan jus lemon madu. Arisha dilihat sudah mula melangkah masuk ke dalam rumah.
"Maaf..saya lambat hari ni." Arisha merapati Conan dan duduk di sebelah suaminya.
"Tak apa. Budak-budak di rumah anak yatim sihat?" Conan mula bertanyakan hal anak yatim. Sejak bernikah, Arisha tidak pernah lupa ziarah mereka dan selalunya banyak cerita yang disampaikan Arisha sebaik pulang dari sana.
"Alhamdulillah..sihat semuanya. Pengetua kirim salam." Arisha mengukir senyum. Tudung yang tersarung mula dibuka.
Conan turut senyum sambil menjawab salam. Sejak hari pertama pernikahannya lagi, dia menyuruh Arisha memakai tudung. Dia tidak mahu menanggung dosa isteri yang tidak menutup aurat walaupun kehidupannya mereka suami isteri hanyalah di atas kertas saja. Arisha juga tidak membantah.
"Hmm..dah makan ke? Ni, saya ada bawa sikit masak kurma ayam. Kalau awak nak makan, saya sediakan." Arisha mula bangun.
"Tak payah..tadi ayah ada call, dia dijemput nenek untuk makan malam sekali. Dan..." Conan terhenti kata-kata.
"Dan apa?" Arisha pandang tidak berkelip.
"Kita kena bermalam di sana.." Lemah suara Conan.
"Bermalam?? Err...maksudnya..kita kena.." Arisha juga tidak mahu sudahkan kata-katanya.
"Ya..alah..pandai-pandailah nanti.." Conan capai gelas tadi dan bingkas dari duduknya. Dia ke ruang dapur membasuh gelas sebelum masuk ke dalam bilik. Arisha di ruang tamu dibiarkan bersendirian.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau terjumpa puteri mayang sari ...mahu gaduh ngan Chad nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau pegi rumah mak mentua ni, sah-sah Arisha kena bukak tudung,mesti cantik jelita Arisha tu
lepas tu nama Aylanins pun ko tak ingat nak eja lagi kan Conan
|
|
|
|
|
|
|
|
aylanins replied at 23-2-2015 10:49 PM
Ni kalau pegi rumah mak mentua ni, sah-sah Arisha kena bukak tudung,mesti cantik jelita Arisha tu ...
Tang ni I setuju dgn pendapat cik @aylanins... Gugup sampai dh tak ingat yg lain... Arisha... Arisha... |
|
|
|
|
|
|
|
cehhhh.. macam la puteri mayang sari tu sorang puteri bunian...
gi la cari puteri mayang mengurai ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_conan at 23-2-2015 11:25 PM
Aylanins sudah bersiap-siap untuk makan malam bersama tunangnya. Dia menuju ke pintu dan perasan ada satu nota kaki terselit di bawah pintu. Lantas nota kaki itu diambil dan dibaca. Terkial-kial dia cuba membaca nota kaki itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...haruslah tak berkedip nanti..
conan yang berlakon 'baik' kunun..
|
|
|
|
|
|
|
|
ni dah bukan nota kaki..
ni nota cinta terlarang
|
|
|
|
|
|
|
|
ye laaaa... abih jantung limpa hati jatuh bergolek2 nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
SUASANA senyap di meja makan. Hanya kedengaran sudu berlaga dengan pinggan. Puan Sharifah Qasidah merenung Conan dan Arisha yang masing-masing diam membisu. Sampai jelas bunyi kunyahan dalam mulut.
"Ehem!" Puan Sharifah Qasidah berdehem kecil.
Mendongak Arisha saat bunyi dehem dari neneknya. Dia faham cara neneknya itu. Sejak dia tinggal bersama nenek, dia sudah dapat meneka sedikit sebanyak perangai dan sikap nenek.
"Kamu berdua ni..dah tiga bulan lebih nikah, tak ada tanda-tanda apa ke?" laju saja Puan Sharifah Qasidah bertanya tanpa berselindung.
Tersedak Conan sampai tersembur isi ikan kod yang dimakan tadi. Elok pula terkena tudung Arisha yang duduk di sebelahnya. Dia terbatuk-batuk, rasa tercekik, lantas segelas air diteguk sampai habis.
"Nenek..kan kami baru tiga bulan nikah..takkan dah.." Arisha cuba pertahankan Conan, dia harus menyokong lelaki itu walau apa juga keadaan.
"Betul kata nenek kamu tu, nak tunggu apa lagi. Bukannya makin muda. Dah makan cepat. Nanti sembang panjang kat ruang tamu habis makan ni.." Tengku Saif pula mencelah.
Mereka berempat menyambung menikmati hidangan makan malam. Arisha dapat merasa yang Conan sudah tidak selesa dengan kata-kata orang tua mereka. Dia juga sudah buntu hendak memberi jawapan yang sesuai setiap kali soalan itu dilontarkan. Nampaknya orang tua memang tak reti sabar. Pelik pula bila mereka pula yang melebih-lebih sedangkan dia dan Conan biasa saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
KATA-KATA ayah dan nenek tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Panjang lebar ayah bersyarah dan ditambah bebelan nenek mengenai zuriat keturunan mereka. Ah! Memang dah ketara sangat! Hanya keturunan yang dipedulikan. Pasal perasaan langsung tidak diambil peduli! Matanya melekat pula pada tiga keping tiket ke Paris. Tiket bulan madu hadiah dari nenek dan ayah. Nenek pun akan ikut sama nanti ke sana.
"Eii!! Serabut otak aku!!" Conan tarik rambut, bingung dengan rancangan nenek dan ayah. Nampak sangat nenek nak pastikan yang dia dan Arisha benar-benar berbulan madu.
Tiket itu dicapai dan ditatap sekilas. Lusa penerbangan ke Paris dan ianya adalah pakej sekali dengan bilik hotel di sana. Tiket itu dicampak ke atas katil. Conan duduk di birai katil sambil menekup muka.
"Awak.."
Conan mendongak. Arisha sudah tercegat di depan. Arisha masih lengkap berbaju kurung dan tudung lilit. "Maaf..saya tidur di luar saja.." Pantas saja Conan bingkas dan menapak keluar dari bilik itu sambil membawa bantal dan selimut.
Arisha hanya memerhati Conan melangkah keluar. Dia juga merasa bersalah pada Conan. Sampai bila mereka harus berlakon begitu. Lambat laun nenek dan ayah akan tahu juga.
"Eh..kenapa ni?" Terkejut Arisha melihat Conan berpatah semula masuk ke dalam bilik.
"Nenek. Keluar saja dari bilik, nenek dah tercegat macam pak pacak kat depan pintu tu." Conan terjenguk-jenguk mengintai nenek yang masih berada di luar pintu.
"Apa? Nenek kat.."
"Ya!" Puan Sharifah Qasidah menapakm masuk ke dalam bilik.
"Ni, dengan selimut dan bantal ni, kamu nak tidur kat mana? Apa kamu bergaduh ke apa?" Sambung Puan Sharifah Qasidah tanpa sempat Conan dan Arisha menjawab.
"Err..tak..ka..kami.." Arisha pandang Conan dan kemudian beralih pada nenek. Mukanya sudah pucat. Conan pula sudah menggelabah.
"Kalau tak bergaduh, kenapa sampai nak tidur kat luar? Dah! Tidur!" Puan Sharifah Qasidah tarik tangan Arisha dan Conan dan ditolak ke arah katil. Dia kemudian keluar dari bilik itu. Pintu ditutup rapat.
"Hmm..macam aku tak tahu korang ni pandai berlakon." Terus saja pintu bilik itu dikunci dari luar. Puan Sharifah Qasidah senyum meleret. Kunci disimpan dalam laci mejanya sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Dah beransur sihat.
Banyak benda jadilah. Memula anak kena chickenpox. Lepas tu, ibu mertuaku meninggal hari Sabtu lepas (Al-Fatihah buat beliau)
Mood takde tapi skang ni...mata takmoh lelap.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|