CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2022 09:24 AM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ini..

1) Dalang

2) Dambaan

3) Duda

4) Didih

5) Domba


** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 10:10 AM | Show all posts
1. DALANG

Pihak pembangkang selalu dituduh sebagai dalang yang menyebabkan perpecahan kaum berlaku di negara ini.

2. DAMBAAN

Kecantikan wajah seniwati itu membuatkan dia menjadi dambaan kaum lelaki.

3. DUDA

Sebagai seorang wanita, adalah lebih baik berkahwin dengan seorang yang berstatus duda daripada merampas suami orang lain.

4. DIDIH

Takat didih adalah suhu tertentu sesuatu bahan yang berubah dari keadaan cecair kepada gas.

5. DOMBA

Perbuatan mengadu domba adalah satu perbuatan keji yang perlu dielakkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:34 AM | Show all posts
1) Dalang
Pihak polis sedang menyiasat 'dalang' aktiviti pengedaran dadah di kawasan rumah pangsa itu.

2) Dambaan
Suami yang baik dan bertanggungjawab sentiasa menjadi dambaan para isteri.

3) Duda
Sejak berstatus duda, pelawak Shuib kerap di asak dengan pelbagai soalan berkenaan jodoh.

4) Didih
Titik didih air bergantung pada tekanan atmosfera, yang berubah mengikut ketinggian.

5) Domba
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:22 AM | Show all posts
1) Dalang
Dalang aktiviti penyeludupan rokok kretek dari negera seberang sudah pun ditangkap polis pagi ini.

2) Dambaan
Fattah Amin sering menjadi tumpuan dan dambaan peminat perempuan.

3) Duda
Walaupun sudah bergelar duda Razak tidak lupa memberi nafkah setiap bulan kepada bekas isteri dan dua orang anaknya.

4) Didih
Sementara menunggu air mendidih Azie menyiapkan dulu tugasan lain yang belum siap.

5) Domba
Perbuatan mengadu-domba boleh menyebabkan dua pihak bertelagah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok dalang adalah seseorang yang mempunyai kemahiran dalam pertunjukan wayang kulit

Lelaki soleh dambaan wanita solehah

Fizo kehilangan gelaran duda selepas bernikah kali kedua tahun lepas

Susu lembu segar perlu dididihkan terlebih dahulu sebelum diminum

Mengadu domba sudah menjadi kebiasaan masyarakat hari ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:59 AM | Show all posts
1. Dalang
Seorang lelaki yang merupakan dalang menyeludup keluar Sajat dari Malaysia telah ditahan polis semalam.
2. Dambaan
Siti Nur Haliza pernah menjadi dambaan para lelaki di Malaysia dan Indonesia pada suatu ketika dahulu.

3. Duda
Setelah beberapa bulan memegang gelaran 'duda terhangat' akhirnya dia berkahwin juga buat kali kedua.

4. Didih
Didih air sehingga suhu 100 darjah celsius kemudian tuangkan ke dalam sinki yang tersumbat itu.

5. Domba
Janganlah kamu mengadu domba kerana perbuatan itu merupakan dosa besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 03:41 PM | Show all posts
1) Dalang
Polis telah berjaya memberkas DALANG yang bertanggungjawab dalam kes rompakan kedai emas beberapa hari lepas.

2) Dambaan
Tiba tiba Shuib menjadi calon suami DAMBAAN Dato Vida.

3) Duda
Sejak bergelar DUDA, Shuib kerap kali menjadi bualan netizen di media sosial.

4) Didih
Kita digalakan untuk minum air minuman yang telah diDIDIHkan.

5) Domba
Si Polan itu tidak disukai oleh teman sepejabat kerana suka mengadu DOMBA pada ketua jabatannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Dalang
Pihak berkuasa berjaya memberkas lelaki yang menjadi dalang sindiket pengedaran dadah yang bermaharajalela sejak lima tahun lalu.

2) Dambaan
Budi pekerti baik yang dimiliki Farra membuatkan beliau menjadi dambaan ramai lelaki di kampungnya.

3) Duda
Gayah baru sahaja bernikah dengan seorang duda.

4) Didih
Takat didih air garam adalah lebih tinggi berbanding takat didih air tulen.

5) Domba
Domba merupakan sejenis haiwan berkaki empat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 12:43 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 21-1-2022 04:47 PM

1) Suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu

2) Tubuh sasa Noki jadi dambaan peminat

3) Fadhil berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tempatan yang berstatus duda itu memiliki rekod lampau berkaitan kesalahan dadah

4) Perbezaan utama antara takat didih dan takat lebur ialah titik didih adalah suhu di mana keadaan cecair berubah ke keadaan gasnya ketika


5) Domba diklasifikasikan sebagai hewan herbivora (pemakan tumbuhan) karena pakan utamanya adalah tanaman atau tumbuhan









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 07:29 PM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ini

1) Empayar

2) Ego

3) E-Dagang

4) Empati

5) Erma Fatima

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi tiada keyword baru UP
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 08:17 PM | Show all posts
1) Empayar
EMPAYAR Othmaniah suatu ketika dulu pernah menjadi satu kuasa yang kuat dan menguasai Andalusia.

2) Ego
EGO yang tinggi antara punca hubungan suami isteri berantakan.

3) E-Dagang
Di zaman sekarang, E-DAGANG menjadi satu portal yang penting dan digemari oleh ramai orang.

4) Empati
EMPATI ialah daya menyelami dan memahami emosi orang lain.

5) Erma Fatima
ERMA FATIMA seorang pelakan wanita yang dikenali dalam drama Mak Cun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 09:28 PM | Show all posts
1) Empayar
Bukan mudah bagi Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida membina empayar perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai.

2) Ego
Sikap ego yang tinggi dalam perhubungan atau pekerjaan boleh mendatangkan masalah tidak diingini.

3) E-Dagang
E-Dagang adalah proses jual beli cara elektronik seperti melalui aplikasi mudah alih dalam internet.

4) Empati
Sebagai insan yang normal kita sepatutnya ada sifat empati pada orang lain.

5) Erma Fatima
Saya mula mengenali pelakon Erma Fatima melalui lakonannya dalam filem Riang Tirana pada tahun 1990.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 09:42 PM | Show all posts
Holaaa momod…

1. Empayar
Kebolehan wanita muda itu mengembangkan empayar perniagaan tudung jenamanya sendiri sehingga menembusi pasaran luar negara amat dikagumi.

2. Ego
Oleh kerana egonya yang tinggi kerana tidak mahu menerima nasihat sesiapa, perniagaan Kassim jatuh setelah ditipu rakan kongsinya.

3. E-Dagang
Ketika negara dilanda Covid-19 dan perintah berkurung dilaksanakan, perniagaan secara E-Dagang bertambah dengan pesat dan dapat membantu ekonomi para peniaga,

4. Empati
Perasaan empati kepada orang lain merupakan satu sifat terpuji yang perlu ada pada semua insan.

5. Erma Fatima
Erma Fatima merupakan seorang pelakon yang popular sebelum kemunculan ramai pelakon baru.

Thank you momod nayla…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 09:59 PM | Show all posts
Empayar Uthmaniyah adalah Empayar Islam terpanjang dan terlama dalam sejarah Islam, iaitu 625 tahun

Ego seorang suami hilang bila isteri meminta penceraian

E-dagang membolehkan anda membeli dan menjual produk di skala global, dua puluh empat jam sehari

Empati adalah kemampuan untuk memahami apa yang dirasakan orang lain, melihat dari sudut pandang orang tersebut, dan juga membayangkan diri sendiri berada pada posisi orang tersebut

Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat yang diambil dan dijaga sejak kecil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 11:08 PM | Show all posts

1.  Empayar Srivijaya adalah kerajaan maritim yang berkembang antara abad ke-7 dan ke-13, kini dikenali sebagai Indonesia
2.  Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego
3.  E-dagang adalah singkatan yang digunakan untuk perdagangan elektronik
4.  Empati adalah konsep yang merujuk kepada reaksi kognitif dan emosional dari seseorang yang mengobservasi pengalaman orang lain
5.  Erma Fatima & Umie Aida Menangis Terharu Lihat Betty Rahmad Kini Berhijab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 23-1-2022 03:33 AM

1) Empayar
Empayar perniagaan keluarga Faris sudah berkembang ke semua negara di asia tenggara.

2) Ego
Disebabkan sikap ego yang terlalu tinggi, Ghaffar sukar menerima teguran.

3) E-Dagang
Hadi merupakan salah seorang anak tempatan yang terlibat menguruskan platform e-Dagang terbesar di dunia, Shopping.

4) Empati
Sikap empati yang ditunjukkan Iffah membuatkan beliau disenangi ramai.

5) Erma Fatima
Filem terbaru arahan Erma Fatima menampilkan penyanyi muda berbakat, Julia sebagai teraju utama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 01:09 PM | Show all posts
1) Empayar
Sebuah empayar adalah negara berdaulat yang berfungsi sebagai agregat negara atau orang yang diperintah oleh seorang maharaja atau jenis raja lain

2) Ego
Orang lelaki biasanya mempunyai ego yang sangat tinggi

3) E-Dagang
Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.

4) Empati
Empati adalah kemampuan untuk memahami apa yang dirasakan orang lain, melihat dari sudut pandang orang tersebut, dan juga membayangkan diri sendiri berada pada posisi orang tersebut.

5) Erma Fatima
Erma Fatima adalah pengarah drama Mok Cun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:39 AM | Show all posts
EMPAYAR
Empayar sering digunakan untuk menggambarkan ketidakpuasan untuk menguasai keadaan.

EGO
sorang lelaki mempunyai ego yg sangat tinggi

E DAGANG
E-dagang membolehkan anda membeli dan menjual produk di skala global, dua puluh empat jam sehari tanpa menanggung overhead yang sama seperti yang anda lakukan dengan menjalankan a kedai batu bata dan lesung.

EMPATI
empati adalah keupayaan untuk menyelami dan memahami emosi orang lain

ERMA FATIMA
erma fatimah ada seorg pelakon dan juga pengarah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 11:07 AM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ni

1) Fauziah Latiff

2) Fauziah Nawi

3) Fauziah Ahmad Daud

4) Fara Fauzana
5) Faizal Tahir


** 1 keyword 1 ayat


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:11 PM | Show all posts
1) Fauziah LatiffArtis Fauziah Latiff ada dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya yang lalu.

2) Fauziah Nawi
Fauziah Nawi sering diberi peranan ibu dalam drama ketika ini

3) Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud adalah bekas isteri kepada pelakon Eman Manan

4) Fara Fauzana
Fara Fauzana juga dikenali dengan panggilan Fafau.

5) Faizal Tahir

Faizal Tahir mula dikenali ramai setelah berjaya menjadi finalis dalam pertandigan OIAM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077850 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list