Originally posted by afja at 16-8-2007 11:39 AM
riuh rendah kicau sang gagak
merpati pula mematuk katak
jika cinta sukar diagak
mengapa rela bermain ombak?
hitam sungguh burung gagak
itam lagi bini tan seri...
memang cinta sukar di agak
kerana cinta satu mesteri...
bisa kakai (kakai nih menatang apa weh ) tertusuk duri
lalu membusuk lagi membirat
malu la aku nk letak tag harga diskaun bagai
rasa mcm cheapsale yg dh berkarat
Originally posted by afja at 16-8-2007 11:56 AM
bisa kakai (kakai nih menatang apa weh ) tertusuk duri
lalu membusuk lagi membirat
malu la aku nk letak tag harga diskaun bagai
rasa mcm cheapsale yg dh berkarat
terkenang semasa dulu
semasa kecil tinggal di desa
apa pulak ko nak malu
sanggupkah ko hanya pendam rasa..
Originally posted by afja at 16-8-2007 12:25 PM
liuk lintuk cahaya pelita
ditiup angin diwaktu malam
khabarkan aku wahai sang pendita
bagaimana mencari kasihnya rembulan?
lazat sungguh isi rambutan
minum air dengan cawan
kalau nak kasihnya rambulan
ko pegi je terbang ke awan...