|
[Jenayah]
Sultan Johor gesa sekolah Inggeris satu aliran
[Copy link]
|
|
nak maju ke visi2020..nti kang jdi mcm prc . kna.ade interpreter untuk future leaders nxt generation |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah agama tak pulak dia kesah... apa la soltan ni |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke maksud sultan tu ialah singapore guna satu bahasa je di sekolah iaitu english, maka semua rakyat pun tau la ckp english. johor pun patut begitu, satu bahasa sahaja. maknanya tak payah ada SJKC & SJKT. semua guna satu bahasa pengantar je. takdelah ada yg terpinga2 tatau ckp melayu. takde pun sultan cakap kena buat sekolah guna bahasa inggeris? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh guna bahasa inggeris...tapi rasuah kena standard melayu, ok? |
|
|
|
|
|
|
|
copy paste dt fb
MALAYSIA KINI SPIN TITAH SULTAN JOHOR.
Apa yang Sultan Johor tekankan ialah contohi sistem pendidikan satu aliran. Baginda cuma mengambil contoh sistem pendidikan satu aliran di Singapura yang menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Inggeris. Jika ingin dilaksanakan di negara kita sudah tentu Bahasa kebangsaan digunakan. Berikut merupakan titah penuh untuk perkara ini yang cuma dipetik sekerat jalan oleh MalaysiaKini.
38. SATU PERKARA MENARIK YANG BOLEH KITA CONTOHI DARIPADA SINGAPURA, ADALAH PERPADUAN RAKYAT YANG TELAH DIBENTUK DARIPADA SISTEM PENDIDIKAN ASAS SATU ALIRAN DAN YANG MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR. IA TELAH TERBUKTI BERKESAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA DAN PENYATUAN MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA.
39. OLEH ITU SAYA MENGESA RAKYAT JOHOR SUPAYA BERFIKIRAN TERBUKA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA, DAN SANGGUP UNTUK BERUBAH DEMI KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG
40. PENDIDIKAN ADALAH ASAS KEPADA PEMBENTUKAN GENERASI AKAN DATANG. SEKIRANYA DI PERINGKAT KANAK-KANAK LAGI PENDIDIKAN TELAH DIBUAT SECARA BERASINGAN, BERASASKAN KAUM DAN BAHASA, MAKA SAMPAI BILA-BILA PUN AKAN WUJUD RUANG PERBEZAAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.
41. SAYA YAKIN SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH SATU ALIRAN AKAN MEWUJUDKAN INTEGRASI KAUM DI PERINGKAT KANAK-KANAK DAN SETERUSNYA MENGHASILKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG LEBIH HARMONI DAN BERSATU-PADU SERTA BERDAYA SAING UNTUK MENEMPUH CABARAN YANG AKAN DATANG.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.....guna je bahasa melayu sebagai bahasa satu aliran....jati diri kena ada...jati diri berbahasa lambang budaya kita |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, aku setuju kalau semua diseragamkan dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Jangan kata bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu. Berjuta istilah sains dan teknikal telah digubal oleh ahli-ahli peristilahan. Tunggu masa untuk digunakan sahaja. Barulah idea-idea atau konsep baharu dalam bidang sains dan teknikal di Malaysia boleh diwujudkan dalam bahasa Melayu, hasil fikiran golongan cerdik pandai Malaysia sendiri. Bidang terjemahan pun boleh menjadi semakin maju. |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa melayu dulu bahasa ligua franca....orang jawa pon ckp melayu...apsal tak guna bahasa jawa? sedangkan orang jawa ramai di asia tenggara  
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer
arwah bang peyno nanti kalau jadi mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bercakap pasal unifying factor. it is a touchy subject, ada elemen budaya dan pride. So, a local indigenous language (if sufficiently developed) is better. Kita cakap melayu di rumah, di pasar, di malls even kat opis.
Tapi untuk urusan2 bisnes yang lebih global, penggunaan teknologi dan pentadbiran yang lebih kompleks, kita guna English - the real English.
Macam sekaranglah..... cuma fine tune sikit jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak payah aim tinggi sangatlah nak jadi bahasa ilmu.... it won't happen and tak perlu pun. Motif nak belajar electronic engineering dalam bahasa melayu?
jadi bahasa utama komunikasi lokal pun dah cukup bagus....
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang tinggi sangat. Setiap bahasa ada kapasiti untuk jadi bhs ilmu. Malah, bahasa ibunda terbukti lebih efektif untuk memahamkan penutur natif konsep-konsep sains berbanding bahasa kedua. Yang menjadi penghalangnya ialah pemikiran masyarakat. abang decaff ni orang sains ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
betul, setiap bahasa ada kapasiti untuk dinaiktaraf jadi bahasa ilmu. Kalau setakat ilmu teknologi lagi mudah, tak cukup istilah import je. Itu bukan isu.
Soalan sebenar ialah apa faedahnya? Ambik contoh dua bangsa gah seperti Perancis dan Jepun. (dan lately k-Pop) Mereka hampir punya segalanya untuk memajukan bangsa mereka tapi mereka tidak akan puas until mereka 'menakluki' dunia juga. Technip siap ada HQ kat KL. Jepun tok sah citerlah. Cer teka bahasa apa dorang guna? Dulu pernah ada benang manager Korea bunuh diri sebab benak nak belajar Inggerish, ingat?
Itu kisah bangsa besar. Kembali berpijak di bumi nyata Malaysia. Boleh lah kat kolej nak syok sendiri belajar sebut enjin kebuk 4 lejang, kayu ria cucuk dan main, masuk alam perkerjaan semua kelaut jua... 
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengah tunggu nak tengok cina sama cina cakap melayu. Dah banyak kali aku jumpa cina sama cina cakap melayu. Katanya
dia tak paham dialek kawan tu dan kawan tu tak paham dialek dia.
Nak cakap mandrin/english tak reti (cina kampung kot). Last2
cakap melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada faedah pun,  tapi lebih kepada maruah kita sebagai orang Malaysia. Kita ada negara sendiri, oleh itu negara kita perlu maju mengikut acuannya sendiri.Kita ada bahasa kita, perluaskan saja la penggunaannya dalam pelbagai bidang. Bahasa inggeris pun jangan la pula nak diketepikan pula. Sama macam undang-undang Malaysia dulu yang menggunakan bahasa Inggeris di mahkmah. Bahasa Melayu dikritik tidak mampu itu ini. Jadi majlis istilah undang-undang bahasa melayu ditubuh bagi menggubal istilah2 undang-undang. Sekarang, bahasa Melayu digunakan 100% di mahkamah di malaysia. Malu la institusi sebegitu menggunakan bahasa penjajah seolah-olah kita tiada bahasa kita sendiri. Sebabnya adalah sama. Fin berpendapat sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar Survival English Cukop La
Nak bersonnet, bershakespeare tak membawa paedah pon.
Tapi aku sokong yang baginde menitikberatkan bahase inggeris ni. 
Bahasa mulayu jangan ditinggalkan.. Hilang bahase, hilang identiti.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau cina yg cafangkan
dah lama dilabel
pengkhianat bangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|