CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 14-12-2006 11:53 PM | Show all posts
CINTA membuatkan si isteri menangis sebab selepas 8 thn kawin suaminya ajak tgk wayang..hebat gak pennangan CINTA ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 12:19 AM | Show all posts
Sesekali Download di Torrent, Sesekali Filem Kita Gagal Lagi...

Salam buat warga forum movies di cari.com.

Sedang saya  di rumah seorang krew audio saya, kelihatan adiknya (atan77) sedang menggunakan forum.cari.com dan telah memberitahu saya posting awal saya telah mendapat beberapa reply. Sepintas lalu, saya ingin menjawab beberapa pertanyaan:

1) MPH tu terletak di Bangunan Bakti, Bukit Kiara, KL. Boleh ke sana melalui Taman Tun Dr Ismail, laluan di hadapan bangunan lama IBM (sekarang ditukar nama ke Bangunan VADS).

2) Cinta 2? Ada pilihan judul yang lebih sesuai tidak: Cinta Lagi, Lagi-lagi Cinta? Cinta Jr?

3) Login saya 'Atticus Finch' memang berdasarkan peguam dalam To Kill A Mockingbird (saya kira antara karya2 novel teragung)

Ada yang bertanya tentang box office: kutipan box office Cinta masih mengalakkan mencecah RM2 juta, walaupun tak gergasi seperti Cicakman (tahniah KRU, kerana telah menaiktaraf piawaian teknikal dan filem fiksyen tempatan). Pasukan produksi di Alternate Studio & Grand Brilliance tetap terdorong untuk meneroka cerita-cerita yang lebih gaya baru, berkemanusiaan dan mungkin juga lebih berani. Tetapi segala yang baru perlu dilakukan dengan prihatin dan perlahan-lahan, jadi harap semua terus memberi sokongan dan juga kritikan (apa itu filem yang baik, ya?).

Di arena muzik pula, jualan soundtrack Cinta telah mencapai status "Gold" minggu lepas. Ini saya kira baik, kerana akan membuat pengkarya lebih prihatin terhdp skor muzik sesuatu filem. Kalau boleh elakkan download filem atau muzik tempatan di Torrent atau Limewire, ya?  Apa2 pun bukan berniat menyinggung perasaan sesiapa, malah ada yang kata filem dan muzik kita tak cukup bermutu untuk dibeli. Ini juga mungkin ada benarnya. Cuma sekadar mencatat satu kenyataan: tanpa sokongan pasaran, nanti pelabur filem akan cuma memberi produser wang utk pembikinan filem slapstick sahaja!

Sering kita dengar industri filem berkeluh tentang wang & dana--kadangkala membosankan, seolah-olah seni filem itu sendiri menjadi pertimbangan kedua berbanding fiskal. Hakikatnya, filem kita mempunyai cabaran yang lebih besar daripada hanya box office tempatan, dan perbelanjaan diperlukan untuk menghasilkan filem & kualiti produksi yang mampu menjelajah serantau jika tidak sedunia.

Filem kita, memudiki arus indie mahupun perdana, kalau sudah berlayar sedikit ke hadapan, tidak harus kembali ke muara lamanya seperti dahulu.


Salam Sinema,
-Dhojee-

p/s: harap ahli forum terus berikan kritikan yang jujur, sekalipun menghentam dari memuji, perdebatan dapat mencari apa yang terbaik. Terima kasih atas ulasan semua.


*  *  *

[ Last edited by  atan77 at 15-12-2006 01:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by atan77 at 15-12-2006 12:19 AM
Sesekali Download di Torrent, Sesekali Filem Kita Gagal Lagi...


apakah maksudnya itu??

Kalau boleh elakkan download filem atau muzik tempatan di Torrent atau Limewire, ya?  Apa2 pun bukan berniat menyinggung perasaan sesiapa, malah ada yang kata filem dan muzik kita tak cukup bermutu untuk dibeli. Ini juga mungkin ada benarnya. Cuma sekadar mencatat satu kenyataan: tanpa sokongan pasaran, nanti pelabur filem akan cuma memberi produser wang utk pembikinan filem slapstick sahaja!


utk donlod filem + muzik tempatan tu adalah pilihan individu.. masing² ada alasan sendiri tapi mmg hairan sungguh macamana editor's copy filem cinta boleh diupload di torrent?? rasanya perkara ni tak pernah lagi berlaku utk filem² tempatan lain. aku mmg donlod utk tengok dulu kualiti filem ni sbb aku pun tanak bazirkan duit for the sake of nak support filem tempatan... since cerita ni mmg bagus + aku hanya tengok editor's copy.. aku pergi juga ke panggung tapi itu aku.. tak tau la 700++ downloader yg lain tu.. ramai tu yg donlod muvi ni so sayanglah... mmg rugi sangat.. tak sampai seminggu cinta panas dipanggung sudah ada torrentnyer.. macamana boleh terlepas yer editor's copy tu?? aku tanya sekali lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:59 AM | Show all posts

Reply #580 summer_snow's post

mmg beshkan scene tu...? bila difikirkan balik.. before this mmg ada scene macam ni dalam muvi lain so aku rasa bukan kebetulan tapi mmg pengarah nakkan shot tu... thumbs up!!!
















Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:05 AM | Show all posts

Reply #583 aYuGiLeR's post

Sebenarnya apa yang dikatakan itu betul, memang ia tidak patut berlaku. Akan kami lebih prihatin dalam perkara ini. Kalau menurut posting sdr, versi yang diupload tu belum sempurna, bukan? Terima kasih kerana memaklumkan...

-D-

[ Last edited by  atan77 at 15-12-2006 01:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 02:09 AM | Show all posts
versi yg belum sempurna dengan versi yg dah sempurna memang jauh bezanya.amat jauh.jadi tontonlah versi yg sempurna(versi wayang).

...kantoi plak aku pun ada versi incomplete tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2006 02:29 AM | Show all posts

Reply #586 maberik's post

beza tang muzik latar yg ketara. Dialog hampir 80% sama. Rasanya download dari torrent tu dah cukup buat penonton faham apa yg nak di sampaikan oleh pengarah. Malah ada scene yang takde di wayang ada di torrent. hahahhaa. tak sepatutnya perkara macam ni berlaku. Tapi itulah...yg bekerja seme manusia, dan manusia pasti melakukan kesilapan. Aku download jugak, sonok mak aku tengok sambil baring2 peluk2 ngan bapak aku. hahahahahahha














Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:55 AM | Show all posts
filem ni ada potensi tuk org tgk 2 x....or may be 3x....
respek pada sesapa yg dowload tp still tgk kt cinema...
kalau kita nak mesti ada cara kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 09:14 AM | Show all posts
we..camner nk search kat torrent?
nk tulis key apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:25 AM | Show all posts
Filem CINTA nie tak deserved FREE download or pirates CD. Kena support sikit cerita2 kita yg berkualiti sebegini.

Part Dato Rahim Razali mengingatkan den pada cerita 50 First Date...maybe ada scene2 yg diambil idea dari filem2 sebelum nie. Dari satu cerita yg prof Razak buek 99% dok tiru cerita KKHH.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 15-12-2006 02:29 AM
beza tang muzik latar yg ketara. Dialog hampir 80% sama. Rasanya download dari torrent tu dah cukup buat penonton faham apa yg nak di sampaikan oleh pengarah. Malah ada scene yang takde di wayang a ...


yep tapi muzik2 latar dlm versi incomplete tu langsung,langsung tak kena dgn filem.terus hilang mood filem tu.terasa cam tengok filem yg 'amateurish' pulak.dan ada cebisan2 dialog penting yang takde.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:27 PM | Show all posts
baru lyn citer nih tadi. gamba mmg superb arh [cinematography ekk :stp:].
ade part klaka ngan sedih. klau sroh pilih yg the best rasernye aku amik citer psl que & nanu [tak igt nama watak] atau cikgu elyas & rubiah.

citer arianna ngan taufik tuh ada mcm kl menjerit la plak :hmm:

1 benda yg tak best - background music. ntah la. mcm sarat sgt kdg2. tapi certain part mmg sesuai.

[ Last edited by  adheq at 15-12-2006 12:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:01 PM | Show all posts
p tgk cite nih kat tgv jum lepas, tp da dekat ending tuh, siot tol r screen tetiba tepadam..2x lak tuh..hilang konsentresyen :geram:

citer dia mmg different :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by adheq at 15-12-2006 12:27 PM

1 benda yg tak best - background music. ntah la. mcm sarat sgt kdg2. tapi certain part mmg sesuai.


kau download kan?memanglah bground music dia merepek2 je. doesnt do justice to the theatrical cut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 02:39 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by adheq at 15-12-2006 12:27 PM
baru lyn citer nih tadi. gamba mmg superb arh .
ade part klaka ngan sedih. klau sroh pilih yg the best rasernye aku amik citer psl que & nanu  atau cikgu elyas & rubiah.

Kalau pasangan suami isteri & dah ada anak sure akan pilih kisah Shidee & Rita yg paling sedih..Hampir luruh air mata jantanku..hu.hu..hu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 03:13 PM | Show all posts
oh kat torrent ada rough cut nye version eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 05:43 PM | Show all posts

Reply #591 maberik's post

Kalo tengok Version donlod tu..sila abaikan muzik latar yg merapu tu, syiok jugak pe.. lakonan tu dah cukup berkesan untuk kita menjiwai citer ni. Muzik tu penambah. heheh. Aku dah tengok dua2...donlod sudah...wayang sudah... dua2 pun ok. Cuma kalo kat panggung tu lebih telus la pemahamannya. Kalo version donlod tu, ada yg kita terpinga pinga skit.. dialog orang yang telephone takde... Que menjerit hilang... kekekk!!! bila tgk wayang barulah... OoOOoo... gitu.... tapi lakonan pelakon2 boleh buat penonton faham situasi apa yg dia lalui . Tanpa muzik pun menjadi pe. heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 06:51 PM | Show all posts
Ada yg cakap Cinta ni tak lebih dari sekadar videoklip....penonton di'pukau' dgn keindahan fotografinya padahal ceritanya biasa2 jek..mmm....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 06:54 PM | Show all posts
aku dah tengok 2 kali..memang best tersangatlah best..banyak part yang menyentuh jiwa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 14-12-2006 11:11 PM
ayu,
baru aku teringat...
aku pun suke scene tu..
scene yang 3 tren lalu serentak..
komuter+lrt
phew..
menarik betul la..

setiap kali lalu situ,
even dalam lrt pun,
mesti teringat scene ...


alamak aku tak prasan 3 tren lalu serentak tu..

aku ada perasan banyak adegan yg ceduk dari filem lain..cthnya adegan yg rashidi berdiri dalam hujan nampak titisan2 hujan tu..macam scene dalam shutter masa si lelaki kena kejar turun tangga kat dinding tu..nampak titisan hujan2 tu satu2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055779 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list