CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

[Tempatan] "RM800 Je Apa Masalah Kau?"-Pensyarah Berlagak Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Laptop

[Copy link]
Post time 30-3-2022 03:08 PM | Show all posts
ell2026 replied at 30-3-2022 02:57 PM
kalau dalam kelas betul jgnla ko letak botol air ke apa2 yg tak berkenaan dgn belajar atas meja... ...

kalau jenis baling2 botol ni
kalo keje cikgu tadika
harus dah jadi kes dera

sib baik jd prof
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 03:10 PM | Show all posts
mula2 tengok video nie memang iols marah dekat prof tu sebab xde empati langsung dekat anak yatim

tapi bila iols dengar balik bukan dengan emosi kemarahan, iols paham apa yang prof cuba nak sampaikan. cuma cara sheols tu salah & nampak xberadap sebab sampai menghina golongan B40. memang betul ada segelintir golongan B40 yang lebih pentingkan kehendak dari keperluan. tapi jangan lupa yang ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. duit nak makan pon xcukup apatah lagi nak beli laptop yang harga RM800. bagi golongan M40 atau T20 RM800 memang kecik sangat ibarat RM80, tapi untuk orang yang bergaji kecik, RM800 tu ibarat RM8K tau.

Iols paham sangat perasaan tu sebab iols pernah berada dalam situasi tu especially time study even duit PTPTN pon just cukup untuk survive & yang penting dah xmenyusahkan mak pak mintak duit every month.

Btw, dalam kes student nie, kita xtau apa situasi die. bapak die xkeje sebab baru kene buang kah, sakit kah sebab kejadian nie jadik time covid. so ramai orang terkesan especially golongan B40.

Prof patut jangan biarkan emosi mengawal diri sampai terkeluar perkataan yang xsepatutnya. patutnya even prof bengang dengan pelajar2 nie, xkesah on what reason yang layak dihamun pon, sheols xpatut keluar ayat2 menghina mcmtu. Generasi skrg xsama mcm generasi dulu yang mana bila kita pukul, kita hina, kita herdik dorang bakal bangkit nak tunjukkan aku boleh berjaya. Generasi skrg fragile sikit, so approach tu kene cara lain ikut peredaran zaman.

What ever it is, Alhamdulillah, student tu pon dah grad & hope heols dapat kerja yang elok untuk bantu keluarga heols. Amin




Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 30-3-2022 03:06 PM
teringat aku masa zaman belajar dulu, zaman awal smartphone
aku & kawan aku, berdua je masih pakai p ...

Sedih nya kisah hidup student life ko.. mkn nasi 3 hari skali... aku dulu sekali sehari dpt mkn nasi... tu pun nasi + ikan keli + sayur = rm2.30... waktu lain, kot lapar, bancuh milo kosong, susu tepung & cicah biskut krim kraker tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:11 PM | Show all posts
bernama.com
Pensyarah perlekeh pelajar B40, UiTM akan ambil tindakan
3-4 minutes

SHAH ALAM, 30 Mac (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap pensyarah kontrak di cawangan Seri Iskandar, Perak yang telah memperlekeh penuntut B40 universiti itu seperti tular di media sosial, awal pagi tadi.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata pihaknya kini sedang meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara itu.

“Sebenarnya, saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku pada semester lepas (antara September 2021 dan Januari 2022), bukan berlaku semalam. Isu ini seperti ada perancangan mengapa ia di upload (muat naik) semalam.

“Bagaimanapun, kita telah trace (kesan) penuntut tersebut dan kita telah hantar peralatan (komputer riba) yang dia perlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran program One To One Tree serta menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Roziah berkata pensyarah kontrak di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) itu seorang yang bagus dan berpengalaman, mungkin ada sedikit kesilapan.

“Bukan pelajar sahaja stress (tertekan), pensyarah juga stress, kita jangka dia juga dalam keadaan tertekan. Pensyarah UiTM semua mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka, mungkin pertanyaan dia (penyarah kontrak tersebut) itu tidak kena dan terbawa-bawa,” katanya.

Roziah berkata beliau perlu bertimbang rasa untuk pelajar dan stafnya.

“Saya tidak bagi orang tularkan staf saya, saya perlu jaga kedua-dua belah pihak, pelajar saya sayang, staf juga saya sayang,” katanya.

Sementara itu,  Roziah dalam satu kenyataan menyeru kepada para penuntut yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat serta bantuansewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.

Menurut kenyataan itu, pihak universiti telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan penuntut yang kurang berkemampuan seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta pihak alumni.

Awal pagi tadi tular di media sosial mengenai rakaman (kelas dalam talian) seorang pensyarah telah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai emas bagi membeli peralatan tersebut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:12 PM | Show all posts
akubest replied at 30-3-2022 02:48 PM
the first thing akak notice jugak
hahahahhahaa
gigih la buat kotak 8 ke 10 kethol atas white boar ...

lecturer tu tak reti guna fungsi screen sharing kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:12 PM | Show all posts
ifanonline replied at 30-3-2022 02:42 PM
pak ya mana pulak...sila upkan tred disini

Di kampung husband akak ada seorang itu dikenali sebagai pak ya pelam sebab dia jual mempelam
dia B40 juga tapi baik orangnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 30-3-2022 03:05 PM
kri krik krik sangat cite ni
kalo betul akak tak rasa student tu sampai bedendam ngan dia
nak vira ...

Eh eh melintas gak kt fb td.. tp sefaham i tu bkn lect viral tu. Yg i faham bdk tu nk puji lect dia instead of mcm lect viral tu..lect dia tolong dia dptkan dan sumbanh duit utk dia beli laptop
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:14 PM | Show all posts
Sekalipun katalah student tu takde laptop sbb alasan yg ntah apa2, tp d manner percakapan proff tu, tidak boleh dijadikan sebagai sesuatu yg boleh diterima dalam environment pendidikan di negara kita. Nak ke kita anak2 kita belajar dlm environment yg mcm tu?  Anytime pendidik blh malukan dorg, dgn ckp bahasa kasar n menghina. Sepatut kita kena berjuang utk bagi satu environment pendidikan yg terbaik utk pelajar di msia. Utk terima benda mcm ni dlm dunia pendidikan is a big NO. Kena ada science di sebalik segalanya. Kejadian mcm ni menjejaskan emosi student. Di zmn dimana mental health diperkatakan secara begitu meluas di peringkat global even negara kita pun ada duta reben hijau bagai, biarlah nampak kita pun mmg betul2 bagi perhatian pd isu yg berkaitan mental health, kerajaan kena do something, kena ada guidelines yg comprehensive, tak blh biarkan masing2 buat ikut suka cara sendiri, but ofcoz there should still be setence degree of freedom, but comprehensive guidlines should be clear enough utk tahu apa blh buat apa tak blh buat, just dont cross d line. Org dulu2 tak pandaiii, takuttt, klu org berpangkat spt cikgu marah ke diam je, parents dulu pun mcm menerima budaya cikgu blh marah maki malukan pukul sesuka hati. Tapi zaman dah berubah, semua orang kena berubah termasuk sistem, cara kita bekerja, cara kita berinteraksi, semua segalanya should moving forward.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 03:15 PM | Show all posts
dlm citer ni akak takmo komen pasai student tu
sbb info dari video ni cuma kesalahan dia
takde laptop sampai sem 5.

so setakat ni itu je isu dia walopon mungkin pada dia takde isu
mungkin dia tgk lecture tu pastu dia godek laptop member dia ke
tu semua tatau
so tu akak reserve my comment on dia coz too little info nak taram budak ni

yg nyata dan pasti kebiadapan prof tu pada akak tak kena.
ko input kat student ko, nanti kalo ko jd lecturer, ko hentak je student acah2 miskin mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:15 PM | Show all posts
green~tea replied at 30-3-2022 03:10 PM
Sedih nya kisah hidup student life ko.. mkn nasi 3 hari skali... aku dulu sekali sehari dpt mkn na ...

uols takyah nak propa. bukan ke mak uols tu keje pejabat tanah kat penang tu, tu yang boleh dapat tanah berekar-ekar. ape gaji tak berkat ke sampai uols makan sehari sekali?  orang share hidup susah uols pun nak up jugak. T20 sembang babi terbang ke uols ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:16 PM | Show all posts
dengar kata dia ada je laptop tapi masa kelas tu kat kampung takda internet coverage..tu yg pakai phone je..rumah kat kampung takda internet..dia malas nak bertekak..dibiar je letcurer maki..video tu bukan dia yg record kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:18 PM | Show all posts
anisania replied at 30-3-2022 03:13 PM
Eh eh melintas gak kt fb td.. tp sefaham i tu bkn lect viral tu. Yg i faham bdk tu nk puji lect di ...

i seee
siannn .....susah betul lah tu
siap ada lecturer lain tolong dia dapatkan laptop.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:18 PM | Show all posts
Kakak budak tu dah mula jawab dalam media social belum lagi makin banyak parody bertebaran
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:19 PM | Show all posts
Cedera mental teruk sangat kot student tu bila di hina sedemikian sampai kena viralkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 30-3-2022 03:16 PM
dengar kata dia ada je laptop tapi masa kelas tu kat kampung takda internet coverage..tu yg pakai ph ...

Tp itula.. masa lect tu cakap.. suruh kakak jual gelang ke rantai emas tu.. auto mata iols tgk emas kat tgn dia ???? tu yg terus kuangasam  btl prof ni hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:21 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 30-3-2022 03:24 PM

Klu pegi pejabatt kerajaan, kena layann teruk, acik kaunter ckp lebih kurang suka tak kita?  samalah konsep. Semua orang dibayar untuk menjalankan tugas masing2. So sedar diri n buat kerja dengan baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 03:21 PM | Show all posts
Siapa nak hantar anak pegi belajar tp risiko kena dera mental oleh pendidik sbb pendidikmulott lahanattt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 30-3-2022 03:18 PM
i seee
siannn .....susah betul lah tu
siap ada lecturer lain tolong dia dapatkan laptop.

Eh bkn kaka.. yg lect tu tolong dptkan laptop..rasanya bdk yg berlainan..tu yg i fhm la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 30-3-2022 03:11 PM
bernama.com
Pensyarah perlekeh pelajar B40, UiTM akan ambil tindakan
3-4 minutes


La org lain kata da grad
Tahniah la dpt laptop percuma
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 03:23 PM | Show all posts
green~tea replied at 30-3-2022 03:10 PM
Sedih nya kisah hidup student life ko.. mkn nasi 3 hari skali... aku dulu sekali sehari dpt mkn na ...

iye, masa mula2 tu memang aku sayu hati, hiba gilatapi bila dah lama berlalu, aku bersyukur Allah bagi ujian macam tu. memang mengajar aku bersabar, dan bersyukur atas segala jenis nikmat

sampai ke satu tahap, aku lalu tepi tong sampah, ada orang buang nasi bungkus, separuh je dia makan, separuh lagi ke tong sampah
aku nangis tepi tong sampah sebab teringin nak makan nasi tu     

sampai ke tua ni, aku jenis makan beringat. tak membazir, dan kalau dapat makan minum yang sedap2, silap haribulan menitik air mata bersyukur
kang orang kata gila pulak, asal makan nangis, asal makan nangis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.104275 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list