|
Amanat terakhir allahyarham Megat Junid termakbul
24-01-2008 08:03:23 PM
KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Puan Sri Faizah Shuaib bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan terakhir allahyarham agar pengurusan jenazahnya dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan paling disayanginya.
Sambil berterima kasih kepada pasukan itu yang melakukan semua urusan pengebumian Allahyarham termasuk menyembahyangkan jenazah serta mengetuai bacaan talkin, Faizah berkata pesanan itu disampaikan kepadanya semasa allahyarham sedang sakit.
"Semasa dia sakit dulu dia ada beri amanat meminta jabatan yang paling disayanginya iaitu jabatan polis uruskan segala-galanya apabila dia meninggal dunia, dan saya bersyukur dapat menunaikan amanat itu," katanya kepada pemberita selepas pengebumian allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.
Faizah berkata allahyarham suaminya juga meminta beliau menjaga anak-anak dengan baik termasuk dua anak dengan isteri kedua iaitu Norzilah Jalil (Ziela Jalil).
"Anak-anak saya semua dah lepas, cuma Ziela ada dua lagi anak yang masih bersekolah. Saya telah berpesan pada Ziela supaya menganggap kami seperti keluarga. Janganlah lepas ini hubungan putus sebab anak-anaknya masih anak suami saya," katanya.
Faizah berkata pada saat-saat akhir allahyarham, pertuturannya sukar difahami sekalipun tangannya masih boleh bergerak.
"Malam tadi saya lega sebab Tan Sri dapat tidur selepas tiga hari tak dapat lelapkan mata. Tapi pada pukul empat pagi dia terjaga dan tertidur semula kira-kira pukul lima pagi.
"Saya tak pasti saat Tan Sri hembuskan nafas terakhir sebab tak lama lepas dia lelapkan mata saya panggil dia dan ajar mengucap tapi tak ada tindak balas. Saya panggil jururawat, lepas tu panggil doktor dan doktor kemudian sahkan dia telah meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi," katanya.
Sementara itu bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar yang turut menziarahi jenazah Megat Junid berkata beliau tidak hairan dengan permintaan allahyarham kerana bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mempunyai hubungan yang rapat dengan anggota polis daripada semua peringkat pangkat.
"Beliau banyak membuat kebajikan kepada anggota polis. Sikapnya yang tidak banyak kerenah atau protokol serta menyokong usaha bernas PDRM menyebabkan dia disukai anggota," katanya yang menjawat jawatan ketua polis negara ketika Megat Junid menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dari tahun 1986 hingga 1997.
Hanif menganggap allahyarham sebagai sahabat yang sangat baik, mesra serta setia kepada kawan dan kerajaan. BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DSfaizah dengan DSwendy ong |
|
|
|
|
|
|
|
ziela dengan tatau anak pompuan dia atau anak pompuan SDfaizah tapi anak pompuan arwah lah
sedih aku tengok si ziela ni |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
kagum aku semalam tengok anak cucu arwah
sama-sama sembahyangkan jenazah... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarga arwah. Semuga rohnya dicucuri rahmat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #?? tikusmondok's post
<<..jgn xtau emak maya karin che zan hassan dan judge zaki (kes razak baginda) pung dan xceed 50+...can see 6 jahanam slowly dying...tun daim pung menderita colon cancer..khaled jeffri dah arwah..hafilda tgh sasau..rtc dah mcm kena parkinson..aseh che mat demoted...>>
che zan & rtc ni sapa .. and apa kaitan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sayanglah aku tak dapat tengok berita... Sape ada gambo tolonglah paste....
Semua manusia akan pulang ke asal only time will tell... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiro at 25-1-2008 10:44 AM
Sayanglah aku tak dapat tengok berita... Sape ada gambo tolonglah paste....
Semua manusia akan pulang ke asal only time will tell...
DSfaizah ketika di interview wartawan |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Seri Faizah ni baik betul hati budi dia Isteri Mithali... Susah nak cari manusia camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiro at 25-1-2008 11:24 AM
Puan Seri Faizah ni baik betul hati budi dia Isteri Mithali... Susah nak cari manusia camni...
mula mula dulu dia tak boleh terima keadaan
tapi masa dan keadaan mematangkan manusia
apatah lagi bila ketiga tigak pihak mendekati agama dengan lebih mendalam
end-up terbuka hati untuk memberi dan menerima seadanya i guess.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #606 kukulangau's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiro at 25-1-2008 10:44 AM
Sayanglah aku tak dapat tengok berita... Sape ada gambo tolonglah paste....
Semua manusia akan pulang ke asal only time will tell...
ZIELA (kanan) menenangkan ibu mertuanya, Azmah Abdullah yang mengucup jenazah Megat Junid (gambar kecil) sambil diperhatikan oleh Faizah (tiga dari kiri) di Kelana Jaya semalam
mak arwah masih ada rupanya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takziah utk yg di tinggalkan.. kasihan anak2.. kecik2 dah jadi yatim...
takde gambo lagi ke? aku dok belek paper online.. takde gambar sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by otomantaro at 25-1-2008 11:55 AM
takziah utk yg di tinggalkan.. kasihan anak2.. kecik2 dah jadi yatim...
takde gambo lagi ke? aku dok belek paper online.. takde gambar sangat..
BERSEMADI: Faizah menabur bunga di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam. Turut kelihatan, Norzilah (kanan). |
|
|
|
|
|
|
|
antara yang visit jenazah arwah semalam;
Raja Nazrin Shah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hitam; Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Datuk Noraini Ahmad, Tun Dr. Ling Liong Sik, Datuk Seri Ong Ka Ting, Datuk Seri S. Samy Vellu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mohd. Shafie Apdal, Tun Hanif Omar, Tun Khalil Yaakob, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by otomantaro at 25-1-2008 11:55 AM
takziah utk yg di tinggalkan.. kasihan anak2.. kecik2 dah jadi yatim...
takde gambo lagi ke? aku dok belek paper online.. takde gambar sangat..
ni ada jumpa lagi satu
Funeral rites: Family members pouring rose water onto Megat Junid抯 grave at the Bukit Kiara Muslim cemetery yesterday
(itu mak arwah yang siram air mawar. yag pegang tangan mak arwah tu anak lelaki ziela) |
|
|
|
|
|
|
|
ARWAH ni pemurah orangnya...aku ingat makcik cleaner tempat aku selalu puji dia..
sbb kalo minister lain masuk bilik..depa tak nak cleaner ada..
tp dia takpe..siap sedekah tiap kali terserempak makcik cleaner bersih bilik dia...
amalan kita yang Allah terima kita tak tahu yang mana.....
aku yakin..baiknya arwah pun ada...mungkin byk lagi...orang susah yang dia dah tolong
cuma dia tak war2 kan je...
moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|