|
Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)
[Copy link]
|
|
dammerung replied at 30-7-2020 02:49 PM
Kes 6/2020 – Nostalgia Zaman Kanak-Kanak
Bahagian I : Taman Permainan
Setiapkali hujan, sekiranya ...
Pergh damm..basikal lerun..Sega...semua nostalgia masa kecik aku tu..
Thanks damm...teruskan berkarya...aku akan terus support |
|
|
|
|
|
|
|
Tq very much dam
Pokok jarum mas..yess...saya di antara budak yg berangan nk beli brg guna duit hasil jualan jarum mas tu...hahaha
Gigih cari di tepi jln, atas padang
Tk sbr tggu sambungannya |
|
|
|
|
|
|
|
tq bro damm
selamat hari rayaa |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari raya Aidiladha damm.. tq sbb update cerita baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya Damm.
Teruskan berkarya, tak sabar nak tunggu lanjutan cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
best best .. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 12-8-2020 04:29 PM
Bahagian II: Fun Fair
Sharif melalui zaman kanak-kanak pada awal 80an. Dia tinggal di kampong terletak sekitar dua jam perjalanan bas dari Ipoh. Setiap hujung tahun, akan ada fun fair di padang bola depan dewan Cina di pekan dan waktu itu, Malaysia meriah dengan fun fair, terutama sekali bandar dan pekan sekitar pantai barat Semenanjung.
Tak seperti fun fair di bandar, kualiti fun fair di pekan-pekan kecil sesuai dengan latarbelakang ekonomi penduduk tempatan. Fun fair di tempat Shariff tak ada ferris wheel, rumah hantu, rumah cermin dan pelbagai lagi tarikan sepertimana fun fair di Ipoh. Apa yang ada adalah kincir putar-putar, bumper car, gerai tembak-tembak dan show fun fair dimana pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian artis sendu diiringi muzik dari keyboard Casio yang dimainkan taukey kedai gambar.
Minggu terakhir November tahun 1983, hebahan tentang fun fair tahun itu berlegar sekitar kampong. Pembesar suara memainkan rakaman hebahan kedatangan funfair dalam suara pelat Cina, dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, show funfair tidak lagi mengenengahkan penyanyi tak laku, tetapi pertunjukan silap mata dibawa khas dari Hong Kong.
Tarikan baru itu berjaya menarik perhatian penduduk yang sudah bosan dengan benda sama setiap tahun. Shariff dan anak-anak muda lain mengejar kereta Datsun putih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pertunjukan silap mata tersebut. Tulisan "Datang Lihat Best Magic Show, Master David Phoon Dari Hong Kong!!!" terpampang di bawah imej lelaki Cina bergaya ala-ala Count Drakula siap dengan monokle di mata kiri. Gambar-gambar kecil memaparkan Master David Phoon beraksi didampingi gadis-gadis seksi menghiasi keliling risalah.
"Ini kali, show funfair talak free aa. Mau tengok magic show ada bayar 10 Ringgit 30 sen. Itu kasih tengok sama flyer ya? Okey?" kata Cina di tempat duduk depan. Shariff bingung. Dari mana pula nak dapat 10 Ringgit? mungkin bukan nilai besar zaman sekarang, tapi pada awal 80an, wang sebanyak itu sudah boleh makan besar di Ipoh.
Kata Shariff, nama David Copperfield meletup di Malaysia pada waktu itu. Setelah beberapa episod program silap mata David Copperfield disiarkan di TV, fun fair mula menggantikan penyanyi amatur dengan pertunjukan silap mata. Trend ini sudah bermula di fun fair bandar-bandar besar, Shariff tak sangka pula di fun fair pekan pun akan ada show magic. Tak dapat David Copperfield, David Phoon pun jadi lah.
Dia dan rakan sekampung berbincang bagaimana hendak melepasi harga tiket 10 Ringgit tersebut. Tak kisah macam mana sekalipun, dia mesti menonton pertunjukan silap mata di fun fair itu. Bukan senang nak dapat hiburan sebegitu di pekan yang setiap selang tiga kedai adalah tempat jual beli getah keping, tak pun getah sekerap.
Dipendekkan cerita, hari fun fair tiba, Shariff bersama dua rakan, Samsul dan Ikram ponteng mengaji untuk hadir pada malam pembukaan. Anak-anak muda memenuhi perkarangan luar fun fair. Dia yakin semua ini akan menyerbu khemah show fun fair untuk berebut tempat duduk depan pentas. Ini peluang baik kerana Shariff tahu, penjaga tiket khemah tidak akan dapat mengawal kebanjiran orang ramai.
Seperti dijangka, tukang tiket khemah ditelenggami orang ramai yang berpusu-pusu memasuki khemah tanpa membayar. Tiada siapa sanggup bayar 10 Ringgit tapi tak ada siapa sanggup melepaskan peluang menyaksikan David Copperfield Cina. Khemah show padat dan ketiga rakan itu hanya berdiri di sudut kerana tiada kerusi kosong. Rayuan penganjur supaya tiket dibayar selesai pertunjukan tidak diendahkan.
Akhirnya, penganjur beralah dan dua wanita Cina berpakaian seksi menari keluar ke pentas. Siulan beramai-ramai pemuda mengiringi tarian pembukaan dan lebih kurang sepuluh minit kemudian, Master David Khoon muncul.
Ahli silap mata keluar sambil melindungi separuh muka dengan kain baldu terikat di belakang seperti Superman. Sebaik tiba di tengah pentas, dia mendepa tangan ke atas, mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke persembahannya.
Setiap interaksi dengan penonton adalah dalam bahasa Cina, dan majoriti dalam khemah yang rata-rata orang Melayu hanya menepuk tangan setelah majik dilakukan. Mungkin berharap dapat melihat ilusi seperti dilakukan David Copperfield, persembahan ahli silap mata dari Hong Kong itu agak mengecewakan. Setakat muslihat melibatkan tali rafia, keluar tisu berwarna dari tangan, keluar syiling dari belakang telinga, ramai mula meninggalkan khemah di tengah pertunjukan untuk ke gera-gerai permainan di luar.
Menyedari pengurangan penonton yang drastik, Master David Phoon menghentikan majik keluar jambak bunga dari poket dan bertutur sesuatu dalam bahasa Cina kepada penonton. Sharif dan dua lagi rakan sudah dapat tempat duduk ihsan dari mereka yang sudah bosan, setia menunggu apa lagi muslihat akan dipersembahkan.
Dari riak wajah dua gadis pembantu setelah diarahkan sesuatu oleh ahli silap mata dan pergi ke belakang pentas, Shariff dapat merasakan pertunjukkan seterusnya pasti akan lebih menarik. Dua gadis muncul dengan sebuah kotak hitam saiz besar. Kotak hitam itu boleh dibuka seperti almari dan menayangkan isi kotak kepada semua.
Kemudian Master David masuk ke dalam kotak dan kedua pembantu merapikan gari di pergelangan tangan dan kaki, memastikan tidak boleh bergerak. Kotak itu ditutup dan hanya kepala terkeluar dari atas.
Salah seorang pembantu membawa keluar sebuahbekas berisi senjata tajam. Bermacam jenis dari pisau dapur, pemotong daging, tombak, besi tajam dan parang memenuhi bekas. Pembantu Master David mengambil satu senjata dan mengetuk-ngetuk ke lantai, sebagai memberitahu bahawa senjata bukan olok-olok.
Dengan penuh debaran, setiap satu ditusuk menembusi kotak dan setiap tusukan, Master David akan buat-buat mengerang kesakitan.Untuk menjadikan pertunjukan lebih menarik, dua pembantu turun ke bawah pentas dan mempelawa seorang penonton untuk membantu mereka.
Jidin anak Along Yam terpilih. Lelaki berusia sekitar pertengahan 20an itu kelihatan malu-malu. Hilai tawa orang ramai akan Jidin yang terkenal dengan bodoh-bodoh alang memenuhi khemah. Dia diberi penghormatan untuk menusuk senjata terakhir 'menembusi tubuh' ahli silap mata itu.
Sebilah parang panjang dihulur ke Jidin dan dengan mudah Jidin menimbang-nimbang parang. Sudah biasa mengambil upah membersih semak samun dan kerja-kerja berat kampong, mengendali parang tembaga sepanjang separuh tubuhnya bukan masalah buat Jidin.
Master David Phoon menerang kepada Jidin apa harus dilakukan dan dua gadis pembantu dengan manja membuat gaya bagaimana untuk melakukan aksi diminta. Seolah-olah yakin mengerti bahasa Cina disampaikan kepadanya, sambil tersengih-sengih Jidin membuka kuda-kuda.
Tak tahulah samada Jidin tersalah erti gaya gadis atau tersalah intepretasi arahan Master David, satu limbasan kencang dari belakang merentasi bahagian atas kotak. Bunyi gedebuk dari dalam kotak disusuli dengan kepala Master David Phoon bergolek jatuh ke pentas. Jeritan histeria gadis pembantu membuatkan semua berhenti tepuk tangan dan sebaik melihat darah melimpah keluar dari kotak, orang ramai kelam kabut berlari keluar. Jidin termangu-mangu seperti hendak menangis melihat kekecohan dan kesadisan di depan mata.
Melihat Jidin lintang pukang turut berlari dengan parang masih di tangan, mereka yang masih di dalam berlari ke merata arah sehingga roboh khemah. Keadaan di luar huru hara dengan jeritan "Jidin Mengamuk!", menambah kepada keributan.
Shariff pulang disambut dengan sesi dibelasah oleh ayah. Tapi itu hanya impak kecil dari apa terjadi pada malam itu. Fun fair ditutup serta merta dan usaha mencari Jidin berlangsung selama seminggu sehingga dia ditemui hampir kebuluran di tengah hutan belakang kampong.
Tragedi menggemparkan masyarakat setempat namun tidak mendapat liputan hangat di akhbar. Hanya satu artikel kecil di salah satu akhbar arus perdana tentang kejadian fun fair dan berita pengeboman Capitol Hill di Washington DC memenuhi ruang akhbar.
Selepas kejadian, tiada lagi fun fair di pekan dan orang ramai pun dah tak berminat nak mengunjung. Jalan baru dibina sebagai persediaan untuk disambung ke lebuhraya utara-selatan ketika itu masih dalam pembinaan membuatkan jarak ke Ipoh semakin dekat. Sedikit demi sedikit penduduk berpindah keluar dan Shariff meninggalkan kampong halaman pada tahun 1993 untuk ke Kuala Lumpur.
Kini, sudah pun berkeluarga dan beranak-pinak, setiap kali pulang ke kampong halaman, pasti akan melalui tapak fun fair sekarang sudah dibangunkan pasaraya. Lereng bukit berhadapan pasaraya terdapat sebuah tokong kecil. Dikatakan di ruang tokong terdapat dua bekas abu, satu untuk kepala mendiang Master David Phoon dan satu lagi abu tubuhnya.
Selesai Bahagian II
|
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 12-8-2020 04:26 PM
Bahagian II: Fun Fair
Tq dammerung.. cerita santai dan menarik kalau boleh next story nak yang seram skit |
|
|
|
|
|
|
|
Funfair dulu2 selalu ada show nyanyi2. Bahasa cina ajepun tapi bukan main ramai yg tengok, nak2 llaki. Sebab sambil2 nyanyi satu2 baju yg ada kat badan dia tanggalkan, last tinggal bra n spender aje |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh kesian salah faham cara nk 'potong' sekali terpotong phoon pulek...... so jidin kena tangkap atau mcmna?
kesiannya x psl2 mati dan jidin lari sampai kebuluran. tersalah faham suruh libas lain, dibuatnya lain akibat x faham komunikasi amatlah sadis... |
|
|
|
|
|
|
|
kau ke salah sorang penonton tersebut? he he ..
trauma tengok fun fair live begini
|
|
|
|
|
|
|
|
X pasal2 je mati apek tu.. da la datang dari jauh. pape pun tq damm utk cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah baca
tq bang dam |
|
|
|
|
|
|
|
ni sebijik mcm mamat khalid tunjuk dlm man laksa
cuma dlm filem tu laki melayu
suara sedap
tp mcm ada wayar short
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih google psl father ishmael
xdpt ape2
tp kt california ada nm tmpt moonlight state beach
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 13-8-2020 12:36 PM
ni sebijik mcm mamat khalid tunjuk dlm man laksa
cuma dlm filem tu laki melayu
suara sedap
Cerita tu tengok bnyak kali pun x jemu kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|