|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
dani-rox replied at 14-9-2016 03:21 AM
Kes 'Pontianak Atlas' (the Atlas Vampire)
Seram sungguh....dahsyat2 gak pembunuhan dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan tanah, thread yang sangat menarik
Teruskan usahamu menterjemah cerita misteri ke dalam bahasa Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pembunuhan kejam kt negara omputeh. I is scary |
|
|
|
|
|
|
|
haa.. ye.. apa2 surface yang ada reflection kena tutup.. pasal apa tah tak penah pulak aku tanya masa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
cfa replied at 14-9-2016 02:43 PM
haa.. ye.. apa2 surface yang ada reflection kena tutup.. pasal apa tah tak penah pulak aku tanya m ...
Theyols xnak soul si mati terperangkap dlm cermin, jadi hantuuuuuu~
ni kata mama iols ok |
|
|
|
|
|
|
|
ohh.. macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
member india aku lak bgtau, ia sekadar menghormati jenazah. tak mau la yg datang melawat tu dok belek2 cermin, belek2 bingkai gambar tak beri tumpuan kat jenazah tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Best TT
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA scary betul...
kapak kepala sampai hancur... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks you tt sbb bersusah payah carik artical dan siap terjemah sekali tu, mmg seronok iollss baca case unsolved mcm ni, iolsss mmg suka tgk channel astro 732 (CI) pasal kes pembunuhan ni, ada yg x settle ada yg settle case, tp tulah kat oversea banyak betul rumah2 tua mcm ni, sbb tu banyak yg berhantu. xsabar nk tunggu tt hupdate cite baru. kalo tt tgk channel 732 tu banyak gak case murder yg menarik. contohnya cite murder make me famous tu, ada case murder natalie hollaway, laci petterson, mcm2 lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas kata2 dorongan kalian semua. hihihiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkira rasanya kes2 pembunuhan kejam kat US. Mungkin sbb dia org awal maju drpd kita jd pemikiran pon advance nak bunuh manusia yg lain dlm cara yg sadis. Ha'ah... kita org sefamily suka tengok Ghost Adv. Rumah Villisca tu pon pernah disiasat oleh Zak Bagan and the gang. Dia org siap rekod lg suara EVP pembunuh yg mengaku bunuh 6 org budak katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt.. Anything about black dahlia and the zodiac killer? Sampai sekarang tak tahu siapa zodiac killer tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bole gak masuk dlm list... coming soon Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup bukti.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 15-9-2016 07:41 PM
bole gak masuk dlm list... coming soon Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup ...
Pernah tengok video buzzfeedblue unsolved case rasanya pasal zodiac killer n black dahlia. Pasal rapper kena bunuh tu pon da... Tt bole la tengok kalau nak buat next idea |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Thanks aimie
|
|
|
|
|
|
|
|
menariknya TT! iols suka tengok buzzfeed unsolved mysteries
paling seram bg iols kes somerton man dgn episod man in black |
|
|
|
|
|
|
|
KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case)
Dua kematian dalam satu kejadian ganjil telah berlaku di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1966. Sehingga kini kematian mereka dianggap sebagai unik dan tiada siapa yang boleh memberikan penjelasan yang tepat dan logik mengenainya.
Pada 17 Ogos 1966, dua pekerja membaiki elektronik dari Campos dos Goytacazes menaiki bas ke bandar, memberitahu keluarga bahawa mereka ingin pergi membeli barangan untuk kerja dan juga membeli kereta terpakai. Lelaki-lelaki itu - Miguel Jose Viana and Manoel Pereira da Cruz, kemudiannya singgah di sebuah bar untuk membeli sebotol air. Penjaga bar yang menceritakan semula kepada pihak polis, perasan akan Miguel yang kelihatan terburu-buru dan gelisah sambil melihat jam tangannya. Itulah kali terakhir dua sekawan itu dilihat masih hidup.
Tiga hari kemudian, seorang pemuda Jorge Costa Alves sedang bermain laying-layang di Bukit Vintém (Morro do Vintém) apabila dia menemui mayat kedua-dua lelaki itu, dan dia lantas menghubungi pihak berkuasa. Polis dapat mengesan tempat terakhir Miguel dan Manoel dilihat dan menemui pelbagai barang pada tubuh dan sekeliling mayat mereka. Kedua-duanya berpakaian kemas – iaitu ‘suits’ dan kot kalis air. Selain itu, mereka memakai topeng diperbuat dari ‘lead’ (plumbum) tanpa lubang mata, seolah-olah dipakai bagi mengelak daripada pancaran radiasi.
Di tempat kejadian itu juga, terdapat sebotol air, satu paket plastik mengandungi dua tuala basah dan buku nota. Buku nota itu menambahkan lagi kekeliruan bagi para penyiasat. Dengan tatabahasa yang tunggang langgang, di dalamnya tertulis; "16:30 estar no local determinado. 18:30 ingerir cápsulas, após efeito proteger metais aguardar sinal mascara" (16:30 berada di lokasi spesifik yang telah diberitahu. 18:30 telan kapsul, selepas efek lindung topeng metal tunggu isyarat). Wang untuk pembelian kereta pula tidak ditemui.
Beberapa autopsi telah dilakukan beberapa hari selepasnya, namun ini juga tidak memberikan jawapan yang dicari oleh pihak polis. Tiada kecederaan dan tiada apa yang ditemui pada mayat-mayat mangsa yang boleh diklasifikasikan sebagai penyebab kematian mereka. Kemungkinan besar kapsul yang ditelan memainkan peranan. Dikatakan dalam hal-hal sebegini ujian toksikologi adalah normal, tetapi tidak dijalankan pula dalam kes ini. Kenapa? Menurut polis, jabatan koroner sangat sibuk sehingga organ-organ mangsa dibiarkan mereput begitu saja – Seterusnya menghilangkan apa saja sisa-sisa racun atau bahan asing yang tinggal.
Akhirnya para penyiasat dan orang ramai yang berminat mengenai kes ini mengemukakan beberapa teori – Miguel dan Manoel bertemu dengan seseorang berkaitan dengan bahan radioaktif, mereka sedang melakukan eksperimen, juga mungkin mereka ditipu dan dibunuh kemudian dibuang di bukit tersebut. Mangsa-mangsa juga dikatakan mungkin sedang menunggu untuk menaiki sebuah kapal angkasa.
Fakta menarik:
- Seorang rakan kepada kedua-dua lelaki itu menyatakan bahawa Miguel dan Manoel adalah ahli satu kumpulan ‘scientific spiritualists’ – Mereka percaya penggunaan dadah membolehkan mereka menghubungi makhluk asing atau roh. Topeng itu pula bagi melindungi mata mereka daripada cahaya yang sangat terang benderang ketika ‘mencari’ makhluk-makhluk tersebut.
- Penulis yang mengkaji kes ini, Jacques Vallee mendapati walaupun beberapa tahun selepas kejadian itu berlalu, rumput tidak tumbuh lagi di tempat mayat-mayat itu berada.
- Bukit Vintém pernah jadi tumpuan kerana dikenali sebagai hotspot untuk UFO. Penduduk-penduduk di situ mendakwa selalu melihat kapal-kapal angkasa yang pelik terbang dan mengelilingi bukit tersebut.
Sumber wiki, website 1 & website 2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|