wa ada bhai.....lu tak balas pun comment wa. Kalau tidak habis tanah kubor kena korek
Neelofa berhijrah ke Tanah Arab tahun depan
- Oleh NUR EMIRA SAIZALI
- 24 Jun 2022, 12:58 pm
PUTRAJAYA – Niat ingin menuntut ilmu, selebriti popular Neelofa, 33, merancang akan berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya sekitar awal atau pertengahan tahun depan. Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, penghijrahan tersebut telah dibincang bersama suaminya, Haris Ismail sejak awal perkahwinan mereka sekitar April tahun lalu.
“Masa awal kahwin dulu, kami ada berbincang bersama tentang sambung belajar dan mendalami ilmu hadis.
Bekas pengacara Nona itu berkata demikan ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi NaelofarXDisney di sini semalam. Bagaimanapun, dia dan suami yang juga seorang pendakwah bebas itu masih belum mempunyai kata putus dalam pemilihan lokasi untuk menyambung pengajian. Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain yang sesuai. “Sebab bila sudah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja
kui bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu, dia pernah memasang niat dan mencari peluang untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah sejak sebelum berkahwin. “Sebenarnya sebelum kahwin dulu pun ada niat nak pergi ke sana, cari kursus belajar bahasa. “Namun ketika itu, tidak ada kos yang dibuka untuk pelajar wanita, Perasaan ketika ini lebih ke arah teruja hendak ke sana berbanding rasa gementar,” kongsinya teruja. Punya lah sembang.... level pak gad nya schizophenia
sewel.com
|