CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2015 02:34 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-2-2015 12:53 PM
Eh conan dah tak bawak motor cabuk lagi tauuuu.. die up cikit.. bawak crz

conan dah baik ngan ayah dia kan...tentulah dapat sume reta tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2015 02:39 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-2-2015 01:06 PM
Jgn tamak ayla.. nnt conan ko xdpt.. mujapar xdpt.. malik xdpt..

Baeklah... baeklah... janganlah ugut aku dengan kata-kata macam tu

ni ko sibuk beli motosikal baru ,
























baek ko beli cincin emas untuk masuk meminang aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-2-2015 02:34 PM
conan dah baik ngan ayah dia kan...tentulah dapat sume reta tu

Tu bukan baik.. tu pasrahhhh.. pasrah itu menyerah.. erkk.. menyerah ke? Siap bawak lari anak dara org smp PD
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 02:42 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-2-2015 02:17 PM
huwaaaaaaaaaaa

aku nak habiskan juga

Ipo... ko sama macam aku.  
Aku pun nak habiskan cerita aku, tapi aku pun nak tengok TV, nak jalan2, nak tidur berdengkur kroooh krooohhhh... cubalah Chinese New Year ni 5 hari public holiday. Bertabahlah hati, esok ialah Isnin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 02:58 PM | Show all posts
aylanins replied at 22-2-2015 02:42 PM
Ipo... ko sama macam aku.  
Aku pun nak habiskan cerita aku, tapi aku pun nak tengok TV, nak jala ...

kann..ala citer ko tu yang gelang kristal tu apa hal???

mana pergi gelang tu? ko dah jual ke apo??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 03:00 PM | Show all posts
MALIK pulang ke hotel dengan perasaan sebal. Niatnya untuk berdamai dan meminta maaf dengan Hani tadi tidak menjadi. Hani begitu keras hati untuk tidak percaya kata-katanya. Dia dapat merasakan yang semua itu angkara Muzafar. Muzafar sudah bubuh racun dalam fikiran Hani dan mungkin juga Linda, adik Hani. Bukan dia tidak tahu yang Muzafar sejak dulu menaruh hati pada Hani. Sanggup lakukan apa saja untuk Hani.

"Sekurang-kurangnya aku dah minta maaf pada Hani. Aku dah ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Terpulang pada dia nak percaya atau tidak. Soal mati itu adalah urusan Allah. Aku tak takut dengan ugutan Muzafar." Malik meraup muka. Dia mula menapak ke bilik air mengambil wudhuk. Fikiran kusut begini, dia tidak akan lupa menyapu muka dengan air wudhuk. Biar segalanya tenang.

Sementara menunggu waktu maghrib, Malik membaca al Quran yang dibawa bersama. Lepas Isyak nanti, dia perlu berjumpa Muzafar di kafe hotel. Entah apa yang Muzafar ingin beritahunya tentang Hani. Petang tadi pun, dia bertekak hebat dengan Hani. Ternyata saat dia bertemu mata dengan Hani, gadis itu seperti terkejut melihatnya, seolah melihat hantu yang muncul di siang hari.

Usai solat maghrib, Malik berehat seketika di atas katil. Fikirannya melayang pada pertemuannya dengan Hani tadi. Hani masih seperti dulu, nampak ayu dan ada keyakinan diri, sesuai dengan kerjaya gadis itu. Dan kerana sikap itulah juga, Hani seolah keras hatinya untuk memaafkan lelaki-lelaki yang pernah merosakkan masa depannya dulu sehingga dia memburu seorang demi seorang dan berakhir dengan kematian yang tragis. Joe, Rizal, Ben dan Fendi, dia kenal sangat sikap mereka yang tidak pernah berubah. Pernah mereka buat pertemuan reunion selepas saja tamat belajar. Masa itu, semua masih ada. Dari pertemuan itu, sudah jelas mereka tidak pernah berubah. Hidup untuk berseronok, langsung tidak memikirkan kesan di kemudian hari dan apa yang lebih pelik, mereka langsung tidak ingat kejadian sepuluh tahun dulu di kebun itu. Seolah semua itu hanyalah satu kenangan biasa pada zaman remaja.

Malik mengalih pandang pada sebuah buku motivasi yang sempat dibeli tadi. Buku tentang kesabaran dalam mencari rezeki dan berkatnya rezeki. Buku itu dibelek-belek. Telefon bimbitnya berdering. Dia senyum sebaik terpandang nama ibu saudara yang sudah mula pulang ke Terengganu siang tadi bersama rombongan lain. Dia berbual seketika. Pesan ibu saudaranya itu didengar dengan penuh sabar. Memang itu sikap ibu saudaranya yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri sejak ibu sendiri meninggal kerana sakit barah otak dan setahun kemudian, ayah pula menyusul. Dia pula tiada adik beradik lain. Alhamdulillah, dengan harta pusaka peninggalan ayah dan ibu, dia mampu membuka resort dengan ditambah modal dari pinjaman bank.

"Hmm..cantik.." Malik belek beberapa keping gambar yang dihulur kepadanya oleh ibu saudaranya tadi sebaik selesai majlis merisik.

Tidak sangka, gadis yang dipilih ibu saudaranya  itu adalah Aylanins, seorang gadis yang ditemuinya di resort itu dan lebih pelik lagi, ketika itu hatinya seperti berdetak tatkala melihat wajah manis Aylanins. Sengaja dia tanya soalan ikhlas atau tak semasa jumpa di lobi hotel itu tadi. Ternyata jawapan yang keluar dari mulut gadis itu seperti jujur. Entahlah..dia sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan seorang pegawai polis sedangkan sebelum ini dia berniat untuk bernikah dengan Hani tetapi nampaknya Hani juga seperti membencinya dan Muzafar..walaupun sudah putus tunang dengan Hani, lelaki itu masih mengharapkan cinta Hani.

Gambar disimpan semula. Solat Isyak ditunaikan. Sekejap lagi dia perlu ke kafe berjumpa dengan Muzafar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2015 05:57 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-2-2015 02:40 PM
Tu bukan baik.. tu pasrahhhh.. pasrah itu menyerah.. erkk.. menyerah ke? Siap bawak lari anak dara ...

conan pun dah jadi psiko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 05:57 PM | Show all posts
KAFE hotel, Malik masih menunggu Muzafar di situ. Dia meneguk jus guava dan menikmati kuih yang disediakan di kafe itu sementara menunggu Muzafar tiba. Sesekali dia melihat sekitar kafe. Ramai juga pengunjung yang datang menikmati juadah di situ. Jus guava diteguk lagi.

"Assalamualaikum."

Malik mendongak. Dia menjawab salam lelaki yang memberi salam tadi.

"Boleh saya duduk?"

Malik mengangguk. "Ni Encik Amir kan?"

"Ya saya..Encik Malik datang sini ada hal apa?" Amir ramah bertanya.

"Ada hal sikit, lagipun saya pun ada mesyuarat nanti di QS Sdn Bhd. Encik Amir tak  tahu ke?" Malik turut ramah. Dia masih kenal Amir yang datang bersama Nayla di resort dulu untuk berbincang hal projek pembesaran resort.

"Oh..mungkin Puan Pengarah belum beritahu saya pasal hal ni.." Amir mengangguk-angguk. Puan Sharifah Qasidah tidak maklumkan apa-apa padanya.

"Hmm..Encik Amir ada apa kat sini?"

"Panggil saya Amir saja. Saya jumpa kawan tadi. Saya ternampak Encik Malik kat sini, sebab tu saya datang. Maaflah kalau mengganggu." Amir melemparkan senyuman.

"Oh..macam tu. Saya pun sedang tunggu seseorang ni.." Malik turut melakar senyuman.

"Hmm..saya sebenarnya ada hal penting nak beritahu Encik Malik. Kebetulan Encik Malik ada di sini. Saya sebenarnya nak beritahu masa di resort tu lagi tapi tak sempat.." Amir mulakan mukadimah.

"Hal penting apa?"

"Ini ada kaitan dengan kes mawar hitam."

Malik terkejut. Tepat dia memandang Amir dengan riak keliru. "Mawar hitam? Awak pun tahu hal ni?"

"Ya..dan saya juga tahu apa yang terjadi di sebalik semua tu."

Malik terdiam. Dia amati Amir yang seperti yakin berkata tadi. Apakah lelaki itu tahu tentang kisah silamnya selama ini? Macam mana dia tahu? Dia kenal Hani kah?

"Kalau saya nak ceritakan secara detail, memang tak cukup masa. Apa yang saya boleh beritahu pada Encik Malik, Encik Malik kena hati-hati. Saya hanya nak ingatkan Encik Malik saja kerana Encik Malik ada dalam senarai mawar hitam." Jelas Amir. Dia tahu Malik tentu pelik mendengar kata-katanya.

Malik tunduk. Sungguh dia dikelilingi oleh orang yang tahu kisah silamnya. Betapa malunya diri bila perkara itu terbongkar. Perkara jahat yang pernah dia lakukan dulu. Apakah selama ini dia  seorang sajakah yang tidak tahu menahu tentang mawar hitam itu??

"Ya..terima kasih kerana mengingatkan saya tapi percayalah saya tidak bersalah. Saya dah jumpa Hani pasal ni tapi nampaknya Hani pun tak nak maafkan saya." Malik menarik nafas seketika.

"Saya syak Hani yang lakukan semua ni. Dia hanya berselindung di sebalik kerjayanya saja. Siapa yang berani menuduh dia?" Amir senyum sinis.

Malik diam. Dia tahu ramai menuding Hani sebagai mawar hitam dalam kes ini memandangkan Hani adalah mangsa dan gadis itu ada motif dendam untuk lakukan semua itu. Namun, baginya dia tidak percaya yang Hani lakukan semua itu. Mungkin Hani berdendam tapi tidak mungkin Hani cemarkan kerjayanya sebagai polis dengan perkara seperti itu.

"Baiklah Encik Malik. Saya rasa itu saja yang saya nak beritahu. Jumpa nanti di pejabat." Amir mula minta diri.


MUZAFAR masih memerhati dari satu sudut tidak jauh dari kafe hotel. Dia hanya senyum melihat Amir berbual dengan Malik. Mungkin Amir sudah beritahu hal mawar hitam kepada Malik. Dia tahu selama ini pun Amir berusaha mencari siapa pembunuh itu. Dia mengatur langkah semula menuju ke kafe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2015 06:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-2-2015 07:37 PM

MALIK melangkah lemah ke bilik semula. Pertemuannya dengan Muzafar di kafe tadi cukup membuatnya merasa tertekan. Muzafar terang-terang menyindirnya tadi dan dia faham dengan riak lelaki itu yang tidak suka dia rapat dengan Hani.

"Eh apa ni?" Kakinya sudah tersepak sekeping kertas berlipat sebaik pintu bilik dibuka.

Malik membongkok mengambil kertas itu. Lipatan kertas itu dibuka. Apa yang tertulis di situ dibaca sekilas. Terpaku seketika.

'You are the last one!'

Malik tergamam. Terasa kaku seluruh tubuh. Pembunuh itu ternyata tidak main-main. Memang dia menjadi target seterusnya. Pintu ditutup rapat. Mundar mandir Malik dalam bilik. Apa yang terjadi tadi sudah jelas. Nota kaki itu dilipat semula dan dimasukkan ke dalam poket. Dia harus tukar hotel sekarang juga. Untuk apa dia suakan nyawa sendiri di situ. Sudah jelas nota kaki berbaur ugutan itu diletakkan oleh seseorang yang tahu di mana dia menginap dan lebih tepat lagi di bilik mana dia huni.

Semua pakaian dikemaskan dalam beg dan Malik segera ke lobi  menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar keluar. Dia perlu berhati-hati sekarang ini dan nota kaki itu akan diserahkan kepada Aylanins. Walaupun dia tahu kes itu disiasat oleh Hani. Malik menghantar teks mesej kepada Aylanins. Selesai mendaftar keluar, dia segera menaiki teksi ke hotel lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dia rapat dgn hani ke tak suka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 06:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-2-2015 06:25 PM
Suka dia rapat dgn hani ke tak suka?

oh...ya la...hehehe..edit sat ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 06:29 PM | Show all posts
ada yang dah boleh agak siapa mawar hitam..

jadi citer ni dah nak tamat...
walaupun ternyata...masih lagi huru hara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 06:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-2-2015 06:55 PM

AYLANINS pandang skrin telefon bimbitnya. Ada teks mesej masuk ke peti pesanan ringkas. Telefon dicapai dari atas meja solek. Krim malam yang disapu di lengan dan leher tadi diletakkan semula atas meja solek. Adunan timun dan daun  pegaga yang dicampur air mawar ditempek ke muka. Terasa segar setiap kali mukanya dibelai begitu. Selalunya dia akan bawa tidur sampai ke pagi. Mesej yang masuk tadi dilihat sekilas.

"Siapa pulak yang hantar sms kat aku malam-malam ni?" Aylanins buka dan mula baca. Mana tahu, Conan yang hantar. Sejak dia terpaksa berpisah dengan Conan, boleh dikatakan setiap hari lelaki itu menghantar sms dan mms.

"Malik??" Aylanins berkerut kening. Malik menyatakan di mana dia menginap dan lelaki itu ingin berjumpa dengannya nanti lepas waktu kerja esok.

Telefon diletakkan semula. Aylanins menapak ke katil. Dia tarik selimut dan mula menyambung membaca novel yang masih berbaki. Sesekali dia menjeling sampul yang dihulur maklong pagi tadi. Selimut dilurutkan dan dia melangkah perlahan ke arah meja belajar. Aylanins melabuhkan punggung di kerusi. Rasa berdebar pula hendak buka sampul yang masih disimpan di atas meja itu. Dari pagi tadi lagi, sampul itu tidak berusik. Balik dari Port Dickson tadi, dia ke pusat beli belah pula untuk membeli barang keperluan. Ibu yang memesan.

"Hmm..siapa agaknya bakal suami aku ni?" Aylanins masih pegang sampul yang masih tertutup rapat itu. Dia gosok-gosok mukanya supaya masker yang ditempek tadi rata ke seluruh muka.

Perlahan dia buka sampul. Isi dalam sampul itu ditarik perlahan. Saat ini matanya tidak berani melihat. Dia pejam serapatnya. Sambil itu, tangannya terus menarik perlahan foto yang ada dalam sampul itu. Bila terasa foto itu sudah keluar sepenuhnya dari sampul, perlahan Aylanins buka mata.

"Hah??? Dia ni??"


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-2-2015 06:29 PM
ada yang dah boleh agak siapa mawar hitam..

jadi citer ni dah nak tamat...

Malas nk teka.. kepala otak dah berpintal.. sel2 otak tgh huru hara siap trepik jem lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 07:01 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-2-2015 06:51 PM
Malas nk teka.. kepala otak dah berpintal.. sel2 otak tgh huru hara siap trepik jem lagik

oh...otw dari bercuti ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 07:01 PM | Show all posts
Tergolek jatuh Aylanins saat menatap foto di tangannya tadi. Habis masker yang dipakainya.

"Aduh..sakit buntut aku.." Punggungnya digosok-gosok.

Foto yang turut tercampak tadi dicapai dari bawah meja. Sekali lagi foto itu dilihat. Jadi..pertemuannya dengan lelaki itu adalah sengaja dirancang? Ah! pandai sungguh dia berlakon depan aku.

Aylanins bangun dan duduk semula di atas kerusi. Foto itu ditatap lagi. Wajah jernih dan putih itu diamati. Ditenung agak lama.

"Haih..anak mak ni, tenung gambar macam nak tembus!"

Aylanins sekali lagi terjelepuk atas lantai. Terkejut dengan teguran ibunya yang tiba-tiba sudah tercegat di belakangnya. Sekali lagi foto itu tercampak di bawa meja. Dia hanya pandang ibunya yang sudah ketawa mengekek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2015 07:24 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-2-2015 07:29 PM

SAAT INI, Malik yang sudah mula mendaftar masuk ke sebuah hotel lain sedang berehat di atas katil. Foto Aylanins ditatap lama. Dia senyum sendiri. Terasa susunan hidupnya sudah pelik.

"Kenapa hati aku berdebar? Apakah aku dah benar-benar jatuh cinta?" Malik senyum lagi.

Selimut ditarik ke paras dada. Matanya cuba dipejam. Sejak ibu saudaranya ingin mencari jodoh untuknya dulu, dia pasrah saja. Dan sekarang ini setelah melihat sendiri siapa bakal isterinya, dia mula merasa itu takdirnya. Solat istikharah yang ditunaikan setiap malam sebelum tidur cukup membuatnya yakin dari petunjuk dariNya.

Malam itu tidurnya terasa tenang. Rasanya dia sudah jatuh cinta pada Aylanins.






ok..ipo stop dulu citer ni..




Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-2-2015 07:01 PM
oh...otw dari bercuti ke?

Eh dok umah je.. tp tetap trepik jem
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 01:45 PM | Show all posts
complicated sungguh @Ipo punya cerita... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 08:40 PM | Show all posts
*************
NICKI termenung panjang. Berita yang baru diketahuinya itu cukup membuatkan hatinya pedih, sakit, kecewa, kusut dan segalanya sudah bercampur baur. Tak sangka, Arisha terpaksa bernikah dengan Conan disebabkan kes tangkap basah itu. Beg yang sudah kemas diisi dengan pakaian dilihat sekilas. Dia melepaskan keluhan sebentar. Tiket ke London di atas meja dicapai. Empat jam lagi dia akan tinggalkan bumi Malaysia ini kerana empat jam lagi Conan dan Arisha akan dinikah.

"Nan...aku tak salahkan kau. Aku hanya harap kau dapat bahagiakan Arisha.." Foto berdua yang diabadikan di sebuah kawasan peranginan semasa dia dan Conan bercuti bersama dulu ditatap seketika sebelum diletakkan semula di atas meja. Satu sampul pula diletakkan di tepi foto yang dibingkai itu.

Beg pakaiannya diheret sehingga ke laman dan menuju ke sebuah teksi yang sudah sedia menunggunya di situ. usai meletakkan beg dalam bonet, teksi itu segera meninggalkan halaman rumah yang pernah dihuni bersama Conan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.087464 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list