CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: tuahayam

Adakah akan berubah lagi dasar??

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:30 AM | Show all posts
Kementerian Pelajaran ni baik jgn bagi kat org politik la. Bagi je kat mereka yg dari bidang akademik. Benda yg flip flop mcm ni ok je bagi pak menteri tapi bagi mereka yg terlibat secara langsung mmg cukup menyakitkan. Yg susahnya murid2, guru2 dan masyarakat. Pak menteri hanya tau cakap je...  yg pasti ianya melibatkan kos.

Kalau diberi pilihan pun byk masalah yg timbul. Penempatan guru dan murid pun kena diambil kira jugak. Ini lah masalah sistem pendidikan di Malaysia ni. Aku rasa pak menteri pun tau akan rungutan org ramai tentang dasar yg berubah mengikut perubahan menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 10:17 AM | Show all posts
betul tu! saye sokong 200%! (yg anda nak merosakkan akal budak kecil dari berkembang) itu  ...
artcrime Post at 18-8-2011 09:10


rsnye kite perlu ada istilah2 sebegitu utk martabatkan lg bhsa melayu..kalu kite lihat bhsa cina, korea,jepun dn sebagainya ada istilah masing2 ke atas ayat2 tersebut..jd selain belajar english smbl tu dpt martabatkan bhs kite...sekadar pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 10:27 AM | Show all posts
rsnye kite perlu ada istilah2 sebegitu utk martabatkan lg bhsa melayu..kalu kite lihat bhsa cina ...
roy3 Post at 18-8-2011 10:17


Kau ingat dulu roy, masa perkataan "canggih" dan "pantau" mula2 diperkenalkan.. sungguh janggal saja bunyinya. Tapi sekarang baik Cina India selamba aje cakap.. Yang penting ada daya usaha nak memertabatkan bahasa melayu itu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:56 PM | Show all posts
bunga-bunga dah ada

sumber meloya

DALAM NEGERI
Tidak setuju PPSMI dimansuh

oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
utusan@pengarang.com.my

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kerajaan diminta menimbang semula keputusan memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun depan.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ia berikutan soal selidik yang dijalankan selama empat bulan terhadap 15,000 responden daripada kalangan ibu bapa mendapati hampir 55 peratus tidak bersetuju dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, soal selidik itu dijalankan oleh JMM bermula April lalu melibatkan responden di seluruh negara.

"Hasil kajian ini begitu mengejutkan, bagaimanapun kami berpendapat pandangan ibu bapa adalah jujur mengenai impian dan harapan mereka untuk melihat anak-anak berjaya melalui penguasaan bahasa Inggeris.

"Kami yakin pandangan mereka ini tidak menolak bahasa kebangsaan biarpun latar belakang mereka berpendidikan bahasa Inggeris kerana pada masa sama mereka mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Azwanddin berkata, hasil kajian tersebut turut mendapati faktor demografik tidak mempengaruhi keputusan ibu bapa untuk menetapkan hala tuju anak-anak mereka pada masa hadapan.

Ini kerana, katanya, hampir 84 peratus daripada 70 peratus responden yang tinggal di luar bandar memiliki impian untuk melihat anak mereka menjadi usahawan global.

"Majoriti ibu bapa juga mahukan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di samping 72 peratus daripada mereka memiliki harapan menghantar anak belajar ke luar negara.

"Ini jelas membuktikan betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris bagi mencapai impian mereka itu," katanya.

Menyedari kepentingan itu Azwanddin berkata, laporan kajian itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat ini supaya kerajaan dapat menelitinya dan memberi pilihan kepada ibu bapa menentukan bahasa pengantar untuk pengajaran Sains dan Matematik.

"Keputusan soal selidik ini bukan mahu mencabar keputusan kerajaan, tetapi sekadar menyampaikan luahan hati ibu bapa. Kami menghormati pandangan ibu bapa biarpun Perlembagaan JMM adalah mengangkat bahasa kebangsaan, namun kami tidak bersikap hipokrit mengenai kepentingan masa hadapan anak-anak bangsa.

"Justeru, sudah sampai masanya semua pihak harus menolak emosi dan bertindak rasional dan tidak menggunakan isu ini untuk mengheret ibu bapa ke dalam kancah politik," katanya.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada kalangan pelajar menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bagaimanapun, pada 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuat kuasa pada 2012, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:16 PM | Show all posts
sebenarnya tidak dapat dinafikan yg Mat/Sains perlu dipelajari dalam Inggeris. Kalau ada p ...
gogo2 Post at 17-8-2011 10:15


di Russia, Jepun, Germany, Finland, France, Korea, Argentina, China, Norway, Brazil, Italy,  Thailand, Spain, Mexico, Portugal, Ukraine,  dll., senang-senang je mereka nafikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:32 PM | Show all posts
budak2 jd eksperimen je...zman aku dulu kls lompat,darjah 3 trus ke 5...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2011 01:38 PM | Show all posts
di Russia, Jepun, Germany, Finland, France, Korea, Argentina, China, Norway, Brazil, Italy,  Thailand, Spain, Mexico, Portugal, Ukraine,  dll., senang-senang je mereka nafikan.....
freebird Post at 18-8-2011 13:16



    Russia, Russia dan Jerman bukan calang2 negara. Mmg boleh nafi. Negara2 lain pulak saya tak tahu kenapa.
Tapi utk Malaysia, mmg tidak boleh dinafikan yg kita bergantung pada teknologi negara lain.

Contohnya Singapura. Dengan kefasihan bahasa Inggeris, mereka tampak maju.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:43 PM | Show all posts
Learning language is all about practice! Takkan lah menteri2 kita ni tak tau kot. Sekolah sampai darjah berapa jer ni theyols ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:59 PM | Show all posts
Russia, Russia dan Jerman bukan calang2 negara. Mmg boleh nafi. Negara2 lain pulak saya ta ...Contohnya Singapura. Dengan kefasihan bahasa Inggeris, mereka tampak maju.
gogo2 Post at 18-8-2011 13:38


mereka nampak maju sebab fasih bahasa inggeris????
jepun , korea dan taiwan nampak maju kerana apa???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:34 PM | Show all posts
wujudkan blk sekolah dua aliran....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 10:49 PM | Show all posts
mereka nampak maju sebab fasih bahasa inggeris????
jepun , korea dan taiwan nampak maju ker ...
freebird Post at 18-8-2011 14:59



    awak sanggup  ke tengok anak sendiri terkapai nak berbhasa BI bila buat presentation sampai prof kat depan tunduk bawah , sapu muka , muka merah , tunjuk frustration dan ada student kat belakang seemed very interested to ask tapi boleh kata kemudia oh well...er that 's fine...you did not get me ...ni student taiwan  yg sampai tesekat pita suara dia glottal straining  sebab BI hancuss ....nak communicate , kesian tau
she takes about an hour to understand an article about 1 1/2 pages.

nak jadi lagu ni ?

no way.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070648 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list