Terkejut Ariff mendengar kata Donna. Kalau ingatan Rania dilenyapkan pasti Rania tidak akan mengenali dirinya lagi. Bagaimana nanti hubungan mereka? Sanggupkah dia menghadapi dugaan ini. Sudahlah Rania mengalami kemalangan dan kini Donna pulak mahu melakukan ‘pencucian otak ke atas Rania’. Tambahan lagi menggunakan wajah Afizah untuk menutup kecacatan wajah Rania. Mampukah dia menerima Rania yang beridentiti baru?