CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
Post time 9-11-2011 08:40 AM | Show all posts
nape aku buat x dapat eh???
aku guna nokia biasa je...up sket dari 3310
berusjamban Post at 9-11-2011 07:56


aku buat pon xdpt....tp agak2 la huruf kt situ...so lei la dpt...gud luck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 09:12 AM | Show all posts
4(space)5683(space)968(space)263(space)4(space)6477(space)968
alaa... sweetnye....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:55 AM | Show all posts
4(space)5683(space)968(space)263(space)4(space)6477(space)968
alaa... sweetnye....
rockyj Post at 9-11-2011 09:12



    rocky...still tak leh nak 'nampak' laaa..... awat la slow sangat sy ni....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:57 AM | Show all posts
ishhh.... nampak gayanya antu aci ni lebih brutal darik antu nenek kamsia tu laaa.... nenek kamsia takat men tipon2 jerrr.... aci ni dah men tenggek2 lak... adehhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 465# rockyj


    ala bgtau la ape maksudnye tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 12:31 PM | Show all posts
Reply 468# missypink_85


    boleh teka apa maksudnye...
kalo org bercinta mesti selalu sms 3 words tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2011 01:50 PM | Show all posts
aku pun gigih tekan keypad phone walo lembab yg amat....
advanced betul budak la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 04:01 PM | Show all posts
rocky...still tak leh nak 'nampak' laaa..... awat la slow sangat sy ni....huhuhuhu
twins Post at 9-11-2011 09:55


dah try...ckp la kene type kat 'Create Message'

ok.. I love you and I miss you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 05:09 PM | Show all posts
tumbs up utk cik es..:)


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 08:02 PM | Show all posts
Reply 471# berusjamban


   hahaha..lawak la ko ni...aku dapat bayangkan ko gigih menekan tapi tak dapat2!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 08:30 PM | Show all posts
biasala lelaki belum dapat lov u .love me bagai, cuba kalau dah nikah kahwin nanti, barulah korang tau hehe..apa pun, aku harap TT stick dengan cerita hantu ni..apa pun aku akan jadi pembaca setia
hinga habis misteri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 09:25 AM | Show all posts
hehehe.. gigih korang nak mencari perkataan apa tu kan...aku sampai kena pinjm hp kwn aku lagik tau ... dh la x penah guna pun function dictionary tu,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:47 AM | Show all posts
betul tekaan ku maksud ayat sms tu...phone ku qwerty type so takleh nak taip...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 12:04 PM | Show all posts
wahh.. berdebar2 baca citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 01:56 PM | Show all posts
ades citer pasal code phone pun panjang bebenor...udah udah la tu forumer sekalian jgn la duk of topik lama bebenor
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:21 PM | Show all posts
cik es..klu datang putrajaya bagitau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 03:42 PM | Show all posts
Cik Es sy add awk kat fb tak accept pun lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2011 01:44 AM | Show all posts
10 ..

Perjalanan yang jauh membuatkan aku kehausan dan keletihan. Aku berusaha mencari air untuk diteguk, panas yang luar biasa dan pandangan berkabus menyukarkan perjalanan. Langkah demi langkah tetap ku susun, walaupun sebenarnya aku tak tahu ke mana arah aku yang sebenarnya. Tiba-tiba pandangan yang berkabus tadi memancarkan satu cahaya yang amat silau tapi anehnya, mata aku tak pun rasa silau atau sakit. Mata ku merenung tepat ke arah punca cahaya dan muncul seorang perempuan bersari merah.

Macam pernah aku tengok aci ni, di mana ya? Oh ya,dia bertenggek atas helmet abang aku kan tadi? Eh,kenapa sekarang takde rasa takut? Mula lah soalan bodoh berlegar dalam kepala otak.

"Kau siapa? Dan boleh aku tau kita ni kat dunia mana pulak sekarang siap ada kabus2 mcm pentas teater ni?" Kata aku,berani. Berani-berani takut.
"Engkau yang tinggalkan..." jawab Aci.

"Engkau yang tinggalkan?" ulangku sendiri. Spontan aku teringat panggilan telefon tu. Aci ni kah yang telefon aku? Dia jumpa handphone aku kah? Jumpa..atau curi?

"Kau siapa? Aku tak rasa aku berada di dunia aku sekarang. Kau dari mana? Kau nak apa dari aku?" aku desak dia. Walaupun waktu tu aku rasa aku sedar dan bukannya bermimpi,aku yakin aku berada dalam satu dunia yang lain. Aku cakap pada diri aku sendiri,aku mesti bangun dari dunia khayalan ni, atau mungkin sesuatu yang bawa aku ke sini, aku nak balik ke dunia aku yang asal. Dunia kehidupan manusia yang sebenarnya. Dan..bukannya macam dunia bunian dalam pentas teater pulak?

Aci tadi membelakangkan aku dan mula berkata-kata ..

"Cakap pada dia.. dia yang tinggalkan.." kata aci.
"Dia? Dia siapa? Tinggalkan apa?" tanyaku.
"Tinggalkan.."
"Tinggalkan..?"
"Tinggalkan aku.."

"Siapa tinggalkan kau?"
"Dia.."
"Dia siapa?"
"Dia yang tinggalkan aku.." kata Aci lagi, berulang kali. Stress pulak aku dengar.

"Aku tak faham. Siapa yang tinggalkan kau dan kenapa?" aku masih mendesak,ingin tahu akan jawapan.
"Aku ..Swati..."
"Swati?Apa tu?" tanya ku.
"Nama aku.. Swati" katanya yang masih lagi membelakangkan aku.

Swati perlahan-lahan beredar dan meninggalkan aku. Suasana kabus tadi sedikit demi sedikit hilang dan Swati hilang begitu sahaja meninggalkan banyak persoalan yang tidak dijawab.

Aku menutup mata perlahana-lahan. Aku mesti yakin, aku mesti keluar dari dunia ni,ini bukan tempat aku. Aku membaca ayat kursi memohon perlindungan dari Yang Maha Esa. Dengan mata tertutup, aku gerakkan bebola mata ke kiri dan ke kanan dan menahan nafas, cuba untuk mengesan sebarang bunyi tetapi gagal. Aku buka mata aku dan terperanjat gila bila tengok aku dah pun berada di ruang tamu rumah aku sendiri.

Bagaimana ni terjadi? Aku pasti ini bukan mimpi. Walaupun aku selalu dengar, mimpi ni kadang-kadang macam real, tapi aku tetap dengan pendirianku bahawa aku bukan bermimpi. Aku seolah-olah takut untuk bergerak, sejuk agak terasa dan aku mendengar bunyi hujan yang turun renyai-renyai diikuti dengan bunyi motorsikal. Abang aku dah balik?

"La....tertido lagi ke?Nasi dah masak belum?" tanya abangku sambil menghulur beberapa plastik kecil yang berisi lauk yang dibeli dari pasar malam.
"Err belum kot.." kataku tak pasti.
"Kot..?? Angau ke apa kau ni.. gi la masak nasi,lapar dah ni" arah abangku. Aku mengangguk dan tanpa menangguh sedikit pun,aku ke dapur.

Nasi dah pun siap terhidang di atas meja, bila masa pula aku masak ye? Ah, anggap je lah aku dah masak dan mungkin tertido lepas tu mimpi si Swati pulak tadi. Memang mimpi je kot, aku cuba untuk lupakan saja,untuk sedapkan hati sendiri. Aku dan abang aku makan malam bersama, gelojoh betul abang aku makan. Rasa bersalah pulak aku biar dia kelaparan macam tu.

Aku cuba untuk tanya dengan abang aku tentang kejadian perempuan bersari merah atau Swati yang bertenggek di atas helmet tadi. Ternyata abang aku tak tahu apa-apa.

"Bukannya aku ada menjerit-jerit ke tadi tengok perempuan tu?Dia bertenggek kat helmet kau lah!" aku meyakinkan dia.
"Jerit apa pulak?Bila masa? Kau mengigau tu sebenarnya" abangku menafikan. Menurut abang aku, tadi memang dia dah balik kerja dan tengok aku baru je keluar dari bilik mandi. Dia tak tegur pun aku, takde langsung. Dia tengok kat dapur belum ada masak apa-apa,jadi dia decide nak ke pasar malam je beli lauk, dan masa dalam perjalanan tu,dia sms aku suruh masak nasi je,tak perlu masak lauk sebab dia nak gi beli,itu je. Takde pun abang aku cakap apa-apa dengan aku,menurut katanya. Sedangkan seingat aku, sebelum abang aku ke pasar malam, abang aku ada bertanyakan sama ada aku ada nak kirim beli apa-apa tak,tapi abang aku menafikan tu semua.

"Mane de aku tegur engkau apa-apa la. Aku terus keluar je. Mengarutlah. Ngigau lah tu!" katanya. Ohhh,ok. Aku cuba untuk menerima hakikat semua yang terjadi tu hanyalah mimpi semata. Selepas makan, aku terus ke bilik dan abang aku pulak,macam biasa tengok tv bertemankan segelas kopi dan sepinggan keropok lekor yang juga dibeli dari pasar malam tadi.

Di dalam bilik, aku renung balik seterika yang ada bayang perempuan sari merah tadi,perasaan gerun timbul kembali dan planning malam ni nak tido kat ruang tamu jugak. Abang aku memang faham sangat perangai aku, kalau aku tiba-tiba tido kat ruang tamu dengan dia, sebenarnya ada la bendanya tu yang aku takutkan. Cuma aku tak nak cakap je.

Malam tu,tidurku agak lena dan tak terganggu dengan 'lawatan' dari Swati.

Keesokan harinya, aku bekerja macam biasa dan meneruskan rutin seharian. Walaupun setiap hari buat kerja yang sama je, tapi sikitpun aku tak rasa bosan. Dengan staffs yang energetic, suka bergurau menjadikan suasana di tempat kerja selalu ceria. Itu antara sebab kenapa aku masih lagi bertahan di situ walaupun setiap hari ada je kerenah manusia yang perlu dilayan, lebih-lebih lagi menguruskan kedai makan, kadang-kadang apa yang kita sediakan tak menepati selera sesetengah pihak.

Suasana restoren yang agak sibuk buatkan aku tak berhenti-henti ke sana ke mari. Kerinduan terhadap Nenek Misteri tu mampu aku lupakan,walaupun aku tau ianya hanya untuk seketika je.

Menjelang petang, sekitar pukul 6, restoren mula lengang. Dan aku mengambil kesempatan untuk merehatkan diri di office yang letaknya di dalam restoren tu juga. Bila dah dapat duduk,rasa lega sangat, rehatkan kaki yang keras bekerja hari ni. Sesekali,aku melihat ke arah telefon. Perasaan rindu tu mula menggamit dan aku benci perasaan macam ni. Aku jadi tak keruan atau mungkin kerana aku yang terlalu memikirkan. Aku rindu sangat suara Nenek Misteri tu terutamanya bila dia sebut "Kamsiaaaa...Kamsiaaa...".. Saban hari dia tak pernah jemu menelefon, walaupun pernah jugak aku bengang dan marah dia, dia tetap dengan Kamsiaaa nya,tak jemu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2011 01:45 AM | Show all posts
Benarlah apa kata orang,kita hanya menghargai bila kita kehilangan. Aku mengeluh,sangat berat perasaan ini untuk aku lalui. Dan airmata sedikit itu masih bergenang setiap kali aku teringatkan kembali detik-detik pilu Freddie bertemu dengan Nenek kepada Kenny.

Apa khabar Kenny sekarang.. Freddie sekarang pula apa cerita? Dengan masa yang masa ada itu, aku log in facebook dan mula mencari-cari nama Freddie. Aku post je kat wall facebook dia.

"Freddie!! Long time no see!! Hope u doing good!!" tulis ku,itu sahaja. Beberapa minute kemudian, ada comment lain di bawah wall post tu, bukan dari Freddie,tapi dari Kenny.

"Dengan kita tak rindu meh?Kita pun lama tak dengar berita u" tulis Kenny. Aku tersenyum dan ketawa kecil. Kenny masih lagi seperti dahulu, yang suka membahasakan dirinya sebagai 'kita'. Comel sangat.

"Rindu jugak la.Bila nak reunion?" Tulis ku lagi.
"Tunggu boss besar organise la" balas nya. Kami berbalas comment di situ, menyemak kat wall Freddie je,haha. Bila aku tanya siapa Boss Besar yang dimaksudkan, dia menulis "Danny la,sapa lagi" hahaha aku ketawa lagi. Aku terhibur seketika.

Tiba-tiba Kenny send sesuatu pada inbox aku.

"Kakak... kakak sama Danny dah tak couple ke? Cerita lah dengan kita,kenapa jadi macam tu?" tulis Kenny. Kenny yang agak muda sikit dari aku memang panggil aku kakak sebab aku yang suruh walaupun pada asalnya dia tak mau dan kekok.

Aku terkedu, dan soalan itu aku biar tak terjawab. Aku log out,lain kali lah kakak jawab soalan kau ye dik, panjang ceritanya.

Akibat dari soalan Kenny tadi, aku terimbau kembali kenangan lama, yang aku sedaya upaya tak nak ia nya mengganggu fikiran ku lagi tapi..masih jugak kenangan tu melekat dalam hati. Melekat di otak mungkin tak meninggalkan kesan sangat, tetapi kalau melekat di hati? Herm...

Aku akui,satu ketika dulu aku pernah menerima Danny sebagai sebahagian dalam hidup aku. Sepanjang aku kenal rapat dengan dia, dia lelaki yang paling mengambil berat pernah aku jumpa. Apa sahaja gerak geri dia, dia buat aku rasa dihargai, aku rasa diri aku istemewa sangat bila bersama dia. Aku tak nafikan aku terpaut pada dia terutamanya dengan sikap dia, dia seorang lelaki yang gentleman,yang aku percaya ramai wanita di luar sana,bukan aku je,memang suka dengan ciri-ciri lelaki yang macam ni. Tapi, bila aku menoleh kembali pada pengalaman lepas, kepercayaan aku jadi kurang, keyakinan aku bertukar rapuh dan aku..dengan sesenang macam tu je, aku memutuskan hubungan aku dengan Danny yang baru beberapa minggu terjalin. Aku nampak kekecewaan itu di muka dia, tapi kekecewaan di hati aku, aku tak rasa dia nampak, sebab dia tak pernah tahu kisah silam aku.

5 tahun yang lepas, aku pernah kenal rapat dengan seseorang yang punyai ciri-ciri macam Danny dan hubungan tu lebih jauh sebab kami dah pun mengikat tali pertunangan, walaupun ketika tu pertunangan aku ditentang hebat oleh arwah mak atas sebab usia aku yang masih terlalu muda dan bakal tunang aku tu pulak, tiada pekerjaan tetap. Waktu tu,aku memberontak bila keinginan dan kemahuan aku dihalang.

"Mak bukan tak suka kau nak tunang,nak kahwin,elok sangat lah tu elak maksiat. Tapi kau tu muda sangat lagi, lelaki tu pun takde kerja, macamana nak sara kau nanti" bebel mak.

"Yang mak fikir jauh sangat tu kenapa?Yang takde kerja tu,sekarang ni.Nanti2 ada lah tu,bukannya tak kerja pun dia tu mak, ada jugak income tolong ayah saudara dia" protes ku. "Dulu abang nak kawen, takde pun mak halang-halang macam ni, umur dia waktu abang kawen dulu pun sama jugak macam umur Sha sekarang. Abang boleh, Sha tak boleh?Macam tu?" sambungku lagi.

"Ya Allah Sha... Abang kau lain.." kata mak.

"Ye lah tu mak... lainnn lah sangatttt! Ye lahhh!" Kata ku menyindir.

"Waktu tu abang kau dah lama ada kerja tetap Sha. Duit simpanan pun stabil, bakal bini pun sebaya dia, bekerja. Mak tak nampak pun masalahnya sebab tu mak tak bising dia nak kawen. Dah dia mampu. Yang kamu ni, dengan bakal tunang kau tu takde kerja tetap, kau pun sama jugak tak kerja tetap, nak kawin apa nya?" kata mak.

"Bukannya dia tak kerja mak.. dia tolong ayah saudara dia,bukan takde income langsung" bentak ku.

"Kerja tolong2 orang macam tu berapa sangat la dapat Sha..Bukannya mak nak menantu kaya, sekurang-kurangnya ada kerja tetap. Nak tunang,nak kahwin tak susah Sha,kerja senang je tu. Tapi yang susahnya lepas kahwin nanti. Fikir dulu elok-elok, kenal pun tak sampai setahun lagi dah nak bertunang. Jauh mana perangai dia tu mana kita nak tau" mak bising-bising.

Aku mengeluh. "Macam ni je lah mak, kalau mak tak suka sangat,tak payah je Sha bertunang lah!Senang cerita, senangkan hati mak tu kalau mak nak sangat!" aku meninggikan suara dan berlalu dari situ, masuk bilik dan menghempas pintu sekuat hati,lantak lah kalau nak tercabut sekali pun,peduli apa aku. Waktu tu aku rasa betul-betul terseksa, aku sayang dia sangat sebab tu bila dia minta untuk bertunang,aku terus setuju. Aku ingatkan parents aku akan bagi tanpa banyak kerenah, ye lah kan, perkara baik, kenapa nak marah-marah pulak. Aku tak sangka arwah mak aku orang yang paling menentang, sepanjang hidup aku, itu lah kali pertama aku tengok mak tegas dengan pendirian dia tanpa sikitpun dengar cakap ayah. Ayah aku pulak, sama jugak bising tapi akhirnya dia benarkan jugak hasrat aku untuk bertunang. Cuma hati aku betul-betul terguris bila aku pernah terdengar perbualan ayah dan mak aku, ayah aku cakap, izinkan aje la, nanti dah 'terhantuk',baru aku tau langit tu tinggi ke rendah.Orang tengah mabuk cinta ni bukan boleh terima nasihat,katanya lagi.

Aku terasa hati sangat seolah-olah pilihan bakal suami aku ni teruk sangat. Setakat tiada pekerjaan tetap tu masih boleh diusahakan sebelum kami nikah. Aku bersemangat dan berazam akan buktikan pilihan aku tepat.

Sangkaan aku meleset apabila tunang aku sendiri mula berubah sikap beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan yang telah kami pilih lebih awal,sejak sebelum tarikh bertunang lagi. Hubungan kami mula goyah akibat kehadiran orang ketiga. Paling perit, apabila dia membatalkan pernikahan hanya dua minggu sebelum itu, bayangkan perasaan aku waktu tu. Malu, kecewa, marah semuanya bercampur-baur. Lebih-lebih lagi kad jemputan sudah diedarkan ke sana sini. Sudahnya aku bercuti sendiri ke sebuah negeri yang takde sorang pun kenal aku, menyepikan diri hampir 3 bulan dan tak pernah berhubung langsung dengan dunia luar. Perasaan malu dan kecewa tu makin menebal dan aku tak dapat terima kenyataan. Bila hati aku mula nak pulih, aku terluka lagi bila dengar perkhabaran dari kawan, bekas tunang aku tu rupanya dah terpaut dengan rakan karib aku sendiri, aku tak sangka,betul2 tak sangka.

Aku tak sangka dia boleh berubah jadi seteruk tu, sedangkan sebelumnya dia amat mengambil berat dan baik sangat orangnya. Macam Danny.. dan aku rasa,satu hari nanti Danny mungkin akan berubah macam tu. Hati aku kuat mengandaikan kemungkinan buruk yang bakal berlaku,dan aku tak bersedia langsung untuk kembali disakiti. Cukup-cukup lah.

Atas alasan itu, aku mula menjauhkan diri dari Danny dan ternyata tindakan aku mendatangkan ketidakpuashatian pada Danny. Sangka ku dia akan mendesak,akan marah. Tapi, dia makin mendekatkan diri, aku je yang makin menjauh dan bermain tarik tali.

Bila mengimbas kembali kenangan silam, aku menangis sendiri. Aku akui aku bukanlah anak yang baik sangat di waktu silam aku, di zaman kebodohan aku. Meninggikan suara pada ayah dan arwah mak macam dah jadi rutin. Sekurang-kurangnya dah terbukti kata-kata arwah mak betul, firasat seorang ibu tu betul. Sekarang aku dah kehilangan arwah mak yang dulu pernah menentang hubungan aku dengan bekas tunang,dan aku terfikir,adakah arwah mak akan menentang Danny jugak macam dulu? Mak, kalau lah mak masih hidup.. air mata aku menitis lagi..

"Swati... Swati... Swati...!!! Dont run!!" jeritan seorang wanita mngejutkan aku dari lamunan. Aku berlari keluar, bukan kerana terkejut mendengar jeritan tu, tapi kerana tertarik mendengar nama itu. Swati? Sari merah?

Mata ku memburu ke arah datangnya suara tadi. Rupa-rupanya wanita tu tengah kejar anak dia yang tiba-tiba berlari ke arah jalan raya. Risau akan keselamatannya, wanita tadi menjerit dengan begitu kuat sambil mengejar anaknya yang ku agak umurnya dalam lingkungan 4 atau 5 tahun. Tiba-tiba aku didorong satu perasaan yang seolah-olah memberi aku keberanian secara mendadak. Dengan sepenuh tenaga dan sekuat-kuatnya, aku menjerit memanggil Swati..

"Swati..!!!!"

Anak kecil itu tersentak, dan spontan berhenti berlari dan menoleh. Ibunya yang sedari tadi mengejar,turut terkejut dan menoleh sama ke arah aku. Aku tergamam. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam office,rasa segan sebab tindakan aku yang secara tiba-tiba tu macam lebih over pulak dari mak si Swati tu.

Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Serentak dengan itu, bunyi gelang kaki sekali lagi mengganggu pendengaran ku. Aku yakin, bunyi itu tidak jauh, hanya beberapa langkah sahaja di belakang ku tapi aku tekad untuk tidak menoleh..

Swati yang bersari merah itu kembalikah?

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 07:32 AM | Show all posts
sedihnya baca kisah cik es. tak patut betul tunang cik es tu. nape cik es tak saman je dia kaw2. suka2 hati je batalkan majlis. apa pun benda tu mesti ada hikmahnya. seorng ibu mesti ingin yg terbaik utk anaknya dan sekurang2nya doanya dimakbulkan Allah sblum dia pergi. cik es jgnlah ingat sgt kisah lama. hidup perlu diteruskan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.069387 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list