CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: suwiiittt

Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC)

  [Copy link]
Post time 28-9-2009 10:21 PM | Show all posts
taru, ko org selangor/kl ke? ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 01:11 AM | Show all posts
569# CikBurungAntu

cikburungantu bleh call dca tanya pasal surat tu...
org kedah pun dah dpt surat, tkkan area central pun surat tk smpai lg...

pada hemat wa, surat sehelai tu takde ape significant pun...
just surat pemberitahuan:

1. lapor diri pada 4th Jan.
2. surat tawaran jabatan akan dihantar kemudian.
3. kursus 'area control' & 'radar approach' selama 66 minggu di akademi penerbangan malaysia (tk bagitau plak akademi tuh katne??)

mungkin byk pertanyaan masuk dca pasal di atas, tu yg die kuar kn surat pemberitahuan tu sbab surat tawaran sebenar lmbt lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:16 AM | Show all posts
taru, ko org selangor/kl ke? ;)
CikBurungAntu Post at 28-9-2009 22:21


menyewa/keje kat s.alam, tp parent kat seremban...
awat... mau carpool ka??
kite kumpul kat r&r dengkil...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:25 AM | Show all posts
salam semua..
sy baru jmp forum ni masa search atc..

so bape ramai dapat ATC ada kat sini?
sudilah kenal2 and bg tunjuk ajar... =)
shah333 Post at 27-9-2009 01:26


w'salam...
jemput2 masuk...
buat cam umah sendiri... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 07:01 AM | Show all posts
wah da plan nak gerak semua da..hehe bagusnye..

erm..tapi kan, perlukah aku risau sebab aku still tak dapat lagi surat tu?
seriously semua kat sini da terima surat tu ke???

ari2 check postbox c ...
CikBurungAntu Post at 28-9-2009 22:08


aku area slgr gak.. tp dh terima surat tu smggu sblm raya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 07:02 AM | Show all posts
w'salam...
jemput2 masuk...
buat cam umah sendiri... huhu...
taru Post at 29-9-2009 01:25


TQ...TQ..

aku dari serdang...x dpt join kumpul kat r&r dengkil....sbb dkt ikut jln dalam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2009 08:29 AM | Show all posts
askum,

sy nk tny kawan2 kat sini.sy dah lulus voice test (utk A29) baru2 ni. nnt utk interview soalan ape yg biasa ditanya? sudilah kiranya kawan2 kat sini share tip dgn sy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 11:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by fantomette at 29-9-2009 11:11

575# BeeHaa


Cube belek2 post sblm2 ni. Insya-allah ade soklan2 tu. tp, ikut org, lain soklannye. tambah2 plak, kalo tetiap ari, bukan interviewer yg sama. tp, kene tau la hal2 semasa. kalo boleh, selain dr H1N1. sbb sy kene aritu psl tu la. die xmo psl H1N1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 12:04 PM | Show all posts
553# taru

Salam, aloo bro taru...ko org second last intebiew kat semban ek?haha aku la yang paling last...ko igt aku lg?aku pun dapat gak pktu ni...see u at sepang bro..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:37 PM | Show all posts
537# ekod79
ekod79..
merujuk kepada ex-ATC yg aku g jumpe smlm..
dia ckp academy kita tu sblh F1..
next time ada event kat F1 tu leh la kita gi ramai2.. hahahahaha
white_ninja Post at 21-9-2009 19:12


kwn ko da berenti ATC ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 02:23 PM | Show all posts
553# taru

Salam, aloo bro taru...ko org second last intebiew kat semban ek?haha aku la yang paling last...ko igt aku lg?aku pun dapat gak pktu ni...see u at sepang bro..
poie Post at 29-9-2009 12:04



pergh ape tk igt plak...
lu yg dr johor ke palong ke seremban tu kan...
kite sembang punye lama menunggu giliran...
lu sempat solat jumaat tk lpas interview tu... huhuhu...
wa pun sipi2 je... smpai umah wa kat senawang dah kul 1 lebih...
igt nak poteng tp pikir balik kang tak berkat plak interview wa, bergegas wa pegi... huhu...

caya lah bro...
tahniah... kite jumpa kat sepang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 02:42 PM | Show all posts
askum,

sy nk tny kawan2 kat sini.sy dah lulus voice test (utk A29) baru2 ni. nnt utk interview soalan ape yg biasa ditanya? sudilah kiranya kawan2 kat sini share tip dgn sy.
BeeHaa Post at 29-9-2009 08:29


Ada 2 interviewer, sorang dr SPA and sorang lg dr DCA. yang SPA akan interested ttg current issues and your contribution to society... active berpersatuan... kalau persatuan masa kat sekolah or U dulu tak diambil kira... 2nd interviewer pulak from DCA akan tanya yr knowledge about ATC... search aje articles DCA kat googles, ada banyak... interviewer akan impressed kalau you tahu banyak pasal ATC... menunjukkan minat kita about the job. Finally, mesti confident masa jawab soklan2 tu, jawab dengan terang dan jelas, jangan teragak2 or takut, just relax... InsyaAllah, kalau rezki tak kemana. Good Luck!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 03:04 PM | Show all posts
ok dpt dah surat semlm baru terima...baru tenang kit rasa nak submit resign letter,,,,dah submit pun kemarin....sepang!! im cominggggggg

bro taru!
mana pulak bw baldi masuk flight. aku nak tau, sebab aku tak biasa dekat area sepang tu...anyone pls...
1) berapa minit dari LCCT/KLIA ke MAVA?
2) mana hotel yang paling dekat dgn MAVA?
3) agak2 dari MAVA tu nak gerak ke mana2 ada tak teksi atau bas ke?
4) kalau ada gambar MAVA tu kasi2 lah show kat forum ni. aku nak tau gambaran tempat nak stay utk 66 minggu akan dtg.
5) ada org swak ke dlm forum ni????anyone????boleh konvoi ramai2 naik flight (AA atau MAS) sampai kat sepang airport sama2. lebih afdal naik flight sebab benda besi itu lah kita nak control nnti.
Thank you for your information.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 04:28 PM | Show all posts
582# zugly

Cepatnye tender resignation.... notis berapa lama?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 05:02 PM | Show all posts
583# AbangBoss
notis 3 bulan. effective 1st oct 09. last day 31st dec 09. 2nd jan 10 dtg sepang 4th jan 10 bermula lah kerjaya baru. see you all there!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 06:54 PM | Show all posts
583# AbangBoss
notis 3 bulan. effective 1st oct 09. last day 31st dec 09. 2nd jan 10 dtg sepang 4th jan 10 bermula lah kerjaya baru. see you all there!
zugly Post at 29-9-2009 17:02


samalah kita...notis 3 bulan gak... baru hanta td..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 07:01 PM | Show all posts
ok dpt dah surat semlm baru terima...baru tenang kit rasa nak submit resign letter,,,,dah submit pun kemarin....sepang!! im cominggggggg

bro taru!
mana pulak bw baldi masuk flight. aku nak tau, s ...
zugly Post at 29-9-2009 15:04


1. klu LCCT ke litar sepang ~ few minute only
2. hotel : tune hotellah agaknya paling dkt..LCCT
3, 4 & 5 : tak tahu and tiada pic. plan nk g jalan2 tgk area tu next month...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 11:27 PM | Show all posts
561# marilyn_mansun  

wah, dah tiga org SP kat cni.. kalau tau awal2 dah ajak korang datang raya rumah saya.. marilyn_mansun perempuan ek?

JaJa84 Post at 25-9-2009 21:14


Bagitau la umah kat ner ler le gi raya.... raya sebulan x abis lagi....
Mansun ni guy lah.... nama pun ala2 marilyn manson tuh... minat music dier jerrr...

Yang x dapat dapat surat lagi bersabar yer...mansun pun dapat surat raya ke-empat... postman pi sambung cuti raya kot...
Isu kandungan dia sama as kawan2 len bagitau...confirm.

haiiii saper yang dah antar surat bezz la yer... dah ringan beban rasanyer, mesti boss dah sibuk cari pengganti...mansun ni 1 bulan notice...ujung bulan 11 baru nak antar....

Sabar2......sabar separuh daripada iman...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:57 PM | Show all posts
Jgn lupa beli newspaper utusan malaysia hari ini (30 sept 09) ada sisipan akhbar "Pengawal Trafik Udara". Aku nampak kat utusan online (www.utusan.com.my).
Aku pun belum tgok lagi artikel tu... belum beli newspaper lagi. Boleh juga dptkan info & gambaran keja baru tu nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:49 PM | Show all posts
baca online pun ada



Mengelak tragedi di udara
Lesennya cukup besar, tanggungjawabnya juga sungguh berat dan lebih berkuasa daripada seorang juruterbang. Bahkan, arahan mereka harus diikuti dan juruterbang yang ingkar boleh digantung lesen penerbangannya.

Tugasnya termasuk memberi arahan dan kebenaran kepada pesawat-pesawat bagi tujuan mengelakkan perlanggaran di udara dan di bumi serta mengatur trafik udara dengan selamat, teratur dan pantas.

Seberat tugasnya, berat juga kursus yang harus diambil bagi melayakkan seseorang menjadi Pegawai Kawalan Trafik Udara. Kursus yang memakan masa tiga tahun itu benar-benar menguji kesabaran, ketahanan dan komitmen seseorang dalam mengharungi impian bagi menjawat jawatan tersebut. Tidak ramai yang sanggup meredahnya dan ramai hanya sekadar berjaya di separuh jalan.

Begitu juga dengan kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang pegawai itu dibenarkan bekerja di posisi tertentu, kefasihan berbahasa Inggeris dan sihat fizikal dan mental tanpa obesiti, rabun atau gayat.

Maka yang tinggal ialah individu yang terbaik dan sanggup menghadapi cabaran serta mempunyai tahap kecekapan yang tinggi bagi mengendalikan pergerakan penerbangan dengan cekap tanpa mengancam keselamatan sebagai pegawai kawalan trafik udara.

Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur yang terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), merupakan nadi pusat kawalan untuk seluruh negara.

Pusat ini juga telah menjadi rumah kedua bagi empat wanita gigih yang merupakan antara 14 peratus pegawai kawalan trafik udara wanita di seluruh negara yang seolah-olah 'penjaga nyawa' kepada mereka yang berada dalam pesawat.

Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Jabatan Penerbangan Awam yang juga approach radar controller, Wan Fadhilah Wan Zainal Abidin, 42, memberitahu, selain bertugas di unit sumber manusia, beliau turut menjalankan tugas kawalan trafik udara sekiranya terdapat kekurangan kakitangan.

Bertindak sebagai approach radar yang setakat ini hanya disandang oleh lima orang wanita, adalah satu tugas berat dan berbahaya. Tugasnya menjalankan pengawasan radar kepada pesawat-pesawat yang berlepas dari dan akan mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), SAAS dan Sepang atau pesawat-pesawat yang melalui ruang angkasa di bawah jagaan.

"Selain itu, saya juga menentukan slot masa bagi pesawat-pesawat yang ingin berlepas jika keadaan memerlukan dan sentiasa membuat pemeriksaan atau kesesuaian dan perhatian ke atas video map.

"Untuk duduk di approach radar, bukan calang-calang orang, hanya yang berkeyakinan, berani, pemikiran cepat, pandai mengawal situasi dan tidak teragak-agak membuat keputusan. Ini kerana merekalah mengawal pergerakan kapal di kedudukan tengah turun dan naik iaitu di paras 3,000 kaki hingga 14,000 kaki.

"Untuk sampai ke jawatan ini, sekurang-kurangnya mempunyai 10 tahun pengalaman dan telah mendapat kelima-lima lesen pegawai kawalan trafik udara iaitu Aerodrome Control Rating, Approach Control Rating, Area Procedural Rating, Area Radar Rating dan Approach Radar Rating.

"Dahulu saya bercita-cita menjadi juruterbang, tetapi rupa-rupanya jawatan yang disandang ini lebih berkuasa daripada juruterbang.

"Jika juruterbang tidak ikut arahan pegawai kawalan trafik maka laporan akan dibuat dan jika didapati bersalah, lesen juruterbang berkenaan akan ditarik. Ini kerana mereka tidak mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa," kata bekas tutor Universiti Malaya ini.

Tambahnya, seseorang pegawai kawalan trafik jua harus tidak berada dalam keadaan stres. Segala tekanan sama ada dengan keluarga atau lain-lain harus diselesaikan sebelum memulakan kerja.

Ini kerana pekerjaan yang dilakukan melibatkan nyawa orang dan sudah tentu keputusan yang baik tidak dapat dilakukan jika fikiran bercelaru.

Sementara itu seorang lagi area radar controller wanita, Rahayu Ali, 37, menyifatkan jawatan yang disandang sejak 12 tahun lalu itu cukup mencabar.

"Bukan sekadar kursus tetapi kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang itu bertugas serta kefasihan dalam berbahasa Inggeris benar-benar menguji kesungguhan seseorang untuk terus mengabdikan diri dalam kerjaya ini.

"Kemalangan udara adalah risiko utama dalam kerjaya ini sekiranya berlaku kecuaian di peringkat pegawai kawalan trafik udara dan juruterbang. Bukan sekadar satu dua nyawa tetapi ratusan.

"Justeru sebagai area radar controller yang berkomunikasi dengan juruterbang bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertembungan pesawat di udara, percaturan kedudukan pesawat dan komunikasi yang lancar dan tepat sangat penting.

"Bertugas hanya berpandukan video map tanpa melihat sebenarnya kedudukan pesawat seperti mana di menara kawalan, lebih mencabar kerana kami perlu merancang susunan trafik dengan pantas dan cekap tanpa mengancam keselamatan dengan mengambil kira keadaan cuaca dan alat bantu penerbangan yang sedia ada.

"Penyampaian arahan kepada juruterbang juga perlu terang dan tepat malah segala penerangan dan informasi bagi tujuan keselamatan mengendalikan pesawat harus disediakan oleh area radar controller,'' katanya.

Ketangkasan

Menurut graduan pengurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia yang menjaga sektor lima iaitu kawasan Pekan, Pahang dan ke atas, Ho Chin Minh, Bangkok, Manila dan Macau, perebutan untuk mendarat dahulu oleh pesawat sering berlaku.

"Menjadi tugas kami untuk menyelesaikan perkara ini dengan menyusun trafik mengikut jenis dan besarnya sesuatu pesawat. Justeru itu, selain mengawal trafik, pegawai harus tahu setiap ciri pesawat yang dikendalikannya.

"Ketangkasan pegawai harus ada kerana dalam masa setengah atau satu jam sekurang-kurangnya 15 pesawat memerlukan bantuan pegawai sama ada untuk berlepas, mendarat atau melepasi ruang angkasa.

"Cuaca buruk kadangkala menyebabkan juruterbang tidak mengikut arahan. Sehubungan itu, area radar controller perlu fleksibel, kreatif dan mempunyai pelan B dalam membetulkan keadaan.

"Inilah perlunya pengalaman, semakin lama seseorang itu bertugas, semakin pantas dia dapat menyelesaikan masalah tersebut,'' kata wanita kelahiran Batu Pahat, Johor.

Sementara itu Azah Fauziah Ariff, 30, yang bertindak sebagai area procedural controller menganggap tanggungjawab yang diserahkan kepadanya begitu besar dan memerlukan pengorbanan bukan sahaja masa tetapi tenaga bagi melayakkan beliau menyandang jawatan tersebut.

"Sebagai area procedural controller, saya menjalankan koordinasi dengan kawalan penerbangan FIR jiran dalam sektor 1 yang melibatkan Bangkok, Jakarta, Butterworth dan lain-lain.

"Saya harus pastikan kawalan penerbangan yang dituju oleh pesawat, contohnya dari Kuala Lumpur ke Bangkok, menerima perincian mengenai ketibaan pesawat tersebut.

"Justeru ia berbeza dengan area radar controller yang berhubung terus dengan juruterbang sedangkan saya berhubung dengan kawalan penerbangan berdekatan,'' kata graduan Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia ini.

Anak jati Kuala Lumpur yang baru mendirikan rumah tangga ini memberitahu, seseorang yang telah memasuki kerjaya ini harus pandai membahagikan masa dan mempunyai pasangan yang memahami.

"Ini kerana keadaan syif yang sungguh berbeza daripada kerjaya yang lain. Contohnya, mula bekerja 1 petang hingga 7 malam hari Isnin, 7 pagi hingga 1 petang (Selasa) dan bersambung 7 petang (Selasa) hingga 7 pagi (Rabu). Cuti diberi setelah dua hari bekerja, ini bermakna cuti Rabu dan Khamis,'' ujarnya yang tidak menyangka terpilih ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menjawat jawatan ini daripada 10 pilihan yang lain beberapa tahun lalu.

Bagi aerodrome controller yang bertugas di menara kawalan, Rohaya Jemali, 47, tugasnya agak berbeza dengan pegawai di bilik radar.

"Ini kerana bertugas di menara, kita nampak kelibat pesawat dan mengetahui jarak pandangan dan keadaan persekitaran.

"Justeru itu, saya harus menentukan paras bawahan yang boleh digunakan serta membuat jangkaan masa pesawat-pesawat dibenarkan mendarat dan memulakan tindakan mencari ke atas pesawat-pesawat yang terlewat dari jangkaan.

"Misalnya, pesawat latihan yang dijadual tidak tiba atau tidak mengikut arahan. Bahkan kami juga akan menyampaikan maklumat-maklumat kajicuaca yang difikirkan perlu kepada semua pesawat di udara di dalam ruang angkasa di bawah bidang kuasa.

"Kami juga akan meneropong pesawat yang menghadapi masalah seperti masalah teknikal, tayar tidak turun, kehabisan minyak dan lain-lain. Sebaik sahaja pesawat mendarat, pihak bomba, harus dipanggil dan jika ada orang sakit di dalamnya, ambulans akan dikerah datang,'' katanya yang telah hampir 13 tahun bekerja di menara kawalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.310509 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list