|
[Lain-Lain]
FFM18 - Filem Cereka, Pelakon Lelaki & Pelakon Wanita
[Copy link]
|
|
Utusan Malaysia Hari ni. 18/07
Sepet rangkul enam anugerah
Oleh WANDA IDRIS
KUALA LUMPUR 17 Julai - Selain muncul Filem Terbaik, filem Sepet berjaya memenangi lima anugerah lagi pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Bagaimanapun Pengarahnya, Yasmin Ahmad gagal meraih kategori utama Anugerah Perdana iaitu Pengarah Terbaik apabila tewas di tangan Saw Teong Hin yang mempertaruhkan filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) yang disebut-sebut mampu membawa pulang banyak anugerah utama FFM18.
Namun, Yasmin berjaya meraih kategori Cerita Asal Terbaik menerusi filem Sepet yang menceritakan kisah cinta pemuda Cina dan gadis Melayu itu dengan mengalahkan saingan terdekatnya, Mamat Khalid (PGL).
Filem Sepet turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonan mantap Ida Nerina.
Malah hero dan heroin filem Sepet, Ng Choo Seong dan Sharifah Amani Yahya turut diangkat sebagai Pelakon Harapan Lelaki dan Wanita di samping memenangi kategori Poster Terbaik.
Biarpun gagal meraih beberapa kategori anugerah utama Anugerah Perdana, PGL yang menelan belanja sekitar RM20 juta membawa pulang lima anugerah.
Selain Pengarah Terbaik, filem terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. itu berjaya meraih kategori Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid/Saw Teong Hin), Skor Muzik Asal Terbaik (M. Nasir/Tan Yan Wei)dan Penataan Seni Terbaik (Hasnizar Ithnin).
Filem epik percintaan Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah itu turut menerima anugerah Innovative & Inspiring Film bagi sebuah penerbitan pertama.
Bagaimanapun, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, keputusan agak memeranjatkan apabila pelakon filem Di Ambang Misteri, Zamarul Hisham diumumkan sebagai pemenang menewaskan Rosyam Nor yang membawa tiga watak sebagai Nala, Rosli dan Legau filem Gangster, arahan Badaruddin Azmi.
Sementara itu, lakonan mantap Erra Fazira sebagai gadis kolej, orang gila dan orang tua berjaya memenangi hati juri untuk dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik mengalahkan antaranya Tiara Jacquelina (PGL), Nasha Aziz (Tak Ori Tapi OK), Norfazura Sharifuddin (Qaisy & Laila) dan Ning Baizura (Lady Boss).
Festival yang bertema Filem Malaysia Era Globalisasi itu turut mengangkat filem animasi, filem dokumentari dan filem pendek.
Filem Animasi dimenangi oleh Lim Kok Wing University College menerusi animasi Olsh manakala dokumentari bertajuk Temenggor-Biddervisity In The Face of Danger terbitan Novista Sdn. Bhd. membawa pulang anugerah dokumentari terbaik dan Dewa Panah terbitan University Teknologi Malaysia (UiTM) memenangi anugerah filem pendek terbaik.
Hadiah utama filem terbaik itu yang merupakan sebuah trofi disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Sementara itu, Yasmin ketika ditemui berkata, kemenangan filem tersebut adalah atas doa pelbagai pihak terutama peminat terhadap filem Sepet.
``Ramai yang mendoakan filem kita dari mula hingga sekarang.
``Malah kemenangan ini juga adalah berkat doa ibu bapa kerana saya menghasilkan skrip untuk menghiburkan mereka,'' katanya.
Sementara itu, Zamarul Hisham berbangga apabila usahanya selama 10 tahun dalam bidang seni lakon berbaloi dengan kemenangan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
filem feveret ku SEPET menang. yahuuuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by idolfan at 17-7-2005 09:55 PM:
macam sial je ERRA FAZIRA menang pelakon wanita terbaik untuk HINGGA HUJUNG NYAWA bodoh tuh!..berlakon dlm citer tu macam hampeh pon bleh menang..juri FFM18 yg pilih erra bangang!!!..
:setuju:
alah setakat bawak 3 watak tue dah kira baguslah tue.tapi yg paling aku terkejut zamarul hisham dpt award pelakon lelaki terbaik?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imf at 17-7-2005 10:10 PM:
SEPET MENANG FILEM TERBAIK FFM KE-18
:ah::clap::clap:
congrats utk sepet!!love sepet:love: |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIAN FILM FESTIVAL SUCKS!!
SEPET Filem Terbaik OK
AMANI & NG CHOO SENG PELAKON HARAPAN OK
PGL PENGARAH TERBAIK OK
IDA NERINA PEMBANTU OK
ZAMARUL HISHAM-PELAKON LELAKI TERBAIK :puke::puke:
ERRA FAZIRA PELAKON WANITA TERBAIK mengalahkan Tiara :geram::geram:
but anyway when u sent to FINAS u FINIS-there's nothing impossible. macam dulu Badul dan Raja Norbaizura menang pelakon lelaki dan wanita terbaik untuk filem OH FATIMAH:puke::puke:
Senyum je la tengok keputusan keputusan macam ni
Nasib baik tak buta hati pilih filem A.Razak Mohideen tu jadi filem terbaik:jeler:
Bersetuju sangat dengan Dr. hatta dalam MM selama-apa gunanya menganjurkan Festival Filem kalau dari 18 filem, hanya 3 saja yang boleh di shortlistedkan.
Orang Filem ramai yang suka berpesta.
I feel sorry for the producers yang menerbitkan Laila & Qaisy-RM2.3 million gone with the wind. Penonton filem Melayu tidak pandai menghargai karya yang bagus.
[ Last edited by Sofea on 18-7-2005 at 02:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
zamarul utk filem apa...??? mesti dia pun tekejut..wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nikotina at 18-7-2005 09:55 AM:
zamarul utk filem apa...??? mesti dia pun tekejut..wakakakaka
di ambang misteri tuh ... citer antu cina ... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
zamarul filem ambang misteri... |
|
|
|
|
|
|
|
habis...kalu bukan zamarul yg menang? sapa yg layak menang? x kan jehan miskin kot....Rosyam nor ker yg layak...oooo
Erra best apa lakonan dia dlm hingga ke hujung nyawa..begitu merangsangkan... |
|
|
|
|
|
|
|
antara artis yg hadir...
ifa .. mengandung...mungkin raya bersalin...

shanie

[ Last edited by seribulan on 18-7-2005 at 01:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jun

khai

* fonkamera...tak brapa clear.. |
|
|
|
|
|
|
|
mai n arash

ida nerina...riuh tol dier ni
 |
|
|
|
|
|
|
|
idham n eja..
 |
|
|
|
|
|
|
|
sultan melaka..adlin...gelap lak...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu Fatimah...tak renti cakap...
 |
|
|
|
|
|
|
|
result ni diamik dr lmn web ffm :
KATEGORI POSTER TERBAIK
PEMENANG: Sepet
KATEGORI FILEM PENDEK
1. Tasik
2. PIECES
3. Meroyan
4. Dewa Panah
5. Bandits Dream
PEMENANG: Dewa Panah (UITM)
KATEGORI ANIMASI
1. Grey Avenue
2. Qursany
3. OLSH
4. Reminiscence
5. The Evolution Issued As Settled
PEMENANG: OLSH (Lim Kok Wing)
KATEGORI DOKUMENTARI
1. Temengor
2. Sex Education
3. Afterlife: Soul Custodian
4. Birding Malaysia
5. Ikan Terubok
PEMENANG: Temenggor
KATEGORI PENGARAH FILEM TERBAIK
1. Saw Teong Hin (PGL)
2. Yasmin Ahmad (Sepet)
3. Badaruddin Hj Azmi (Gengster)
4. Prof Madya A Razak (Hingga Hujung Nyawa)
5. Silver Chong (Di Ambang Misteri)
PEMENANG:Saw Teong Hin (PGL)
KATEGORI LAKON LAYAR TERBAIK
1. Yasmin Ahmad (Sepet)
2. Badaruddin Hj Azmi (Gengster)
3. Yusof Kelana (Pontianak Menjerit)
4. Mamat Khalid & Saw Teong Hin (PGL)
5. Prof Madya A Razak (Hingga Hujung Nyawa)
PEMENANG: Mamat Khalid & Saw Teong Hin (PGL)
KATEGORI SINEMATOGRAFI TERBAIK
1. Indra Che Muda (Q&L)
2. Raja Mukhriz (Gangster)
3. Indra Che Muda (Pontianak Menjerit)
4. Omar Ismail (Sembilu 2005)
5. Vincent Lau (Di Ambang Misteri)
PEMENANG: Indra Che Muda (Pontianak Menjerit)
KATEGORI CERITA ASAL TERBAIK
1. Yasmin Ahmad (Sepet)
2. Mamat Khalid (PGL)
3. Badaruddin Hj Azmi (Gangster)
4. Aziz M Osman (Biar Betul)
5. Habsah Hassan (Qaisy & Laila)
PEMENANG: Yasmin Ahmad (Sepet)
KATEGORI PENYUNTING TERBAIK
1. S Rakesh (Gangster)
2. Raja Affandy (Sepet)
3. Salehan Shamsudin (Gerak Khas 3)
4. Salehan Shamsudin (Pontianak Menjerit)
5. Anan (Di Ambang Misteri)
PEMENANG: S Rakesh (Gangster)
KATEGORI PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
1. Abu Bakar Omar (HHN)
2. Radhi Khalid (Q&L)
3. Dato' Rahim Razali (PGL)
4. Harith Iskandar (Sepet)
5. Mazlan Pet Pet (GK3)
PEMENANG: Radhi Khalid (Q&L)
KATEGORI PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
1. Khatijah Tan (HHN)
2. Adibah Nor (Sepet)
3. Aida Nerina (Sepet)
PEMENANG: Aida Nerina (Sepet)
KATEGORI SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
1, M. Nasir & Tan Yan Wei (PGL)
2. Ayob Ibrahim (Q&L)
3. Johari Teh (Sembilu 2005)
4. Syed Mustaza (Pontianak Menjerit)
5. Shamril Saleh Geng
PEMENANG: M. Nasir & Tan Yan Wei (PGL)
KATEGORI PENATAAN BUNYI TERBAIK
1. Za Yusuf (Q&L)
2. Azman Abu Hassan (Gangster)
3. Hasmy Kamal (Pontianak Menjerit)
4. Hasmy Kamal (Sembilu)
PEMENANG: Azman Abu Hassan (Gangster)
KATEGORI PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
1. Tengku Nurnatasha (Qaisy & Laila)
2. Raja Fiqri (Kemarau Cinta)
3. Shawn Lee Tanxian (Ahlok Kafe The Movie)
4. Adik Nurlisa (Gangster)
PEMENANG:Shawn Lee Tanxian (Ahlok Kafe The Movie)
KATEGORI PENATA SENI TERBAIK
1. Hasnizar Isnin (Puteri Gunung Ledang)
2. Najib Noh (Qaisy & Laila)
3. Azwan Aziz (Gangster)
4. Faizal Yusuf (Sembilu 2005)
PEMENANG: Hasnizar Isnin (Puteri Gunung Ledang)
KATEGORI PELAKON HARAPAN LELAKI
1. Vincent Chong (Sembilu 2005)
2. Ng Choo Seong (Sepet)
3. Jehan Miskin (Qaisy & Laila)
4. Farid Kamil
5. Ako Mustapha (Cinta Luar Biasa)
PEMENANG: Ng Choo Seong (Sepet)
KATEGORI PELAKON HARAPAN WANITA
1. Misha Omar (GK3)
2. Sharifah Amani (Sepet)
3. Zarina AF3 (Cinta Fotokopi)
4. Puspa Narayan
5. Darling Ngasri (SH3)
PEMENANG:Sharifah Amani (Sepet)
KATEGORI LAGU TEMA ASAL TERBAIK
1. Bagai Sakti
2. Warkah Buatmu Laila
3. Long Chi Sam Seng
PEMENANG: Warkah Buatmu Laila (Qaisy dan Laila)
KATEGORI ANUGERAH KHAS JURI
1. Anugerah Khas Juri (Filem Box Office) - Gangster
2. Anugerah Khas Juri (Bakat Berpotensi) - David Moggie
3. Anugerah Khas Juri (Kesan Khas) - Gangster
4. Anugerah Khas Juri (Epik Inovatif yang Pertama) - Puteri Gunung Ledang
5. Anugerah Khas Juri (Pencapaian Antarabangsa) - Osman Ali
6. Anugerah Khas Juri (Artis Veteran) - A Bakar Ali (Jurukamera)
KATEGORI PELAKON LELAKI TERBAIK
PEMENANG: Zamarul Hisham (Di Ambang Misteri)
KATEGORI PELAKON WANITA TERBAIK
PEMENANG: Erra Fazira (Hingga Hujung Nyawa)
KATEGORI FILEM TERBAIK
1. Puteri Gunung Ledang
2. Sepet
3. Gengster
4. Qaisy & Laila
5. Pontianak Menjerit
PEMENANG: SEPET |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harisbee at 18-7-2005 01:25 PM:
habis...kalu bukan zamarul yg menang? sapa yg layak menang? x kan jehan miskin kot....Rosyam nor ker yg layak...oooo
Erra best apa lakonan dia dlm hingga ke hujung nyawa..begitu merangsangkan...
..merangsang kan..tapi tak leh kalah kan tiara .... aku bukan nak backing tiara :no: sbb aku tak minat pun kat dia ni tapi kalau nak compare lakonan tiara dan erra .... tiara better..... :gila::gila: mmg tak best dah sekarang festival filem ni...
aku teringat zaman masa sekolah dulu time tu zaman menang ogy .... masa tu aku rasa lagi happening...semua rakyat mesia tunggu je....sekarang ni cam tak de apa2 dah...nothing :siok:
suka dulu lagi....berquality :bodek: |
|
|
|
|
|
|
Wizzling This user has been deleted
|
It is about time Zamarul Hisham menang anugerah. Dier tu pelakon versatile. Ni balik2 korang nak jugak pelakon yg harapkan "popular" yg tidak berapa talent. Untuk apa?
Persembahan semalam tu hampeh habis. Mula2 hantu dier best tapi hujung2 cham tu jer. Sama jer cham ceta hantu panggung, hujung, stupid saja nak di tunggu. Tak ader climax!
tapi Wiz sokong Sepet dapat! :bodek: boleh di DVD kan sudah ke?
[ Last edited by Wizzling on 18-7-2005 at 04:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hanya kerana seseorg dpt pelakon harapan tidak layakkah dia utk dpt pelakon terbaik...????
ada ker zamarul hishammmmm....??? zamarul mmg versatile...tapi dia dinilai dlm filem tu............ahhhhh aper2 ntah..
erra tu pun tak layak.....iskkkk mengong apa juri |
|
|
|
|
|
|
| |
|