CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellejo

Bila Shift Malam

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2016 09:17 PM | Show all posts
Siri 6: Runner dan Gossip Hangat

Halo nokksss,..rindu hakak tak? Mahapla hakak lambat tepek.Sibukla sis, dengan kerja dengan persiapan itu ini, dan ada la benda pelik yg aku bingung jadi kat aku. Sambung sini kang tak sesuai sebab ianya bukan shift malam pun sis

….aku tepek stori2 dari mulut orang, my staff dan satu je kisah aku. Tak takut pun sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2016 09:25 PM | Show all posts
Runner

Tiap unit ada sorang per shift. Dia lain dengan budak2 tingkat satu yang setelkan receiving dr out of plant. Depa ni kejenye pass barang, amik barang, dispatch dalam plant je kiranya ataupun org panggil in plant circulation only. Runner lain, mover lain. Bedakan dua tu iya sis.

Aku ada 1 runner per shift dan campur 1 runner per shift mamat engineer yang aku cover so aku la paling ramai runner. 2 org hokeh skali jalan. Siap aku boleh pinjamkan lagi runner aku kat unit lain

Muda2 semuanya sebab ada barang berat2 kene amik. Laki muda2 kompem aku sauk jadi runner. Bukan untuk dijadikan hanak hikan hokey, kosser mak nak bergigolokan runner2 yang otak2 tak berapa betul ini. Dorang bukan technician, dorang adalah level operator yang dijadikan runner. Ngerti tak ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 09:27 PM | Show all posts
Flat plate
Pengadu : Badli

Ni jadi lama dah. Masa aku keje siang lagi tapi aku rasa macam bolehla untuk di share. Aku siang, heshe malam. Tapi still aku emel dia malam2 dari rumah aku suruh amik track dari building lain. Aku emel kol 11 cenggitu la, aku mintak expedite. Aku nak track tu dihantar ke assembly sebelum midnight gitu.

Badli ni jenis tak serius. Boleh pulak dia sambil lewa, aku call dalam 12 something AM dia kata tak amik lagi. Haihhh mengamuk la aku, hoiii Bad awat hang keteqaq sangat? Engineer assembly dah bising gila2. Aku ni jenis yang laid back, lepak2 tapi kalo marah, marah betul. Dia terkejot aku mengamuk, menggelupur dia pegi amik. Pi la dia bawak runner bag ala2 beg pizza delivery tu.

Track tu kat building yg housing floor packaging. Packaging malam ramai jua orang, tak la takot pun sis. Drama queen je memana yang kata seram sejuk bagai. Tak mcm building iols berapa ketul je manusia duk berkuntum di satu area. Tapi track tu deyols simpan di rak belakang. jalan kaki sikit ke belakang nak dekat2 dgn fire exit door, ada rak tiga baris. Dia berenti kat rak pertama.  Rak kedua tengah2, dan rak ketiga rapat kat dinding.

Besar2 rak tu. Heshe ni nama je laki, technical zero. Nak kene kasi gambar track tu kat dia pulak. Aku pun send la. Kata dia la kan, masa dia tengah tilik gambar track tu, bunyik gedegang prangggggg mcm besi jatuh kuat gila. Sampai ada makcik jerit hoiii marah ke yang kat sana tu? Satu floor boleh dengar bunyik metal jatuh tu (kata dia la, aku rasa dia ni exaggerate je)

Heshe sangkakan dia terjatuhkan barang tapi dia tak langgar atau senggol apa2 pun. Dia pun carikla sumber bunyi tu..dari rak pertama sampai ketiga. Takde apa yang jatuh di lantai. Clear je lantai tersebut.
.

Dia pun terusla carik track tu. Jumpa kat rak ketiga level bawah sekali. Dia pun nak amik track tu.

Nahhh….

Sebelah dia kali ini betul2 jatuhnya barang iaitu flat plate, dia toleh atas, tengok dari mana jatuh plate tu.

Ada tangan keluar dari rak ketiga bahagian atas,  cuba nak tolak flat plate bersusun yang lain kebawah. Flat plate tu besar saiz laptop 14”. Bersusun tinggi. Berat tau. Kalo jatuh of coz bunyik kuat.

Aku tanyala cemana rupa tangan tu. Dia kata tangan orang tapi kulit gelap . Tapi rak ketiga tu memang rapat kat dinding. Dari mana tangan tu muncul? Dari dinding kah?

Tapi kalau lah plate tu jatuh atas kepala dia? What will happen?  

Dia amik track, blah. Biar je plate tu kat bawah dia tak simpan balik pun. Kosser kot dia nak tolong susunkan balik.

Dia anggap diri dia kurang bernasib baik aritu sbb floor packaging ni ramai orang,meriah namun masih kene usik.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:34 PM | Show all posts
Yay! Elle is back!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 09:35 PM | Show all posts
Access Badge

Runner aku cite. Unit aku ni nak masuk kene access badge yang special sikit maknanya kene approval dari department manager unlike other tempat yang asalkan ko pekerja kat sini ko boleh masuk.  

Ada tiga pintu. Belakang, tengah dan depan. PC, workstation dan rest area kat bahagian tengah. So kalo touch bahagian tengah, ko still kene tempuh pintu bahagian depan untuk keluar dari territory kitorang .
Jarak antara pintu depan dan tengah adalah 24kaki. Aku ingat sebab aku kene ukur untuk letakkan loker budak aku


Sedang mereka bercikcur depan PC borak2 (dorang ni borak kalo tak pasal bola, pasal awek pasal kawen lain, pasal restoran baru) , dorang dengar bunyik tet tet pintu tengah dari luar (means nak masuk).

Access door tu dibukak. Slow je bunyik pintu dibukak dan ditutup. Pastu tet tet lagi pintu tengah dari dalam maknanya nak keluar. My staff Alif pi la jenguk sebab semua orang ada kat situ kecuali aku. Takde orang tapi pintu bergerak slow je.  Dia pegi tengok dan takde orang menuju pintu depan. Dia tutup pintu tengah, again dia dengar tet tet touch dari luar pintu tersebut.
Sapa pulak main pintu tadi?


Aku kat office. Review shortlisted budak intern yang HR provide kat aku untuk aku pilih. Mustahil la aku sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 09:39 PM | Show all posts
Shutdown

Setahun production akan shut down dua  hari menjelang hujung suku keempat operasi tahun tersebut. Operator takpayah datang. Bergumbira semua tika dan saat itu. Time ni la nak upgrade server la, maintenance plant la, hatok nenek la. Kiranya staff yg ada cuma puluh orang baik siang atau malam. Yang ni based on gosip2 orang la.Apa depa cerita itu aku taip balik.

Jadinya kat orang maintenance yg masa tu tengah menten lift barang. Lift barang ni besar luas la. Tapi management tak bagi guna sesuka hati, kene ada barang2 besar  or pindah machine baru boleh pakai. Kalo tak memang tak boleh guna. Building mana tak pasti la pulok sebab tiap building ada lift barang. Kalo building aku, lampu dia tak function. Takde sapa nak guna pun  sebab takde lampu kecuali mover dan runner. Aku pulak ada masalah takot gelap memang sampai kiamat la tak guna lift tu kecuali kalo dah betulkan lampu

Budak2 yang maintain ni technician je. Engineer depa tak datang. Dorang kat luar, lift tu bertutup. Masa tu nak cecah maghrib. Baru sejam masuk shift. Dorang basically belum start pun keje2 PM dorang tu. Katanya, masa tengah plan diantara mereka ketika itu, bunyik ketukan dari dalam lift (lift tu dah di PARK kat ground floor). Dorang pun pelik ada orang ke kat dalam ni? Dorang pun tanyala ada orang ke? Takde jawapan . Pelik tau sebab lift tu memang dipark dari jam 4 petang by shift siang.  Kalo ada orang kat situ mesti shift siang dah keluarkan awal2.

Ketuk la lagi tanya ada orang tak.       
Senyap sunyi je.
Tak lama lepas tu.
Bunyik mengilai dari dalam.
Semua berterabur lari.
Aku syak building aku. Sebab ada history  kat building aku mover pindah cabinet guna lift pastu dengar krek krek cakar atas bumbung lift.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2016 10:06 PM | Show all posts
Power trip : WMA

Kalo power trip biasa sekejap je. Setengah jam paling cepat sekalipun. Kira sekejap la kan? Aku kalo power trip memang blah dari plant pegi cikcur uptown…ehh…

Power trip kenapa jadi entahlah sis jangan tanya hakak. Hakak ni kuli je kat sini. Power trip siang tak pernah jadi. Biasa malam. Penah sekali tu building test power trip nak dekat satu malam sampai engineer2 kene panggil selesaikan Cashhh lah biasanya kami2 suruh tech je yang setel sambil kasi guidance dan arahan dari umah

Yang ni happened kat Waste management area. Tempat terkutuk di plant. Bukan sebab dia handle sampah, sebab ada officer dia, jujurla aku minat dia dulu pastu aku ajak lunch, dia accept, aku punyala gembira pastu dia turn down aku punya ajakan. Aku terserempak heshe makan dengan pempuan lain. Sedih sis.

WMA process sampah waktu siang, tapi malam cuma pengasingan sampah iaitu metal, paper, plastic etc. Ada sorang je keje malam tempat ni untuk bantu kitorang asingkan sampah sebab kalo ikot hati nurani ktorang ni kitorang buang je kosser nak asing.
Masa power trip ni jadi, WMA ni memang pitch black. Sebab dia kat belakang, kalo ada electric pun terlindung dari spotlight plant yang ala2 lampu stadium .
Aku kalo intai WMA hari2 biasa dari building aku pun samar2.

WMA ni office dia kontena dan ada kawasan lapang. Pekerja dia yang sorang ni time power trip ni tengah geledah plastik sampah untuk cari precious metal. Tu yang first priority kene asingkan. Boleh jual nokk, satu lagi langkah cost saving dan generate money hokkeh. Pekerja tu stop keje dia untuk keluar dari situ. Masa dia otw keluar, dia ada terdengar orang menangis.

Dia dah rasa lain macam sebab WMA memang agak terasing dari building2 lain. Dengan gelapnya, dengan orang menangis nya. Dia dengar bunyik berdenting dari tong scrap metal.
Dia tengok ada perempuan bertenggek atas tong besar tu tapi membelakangkan dia.  Sibuk selongkar scrap metal yang menimbun tu.

Apa jadi kat mamat tu aku pun tak pasti.

Orang2 WMA memang selalu ada masalah sampah bertabur waktu malam. Siang2 dorang susun elok2 metal bar tong cat segala, malamnya berterabur. Katanya nak pasang CCTV.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 10:12 PM | Show all posts
Bilik Ahmad Albab

Masa aku cuti panjang ritu, management kuatkuasakan cubicle name designation sebab bos besar dari HQ nak datang bulan February. Sapa takde lagi kene buat, aku dah buat ritu masa sebelum cuti raya taun lepas tapi tak dapat2. Aku penah tanya nama aku da siap ke belum, then orang yang order tu kata supplier tengah buat but that was like on few months ago. Pastu aku stop follow up sebab aku rasa tak berapa penting pun ketika itu.Kosser nak pikir sangat bebenda duniawi ni sis.

Department aku punya admin assistant dah bising kasi reminder sapa yang belum letak designation tu. Alaaa….nama aku naik .
Pastu baca bahagian remark, receive name signage 18 Nov. Kuajaq da lama sampai rupanya.

Kene amik kat bahagian facility and building maintenance.

Aku takde masa nak pi office facility, aku busy so aku suruh runner aku pi amik. Segala benda2 dari segi kemudahan office, lampu meja ke, kerusi ke,file tray ke, printer, almari loker ke amik kat facility punya stock room atau nama informalnya kitorang panggil bilik ahmad albab/ bilik harta karun. Sesapa je boleh masuk. Takpayah apa2 access pun. Pintu tak kunci.

Runner aku pi la gigih carik designation aku. Berjam jgak dia kat situ. Last2 dia kata tak jumpa. Aku pun hapahal ko tak jumpa? Dia kata mana ada nama aku E.J. Aku pun aikk, kalo aku jumpa siap ko. Aku kokak hidong jambu air ko tu.
Dia kata ha cariklah. Kita tengok ada ke tidak.

Dia dah pass break time dia masa tu so aku suruh dia pi break terus la. Kang pitam plak anak orang tu

Aku masuk la bilik ahmad albab tu. Pi terus bahagian kemudahan office and workstation.Kawasan ni besar tapi sebab banyak barang dia macam sempit sedikit.  Kalo orang ada phobia tempat sempit tak sesuai la nak menggeledah harta karun dalam ni

Aku mulakan operasi search and rescue name plate iols ittew.  Dalam kotak je benda tu. Aku duduk aku carik satu-satu name plate. Aku carik sambil ratib nama. Kiranya tangan jalan, mulut pun jalan

Elina, elina, elina, elina..ha gitula mulut aku meratib sambil aku mencarik name plate. Aku jumpa nama aku, tapi bukan elina, tukang order tu amik nama second aku. Nama aku E.N J. Tapi tukang order amik N.J. Elina nya tak tulis. Memang runner aku sampai kematu la tak jumpa sebab deyols tak tau nama penuh aku dan tau aku ada nama lain selain elina

Aku pun huk alohh ko Intan (tukang order) nama ini ko letak. Aku mengomel la sebab masa order dulu aku rasa aku letak E. J.

Aku nak buat baru. Aku tak kira. Pastu aku ternampak nama Jonas, my cubicle neighbor, dia ada pesan kat aku kalau jumpa nama dia amikkan.

Aku pun selak lagi ingatkan nak amik untuk kengkawan opis tingkat yg sama, yg mana belum amik. Then letak atas meja deyols terus. Then, aku dengor sayup-sayup Ina dua kali.

Suara pempuan. Aku kompem aku dengor suara orang. Aku ni walaupun ting tong masuk air, tapi aku tak pekak. Aku pusing la kiri kanan depan belakang nak carik sapa panggil aku. Kemudian aku dengor lagi Ina.

Aku rasa tak selesa. Dua orang je dalam dunia ni panggil aku Ina, mak aku dengan tunang aku.
Dan dalam bilik ahmad albab tu terang benderang hokeh, mesti aku nampak kalo ada orang lain dalam bilik tu.

Ina lagi aku dengar untuk kali keempat.Aku make my move, out and about. Tata bilik ahmad albab, lain kali aku usha siang hari jelah.
Mak aku cakap kalo lebih tiga kali, baik berambus.Tu maknanya dia nak dekat dengan kita la tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2016 10:14 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 5-2-2016 03:05 PM
wow...ensem...ala2 mat saleh kalau muka soltan nazrin
kalau peel elok, jgn lepaskan beb

hishhh mat saleh mendenye
berkerak je dia tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 10:18 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 5-2-2016 04:20 PM
elle, mmg kat situ kena pakai skirt ke? syarat dan terma company ke?

takla
boleh pakai ape je kecuali singlet, spagheti dan sewaktu dengannya.
Skirt ada had dia. kene panjang lebih 30cm rasanya. kurang dari tu takleh masuk plant

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 10:21 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 5-2-2016 03:59 PM
tu filem ke elle?
apa nama tajuknya?
tapi confirm aku tak nak tengok

lawang sewu tu nama tempat.
glemer nurse belanda tu katanya kene rogol pastu mati.
hantui lawang sewu tu.

Urban legend indonesia la kiranya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 10:23 PM | Show all posts

horrey
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa tenkiu sis.

Apadehal cite siang pun cite je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 10:40 PM | Show all posts
doubleA replied at 9-2-2016 10:31 PM
Waaa tenkiu sis.

Apadehal cite siang pun cite je

bukanla sis
cite pasal ada orang tua ni duk kutip rambut i sis.
bukak tered baru ahhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 9-2-2016 10:40 PM
bukanla sis
cite pasal ada orang tua ni duk kutip rambut i sis.
bukak tered baru ahhh  :lol ...

Menarik sis. Bakalan follow.

Silakan cecepat sis,tanah luas buat rumah baru pung
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:55 AM | Show all posts
ellejo replied at 5-2-2016 01:12 PM
bukanla. gayah aku keje tempat lain. namun slalu dtg sini buat maksiat

ehhhhh...

ayoyo
buat maksiat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 10:56 AM | Show all posts
ellejo replied at 5-2-2016 01:17 PM
sapa amik barang aku. aku mesti kejar balik. penat aku cucuk buyer mintak diskaun dgn supplier

...

sudahnya...dapat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:58 AM | Show all posts
ellejo replied at 9-2-2016 10:14 PM
hishhh mat saleh mendenye
berkerak je dia tu

haissshh...elle
udah jadi tunangan kan?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:04 AM | Show all posts
ellejo replied at 9-2-2016 10:18 PM
takla
boleh pakai ape je kecuali singlet, spagheti dan sewaktu dengannya.
Skirt ada had dia. ken ...

oh gitu.
elle tak suka pakai suar panjang ke?
bukan apa kt ghost room tu, mesti antu jantan
sb pakai skirt kut, nampak seksi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:13 AM | Show all posts
ellejo replied at 9-2-2016 10:21 PM
lawang sewu tu nama tempat.
glemer nurse belanda tu katanya kene rogol pastu mati.
hantui lawang ...

waduh
mmg seram ke elle?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043573 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list