CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND:UPDATE kg baru ringlet banjir kilat lagi

[Copy link]
Post time 5-11-2014 11:40 PM | Show all posts
Modngengade posted on 5-11-2014 11:38 PM
Ahhh  byk pahala lain yg aku boleh kutip spt mendoakan agar kau jgn byk songeh tetapi sebaliknya b ...

Yela yelaaa. Kau org tahap tinggi.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 11:42 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 5-11-2014 11:35 PM
kemerun punya pembangunan bagus tapi saliran teruk.....dulu empangan punya kes...skang ni jadi lagi  ...

nih akibat salah jimak ka yg kena banjir???

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:42 PM | Show all posts
perghhh!~ sampai ke bumbung
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:44 PM | Show all posts
alahai posted on 5-11-2014 11:42 PM
nih akibat salah jimak ka yg kena banjir???

rosmah ngan najib pun kadang2 silap cara jimak...tapi aman damai di putrajaya.....ehmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai risaunye dengan keadaan cuaca sekarang....
cuti sekolh ni ade wat rombongan sekolh ke cameron...2 bas... guru murid parents..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 11:53 PM | Show all posts
cina keturunan komunis keluar hutan aje pegi teroka cameron secara haram
lepastu bila berlaku banjir camni, salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:55 PM | Show all posts
TERKINI

@Modngengade

KUALA LUMPUR:

Seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda
Cameron Highlands, Pahang  petang tadi.

Kejadian turut mengakibatkan beberapa kediaman penduduk dan kenderaan rosak.

Turut cedera seorang lagi penduduk menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI.



Credit To:
http://www.astroawani.com/news/show/seorang-maut-dalam-kejadian-banjir-lumpur-di-cameron-highlands-47792

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 11:58 PM | Show all posts
ape nak kata...dah krjaan ngri pon pejam mata ngan projek2 haram kat sane

slagi x kena btg idung menteri2 tsebut, xpe katanya.....

oh cameron highland 10 thn dulu.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:00 AM | Show all posts
2 keping pic last....kurg pasti puc lame ke baru











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:03 AM | Show all posts
PUBLISHED: Nov 5, 2014 11:40pm
UPDATED: Nov 5, 2014 11:40pm
Lagi banjir lumpur di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 5 November:

Banjir lumpur sekali lagi melanda di kawasan Ringlet di sini menyebabkan lebih daripada 20 rumah penduduk mengalami kerosakan dalam kejadian lewat petang tadi.

Difahamkan, kejadian terbabit berpunca daripada paras air Sungai Ringlet yang melimpah turut menyebabkan kerosakan kepada beberapa kenderaan penduduk.

Antara kawasan yang terjejas ialah Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu ketika dihubungi The Rakyat Post berkata dalam kejadian itu seorang lelaki warga Nepal maut manakala seorang warga Indonesia patah kaki setelah rumah kongsi mereka dihempap tanah runtuh yang berpunca daripada banjir tersebut.

Menurutnya, air di Empangan Sultan Abu Bakar telah dilepaskan secara berperingkat sejak petang tadi.

“Keadaan kini terkawal dan penduduk di kawasan yang terlibat telah pun dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

“Setakat ini 37 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet dan Jabatan Kesihatan serta pasukan penyelamat turut bersedia di lokasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Tahun lalu, empat nyawa terkorban akibat banjir lumpur yang berlaku di Lembah Bertam iaitu kira-kira empat kilometer daripada kejadian terbaru ini.

Banjir yang berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu bakar itu turut menyebabkan 80 buah rumah musnah selain puluhan kenderaan mengalami kerosakan teruk.



Credit To:
http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/05/lagi-banjir-lumpur-di-cameron-highlands/



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:08 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 5-11-2014 11:44 PM
rosmah ngan najib pun kadang2 silap cara jimak...tapi aman damai di putrajaya.....ehmmmm

tak bek hang tuceng dok ngendap org jimak

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:09 AM | Show all posts
rasanya cameron atau pahang kena kasi kat PR sat perintah....baru kes gondol bukit nih masuk TV ari2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:12 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 12:03 AM
PUBLISHED: Nov 5, 2014 11:40pm
UPDATED: Nov 5, 2014 11:40pm
Lagi banjir lumpur di Cameron Highland ...

takde salah pon org luar kerja sana..mereka rajin..tak seprti ummah melayu yang nak kerja gomen gaji 1.9k loan myvi 9 tahun.....org melayu sendiri malas kerja bertani dekat cameroon nun....bagi la pada yang nak buat kerja tu

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:20 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 6-11-2014 12:12 AM
takde salah pon org luar kerja sana..mereka rajin..tak seprti ummah melayu yang nak kerja gomen ga ...

erm..
ayat maner yer .. kata salah pekerja luar?

Kalau yang kita bolt ni

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu ketika dihubungi The Rakyat Post berkata dalam kejadian itu seorang lelaki warga Nepal maut manakala seorang warga Indonesia patah kaki setelah rumah kongsi mereka dihempap tanah runtuh yang berpunca daripada banjir tersebut.
tu .. kesinambungan dari post 28#

KUALA LUMPUR:

Seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda
Cameron Highlands, Pahang  petang tadi.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838661&page=2#pid58322956

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:22 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 12:20 AM
erm..
ayat maner yer .. kata salah pekerja luar?

ooo...yeke...sorry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 12:25 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 6-11-2014 12:22 AM
ooo...yeke...sorry

takpe .....
mata dah ajak tido tu

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:31 AM | Show all posts

Paras air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands meningkat
06 November 2014 12:10 AM


CAMERON HIGHLANDS 5 Nov. - Penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah mulai petang ini apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Hujan lebat selama sejam petang tadi turut menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh, mengakibatkan seorang pekerja ladang warganegara Nepal berusia 47 tahun maut apabila rumah kongsinya ditimbus tanah di Ulu Merah.

Mayat mangsa ditemui pada pukul 7.30 malam ini, namun identitinya belum dapat disahkan.

Rakannya, seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun patah kaki dalam kejadian itu.

Selain itu, difahamkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, arahan berpindah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga, dibimbangi air dari empangan yang dilepaskan boleh mengakibatkan banjir lumpur di Sungai Bertam seperti tahun lalu.

Beliau berkata, setakat pukul 10.30 malam ini, keadaan masih terkawal walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mula melepaskan air dari empangan secara berperingkat-peringkat.

“TNB telah melepaskan air dari empangan secara berperingkat kerana paras air semakin meningkat ekoran hujan lebat sejak petang ini.

“Penduduk sememangnya sudah dimaklumkan lebih awal supaya sentiasa bersiap sedia untuk dipindahkan ekoran musim hujan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 23 Oktober tahun lalu, empat orang terbunuh akibat dihanyutkan arus deras apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar menyebabkan banjir lumpur di Sungai Bertam.

Sementara itu, beberapa kawasan lain di sini turut dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama sejam petang tadi.

Antara terlibat ialah pekan Ringlet apabila air di sungai berhampiran naik melimpahi tebing menyebabkan 150 orang dari 37 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di pekan tersebut.

Banjir kilat menyebabkan rumah yang terletak di tebing sungai dinaiki air, termasuk sehingga ke kawasan rendah di Pasar Ringlet.

Seorang penduduk, Syed Abu Bakar Syed Wan Zan, 30, berkata, penduduk tidak menyangka hujan selama satu jam boleh menyebabkan banjir kilat.

“Hujan begitu lebat mulai pukul 5 petang dan dalam tempoh sejam sahaja air naik mendadak di kawasan ini,” katanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah sis..petunjuk elohim supaya ummah kembali kepada ugama 'islam' telah bnyk....sama2 lah kita bermuhasabah orang lain.eh wait.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:37 AM | Show all posts
R2D2 posted on 6-11-2014 12:31 AM
Paras air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands meningkat
06 November 2014 12:10 AM
Selain itu, difahamkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla.
ades ..
semoga selamat la adik tu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.812457 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list