|
[Tempatan]
RENTETAN SIDANG MEDIA DR AGUS DAN WAHAB - Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
[Copy link]
|
|
Betul ke edit? Tkde ke kt sini yg tau fake or ori? Tkleh tgk lama2 lah i geli..mula2 tu tk fhm..tp ada yg kt tiktok tu siap ada tulisan..baru fhm dia ckp apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2023 09:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (kanan) bercakap kepada media sewaktu mengadakan sidang media khas di Bangi baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas ketua pengarahnya, tidak membantu siasatan polis ketika ini kerana bimbangkan keselamatan diri.
Peguamnya, Faizal Rahman, berkata ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menggesa Wahab tampil membantu siasatan polis, anak guamnya bimbang dia "dicari" dua kumpulan individu di rumahnya.
"Satu kumpulan mendakwa sebagai anggota polis berpakaian biasa, tetapi mereka enggan menunjukkan kad kuasa.
"Kumpulan lain mendakwa dari parti politik. Kedua-dua kumpulan itu mencurigakan," katanya seperti dilaporkan oleh portal FMT.
Faizal berkata, sehingga kini identiti sebenar mereka yang mencari anak guamnya itu tidak diketahui.
Sebelum ini, klip video memaparkan perbualan lucah, seorang lelaki mirip bekas ketua pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan Wahab, selepas timbul spekulasi Agus akan melepaskan jawatannya.
Polis sedang menyiasat video itu yang mana Agus dan Wahab mendakwa ia disuai pinda.
Mohammad Agus berkata, beliau sudah mendedahkan kepada polis identiti individu di sebalik klip video itu – seorang digelar "Mr H".
Dia juga membuat laporan polis berhubung klip video penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan laporan awal polis dan maklumat peribadinya.
Faizal juga dilaporkan oleh FMT sebagai berkata, Wahab tidak akan membuat laporan berhubung kumpulan yang mendekatinya sementara menunggu siasatan polis terhadap "Mr H" serta laporan kedua Agus mengenai kebocoran laporan asalnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2023 09:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 22-11-2023 09:59 PM
sharlenetexas replied at 22-11-2023 09:55 PM
Mana thread apmm?
Kalo buka thread tu konpem ada orang spam gambar *****. Geli lah. Plus vvip kan better jgn buka... |
|
|
|
|
|
|
|
Manisss muka wahab patut acik gajus terpikat meoww |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2023 10:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 wahab mesti tanya kenapa bos dia cakap mcm tu…dia kurang kasih sayang ye ayah… |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2023 11:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff hari ini, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.
Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
"Beliau tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklum kemudian," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.
Hari ini, Razarudin dilapor berkata tiga individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-11-2023 07:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tanpa mendedahkan masa dan tempat "Mr H" dipanggil, Razarudin berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan pada hari ini.
Tanpa mendedahkan masa dan tempat "Mr H" dipanggil, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi.
Selain itu, beliau juga meminta Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani digesa tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.
Razarudin berkata demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini hari ini.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kes gangguan seksual melibatkan ketua pengarah sebuah agensi keselamatan, Razarudin berkata polis telah selesai mengambil keterangan daripada pegawai kanan penguat kuasa yang terlibat.
"Akan ada dua atau tiga lagi saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.
Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa pertemuannya dengan individu terbabit pada November lepas adalah berkaitan cadangan pelaburan dan kewangan.
Sejak pertemuan kali pertama itu, individu terbabit didakwa telah mengganggu mangsa menerusi perbualan dan kandungan gambar serta video lucah.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2023 06:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani. - Foto BH
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh hari dipanggil, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, masih belum tampil kepada pihak polis.
Setakat tengah hari tadi, Wahab masih gagal untuk tampil bagi membantu siasatan polis berhubung siasatan kes fitnah berhubung penularan rakaman video perbualan lucah membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Wahab.
"Meskipun sudah dipanggil untuk membantu siasatan, Wahab masih belum tampil untuk membantu polis berhubung siasatan kes berkenaan.
"Kita menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya namun telefon bimbit miliknya dimatikan," katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, tindakan polis mengesan Wahab melalui peguamnya juga menemui jalan buntu selepas lelaki berusia 33 tahun itu turut tidak menjawab panggilan.
Justeru saya meminta kepada Wahab untuk segera tampil untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan sekaligus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera.
"Maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting sekaligus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan," katanya.
Sebelum ini dalam satu sidang media di sebuah hotel pada di Bangi, Wahab mendedahkan tindakannya merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.
Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan bahawa pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu Mohammad Agus, individu yang dikatakan Mr H dan pekerja hotel lokasi sidang media diadakan.
Mohd Shuhaily berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajat kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau sabit pulak apa hukumannya |
|
|
|
|
|
|
|
so, sampai skrg tiada siapa yg dapat sahkan identiti Mr H? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-11-2023 09:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengarahnya merakam video adalah individu sama dipanggil polis.
Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Wahab, 33, mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu.
"Pada hari ini kita (Wahab) mengesahkan individu (yang didakwa sebagai 'Mr H') yang dipanggil polis sebelum ini (adalah) orang yang sama.
"Pihak polis sebutkan sebelum ini Wahab cuma perlu tampil dan memberi pengesahan identiti 'Mr H' dan ia dah dipenuhi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.
Pada 17 November lalu, Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai 'Mr H'.
Bagaimanapun, Wahab mendakwa video itu telah disunting sebelum ia disebarkan dan tular di media sosial.
Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.
Wahab terdahulu tiba di Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi sebelum tamat rakaman percakapan pada jam 2.30 petang.
Faizal memberitahu, Wahab hadir memberi keterangan sebagai saksi berikutan laporan yang dibuat Mohammad Agus sebelum ini.
Ditanya lanjut tentang identiti Mr H pula, Faizal mengesahkan pegawai itu masih lagi bertugas di J-KOM namun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, menurutnya, keadaan Wahab yang dilaporkan mengalami kemurungan sebelum ini sudah sedikit stabil tetapi masih memerlukan bantuan perubatan.
Kata beliau, Wahab juga akan membuat laporan polis terhadap Mr H dalam masa terdekat.
“Wahab akan buat laporan polis sama ada esok atau lusa, tidak dijangka di (balai polis) mana namun dijamin (kes ini) akan selesaikan secepat mungkin.
“Dia (Wahab) masih lagi dalam ketakutan, tetapi keadaannya stabil,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2023 09:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2023 09:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Razarudin berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melengkapkan siasatan kes klip video perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusof sebelum keputusan dibuat berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
"Beberapa tindakan perlu diambil sebelum kertas siasatan berkenaan dirujuk semula setelah tindakan diambil oleh PDRM.
"Tindakan itu termasuk laporan-laporan teknikal dari agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam pada itu, mengulas berkaitan dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus, beliau berkata, siasatan adalah sama iaitu untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak.
"Terdapat kertas siasatan lain dibuka berhubung situasi di Bintulu, Sarawak yang dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 377D Kanun Keseksaan
"Justeru, PDRM akan memanggil siapa saja yang boleh membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, keputusan sama ada tangkapan akan dibuat terhadap Mohammad Agus atau sebaliknya, bergantung kepada siasatan.
"Pada peringkat ini, kita masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti-bukti yang material kepada keterangan dan dakwaan yang dibuat," katanya.
Sebelum ini, Mohammad Agus dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam satu sidang media khas pada 17 Oktober lalu mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.
Abdul Wahab, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama 'Mr H' untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.
Mohammad Agus, kemudian berkata. identiti ‘Mr H’ telah didedah kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. - Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2023 12:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebelum ini, CheguBard, menyifatkan penjelasan diberikan Mohammad Agus dalam isu kes video perbualan miripnya sangat mengelirukan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Identiti sebenar 'Mr H' yang menjadi dalang penyebaran rakaman video berbaur lucah melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dijangka didedahkan kepada umum esok.
Menurut sumber sebuah portal, Abdul Wahab dikatakan akan mengemukakan surat tuntutan saman terhadap ‘Mr H’, aktivist pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard serta kerajaan untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Sebelum ini, CheguBard, menyifatkan penjelasan diberikan Mohammad Agus dalam isu kes video perbualan miripnya sangat mengelirukan.
Badrul Hisham yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, menyifatkan isu berkenaan semakin rumit, selain mempersoal sama ada rakaman video yang tersebar itu antara lain mengesahkan wujud masalah di Agus dan beberapa individu di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menerusi kenyataan di Facebook, beliau menasihatkan Muhammad Agus supaya berhenti 'melondehkan' lebih banyak maklumat berhubung rakaman berdurasi lebih tiga minit yang di muat naik di laman sosialnya, kelmarin.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip Mohammad Agus selesai diambil keterangan.
Tanpa mendedahkan masa dan tempat "Mr H" dipanggil, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi pada 23 November lepas.
BACA: Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
BACA: Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Pada masa sama, Mohammad Agus juga sudah mendedahkan identiti 'Mr H' dalam keterangannya kepada polis.
Katanya, beliau juga membuat satu lagi laporan polis berhubung penularan laporan dibuatnya sebelum ini, berkaitan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM.
Mohammad Agus pada sidang medianya sebelum ini turut mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Sementara Abdul Wahab sebelum ini menjelaskan, dia diarahkan seorang individu berjawatan tinggi di J-KOM, digelar 'Mr H' untuk merakam panggilan video bersama Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.
Menurutnya, semuanya bermula selepas dia bertemu Mr H di pejabat sebelum dibawa bertemu beberapa individu berpengaruh lain di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah meols, hari Khamis ke Jumaat, dah keluar berita Wahab dah keluarkan saman ke Chegubard & Mr H nie. Lupa apatah nsmaMr H nie, Hamid kalau tak salah. Tapi si gajus lum ada apa2 cerita lagik. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 8-12-2023 12:29 AM
Sebelum ini, CheguBard, menyifatkan penjelasan diberikan Mohammad Agus dalam isu kes video perbualan ...
Mr.H pulak yg nk polis cari...
Masalah besar yg situa gayah mengorat wahab ni apa cerita..
Tgk kes pembunuhan liwat kanak-kanak berleluasavsb golongan gayah ni lah...
Patutla tuhan keji perlakuan gayah ni sb menyumbang kepada masalah sosial...termasuk lah perlakuan seks antara lelaki perempuan..penyumbang rogol bunuh juga |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-12-2023 08:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mohammad Agus ketika memberi keterangan di IPD Kajang pada 20 November lalu. - Foto fail/ Bernama
KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
Beliau dilihat keluar menaiki Toyota Estima berwarna putih pada jam 1.17 petang selepas lebih dua jam masuk ke IPD tersebut.
Agus bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada media yang menunggu sejak jam 11 pagi.
BACA: Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Beliau yang duduk di tempat penumpang hadapan hanya melambai tangan sambil melemparkan senyuman, tanpa sepatah kata.
Penguamnya, Zaflee Pakwanteh yang memandu kenderaan tersebut kemudiannya memberitahu tiada kenyataan akan dibuat.
"Datuk Agus tak nak beri sebarang kenyataan," katanya secara ringkas sambil terus memandu meninggalkan kawasan itu.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Agus dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi.
Bagaimanapun, Zaflee ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan kehadiran Agus di IPD Kajang pada jam 11 pagi.
Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu
1 Disember lalu media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima daripada Abdul Wahab yang mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.
Susulan itu polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.
- Sinar Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|