|
bertabah menunggu sambungan from cik es...
romantik jugak la si danny tu
sakura2503 Post at 4-11-2011 16:12
terasa muderrr balik bila baca part si danny ngan si E nii... walaupun dah lama kawin.... rasa mcm kita pulak yg masih dalam alam percintaan.... ni kira mcm cita seram romantik gitu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 422# aLieNzDaToR
try lah buat ape yg danny suruh tu..mesti ko pon rase nak bercinta jek..haha. |
|
|
|
|
|
|
|
apa message yg ecah taip bila ikut instruction danny tu? henpon canggih ke danny bagi kat ecah tu? : ...
aLieNzDaToR Post at 5-11-2011 14:56
hidden message,ikut arahan mcm yg sy tulis.. memang akan dpt jawapan.. hp jenis QWERTY keypad mmg x dapat, hp yg keypad biasa2 je dapat... tak canggih pun boleh asalkan keypadnya yg biasa2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
cik es,
aku rase kan, ko memang ada 6 sense la. cuma 6 sense ko tu, macam memberi peluang kepada dunia luar tu, jadikan ko perantaraan diorang..mungkin ko lg senang kowteam kot..kehkehkeh..kalau bomoh, asik nak pengeras jek..haha..anyway cik es, aku cadangkan ko berkarya, buat novel, tapi bukanlah cerita ni...ko buatlah cerita ko sendiri yg lain...even ko cipta sendiri pon cerita tu, aku yakin, mesti gempak..ko ada bakat...aku yakin ko takkan terikat dengan satu cerita ni je kan...hope to see ur name in one of the books on the rack later bila aku mencari2 novel untuk dibaca... |
|
|
|
|
|
|
|
9 ...
Aku dan Danny terdiam tak terkata-kata. Tergamam.
"Errr..mana perempuan tu?" aku pada asalnya tak nak tegur sebab orang tua-tua cakap, kalau ada nampak sesuatu yang pelik, jangan tegur. Kang dia tegur kita balik. Danny cuma angkat bahu dan ternyata dia pun kehairanan. Kemungkinan untuk perempuan tu menghilangkan diri dalam masa beberapa saat,lebih-lebih lagi di kawasan yang seluas pantai tu, memang mustahil sama sekali. Aku perhati jugak ke arah gigi pantai, kot-kot dia berenang ke, menyelam ke..atau bunuh diri ke? Hishhh... tapi, laut yang tenang, tiada apa di situ, kecuali beberapa ekor anjing yang berkejaran sesama sendiri.
Danny ajak pulang dan dia hantar aku sampai ke rumah. Petang tu aku lepak di rumah je kemas bilik yang dah hampir beberapa minggu tak dibuat 'general cleaning'. Labah-labah dah mula bersarang. Aku mengemas bilik sampai berpeluh-peluh. Dengan bilik abang aku sekali, dan ruang tamu aku kemaskan. Ini baru the whole general cleaning namanya. Aku dah standby nak mandi sebab hari pun dah nak menghampiri malam. Aku asyik menjenguk ke luar dan menunggu abang aku balik, dalam hati aku ni risau jugak kalau2 dia tak balik, walaupun pada asalnya abang aku memang dah janji nak balik malam tu. Sementara merehatkan badan lepas kepenatan mengemas rumah, aku baring-baring sambil belek handphone baru pemberian Danny. Aku meneka-neka berapa lah agaknya harga handphone ni, kali pertama jugak aku pakai handphone Sony sebab sebelum tu asyik pakai Nokia je, jadi aku agak kekok dengan setting dalam tu. Buku nota kecil berwarna hijau epal yang dah lama tersimpan rapi dalam laci meja, aku keluarkan dan mula 'save' nombor-nombor telefon yang ada ditulis dalam tu. Nasib baik aku ada satu habit iaitu menulis semua nombor-nombor telefon secara manual ke dalam buku. Dulu, aku pernah hilang handphone jugak sekali, dan aku rasa susah sangat nak dapatkan balik semua nombor-nombor penting dalam tu,sejak tu aku mula menulis ke dalam buku telefon kecik, macam style orang dulu-dulu kan,hihihik. Ada jugak aku pernah dengar orang cakap nombor telefon dalam simcard tu boleh kita back up, kalau simcard hilang, masih boleh dapatkan nombor-nombor yang kita save tu,cuma pergi je kat celcom centre. Tapi aku ni tak berapa reti nak buat (plus malas,hehe) jadi aku salin je balik semua. Senang lagi kan,free of charge je. Aku ada jugak berkira-kira nak dapatkan balik nombor lama aku,tapi Danny dah beli simkad baru, jadi aku batalkan je niat tu. Nombor baru yang Danny beli, 4 digit nombor belakangnya sebijik sama dengan nombor aku yang lama cuma digit kat depan je lain. Gigih jugak kot Danny cari nombor nih.
Tengah leka salin nombor telefon tu, tiba-tiba ..
1 message received.. Oh,Danny sms!
Sy rasa sy dah rindu awk.. tp rasa je lah,mungkin x rndu kot. Take care! :p
Aku tersenyum sendiri dan tekan reply.
Sy x rindu awak,confirm :p
Then,takde apa-apa balasan dari dia. Merajuk,kot?
Selepas menunggu berapa ketika, tapi masih tiada sms balas dari Danny,aku sambung balik key in baki nombor yang belum dimasukkan. Ada jugak nombor kawan-kawan lama yang dah berkurun gila tak contact, pun aku masukkan jugak ke dalam contact list, ye lah kot2 perlu 1 hari nanti kan,mana tau.
Sekali lagi, 1 message received. Aku tersenyum lagi, ini mesti Danny. Tapi tekaan aku ternyata salah.
U have 1 missed call from.. nombor yang tertera di situ,betul-betul mengejutkan aku. Berdegup kencang jantung ni,tapi aku cuba untuk rileks sahaja. Aku semak semula nombor tu missed call pukul berapa dan ternyata missed call tu dibuat waktu aku berada di pantai tadi,dengan Danny. Dan nombor yang missed call tu, tak lain tak bukan, adalah nombor aku sendiri. Tak tercapai akal aku ni nak fikir, siapa yang guna handphone aku yang hilang tu agaknya. Kalau curi sekalipun,kau tukarkan simcard tu dengan simcard kau sendiri tak boleh ke? Bodo ke apa pakai simcard aku pulak?
Dengan perasaan yang takut-takut, aku paksa untuk beranikan diri, call balik nombor aku yang hilang tu. Tapi baru je beberapa saat, bunyi tone pun tak dengar lagi,aku dah cepat-cepat tekan button merah. Tadi nak berani, tiba-tiba jadi tak berani pulak. Takpe, tunggu abang aku balik dulu,nanti aku suruh dia call pulak nak tengok nombor tu masih dapat dihubungi ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 5-11-2011 20:11
Tengah sibuk di dapur tu (sibuk la sangat!), tiba-tiba ada suara orang memanggil dari luar. Telinga aku ni sensitif sangat ke atau memang ada orang memanggil dari luar, sebut "Helloo..Helloo.." dari tadi. Aku risau kalau2 otak aku ni je memandai beritau ada orang panggil tapi realitinya takde pun. Selalu sangat jadi macam tu. Kemudian kedengaran lagi,aku mengalah. Cuba check dan intai dari tingkap rumah, sape pulak datang malam2 ni. Nasib baik abang aku balik rumah tepat pada masanya, lega. Aku pun bukak la pintu rumah dan menyapa orang yang memanggil-manggil tadi tu.
"Ya...cari sapa?" tanya abangku, mendahului.
Kelihatan lelaki india tersenyum-senyum dan menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan abang aku.
"Sy Akash. Sy baru pindah sana hujung rumah,tapi bukan mau bikin rumah punya,tadika juga" kata lelaki india tu, berbelit-belit.
"Oh,nak buat tadika ke rumah tu?" tanya abangku.
"Ya, tapi bukan sy punya. Sy kerja renovate saja, itu kakak ipar sy punya tadika juga." terangnya bersungguh-sungguh.
Menurut Akash, pemilik asal rumah tu ada bagi satu borang, wajib dapatkan tandatangan,nama dan nombor kad pengenalan sebagai tanda penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan tu setuju rumah tu dijadikan tadika. Kiranya macam persetujuan majoriti penduduk setempat lah.
"Bila nak start renovate ni?" tanya abangku lagi.
"Minggu depan start sudah. Tapi ini borang kena kasi complete dulu. Sy mesti dapatkan sekurang-kurangnya 30 nama dan tandatangan dari rumah-rumah berhampiran sini juga,untuk setuju buat tadika punya.Kalau tiada apa-apa,minggu depan memang start renovate,lesen pun ada sudah"
"Kalau dah ada lesen,kenapa perlu persetujuan penduduk pulak?"
"Bukan bang, nanti takut kalau penduduk-penduduk yang tinggal sama lorong sini,atau yang berdekatan tidak setuju ada tadika ka,susah nanti.Kalau abang setuju kita buat tadika,abang tandatangan sini, tulis nama dengan ic nombor juga bang" kata Akash,sopan.
Abang aku menyambut borang tu. Dah banyak jugak tandatangan dia dapat,jiran kitorang pun dah sign. Mengikut kata Akash, dari petang tadi dah dia nak minta tandatangan tu, tapi rumah ni takde orang.
"Aaaa..ini isteri abang pun boleh sign kalau setuju juga" kata Akash. Aku tergelak.
"Ni bukan isteri sy la, ni orang gaji sy" kata abang aku,hampeh.
"Hahaha...tak ada lah, ni adik sy. Bukan isteri sy" sambung abangku lagi. Akash tadi mintak maaf berulang kali sebab dia ingatkan kitorang suami isteri.
Lepas sign borang tu,Akash minta diri untuk pulang. Menurut dia, dia tinggal di rumah tu jugak hingga hari renovation cuma tak pasti lagi bila nak mula, kemungkinan je minggu depan kalau takde halangan. Minggu depan yang dia sebut tu pun bukannya lama lagi,tinggal 1 hari je pun lagi. Selepas Akash berlalu pergi, aku dan abang aku pun masuk dalam rumah. Peristiwa kehilangan handphone dan panggilan misteri tu aku ceritakan pada dia, tapi seperti yang aku jangka, abang aku tak berapa nak percaya sangat. Mungkin ada orang nak main-main kot,katanya. Aku pun ia kan aje untuk sedapkan hati sendiri jugak.
Malam tu,sebelum masuk tido,sekali lagi aku cuba untuk dail nombor aku yang hilang tu. Aku dah standby nak rakamkan sekali perbualan kalau ada. Satu per satu nombor handphone aku, aku tekan dan bila sampai ke digit terakhir, aku tarik nafas, nekad... redah je lah kalau hantu yang jawab sekalipun!
Tuut...tuut... Tuut...tuut...
Nada tu menunjukkan talian berjaya disambungkan, makin berdebar pulak rasanya. Tapi malangnya talian tak dijawab. Aku cuba lagi hingga 4 kali,tapi gagal. Pihak di 'sana' tak respon pun.
Aku putus asa. Handphone tadi ku letak betul-betul kat tepi bantal. Sebelah kepala. Beberapa minit kemudian, handphone aku berbunyi,dan ternyata ia panggilan dari nombor aku sendiri,yang hilang tu. Aku makin keliru.
Aku jawab panggilan tu tapi aku tak cakap apa2. Aku diam. Dan diam. Diam.. Hanya hela nafas seseorang yang aku dengar,dan ia nya menakutkan. Aku beranikan diri..
"Hello.." Ujar ku,sepatah. Tiada respon.
"Hello...awk call sy ni,guna nombor sy,handphone sy. Awk jumpa kat mana-mana ke?"
"Engkau yang... tinggalkan.." suara gemersik seorang perempuan mengejutkan aku.
"Kereta kwn sy kena pecah,handphone sy tertinggal dalam tu pun diambik orang.Mana awk dapat handphone sy tu?"
"Engkau yang... tinggalkan.." ulangnya lagi.
"Kalau nak jumpa mana2, kita boleh jumpa. Lokasi awk di mana?" aku cuba mengawal rasa gugup.
"Engkau yang... tinggalkan.."
Aku terus putuskan talian. Dahi berpeluh, jantung berdegup kencang. Bulu roma tegak berdiri dan rasa sejuk mula menular ke kaki dan tangan, jika ditoreh pun muka aku di waktu aku,mungkin dah tak berdarah,pucat! Aku cuba untuk lari ke ruang tamu, tapi kaki aku seolah terpaku. Aku cuba untuk baca ayat suci untuk tenangkan diri, tapi bibir aku seolah terkunci. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Usirlah apa2 sahaja anasir jahat ini Ya Allah, aku berdoa sendiri. Serious waktu tu aku tak mampu bergerak langsung dan perasaan takut yang amat sangat menguasai diri. Aku cuba untuk beri arahan pada otak, bertenang Aishah, bertenang!
Sedang aku dalam ketakutan, telinga aku menangkap lagi bunyi itu. Ya,bunyi itu..
"Kringgg... Krinngg..." Bunyi loceng dari gelang kaki. Atau,mungkinkah gelang tangan? Tapi hati ku kuat mengatakan itu adalah bunyi gelang kaki kerana ianya berbunyi selari seperti langkah manusia yang berjalan perlahan. Aku lirik mata ke kiri dan ke kanan, untuk menoleh ke belakang, aku tiada keberanian. Aku berdiri menghadap dinding dan di depan aku adalah papan seterika dan jugak seterika di atas papan tu. Aku merenung ke arah seterika itu, yang mampu berfungsi seperti cermin,aku dapat melihat pantulan bayang-bayang objek yang berada di belakang aku.
Hati aku makin tak keruan apabila kelihatan seperti seorang perempuan bersari merah berada di belakang aku. Perempuan tu mungkin tinggi, tapi bila ianya terpantul pada permukaan seterika, ia nya nampak seperti kerdil. Apa yang pasti, seorang perempuan bersari merah jelas kelihatan,walaupun aku hanya nampak melalui pantulan cahaya sahaja, tapi aku yakin,dia memang berada di belakang aku.
Aku cakap pada diri aku,jangan panik. Ini semua gangguan syaitan sahaja. Bibir aku terkumat-kamit tapi aku sendiri tak tau apa yang aku baca. Perempuan bersari merah itu hanya berdiri tegak di belakang aku. Aku kuatkan hati, aku mesti menoleh.. aku mesti menoleh dan buktikan ianya mainan perasaan dan perempuan tu tak wujud!
Atas keberanian yang masih bersisa,aku memalingkan badan ke belakang. Serentak dengan itu, abang aku dah pun tercegat di hadapan pintu bilik yang terbuka.
"Abang nak ke pasar malam ni. Ada nak pesan apa-apa ke?" tanya abangku. Aku terpinga-pinga,terkejut, ketakutan. Perasaan bercampur baur bila aku lihat perempuan bersari merah tu berpaut pada helmet abang aku yang dia kepit di lengan nya.
Aku menjerit sekuat hati.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
mendap lagi page ni..entah betul ke tak apa yang aku paste tadi sebab macam salah je... adui la..nak view balik and edit pun tak dapat sebab mendap... benci betol. |
|
|
|
|
|
|
|
guys, aku rasa apa yang aku sambung ni macam salah je sebab aku tak dapat view,mendapppp.... sory..nanti kalau dah dapat view,aku repair balik sambungan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cik es,
aku rase kan, ko memang ada 6 sense la. cuma 6 sense ko tu, macam memberi peluang kepada ...
feyo Post at 5-11-2011 16:13
terima kasih sangat2,its inspiring!! bergenang air mata aku baca ni. Aku hargai sangat2. Terima kasih. Insya Allah aku akan menulis lagi dan novelkan tapi bukan cerita yg ini. Insya Allah... minat aku pd dunia penulisan memang mendalam sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
page mendap? teman tengok ok saja..
dah try repair thread ni...kalau mendap sila klik button report ...
sepaileman Post at 5-11-2011 18:45
baru dapat view...tadi sy paste,lepas tu tekan reply, post tak kluar...ni dah ok dah, thanks ye |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you cik es sebab new entry nie dan selamat hari raya aidil adha..... |
|
|
|
|
|
|
|
err.aku baca masa senja pula tu..gelap belum pasang lampu..tak pasal pula
ada bunyi loceng karang isk isk isk, mak ai seram gila ni. |
|
|
|
|
|
|
|
eerrr.... kat helmet pon nak melekat ke...??? bayangan perasaan... adehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Es... t.kasih atas jln citer yg sgt menarik. kaka twins follow dari Part 1 lagi... tak kenapa ka ...
twins Post at 4-11-2011 12:27
terima ksh kak... tanpa korang support pun,takkan ada jugak part 2 ni yang amik masa berbulan jugak sy usahakan. korang supportive sangat, thanks banyak! |
|
|
|
|
|
|
|
uwaaaaaa....
sedeynye kisah hidup danny.....
mase jpe lepak2 ngn ecah ritu, dgn update ...
nidzrain Post at 4-11-2011 14:11
Terima kasih Nidzrain, hugs!!
Untuk pengetahuan korang, Nidzrain ni salah sorang forumer yang lepak sama dgn sy waktu sy kat kl hari tu, sekali dengan sorang lagi forumer (Dv3). Ada la kongsi sikit-sikit tentang telefon misteri ni, nasib baik ah takde panggilan misteri masuk macam kes sy dengan forumer Pandora hari tu. Tengah sedap2 cerita, tetiba ada orang call pas tu senyappppp je, terus Pandora cakap, "Eh ni aura awak la ni,sy pulak dpt panggilan misteri". Hahahaha. Lucu ada gak,seram sejok ada gak waktu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 439# cik_es
kalau ko berani sangat, aku yakin 'benda2' tu tak akan mintak tolong ko..sebab, semua ni pon salah satu ujian untuk ko kan..lagi pon, nanti, xdelah danny muncul jadi hero yg berani.... sorry cik es..sorry danny.. |
|
|
|
|
|
|
|
beb, aci tu melekap kat topi keledar camne lak? takleh nak imagine la...
btw, i cadangkan u buat novel....bukan pasal cite ni...tp pengalaman u yg lain la... atau reka jela cite fiction apa2...sure laku....aku antara yg beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|