CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 21-4-2014 08:55 AM | Show all posts
non.sari posted on 20-4-2014 03:09 AM
BERSAKA KAH AKU??

Assalammualaikum..

hmmm....sexy..... but mysterious picture.....nmpak tuttt... malu ah....

anyway...nk lagi...nk lagi...ari ni tulih bebanyak sikit yek.... best best....

Last edited by atie_chemi on 21-4-2014 08:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 09:05 AM | Show all posts
aku ni peminat setia non sari ngan syumaimah....setiap hari, asal ade chance, umah korang ler aku bertandang setiap hari...tk kire waktu...

bile korang bercerite, aku suke masuk sekali dalam scene tuh.. .satu  yang aku perasan, korang ade sedikit persamaan... dari segi gangguan2 nye dan kehidupan... pegi ler berubat Sari... Ko ngan Syumaimah pernah cerita yang korang dah lame kawin tp belum ade rezeki nk ade baby...

pegi lah berubat, takut ade yang bersangkut paut dgn saka maka nih...

seronok ade baby nih... indah sangat rasenye... ari2 tergocoh2 nk balik keje sebab nk ulit anak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 12:07 PM | Show all posts
Thanks ya...
Aku pun peminat setia syumaimah..  Hehehe..
Tu laa,  di ada mentioned before yang die pun senasib macam aku jugak..
Takpe laa.. Allah belum beri lagi rezeki nya.. InsyaAllah ade la jap lagi..
Ko pegi la jalan-jalan dulu kat thread mane-mane., aku tengah draft kat note, mungkin lambat mungkin cepat., aku akan usaha kan.. Doakan lah yang terbaik.. Cewahh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:53 PM | Show all posts
non.sari posted on 21-4-2014 12:07 PM
Thanks ya...
Aku pun peminat setia syumaimah..  Hehehe..
Tu laa,  di ada mentioned before yang die ...

penglipur lara favourite aku sume tk de update...sidih...JC, syumaimah, non sari...
letih dah aku jalan2... pusing2 umah korang, satu pun tkde bukak pintu... yg si JC plak, depan pintu penuh dgn rusuhan...dh macam kt Syria dah aku tengok...kasihan ler ke aku nih...account aku tk balance je dr td...asyik curi2 tgok updates...huuuu..sidih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 03:00 AM | Show all posts
SAKA + SIHIR vol.1

Assalammualaikum.. Seperti yang dijanjikan.. Hari ni aku nak ceritakan pengalaman dari akak aku ++ kuarga aku sikit-sikit tentang saka dan sihir. Act benda ni dikatakan bercampur-campur dia antara saka yang keturunan datuk moyang aku dan sihir daripada orang sekeliling aku dan famili aku..

Mungkin cerita ni agak panjang, tapi aku cuba ceritakan sesimple dan sepadat mungkin. Sebab aku pun tak larat nak taip panjang-panjang dan korang pun belum tentu mampu tahan mata berpinar baca cerita aku. Huhu..

Oke, benda ni berlaku lebih kurang 14-15 tahun yang lalu yang mana masa tu sedang menginjak remaja, masing-masing tengah sekolah menengah.. Act akak aku ni dah disahkan bersaka masa umur 12 tahun lagi. Dan sampai sekarang masih ada sisa-sisa nya lagi.. Cuma tak seserius mula-mula dulu.. So dari umur 12 tahun and forwards ni die ni agak lemah semangat berbanding aku. Even aku ni berpeluang jugak la tengok-tengok benda-benda mistik ni, tapi aku ni bole dikatakan kuat semangat la berbanding dia.. Alhamdulillah..

Masa umo 12 tahun akak aku ni kerap pengsan-pengsan. Kejap-kejap pengsan, kejap kang pengsan. Dulu aku benci giler kot dengan perangai akak aku ni. Yelah budak lagi kan, so aku rasa dia ni macam ngada-ngada sangat. Macam nak tarik perhatian orang pulak bila suka pengsan tak semena-mena. Tak bile lama-lama baru paham.. Sampai dah biasa. Dia pun macam dah biasa pengsan. Aku ingat lagi masa petang tu, ralit tengah main-main dulu dengan die, tiba-tiba bole pulak dia terbaring kat jalan. Aku terus jerit panggil mak aku, "maaakkk! Akak pengsan!" Lepas tu aku bole pulak terus sambung main, dah macam tak ada apa-apa.

Jenuh pegi hospital klinik sume kata takda apa-apa.. So lama-lama aku jadik kesian dengan kakak aku. Last choice la barulah jumpa pengamal perubatan kampung. Dulu mana ada perubatan Islam sangat. Ada. Tapi tak meluas macam sekarang. Kalau kata kena tipu tu tak payah cakaplah, tak pernah miss. So dari situ la dari mulut dukun pertama sampai berpuluh-puluh dukun cakap kakak aku ada saka dari keturunan atok belah mak aku. Kalo dah sampai berpuluh-puluh yang cakap tu kami agak terpesona la jugak. Tapi takda lah percaya 100% cuma kami sentiasa berwaspada dan berjaga-jagalah dengan segala kemungkinan.

Bila mana keadaan akak aku yang kerap pengsan ni pun berkurangan, tetapi digantikan plak dengan satu hal nya lagi. Tiba-tiba dia diserang sakit tulang belakang yang mana kalo diikutkan sampai sekarang sakit dia ni ada lagi. Cuma tak sehardcore dulu laa.. Sakit tulang belakang dia ni umpama dia mendukung sesuatu kat belakang. Sebab dia kata belakang die ni berat sangat macam dukung barang yang berat. Benda ni takda la mendadak kena, dia bagi hint sikit-sikit start dia terjatuh dan benda tu bole melarat-larat pulak sampai terjadilah sakit belakang ni. Kalo tengok fizikal dia ni orang dah tau dah dia ni kurus bukan kurus diet, tapi kurus sakit..

Ye, Kondisi kakak aku dikala waktu itu sangatlah mendukacitakan sehingga kami yang tinggal ni ; Aku dengan adik aku, umpama kurang kasih sayang mak ayah sebab mak ayah aku masa tu memang kena bagi sepenuh perhatian pada kakak aku. Aku ni takda hal sangat pun sebab aku memang suka bergerak sendiri, cuma adik aku la masa tu kecik lagi agak kesian sikit la. Macam terabai.. Takpe, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 03:01 AM | Show all posts
So makan tahun jugak la benda ni berlaku dekat keluarga aku sampai kami pun tak terkira berapa banyak dukun yang kami pegi, dan berapa banyak kali kami 2 beradik ni selalu kena tinggal sampai jauh malam. Yelah, takkan nak ikut pulak pegi berubat, dah esok sekolah kan.. Dan sampailah jumpa seorang ustaz yang mana itu lah pertama-pertama kalinya pengamal perubatan Islam yang jujur yang kami jumpa. Dan ustaz tu lah yang bagitau selain saka, seperti ada sesuatu yang ada kat kakak aku nih. So umpama sudah jatuh ditimpa tangga, dah tu tergelincir lalu terduduk pula. Wah! gitu kan.. Masa tu kami yang mendengar tu agak suspen jugak lah, dah apa pulak yang bertenggek kat kakak aku yang semakin mengecil saiz nya itu..

Masa ni ustaz tu tak nak menuduh apa-apa cuma nya dia rasakan selain saka yang konon nya melanda kat kakak aku nih, ada benda lain jugak yang duduk menumpang dekat kakak aku iaitu sihir! Dah sihir pulaaakkkk... Apa yang kami difahamkankan oleh ustaz tersebut bahawasanya sihir yang ada di kakak aku ni telah dihantar oleh orang terdekat kami.. Itu biasa! Busuk ati dikalangan manusia even dari jiran tetangga sendiri mahupun sedarah sedaging sendiri sering berlaku dalam masyarakat melayu kita. Tapi dikhabarkan yang cuba untuk menyihir keluarga kami adalah jiran kami sendiri. Tak perlu la di mention kan di sini jiran belah mana, yang pasti jiran yang disebut-sebut itu kami cukup kenal akan perihal tingkah laku nya yang tak pernah boleh nampak orang sekeliling dia senang. Itu penyakit biasa orang melayu. Aku sikit pun tak heran you know!

Pada mula nya sihir ini nak di beri samada pada emak aku atau ayah aku. Tapi terkena dekat kakak aku. Modus operandi seperti yang diceritakan ustaz ni ialah melalu pemberian makanan. Caranya? Caranya kemungkinan dia nak bagi lauk kat mak aku, ketuk-ketuk pintu diharapkan samada mak atau ayah aku yang amik bekas makanan dari tangan dia. Tetapi masa ni kakak aku pulak yang keluar amik bekas makanan tu. Maka nya di sini sihir itu sudah terkena sama kakak aku daa.. So kakak aku yang sudah ada existing makhluk yang cuba memdampingi dia ditambahkan pulak dengan sihir yang datang nak bertenggek jugak kat dia. Maka semakin kasihan lah beliau..

Ok, berbalik pada saka tadi, parents aku ni pun dah pun dinasihati ustaz ini supaya jangan lagi pergi jumpa dukun! Ini kerana saka ni kadang-kadang datang nya bukan takat dari atok moyang kita kerana tidak mustahil datang nya dari dukun itu sendiri. Caranya? Caranya adalah dengan menghantar 'khadam' yang konon nya dihantar untuk menjaga kakak aku sewaktu tido atau dikala keseorangan. Mungkin masa tu mak ayah aku belum jumpa the exactly perubatan alternatif contoh nya perubatan Islam yang betol-betol jujur, maka nya jalan terakhir adalah dukun. Dalam hal ni aku tak salahkan mak ayah aku sebab dengan mata kepala aku sendiri aku melihat kesengsaraan mak ayah aku yang berhabis bukan beratus tetapi beribu-ribu duit untuk ubatkan kakak aku. Sedey!

Pengalaman khadam ni akak aku pernah ceritakan kat aku dan pada keluarga aku yang lain. Benda ni berlaku dari awal pagi around pukul 2.30 pagi. Masa tu kakak aku tengah berubat dekat satu rumah bomoh yang memerlukan kakak aku mandi bunga bawah pokok. Tapi masa tu bukan lah dukun tu mandi kan kakak aku. Mak aku yang mandi kan dia. Masa tu pukul 2setengah pagi ko kene bercangkung bawah pokok yang mana dia  kena menghadap ke kebun belakang dengan alasan konon nya nak bagi saka tu keluar. Erk! Wtf?? Apepun,  please jangan pertikaikan usaha mak ayah aku, sesungguhnya pada waktu itu tiada siapa orang-orang yang alim yang sudi menghulurkan bantuan walaupun ramai yang tahu kakak aku sakit dan keluarga aku tengah dilanda musibah. Kecuali ustaz tu.

Oke, sambung. Masa tengah mandi je tu pun kakak aku dah nampak kan satu bentuk susuk tubuh manusia dekat balik-balik pokok dekat kebun. Dia kata makhluk tu macam badan lelaki. Besar. Tengah berpeluk tubuh sambil pandang kakak aku. Baju dia macam baju orang bersilat siapa pakai tengkolok lagi. Dan kesemuanya berwarna hitam. Masa tu kakak aku tengah cangkung, lepas je nampak benda tu dalam 3 ekor 5 meter dari tempat dia mandi terus dia tekup muka dia, tak sanggup nak tengok lama-lama.  Rupa-rupanya benda yang 3 ekor tu dukun tu dah tau dulu. Dia siap bagitahu tadi masa mandi khadam dia siap katakan kakak aku, sebab takut berlaku apa-apa. Dia kata ada 10 orang. Tapi kakak aku cakap dia nampak 3 ekor je. Lagi 7 mane? Rupa-rupanya dukun tu cakap lagi ada di keliling kakak aku masa die tengah mandi. Warghhh! Diorang tengok kakak aku mandi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2014 03:02 AM | Show all posts
Bila dah setel upacara mandi bunga tu dorang pun balik la. Masa tu dalam pukul 3setengah lagi. Bayangkan perjalanan balik dari tempat dia berubat ke rumah aku lebih kurang satu jam. Ohh kasihan mereka.. Masa ni aku memang tak ikut. Boleh dikatakan masa kakak aku sakit aku memang tak banyak involve. Aku banyak spend masa kat rumah jaga adik aku plus aku masa tu nak PMR.. Tapi ada jugak insiden menyeramkan yang aku lalui semasa sepanjang pengubatan kakak aku. Oke sambung. Masa on the way dorang balik, memang kakak aku rasa macam ada sesuatu yang bersesuai laju dekat kiri kanan kereta masa tu. Dia punya berdesup tu macam Valentino Rossi punya motor potong kereta ayah aku, berdesup dan laju. Dan dia rasa masa tu dia sorang saja yang perasan. Bukan sekali, bukan 2 kali tapi berkali-kali. Apa yang dia perasan benda tu macam warna hitam dan berbentuk binatang. Binatang apa pun aku tak tahu.

Dia ingat insiden dekat kereta tu dah setel. Rupanya menyambung pulak dekat rumah. Bila dorang sampai rumah, aku dah tido. Aku memang tak sedar apa-apa la. Tapi benda ni diceritakan balik pada aku keesokan harinya. Masa akak aku nak naik tido tu menang dia rasa ada seseorang yang ikut dia naik. Dari nak naik tangga sampai lah dia nak baring. Seolah -olah ada yang mengekori dia. Siap dia bole rasa tangan dia ni berlaga dengan seseorang time dia berjalan, duduk atau baring. Dia kata satu malam tu dia memang tak boleh tido. Sebab keadaan dekat kat rumah dia rasakan terlalu bising even sebenarnya dia mengantuk sangat. Letih. Kalo ikutkan memang sunyi pun rumah tu, yelah semua dah tido kot. Tapi dia rasa macam rumah tu sesak, bising dan penuh orang. Macam-macam bunyi dekat bumbung rumah, dekat tingkat bawah, kat belakang rumah.. Segenap peloton rumah tu macam ada sesuatu. Apa yang pelik nya kakak aku kata dia tak rasa takut langsung melainkan rasa rimas yang teramat sangat.

Selang beberapa hari mak ayah aku follow up balik rumah dukun tu seperti yang dukun tu suruh sebelum ni. Dia bawak kakak aku sekali. Masa ni memang kakak aku bukak mulut ceritakan balik apa yang dia alami sejurus dia balik rumah setel dari mandi bunga tempoh hari. Dia ceritakan segala-gala yang dia nampak, dia rasa sepanjang malam tu. Akak aku cakap dukun tu cuma senyum je. Korang tau apa yang dia jawab lepas dengar cerita dari kakak aku ?

" ooo.. Itu la khadam atok yang atok anta untuk jaga awak sepanjang awak sakit ni. Jangan risau dia tak kacau awak. Dia akan jaga awak sepanjang masa. Ada 20 orang kesemuanya." Gitteww.. Dia jaga katanya. Jaga apa kalo dah keje asik takut kan kakak aku je. Kakak aku kata kadang-kadang dekat dalam kelas tengah belaja pun dia boleh ternampak Kelibat khadam tu diri Tegak peluk tubuh tengok cikgu mengajar. Ajer giler ko khadam! Sampai dalam kelas pun ko ikut.


Tapi difahamkan, benda-benda tu semua sudah pun dibuang oleh dukun itu sendiri atas perintah mak ayah aku. Mak ayah aku ni yang nasihat kan pun ustaz baik yang sudi ubatkan kakak aku tu. Ustaz tu cakap khadam tu lah antara punca berlaku nya kejadian saka menyaka di kalangan masyarakat. Jangan ingat saka tu datang nya dari atok moyang kita tau, kadang-kadang saka itu juga wujud jika ada nya khadam-khadam yang dihantar konon nya berniat nak jaga kita. Jaga ape nye kalo dah keadaan dia pun dah cukup buat orang terkejut.  Tugas saka adalah melindungi kita, tugas khadam adalah menjaga kita, tak ke sama je fungsi nya tu?

Cukup lah Allah sahaja yang jaga kita..
Sekian..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 03:04 AM | Show all posts
SAKA + SIHIR vol.2

Oke, kisah lain berkenaan dengan saka kakak aku. Actually dia ni kerap jugak bermimpi pakcik aku yang sakit seperti yang pernah aku ceritakan dekat dalam thread ni. Difahamkan jugak pakcik aku ni pun ada terkait dengan saka jugak.

Dalam mimpi tu dia nampak pakcik aku ni macam nak bagi sesuatu dekat dia. Bukan sekali dia bermimpi benda yang sama, tapi banyak kali jugak. Dia kata pakcik aku datang dekat dia, nak bagi satu bungkusan yang dah lama dia simpan dalam poket dia, khas untuk kakak aku. Memang aku selalu perasan, kalo aku jumpa dia dulu dia memang suka masukkan tangan dia dalam poket. Poket belah kiri seluar dia. Tapi itu mungkin kebetulan kot.

Tapi dalam mimpi tu memang kakak aku refuse la nak terima benda tu. Sebab dia rasa memang ada something yang tak sedap kalo dia terima benda tu. Dalam real life pulak kakak aku ni memang disayang sangat dengan pakcik aku ni. Korang bayangkan dia bagi kakak aku duit rm400 selumber je. Sedangkan anak bini dia terkontang kanting tak makan. Yelah, tengah sakit kan. So pakcik aku masa ni memang tengah tak stabil waktu ni.

Selain tu sering jugak dia termimpikan moyang aku yang dia nampak before nih, selalu sangat mimpi. Kondisi arwah selalu berubah-ubah. Kadang elok rupanya. kadang menyeramkan. Kadang-kadang dalam keadaan berkain kapan. Aku ingat lagi masa insiden menjelang Maghrib yang mana kakak aku tiba-tiba histeria dekat dapur. Tiba-tiba menjerit. Aku agak satu jalan tu boleh dengar suara dia menjerit, tapi jeritan dia tu lain macam sangat. Aku masih teringat-ingat lagi jeritan kakak aku. Masa jerit-jerit tu hujung-hujung dia kuar suara orang tua. Kasar-kasar gitu suara nya..
"arghhhhh!!!! Erghhh.......! Aaaarrgghhhh!!! Errrrggghhh......!" Gittew..
Sampai sekarang aku kalo ingat dia jerit otomatik meremang je segala bulu. Sekarang ni pun tengah meremang.

Dia ceritakan masa tu dia nak amik wuduk dekat belakang yang mana tempat ayah aku terserempak dengan pocong seperti di awal thread yang pernah aku ceritakan sebelum ni. Aku pun tak faham lah, ape penyakit la dorang ni suka sangat amik wuduk kat belakang. Tak learn langsung dari ayah aku yang ternampak pocong kat belakang tu jugak. Aku sendiri pun tak lalu nak amik wuduk kat belakang, dah buat bilik air sampai dua, pakai je lah. Masa ni kakak aku tengah bongkok amik wuduk, tiba-tiba dia terdengar suara sapa dia kat belakang dia, betol-betol belakang dia. Suara tak berapa jelas. Tapi macam suara orang tua.
"Long.... Long....long...." Gittew...

Kakak aku ni pun terus lah toleh ke belakang tanpa rasa takut atau was-was langsung. Sekali toleh hamik kau! Seperti yang diceritakan oleh kakak aku lepas insiden tu, keadaan wajah orang tua tu memang saling tak tumpang macam arwah moyang aku, diri bongkok sikit, rambut di siput tapi nampak serabut, tangan kat belakang sama seperti kegemaran arwah tengah tengok kakak aku. Muka makhluk tu pucat lesi. Bibir hitam pekat! Memang super duper scary. Macam hantu dalam tv kata dia.  Benda tu panggil-panggil kakak aku.. Kakak aku cakap mulut makhluk tu tak gerak tapi boleh dengar suara dia panggil kakak aku. Macam mane tu?

Seraya tu kakak aku macam nak pitam dan terus tak sedar apa dah. Alih-alih je dah ada kat atas sofa tengah baring sambil ada la sorang dua jiran yang datang jenguk. So dari insiden itu ada la beberapa insiden lain yang berangkai-rangkai. Termasuk lah hal sihir..
Sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 03:05 AM | Show all posts
Saka + sihir vol. 3 dalam proses drafting..
Harap bersabar sambil beristighfar..
Tukang draft ni pun dah mabuk dah ni..
Selamat berpinar mata semua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 09:27 AM | Show all posts
non. keledek pernah la disuruh mandi air limau atas sebab apa tu tak ingat la plak.  lpas mandi tu memang terasa ada benda yang ekori dan kita diperahatikan cuma tak pernah nampk secara jelas rupa bentuknya. lepas tu ada satu ketika tu asal pukul 3 pagi mesti terjaga. tiap hari2 jadi macam tu dan akan rasa ada benda perhatikan keledek  waktu tu la.. lama la juga jadi macam tu.. cuma tak amik peduli. boleh? hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:43 PM | Show all posts
non.sari posted on 21-4-2014 07:04 PM
SAKA + SIHIR vol.2

Oke, kisah lain berkenaan dengan saka kakak aku. Actually dia ni kerap jugak b ...

until now u sister still sakit lg ke kak??kalau sakit ke apa..bab2 hal ghaib ni..jangan jumpa dukun...mcm yang sebelum ni pernah saya katakan..dukun ni pun ada khadam dia..elok kite nk buang seko mari masuk berpuluh ekor..kalau boleh cari la ustaz yang boleh bantu..sekarang ni banyak dah yang buat rawatan alternatif..

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:51 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-4-2014 02:48 AM
Ko pun penah nampak ke benda2 mcm ni?
citerlah sini..

pernah kak...dari saya kecik hingga la ni..satu family saya dah besa bnda2 ni...ada post yang sy reply kt kak non..yg ckp ada org ketuk bilik sy tu..yg tu terbaru nye cite..hehehehe saya tinggal sorg2 je masa tu..tapi sy cuba wt xtaw.. pasang surah sampai ke pagi..hohoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 23-4-2014 07:43 PM
until now u sister still sakit lg ke kak??kalau sakit ke apa..bab2 hal ghaib ni..jangan jumpa duku ...

Tu la kan.. Dh tua2 ni baru lah kuar satu2 perubatan islam.. Akak aku pun dah beransur pulih sikit-sikit even masih tinggal sisa-sisanya..

Dulu mana nak cari perubatan islam dik.. Memang susah sangat! Tak macam sekarang ni tumbuh mcm cendawan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 23-4-2014 07:51 PM
pernah kak...dari saya kecik hingga la ni..satu family saya dah besa bnda2 ni...ada post yang sy r ...

Kalo bab surah ni aku ada gak pengalaman.. Pasang surah pun x jalan..
Tp next story ek... Tunggu turn.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:14 AM | Show all posts
amalan saka ni, mana2 tempat ada kan? kat sabah ada, semenanjung ada. mostly disebabkan keturunan atas-atas kita ni. yg menerima padah, generasi bawah-bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 24-4-2014 12:14 AM
amalan saka ni, mana2 tempat ada kan? kat sabah ada, semenanjung ada. mostly disebabkan keturunan at ...

Kebanyakkan atok moyang kite kan berhijrah.. So dr sana ke sini bese nya dorg tak dtg kosong, konon bawak peneman sbg pelindung dr anasir2 jahat.. Yelah. Dtg tempat orang kan.
Tp mane yg sempat buang/tamatkan sempatlah..
Yang tak sempat ni yg jd mangsa cucu cicit nya..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 02:44 AM | Show all posts
orang dulu2 memey mcm tu..ada tanah berhektar mana mampu jaga..so si fulan ni pun minta le tlg hantu2 ni jgkn tanah diorg yg luas..xpun wt perjanjian jg ank cucu diorg dr anasir2 jht...fahaman org dulu2...nak mrh pun xblh jd apa dh..so kene le g berubat..jgn kita p cari plak nak suh berdamping sudah...masak le jwbnye..mueheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 03:19 AM | Show all posts
zilaila posted on 24-4-2014 02:44 AM
orang dulu2 memey mcm tu..ada tanah berhektar mana mampu jaga..so si fulan ni pun minta le tlg hantu ...

Begitula hendaknye...
oit! Tak tido lg ke??
jd penunggu forum plak memalam...
jage jageeeee... Ade yang memeratiiiiiii!!! Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:41 AM | Show all posts
non.sari posted on 23-4-2014 07:19 PM
Begitula hendaknye...
oit! Tak tido lg ke??
jd penunggu forum plak memalam...

mencari rumah2 yg ade story...hohohohoo

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
atie_chemi posted on 21-4-2014 09:05 AM
aku ni peminat setia non sari ngan syumaimah....setiap hari, asal ade chance, umah korang ler aku be ...

Kalau saka nih kan dengan izin ALLAH jin tu akan rosakkan benih yang cuba nak melekat...

Ada la jiran aku dulu, dia memang ada saka.... Saka dia tu power gak la.... Orang sabah... Dia pun nampak macam weird sket la sikap dia... Tapi somi dia memang baik sgt.... Kaki masjid... Dah berbelas tahun kawin belum ada baby...

Bila aku sembang dgn sedara dia, kata sedara dia jin saka tu bertenggek dalam rahim... Walahualam

Pasai aku nih, entah la..... So far aku berubat x de la saka cuma gangguan dedulu tu la pkus gangguan yg ada kat opis aku nih... Memang ada masa aku kena balik... Nanti ada masa aku citer la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054755 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list