|
Abangcute posted on 15-1-2014 08:08 AM 
akal manusia tidak akan mampu cerna makna sebenar Tuhan yg Dia maksudkan kerana Dia itu pencipta ...
adakah hang mau kata manusia tiada freewill? semua ditentukan tuhan?
|
|
|
|
|
|
|
|
mashimaru83 posted on 15-1-2014 08:43 AM 
Topik yg menarik. Bukanlah lebai tapi berminat utk menyertai perbincangan ini.
Bagaimana jika s ...
bagaimana boleh thieo kata thieo ada freewill sedang kan semua action thieo sudah diketahui. sama macam pelakon lah dalam drama, yang mana semua action nya sudah di script kan.
tak gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 15-1-2014 09:19 AM 
Nak tanya sikit, nak jawapan dari yang berforum sebagai lebai saja kah?
Boleh takrif siapa yang ...
bila tuhan sudah tahu mana pilihan kita, bukan kah itu bukan lagi satu choice? yakni tuhan sudah tahu pun apakah kita akan masuk syurga atau pun neraka. jika kita berdoa/usaha, bukan kah dengan ilmu tuhan, tuhan sudah tahu pun kita akan berdoa atau pun tidak? bukan kah tuhan sudah tahu segala2 nya. yakni semua sudah di script kan? semacam ahlul sunnah mahu bermain dengan words aja untuk tidak sama dengan golongan2 lain.
apa pendapat ngko tentang pandangan Ibnu sina yang imam ghazali pun kata telah melampaui batas?
pandangan ibnu sina yang paling menarik dalam isu ini ialah tuhan tidak mengetahui segala2 nya, hanya general event sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 15-1-2014 09:37 AM 
Akibat yang baik dan akibat yang buruk, hakikatnya dari Allah... DAN BERSEBAB:
1. Yang baik itu ...
bukan kah tuhan yang memberi kudrat jua kepada manusia supaya manusia boleh membuat kejahatan? so, adalah logik untuk mengata kan, yang jahat juga separuh nya datang dari tuhan?
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 14-1-2014 11:29 PM 
eh bagus ko bukak camni
kasi mereka2 tu berpinau mau fikir sikit
moga moga tak tertanggal lah sarban mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 15-1-2014 01:37 AM 
Aku ingat thread pasal free willy, the killer whale tuuu...
Darnnnn....
hang ingat tuhan tak tau ka hang pikir psal killer whale?
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:14 PM 
jadi conclusion nya, manusia tiada freewill?
Allah Al-Khaliq, Al-Bari ciptakan manusia utk mengabdikan diri kpdNya
maka, manusia bebas memilih utk syukur atau kufur
dan tdk pula diazab tanpa dihantar wakilNya dari kalangan manusia sendiri
dan Allah As-Sabur Maha Sabar tdk mencepatkan atau melambatkan balasanNya
krn Pemurah lg Pengasihnya Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim
Rahmat Allah melebihi murkaNya dan tiada dosa yg tdk diampunkan
kecuali mengambil selain Dia sbg sekutu Tuhan sekalian alam...
Allah Al-Awal, Al-Akhir, Az-Zahir, Al-Batin, Al-Khobir
Segala yg Allah amanahkan (pinjaman) di dunia akan disoal
dan Allah Maha Mengetahui hati/niat setiap hambaNya
tp kebykan manusia cenderung melakukan kerosakan di bumi yg dipijaknya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 15-1-2014 10:03 PM 
Allah Al-Khaliq, Al-Bari ciptakan manusia utk mengabdikan diri kpdNya
maka, manusia bebas memilih ...
tuhan maha mengetahui, tidak kah tuhan akan tahu hamba mana yang akan kufur dan yang mana tidak?
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:16 PM 
bagaimana boleh thieo kata thieo ada freewill sedang kan semua action thieo sudah diketahui. sama ...
Tapi Thieo masih lagi belum mengetahui apakah action tersebut sebelum Thieo memilih utk melakukan action tersebut. Kalau dilihat dari sudut Thieo sendiri, ya Thieo mempunyai free will, iaitu bebas utk memilih action yg diingini. Dalam contoh skrip drama, ianya adalah berbeza kerana pelakon sudah tahu apakah action yg akan/kena dilakukan, jadi ianya boleh disamakan sebagai 'no free will', iaitu ikut sahaja skripnya.
Bandingkan 2 senario di bawah ini:
1) Saya tahu apakah action yg akan dilakukan oleh Thieo selepas ini.
2) Saya tidak tahu apakah action yg akan dilakukan oleh Thieo selepas ini.
Adakah action yg dipilih oleh Thieo akan jadi berbeza utk kedua-dua senario di atas disebabkan oleh pengetahuan saya (tahu/tidak tahu).
Perkara yg ingin saya ketengahkan ialah, Thieo sendiri tidak tahu apakah action yg akan dilakukan selepas ini sehinggalah Thieo memilih utk melakukannya. Dari sudut itu, ya Thieo mempunyai pilihan bebas. Dari sudut ketuhanan pula, Tuhan sudah pun tahu Thieo akan memilih action apa.
Lihat pula contoh ini: Dua pelajar yg sedang menjawab soalan objektif dan dikehendaki memilih jawapan A, B, C atau D. Terdapat org ketiga yg memberitahu bahawasanya dia sudah tahu jawapan apa yg akan dipilih oleh kedua-dua mereka tetapi memilih utk tidak memberitahu mereka.
Pelajar pertama memilih utk menjawab A lalu menandakan jawapan A tetapi dalam masa yg sama dia percaya orang ketiga tersebut tidak tahu yg dia akan memilih jawapan A. Pelajar kedua pula memilih utk menjawab B lalu menandakan B dan dalam masa yg sama dia percaya orang ketiga tersebut sudah pun tahu yg dia akan memilih jawapan B.
Hakikatnya kedua-dua pelajar tersebut tidak tahu secara absolute apakah orang ketiga itu benar-benar tahu atau tidak, tetapi kedua-dua pelajar tersebut sudahpun memilih jawapan masing-masing. Jadi, dari sudut pandangan kedua-dua pelajar tersebut, pilihan tersebut adalah pilihan mereka sendiri kerana mereka sendiri tidak mengetahui mengenai pengetahuan orang ketiga tersebut.
Lihat senario ini pula:
1) Abu memilih utk melakukan action A daripada banyak actions yg ada. Selepas melakukan action A, lalu dia mengatakan yg Tuhan sudah pun menentukan yg dia akan melakukan action A. Dalam kes ini, walaupun penetapan sudah ditentukan terlebih dahulu oleh Tuhan tetapi semasa pemilihan action tersebut dia tidak mengetahui apakah penetapan tersebut. Jadi, ianya dilihat sebagai satu pilihan bebas dari kaca mata Abu.
2) Abu sudah tahu yg dia pasti akan melakukan action A hasil daripada info yg diberi oleh Tuhan. Jadi, dalam kes ini dia melihat bahawasanya dia tidak mempunyai pilihan kerana dia telah pun mengetahui penetapan tersebut.
Pada pendapat saya, free will ini wujud to a certain extend tetapi ianya bukanlah secara total (i.e. kita tidak boleh memilih utk lahir ke dunia pada bila-bila masa yg kita mahu atas dasar free will).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah bagi akal, beserta akibatnya sekali apabila kita menggunakan akal itu.
Di kiri kita jalan menuju ke restoran seafood, di kanan kita loji kumbahan.
Kalau kita ke kiri kita akan kenyang, ke kanan kita.. entah.. memancing ke, terjun loji ke apa apa lah.
Yang Allah sediakan adalah jawapan kepada pilihan kita. Akal yang dia bagi tu yang kita guna.
ALLAH MAHA MENGETAHUI bahawa kalau kita ke restoran seafood kita akan kenyang, dan ALLAH MAHA MENGETAHUI kalau kita terjun ke loji kumbahan kita akan busuk bergelumang najis kumbahan. ITU SEMUA ALLAH TAHU. Tapi kita tahu tak? Kita ada akal, jadi di situlah jalan kita menujunya.
Orang yang mencuri, Allah bagi akal. Kalau dia mencuri ALLAH MAHA MENGETAHUI dia masuk penjara. Kalau dia undur niat dia, ALLAH MAHA MENGETAHUI dia selamat dari penjara. Kerana itu ada konsep taubat. Masuk penjara pun masih boleh taubat, kasih dan sayangnya Allah pada kita.
Hidup kita dikuasai konsep pemerintahan Allah, kita meminjam Zat Allah untuk menjalankan pentadbiran di muka bumi ini. Di sekolah, kita belajar. Siapa langgar disiplin, kena rotan. Kalau belajar, lulus. Tak belajar, gagal. Ada juga yang tak belajar pun lulus, itu special case. Seperti mana Rasulullah yang tak pandai baca, tapi boleh hafal al-Quran.
Dalam survival hidup, kita buat jahat masuk penjara, buat baik jadilah orang baik-baik. Tapi ada juga orang jahat akhirnya jadi orang baik, seperti panglima Umar al Khattab yang pernah membunuh ramai pejuang Islam tapi wafat sebagai khalifah utama.
Kita bekerja baik, dapat gaji. Tak bekerja baik, masih nak expect gaji? Maybe dapat juga, sebab majikan kesian dan sayang. Tapi next month maybe kena buang.
Kitaran hidup yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya dah memberitahu kita bagaimana Allah bertindak. Hidup kita tidak diskripkan, kerana takdir boleh diubah dengan doa. Macam org yg masuk penjara tadi. Asal takdirnya hukuman penjara seumur hidup. Tapi dlm penjara dia doa "ya Allah, aku minta ampun. Nak jadi org baik." Maka kerana Allah Maha Pengampun, dia gerakkan hati hakim utk kurangkan hukuman kepada separuh hidup setelah si jailman tadi ubah perangai.
Berlapang dada sahaja kerana Allah tidak zalim. Itulah cara kita menerima konsep syurga dan neraka. Kita yang pilih nak masuk tu, pakai akal. Allah dah gariskan panduan nak masuk syurga dan cara nak masuk neraka. Sekarang kita pakailah akal tu, mana kita nak pergi. Allah tidak zalim, Allah tak akan membawa kaki kita ke neraka sebab Allah dah bagi kita akal. Yang baik datang dari Allah sebab itu kasih sayangnya supaya kita berbuat kebaikan. Yang jahat datang dari kita sebab kita menolak kebaikan yang Allah sarankan kepada kita.
Kenapa banyak sangat rules Allah gariskan ni? Kenapa susah sangat nak bebas orang Islam ni?
Kenapa mak bapak kita banyak sangat bagi rules kat kita dalam tempoh kita growing up? Kenapa waktu umur kita 2 tahun mak bapak kita bimbing tangan atau dokong kita waktu nak melintas? Kenapa sibuk nak tanya kita buat apa? Kenapa cikgu marah kita ponteng? Kenapa majikan marah kalau kita suruh orang lain punch card? Kenapa KITA akhirnya marah kalau anak kita buat jahat? Kenapa kita tak mahu orang yang paling kita sayang buat benda yang bodoh? Adakah thieo tidak akan marah kalau adik-beradik kata malam ni mereka nak keluar merompak? Atau tiba-tiba mak bapak kita come clean kata nak berskandal dengan orang lain depan matamu? Marah tak? Kenapa marah? Bebaskanlah mereka, itukan kehendak mereka? Thieo ada jawapannya. Kenal diri, maka kenallah kita akan kasih sayang Allah.
Katakan theio jadi cikgu, kenapa thieo nak anak anak murid ikut cakap thieo? Sebab thieo tau sebagai cikgu thieo akan memandu mereka demi kebaikan. Itu namanya kasih sayang. Tapi kalau anak murid thieo nak juga jadi gangster, maka thieo akan cakap "okey, go to hell. Dont say I didnt remind you. Bodoh. Tak ada otak. Akal letak kat lutut."
Kalau thieo jadi mak atau bapak, kenapa thieo tak bagi anak anak kuis makanan tepi jalan? Kawan dengan budak nakal? Terjun lombong dengan kawan sekelas? Keluar malam merenyam dengan jantan balik jam lima pagi? Sebab ada kasih sayangmu. Tapi kalau dorang buat jugak, memang ko akan kerjakan dorang sampai tak cukup tanah. Itu waktu dorang kecil bolehlah tangankan. Dah besar esok, time tak boleh cubit fizikal ko merayu rayu dengan anak "janganlah buat jahat nakk, maluu emakk" tapi anak ko buat juga. Akhirnya ko akan cakap "ikutlah nak. Mak dah cuba yang terbaik ingatkan kau, pilihlah jalan hidup kau sendiri sekarang. Aku sumpah kau jadi peti ais".
Kalau thieo tak ada perasaan macam di atas, mungkin ko bukan manusia, tapi Robocop yang dihantar untuk menghancurkan bumi (hehe.. gurauu).
Jadi itukah freewill yang thieo maksudkan? Kehendak bebas? Tiada kawalan? Kita sendiri apabila berfungsi dalam keluarga dan society kita mahu mengenakan kawalan pada orang. Kita pun naik angin kalau orang lain asyik nak berkehendak bebas tanpa nak ikut rules. Kau tidur nyenyak kat rumah lepas seminggu tak tidur, tiba-tiba ada sekumpulan gangster dari sekolah kat atas tu lalu merempit depan rumah kau, baling tingkap bilik kau dengan batu, kayu dan sebagainya. Bila ko bangun dan mengamuk, dorang jerit "freewill! freewill!" Apa akan ko lakukan waktu tu? Kalau ko pakai akal yang Allah gunakan, maka ko akan paling-paling pun ambik selimut tangkup kepala balik. Tapi kalau akal hilang waras maka ko akan capai senapang gajah dan tembak dorang satu-satu. yang tu tak payah tanya Allah, satu kejiranan tu tau ko akan masuk lokap. Jadi lebih baik guna akal, sekurang-kurangnya nampaklah bijak sikit.
Konsep akal, itu yang penting. Itulah anugerah Allah paling besar untuk manusia, kerana akal membezakan manusia dengan haiwan. Allah bertindak sangat misteri, dan misteri itu kita singkap pada hari akhirat nanti. Sabar saja sementara menunggu saat itu.
Saya percaya alam akhirat wujud. Kerana saya belajar sains, dan saya nampak alam rahim itu wujud iaitu sebelum kita datang ke dunia. Dan mengapa saya perlu menolak pula alam barzakh dan alam akhirat? Semua mesti ada akhir dan hujungnya. Tapi, oleh kerana agama Islam bukan agama mistik, paranormal dan sakti, maka ada benda yang BELUM BERLAKU yang kita BELUM TAHU. Itulah di bawah rahsia dan kekuasaan Allah, as-samiyyat. Maka di sini kebesaran Allah yang tak akan kita tertanding, kerana kita hanya manusia. Jadi lebih baik aku tidur sekarang sebab aku takkan tahu apa yang berlaku esok hari. Tapi dengan akal yang ALllah bagi ni aku tahu bahawa kalau aku tak tidur sekarang maka esok aku akan bangun lambat dan punch card merah. Dan kalau aku masih pilih nak mengadap forum ni tanpa tidur, janganlah salahkan Allah kalau lusa aku dapat surat kena buang kerja.
Last edited by MissLibra on 16-1-2014 03:35 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 10:05 PM 
tuhan maha mengetahui, tidak kah tuhan akan tahu hamba mana yang akan kufur dan yang mana tidak?
bismillah,
hal ini bukan hal baru dan sudah dibincang zaman berzaman....ia adalah sesuatu hal yg unik dan misteri...sedikit.....
ada dua golongan yg melampau dlm memahami hal ini dan mereka dikategorikan bukan ahlussunnah.....(sy hanya meringkaskan apa yg ditulis oleh mod mnm77)
satu. yg tak percaya free will langsung...yakni berserah semata....
ini bukan fahaman nabi ajar...
satu lagi...percaya free will melampau dan menolak takdir sambil mengatakan semua usaha manusia....
ini jugak bukan fahaman nabi ajar...
namun, diakui,
kedua2 golongan ada dalil,
yg pertama, mereka tolak free will dan berserah saja kerana wujudnya dari dalil2 Quran dan sunnah tentang Allah yg menetukan segala-galanya.
yg kedua, mereka terima free will dan menolak takdir kerana adanya dalil quran dan sunnah mengatakan manusia bertanggungjawp atas perbuatannya....
semisteri mana pun hal ini,
ahlussunnah wal jamaah, faham tentang konsep takdir dan free will adalah hasil BLEND antara keduanya....bukan meninggalkan salah satu....
sy ulangi kita blend kedua-duanya, bukan meninggalkan salah satu...
ya ia adalah blend secara yg sukar difahami tapi ia menghasilkan guideline begini;
time berusaha kita berusaha(seolah2 tak tahu takdir, memang kita tak tahu takdir kita pun)
dan menerima sesuatu yg telah terjadi dgn menganggapnya takdir....dan react samada bersyukur, bersabar atau bertaubat...(depends pada situasi)
itu adalah kesimpulan ahlussunnah zaman berzaman....
time berusaha, buat terbaik....
dan selepas terjadi , jika baik atau buruk hasilnya, kita still react terbaik....dan menyebut sesuatu itu tertakdir bukanlah utk menyalahkan Allah, tetapi untuk merasakan diri ini milik siapa.....
kita kena ingat, mcmana kompleks nya tentang takdir, belum pernah nabi ajar suruh berserah tentang tindakan kita pada Allah, melainkan nabi ajar kitalah yg berusaha yg terbaik......
melainkan anda pernah nampak contoh dari nabi menyuruh org berbuat jahat, lantaran dia ditakdirkan ke neraka....
belum pernah nabi kata begitu....
tapi nabi masih mengatakan memang Allah lah yg berkuasa atas sesuatu....
tapi masih kita kena wat terbaik....
klau anda begitu pening akan hal ini maka berhenti memikirkannnya, dan terus menuju ke guideline dari nabi bagaimana untuk hidup...kerana gudieline telah diberikan walaupun hal takdir itu begitu misteri.
dan kita tidak perlu sibuk memahami takdir dan free will, kerana guideline tentang hidup sudah siap.....ada dlm Quran dan sunnah, ikut yg tu saja.
ingat fahaman sunnah adalah blend antara dua yg kontradik, tetapi dari segi tindakan kita kita tetap kena berusaha...
ketika anda menekan skroll down untuk membaca tulisan sy ini, Allah sudah pun tahu awal2 lagi anda akan berada di sini membaca, tetapi anda tidak dipaksa....anda bleh saja tutup komputer atau terus membaca....
terpulang pada anda...
adapun istilah Allah MAha Mengetahui adalah satu kesempurnaan bg Tuhan yang wajib bagi karakter sesuatu yg dipanggil Tuhan....
Dia tidak boleh tidak tahu, dan jika Allah masih mahu melaksanakan satu dunia ciptaanNya, execute ketentuanNya,
itu pilihan Dia.......dia lebih mengetahui.
dan pernah dengar kisah dari hadis2 bahawa Allah bertanya tentang hamba-hambaNya pada malaikat, bukan bermakna Allah tidak tahu,
tetapi kehidupan perlu dijalankan, peristiwa perlu dijalankan, maknanya Allah tidak tidur tetapi masih menjalankan tugasnya sebagai Tuhan...
maka siapa kita nak halang akan hal itu....?
dan, sy pernah terfikir pasal luasnya ilmu Allah,
ingatlah,
kita hanya faham selepas belajar, kita hanya tahu gelas akan pecah selepas kita jatuhkan gelas....
tetapi jika Yang Maha Kuasa boleh tahu sesuatu sebelum ia terjadi.....maka bayangkan keluasan ilmuNya tidak bertepi?
dan ketika kita bertanya : "jika Allah tahu tetapi mengapa masih mahu execute dunia???"
maka Tuhan sudah tahu kita akan tanya begitu, tapi DIa masih cipta dunia......
maka kita tahu, hanya Dia lebih tahu....
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"”
Allah berfirman pada penghujung Ayat 30 Surah Al-Baqarah untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
“Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
tentang tawakkal,
"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).hadis ini hasan sohih.
ingatlah sepelik mana pun tentang takdir, bertawakkal itu adalah gabungan antara usaha dan doa....
bukan berserah(takdir) tanpa berusaha(manusia)....
atau berusaha(manusia) tanpa berserah(takdir)....
kita tidak ditinggalkan terkapai2 sekalipun hal takdir adalah beyond our comprehension....
tapi, guidelinenya sdah ada...dlm keadaan hal takdir begitu misteri...
maka praktikkan guideline.iatu Quran versi fahamnya nabi (sunnah)

wallahua'lam.....
Last edited by ussopp on 16-1-2014 02:21 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 10:05 PM 
tuhan maha mengetahui, tidak kah tuhan akan tahu hamba mana yang akan kufur dan yang mana tidak?
Ofkos, Allah As-Sami', Al-Basir Maha Mengetahui segala2nya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JIKA thieo percaya kpd Allah
maka, thieo akan dengar dan taat apa yg telah ditetapkan
(i.e. Ketetapan yg tertulis/decreed upon dan tdk berubah - Kitab)
setiap amalan thieo akan dicatat malaikat pencatat yg akrab dgn diri thieo sendiri
(i.e. ketetapan yg dh tertulis dlm kitab amal berdasarkan amalan/deeds thieo - boleh diubah)
Setelah tiba risalah yg dibawa perutusan Allah (i.e. nabi/rasul)
maka, thieo akan dengar dan taat kpdnya
setiap amalan thieo bersandarkan kpd
resam rasulullah s.a.w. sbg manusia ikutan juga amalan.
Antara ketetapan yg x berubah tu ialah,
"Every soul shall have a taste of death..."
- dan Kiamat
Setiap yg berlaku thieo...
- Ada yg Allah izinkan berlaku beserta redhaNya
- Ada yg Allah izinkan berlaku tanpa redhaNya
- Ada juga yg Allah tidak izinkannya berlaku...
Maka, redhalah dgn segala Ketentuan Allah, thieo.
Moga thieo diredhai Allah sentiasa.
Insya'Allah.
p/s: Pelacur pn ada yg masuk syurga, thieo...bkn kerana dianya lobai, lobainita mahupn botai dan 'JIKA' itu sendiri adalah freewill, thieo. Termasuk memilih apa saja yg nk dipakai di kepalanya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:19 PM 
bila tuhan sudah tahu mana pilihan kita, bukan kah itu bukan lagi satu choice? yakni tuhan sudah tahu pun apakah kita akan masuk syurga atau pun neraka. jika kita berdoa/usaha, bukan kah dengan ilmu tuhan, tuhan sudah tahu pun kita akan berdoa atau pun tidak? bukan kah tuhan sudah tahu segala2 nya. yakni semua sudah di script kan? semacam ahlul sunnah mahu bermain dengan words aja untuk tidak sama dengan golongan2 lain.
Pertamanya, jika kamu seorang Islam yang bukan Ahlussunah, boleh tolong jelaskan kamu dari golongan mana? Supaya mudah sikit saya jelaskan tak terikat kepada pegangan ahlussunnah.
bila tuhan sudah tahu mana pilihan kita, bukan kah itu bukan lagi satu choice? yakni tuhan sudah tahu pun apakah kita akan masuk syurga atau pun neraka. jika kita berdoa/usaha, bukan kah dengan ilmu tuhan, tuhan sudah tahu pun kita akan berdoa atau pun tidak? bukan kah tuhan sudah tahu segala2 nya. yakni semua sudah di script kan?
Tuhan tahu bukan bermakna Tuhan 'paksa' kita lakukan. Kita diberi kudrat untuk buat pilihan. Kalau kita buat pilihan baik, Tuhan dah tahu kita buat baik, maka akan dapat balasan baik. Kalau kita buat pilihan jahat, Tuhan beri peluang untuk kita taubat, dan jika bertaubat, Tuhan ampunkan dan beri balasan baik. Kalau tak bertaubat, sehingga sampai ketetapan Tuhan, maka akan terima balasan buruk.
Tuhan Tahu segala-galanya dalam ILMU Tuhan, yang mana kita tak tahu. Tuhan MAHA ADIL, Dia tidak menzalimi hambanya... sebab tu Dia beri PILIHAN untuk pilih yang baik atau buruk. Kita buat pilihan, kita tanggung akibat.
apa pendapat ngko tentang pandangan Ibnu sina yang imam ghazali pun kata telah melampaui batas?
pandangan ibnu sina yang paling menarik dalam isu ini ialah tuhan tidak mengetahui segala2 nya, hanya general event sahaja.
Boleh letakkan SUMBER pandangan mereka, dari kitab mana? Saya tanya begini untuk cross-check.
Jika benar pandangan ibnu sina tuhan tidak mengetahui segala-galanya, itu PANDANGAN PERIBADI beliau yang TIDAK DIIMANI oleh umat Islam. Tokoh ilmuan Islam kadang-kadang juga menjelaskan konteks sesuatu isu yang bukan dalam konteks aqidah Islam, namun boleh disalah faham oleh orang lain sebagai basic tenets of Islam.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:20 PM 
bukan kah tuhan yang memberi kudrat jua kepada manusia supaya manusia boleh membuat kejahatan? so, ...
Ya benar, Tuhan memberi kudrat kepada manusia, samada mahu syukur (buat baik) atau kufur (buat jahat)
so, adalah logik untuk mengata kan, yang jahat juga separuh nya datang dari tuhan?
Logik manusia bukanlah pengukur kepada Ilmu Allah
Sebab tu saya kata hakikat KESAN baik dan KESAN buruk semuanya dari Allah.... NAMUN ini berlaku BERSEBAB ikut peraturan yang ditetapkan Allah:
1. Yang baik itu dari kurnia Allah
2. Yang buruk itu kesan dari perbuatan keburukan makhluk, atas kudrat dan pilihan makhluk yang dikurniakan Tuhan kepada makhluk
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:29 PM 
hang ingat tuhan tak tau ka hang pikir psal killer whale?
Should I be surprised? |
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 15-1-2014 09:15 PM
adakah hang mau kata manusia tiada freewill? semua ditentukan tuhan?
yg benar2 beriman dan bertaqwa sahaja yg ada freewill yg Dia redhoi utk zaman ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|