CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Tempatan] TERKINI: Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah

[Copy link]
Post time 9-2-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-2-2024 10:35 AM
Semoga bemanfaat..

Muduh punyer PAS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sicvitaest replied at 9-2-2024 09:13 PM
Kena sebat potong tangan semua tu hukum hudud. Setakat ni undang2 hudud di Kelantan belum dilulusk ...

Ialah dah bertindih plk undang2 sivil dgn undang2 taazir.

Aku lbh sng panggil undang2 taazir Dr undang2 syariah sbb bnd yg ko buat tu mmg x ikut syariat pun. Ikut syariat mencuri potong tgn.

X Malu ke reka undang2 sendiri pastu claim undang2 syariat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:25 PM | Show all posts
Tutup ja lah mahkamah syariah.

Takde keuntungan pun pada Islam. Ummat Islam pun ramai yang rasa teraniaya. Duit cukai boleh guna untuk banyak benda lain yang lebih penting.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai bodoh.. Penyokong pun sama bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 9-2-2024 07:04 PM
tapi bila baca komen lawyer mahmud jumaat tu beliau pn tak setuju.

Mahmud ni kata apa u..x setuju dgn sapo
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-2-2024 06:09 PM
agaknya derang ingat takkan ada hukuman langsung kot/takde kes.
contoh: org boleh meliwat sesuka h ...

Yup
Pastu ustaz2 or lebai2 ni bleh plak
Post kat socmed konon hari hitam buat agama islam blabla
Menakutkan org je sib baik la ada komen jelaskan balik utk memandaikan masyarakat
Tolonglah jgn kaitkan ngn politik, dahla netizen pun jenis melulu je tak de nak baca komen2 lain dulu,apatah lg nk baca keterangan hakim ke apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-2-2024 07:20 PM
so yg duk tak sokong tu mebi species prof agus kut.. dah syiok meliwat.. kut kena charge under syr ...

Apa kabar rentua tu ye? Tiber kes dia pun mcm senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 11:03 PM | Show all posts
Satu jer nak tanya kat penunggang agama ni.

Waktu kes enakmen Syariah Selangor terbatal tu, korang pegi mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ainonymous replied at 9-2-2024 03:36 PM
mcm mana acik nik elin ni boleh cabar enakmen ni semua? dia loyer ek? dia buat utk apa? aku tak faha ...

Aku pon xfaham. Tgk berita tiba2 ada psal ni xtau apa hujung pangkal
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 11:48 PM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 9-2-2024 11:49 PM

link: Apa persoalan petisyen syariah Kelantan, ini penjelasan Ketua Hakim Negara...
Februari 9, 2024

PUTRAJAYA: Petisyen mencabar kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan menggubal beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019, tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Tengku Maimun berkata, isu yang perlu Mahkamah Persekutuan putuskan adalah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan itu mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

"Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini.
"Sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam petisyen ini," katanya.

Tengku Maimun berkata demikian ketika membacakan penghakiman majoriti 8-1 yang membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman hari ini.

Tengku Maimun berkata jika ada pihak mencabar undang-undang yang dibuat negeri yang dilaksanakan mahkamah syariah atas alasan negeri tiada kuasa membuat undang-undang tertentu, dan jika mahkamah sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan mahkamah tidak boleh dikatakan menentang Allah.

Ia adalah kerana undang-undang yang dicabar itu bukan yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, tetapi oleh Badan Perundangan Negeri.
Katanya, jika isu cabaran undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri atau Badan Perundangan Negeri dilihat dari sudut ini, tidak timbul soal mahkamah sivil tidak mempertahankan kedudukan agama Islam, atau tidak memperkasakan mahkamah syariah.

"Mahkamah Syariah di Malaysia, setakat hari ini, tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas, hanya takzir. Mahkamah sivil juga melaksanakan hukuman takzir. Tidak ada bezanya mahkamah syariah dan mahkamah sivil kerana kedua-dua sistem itu melaksanakan hukuman takzir.

"Perbezaannya cuma hukuman takzir dilaksanakan mahkamah syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat Negeri dan diluluskan Badan Perundangan Negeri manakala hukuman takzir dilaksanakan mahkamah sivil mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat Persekutuan yang diluluskan Parlimen.
"Ingin juga dinyatakan bahawa hukuman takzir mahkamah syariah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang setakat hari ini, mengehadkan hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebat tidak melebihi enam kali," katanya.

Tengku Maimun berkata oleh itu melihat kepada cabaran ini sahaja, mahkamah syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak akan pada bila-bila masa berkubur dan diletakkan batu nisan seperti didakwa oleh peguam Yusfarizal Yusof (peguam pemerhati yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu).

Beliau berkata, ia adalah kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin kuasa perundangan kepada semua Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.
"Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang syariah di Malaysia.

Dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan yang mengikut hujahan pempetisyen, melangkaui kuasa berkenaan jenis kesalahan yang boleh diluluskan oleh Kerajaan Negeri, dalam ruang lingkup yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurut Tengku Maimun, mahkamah ingin menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang Islam, iaitu hudud, qisas dan takzir di mana hudud adalah hukuman yang ditentukan dan ditetapkan oleh Allah.

Beliau berkata, hukuman qisas adalah hukuman yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan dibalas dengan melukakan dan ia juga ditentukan oleh Allah.

Menurut Tengku Maimun, perbezaan antara hudud dan qisas ialah hukuman qisas hendaklah dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa di mana diyat iaitu pampasan atau ganti rugi adalah sebahagian daripada hukuman qisas.

Katanya, takzir pula adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan atau pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara hakim.


Sampai kat mulut lobai, habis konteks cerita kena spinnnn.


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 01:22 AM | Show all posts
Negeri lain pun ada enakmen syariah. Kenapa negeri kelantan sahaja yang ada masalah? Nampak mcm orang yg gubal undang-undang di kelantan di tak pandai buat kerja dan main syok sendiri sahaja. Itulah duduk bawah tempurung sekian lama dan tak bergaul dengan orang. Entah2 staff satu department pun ambil dari anak-beranak aje.

Kesalahan yang dibatalkan tu sudah bertindan dengan undang-undang di federal. Hanya kerana ia tiada di enakmen syariah negeri tak bermakna ia bukan kesalahan dalam undang-undang sivil.Masih tersabit salah jugak. Jadi apakah isunya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-2-2024 06:35 PM
Semoga bemanfaat..

Oo zaman Pas. Tpi yg kena maki gov sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 9-2-2024 10:43 PM
Yup
Pastu ustaz2 or lebai2 ni bleh plak
Post kat socmed konon hari hitam buat agama islam blabla

Diaorg lagi percyakan ustaz2 or lebai2 yg post tu. Walhal ada aje yg terang kan. Ada yg boleh terima ada yg tak. Sejenis tak faham kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 03:48 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 9-2-2024 04:32 PM
So cmne nak buat hudud kalau federal court zaman Madanon tu sendiri dah batalkan byk enakmen syariah ...

nak buat hudud libatkan perlembagaan. perlembagaan boleh ubah tapi dgn persetujuan 2/3. Ni yg pelik kenapa zaman PAS berkuasa tak cuba buat RUU hudud tu,.. RUU hudud tu dah sangat lama diperjuangkan, mesti dah ada segala blueprint atau hanya untuk kempen semata2...

Enakmen syariah tak terbatal, cuma dah tiada pertindihan.. macam kes peguam Asiah, dia ada ckp, pernah nak kena tangkap atas pertuduhan yg sama dari jabatan agama islam (syariah) dan PDRM (sivil)... pertuduhan tak boleh double jeopardy... last2 dia kata tak kena apa2 pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 03:49 AM | Show all posts
ultra78 replied at 10-2-2024 01:22 AM
Negeri lain pun ada enakmen syariah. Kenapa negeri kelantan sahaja yang ada masalah? Nampak mcm oran ...

sebab tu la seboleh2 nak menang, sbb sangat memalukan bila kalah.. tak kompeten.. main langgar syok sendiri je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-2-2024 09:25 PM
Tutup ja lah mahkamah syariah.

Takde keuntungan pun pada Islam. Ummat Islam pun ramai yang rasa ter ...

Tak boleh tutup jugak.

Mahkamah syariah ni sebenarnya ada peranan dia sendiri iaitu menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Contoh, kes judi, minum arak, khalwat etc. Benda2 ni tak jadi kesalahan bawah undang2 persekutuan. Lg bab nikah kawin. Klu x dak mahkamah syariah, melalak lobai nanti tak boleh nak berpoligami.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
hiii sory menyampuk. sy nk tnya komen2 ckp overlap dgn fed court tp contoh mcm "memabukkan" tu.. dlm fed court ada ke hukuman untuk org islam yg mabuk2?? sy xfhm la boleh jelaskan? fed court bukan xada ke pasal mabuk2 ni kecuali yang pemandu mabuk je?

hmm tolonglah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Betul ni...

Lg satu enakmen syariah terpakai utk muslim je...

Kalo lepas menutuh kambing, tiba nak didakwa... mamat tu mengaku murtad.... so BEBAS....


Mcm ayah pin dulu la... bila tangkap dia kata dia bukan islam
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 09:03 AM | Show all posts
mamarilia replied at 10-2-2024 03:49 AM
sebab tu la seboleh2 nak menang, sbb sangat memalukan bila kalah.. tak kompeten.. main langgar syo ...

Cara nak solve benda ni mudah sahaja. Pinda perlembagaan Malaysia untuk bagi lebih kuasa kepada undang-undang syariah. Waktu Abah & Ismail Sabri jadi Perdana Menteri takde dengar pulak effort kerajaan untuk pinda perlembagaan. Kalau mereka dah cuba tapi tak dapat sokongan MP PH maka dah lepas la tanggungjawab mereka. Sekarang ni bola di kerajaan perpaduan. Kita tengok Anwar serious atau tidak.Yang boleh pinda perlembagaan ni adalah kerajaan. Peguam hanya follow apa yang termaktub dalam perlembagaan. Bila perlembagaan dah tukar dan tiada lagi pertindihan, maka Nik Elin pun tak ada modal lagi nak lawan enakmen syariah. Root cause dia adalah ahli politik di malaysia yang tak berani untuk buat perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 09:12 AM | Show all posts
Edited by mamarilia at 10-2-2024 09:16 AM
ultra78 replied at 10-2-2024 09:03 AM
Cara nak solve benda ni mudah sahaja. Pinda perlembagaan Malaysia untuk bagi lebih kuasa kepada un ...

lepas kes ikiputra yg berlaku kat selangor, sultan selangor perasan dan PMX buat JKuasa utk semak dgn persetujuan majlis raja2.. aku rasa sbb tu juga timbalan menteri agama yg baru dilantik adalah bekas Timbalan Rektor/Dekan Fakulti Syariah dan Undang2 USIM. Aku rasa byk kes2 timbul (cth kes penggunaan nama Allah kat CD ke apa, tak ingat yg last2 government terpaksa tarik diri) .. yg ni tak silap PMX ada ckp, tarik diri sbb kalau lawan mmg akan kalah. perlembagaan tak pernah ubah/lapok, dah terlalu lama, kena ubah.. tapi tu la tak pernah dibincang dalam parlimen..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 2.083588 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list