CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Lafaz nikah satu nafas perbuatan khurafat – Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 3-12-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lavafrance replied at 3-12-2015 01:21 PM
apa barang lafaz nikah sekali je...

wa dah 3 kali lafaz nikah...

Lu nikah 3x pun prg x heran Ba,  sbb lu nikah pondok2 dgn anak jiran jer.....

Btw best la ko Ba,  tgh cuti skolah.... tp igt jgn sronok sgt tahun depan ko nk UPSR plak.... study jgn tinggal sesambil jaga CC tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 01:26 PM | Show all posts
axl_bach replied at 3-12-2015 01:24 PM
Lu nikah 3x pun prg x heran Ba,  sbb lu nikah pondok2 dgn anak jiran jer.....

Btw best la ko B ...

alahai...wa umur lu dah kawin 2 la...kasi makan rumah pakain kenderaan pada bini2 wa.

with great power comes great responsibilty..u know.






Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 01:52 PM | Show all posts
syadail replied at 3-12-2015 01:23 PM
Nak tanya, akad nikah ni sebenarnya camne.

Perempuan offer lelaki accept (terima nikahnya)...camt ...

Bapak perempuan offer nak serahkan anak perempuan pada lelaki, lelaki terima, tu jek

Macam jual beli la, kena ada akad gak. "Saya jual" "Saya beli". Tak perlu sampai "Saya serahkan aiskrim paddlepop ini kepada kamu dengan harga satu ringgit tunaiii" "Saya terima penyerahan aiskrim paddlepop ini dengan harga satu ringgit tunaiiiiii" Bangla duk seblah lak cakap "Sahhhh"

Kena jelas, dan dua-dua faham maksudnya. Kan ke pendek jek akad jual beli? "Saya jual" "Saya beli"
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 01:55 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 3-12-2015 01:57 PM
munchkin replied at 3-12-2015 10:51 AM
baru aku tau.

kat kl sebut "nya" (dalam frasa takde nya) terus tak sah. sampai 3 kali ulang. kad ...

hauknya kl.

kelantan, angguk pon kira sah gitu.. say ok, baiklah, setuju semua sah, asalkan both parties jelas siapa yang dinikahi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:00 PM | Show all posts
Kena lak kadi tua... nak kena ikut stail dia pulak. cakap org tua dan gaya stail lama... dia masih baca dalam jawi. Itu pun jawi ejaan lama. Kalau tulis rumi pun rumi ejaan lama..
Adehhh... aku kena macam ni la. Walaupun sekali lafaz, tp hilang macho disebabkan lengok bahasa bahasa org tua
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:04 PM | Show all posts
akad nikah dalam bahasa lain camne?
sapa penah dgr? in english ke? sama ke dgn yg org melayu salu lafaz tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2015 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye nk nikah lg skali
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:40 PM | Show all posts
aaa...betapa mudahnya sebenarnya...
saja jek diperkotak katikkan oleh pahaman pelik2 mana tah...
kalau kadi kata RM, pengantin takleh sebut ringgit !
kena sebutir2 sama macam tok kadi...
tu yg darah gemuruh sampai kena berhenti akad nikah, gi mandi dulu baru sambung balik...
padehal kalau cakap "aku terima nikahnya", 3 saat jek selesai !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
masa_lalu replied at 3-12-2015 09:54 AM
setuju dengan MAZA, tapi ramai yg cop dia wahabi
kesian dia

betul tu..paling terkejut, ustaz saya masa zaman stadi dulu pon duk like/share pasal dr maza yg dituduh wahabi..sampaikan dr maza duk up status kat fb pon dituduh mufti yang takde keje/ banyak masa free..apa punya mentaliti ntah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian yg nama bini panjang2 tu..tak sempat sah dah meninggal semput
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:58 PM | Show all posts
Hari tu ada video tok kadi nikahkan pengantin lelaki bisu pakai translator guna handsign
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg akad sampai >2 kali tu sampai malu2 depan tetamu yg dtg mau rasa nk hantuk2 kepala ke dinding..selain nk tampar je muka tok kadi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 03:00 PM | Show all posts
DrMAZA.com

MENYUSAHKAN AKAD NIKAH

Saya juga amat sedih melihat ada kalangan tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz ijab qabul ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambarkan persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti mana yang disebut oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sarjana fekah zaman ini Dr Abd al-Karim Zaidan r.h. dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: "Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (rujukan: Al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

بَاب إِذَا قَالَ الْخَاطِبُ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَقَالَ قَدْ زَوَّجْتُكَ بِكَذَا وَكَذَا جَازَ النِّكَاحُ وَإِنْ لَمْ يَقُلْ لِلزَّوْجِ أَرَضِيتَ أَوْ قَبِلْتَ

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).

Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:

وَإِذَا قَالَ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَمَكُثَ سَاعَةً أَوْ قَالَ مَا مَعَكَ فَقَالَ مَعِي كَذَا وَكَذَا أَوْ لَبِثَا ثُمَّ قَالَ زَوَّجْتُكَهَا فَهُوَ جَائِزٌ فِيهِ سَهْلٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenai hal itu yang telah diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang jelas proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 03:03 PM | Show all posts
sebab itu akak enggan percaya dengan ajaran setaz2 hauk ini...sebab akak tahu ramai yang propa jah dari yang betul..
entah berapa percent jah ajaran elohim yang sejati ada adalam ugama sunni ini, banyak yang telah di ubah then letak label elohim.
itu mendusta elohim nama nya,.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 3-12-2015 01:55 PM
hauknya kl.

kelantan, angguk pon kira sah gitu.. say ok, baiklah, setuju semua sah, asalkan bot ...

Tulah. Nya pun jadi isu. Tok kadi ikut arahan.

Negeri lain cam kelantan tu elok je. Aku terima. Simple mudah. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 04:02 PM | Show all posts
lavafrance replied at 3-12-2015 01:26 PM
alahai...wa umur lu dah kawin 2 la...kasi makan rumah pakain kenderaan pada bini2 wa.

with grea ...

Power apa ke benda? Tonet pun tarak . Berangan lebih lah mamat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 04:10 PM | Show all posts
lurve82 replied at 3-12-2015 08:56 AM
lpas tu suka soal bkn2...mcm nk jwb interview plak...org dh la nervous...

sis pun kena tanya ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 04:11 PM | Show all posts


kes melayu terlebih arab
dari orang arab

kes melayu terlebih western
dari orang putih sendiri

bukan perkara baru

perasannyaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 04:12 PM | Show all posts
azimodin replied at 3-12-2015 10:38 AM
Laki meouls pon kena 2 kali sbb perlahan2 menyebut butir2 akad.. pelik jugak sbb jurunikah suroh ula ...

bukan satu nafas tapi sekali lafaz.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 04:12 PM | Show all posts
org yang kawin 2,3 kali pun ade yg neves ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.491700 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list